Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 April 2016

KEMBAR SIAM SATU MUKA SATU KEPALA


Sepasang kembar siam yang berkongsi muka dilahirkan di sebuah hospital di Rajkot, Gujarat, negeri di timur India, kelmarin.

Bagaimanapun, mereka hanya hidup enam minit selepas dilahirkan dengan berat 1.17 kilogram.

Bayi itu yang memiliki jantung, tangan dan kaki sendiri dilahirkan di Kolej Perubatan Kerajaan Pandit Deendayal Upadhyay.

Meskipun menyedari mereka bercantum, pakar perubatan terkejut dengan rupa mereka apabila pasangan itu dilahirkan menerusi Caesarean.

Pembantu profesor di wad bersalin hospital itu, Dr Kirtan Vyas yang menjalankan pembedahan berkenaan berkata, dia sudah menjangka bayi itu tidak akan hidup lama.

“Kami sudah bersedia menghadapi kematian bayi itu memandangkan otak mereka bercantum dan mustahil untuk dipisahkan,” katanya.

Menurutnya, kes seumpama itu amat jarang berlaku, khususnya di India, mungkin satu dalam sejuta.

“Bagaimanapun, dalam kes ini, ia lebih mengejutkan kerana wajah bayi itu amat ganjil,” kata Vyas.

Ibu kembar siam itu yang enggan namanya didedahkan, dilapor tidak menghadapi masalah sepanjang kehamilannya sehingga dia menjalani ultrabunyi pertama pada bulan ketujuh.

Dia begitu hampa selepas dimaklumkan anak yang dikandungnya kembar siam cephalopagus, iaitu kembar yang bercantum di kepala sementara sebahagian besar badan terpisah.

Wanita itu dibenarkan pulang dari hospital semalam dan dilaporkan sihat.

Dia dan suami memutuskan untuk menyerahkan mayat anak kembar mereka kepada kolej itu untuk tujuan kajian perubatan.

Pada 2014, seorang wanita, juga di India, melahirkan anak dengan dua kepala. Ia meninggal dunia 20 hari selepas dilahirkan.

Share:

AMAH LETAK AIR KENCING DALAM MINUMAN MAJIKAN


Seorang wanita dipercayai pembantu rumah bertindak meletakkan air kencing dalam segelas jus majikannya.

Video menjijikan berdurasi 53 saat itu dirakam melalui kamera yang disembunyikan dan  dimuat naik dalam laman perkongsian LiveLeak dua hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang memakai pakaian seragam berwarna biru menyediakan segelas minuman dan diletakkan di atas kabinet dapur.

Selepas wanita itu meninggalkan dapur berkenaan, seorang wanita lain yang berpakaian warna hijau dan berselendang mengambil sebuah bekas lain dan kemudian memasukkannya di dalam pakaiannya.

Wanita berkenaan kemudian dilihat menuang cecair di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing ke dalam minuman tersebut.

Sementara itu, perlakuan wanita berkenaan dapat dirakam oleh majikannya warga Kuwait yang ragu-ragu dengan wanita itu ketika menyediakan sarapan pagi kepadanya.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan, namun perbuatan wanita itu mengundang kritikan netizan yang rata-rata menganggap ia perbuatan yang menjijikkan.
Share:

POLIS TANGKAP GELANDANGAN MAKAN KEPALA KUCING


Seorang gelandangan akan didakwa atas tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas polis menemui 80 ekor kucing yang didera dan dipenggal kepala.

Menurut sumber polis, tindakan lelaki berkenaan terbongkar selepas seorang wanita menyedari suspek berusia 48 tahun cuba untuk menjual seekor anak kucing berusia empat bulan dalam keadaan cedera.

Wanita berkemungkinan melaporkan kepada polis atas kesalahan kekejaman kepada haiwan dan membawa senjata.

Polis disertai Persatuan bagi Perlindungan Haiwan (SPA) mencari suspek di stesen minyak di Rosny-Sous-Bois, timur Paris dan menemui bukti kezaliman lelaki berkenaan.

Selepas tujuh tahun, pihak berkuasa menemui 57 ekor kucing sakit dan kelaparan kerana dikurung di dalam sebuah bilik berkunci manakala 22 bangkai kucing yang ada di antara dipenggal kepala.

Memetik AFP, kesemua kucing tersebut diserahkan kepada SPA. Suspek diarahkan menjalani pemeriksaan psikologi dan akan dibicarakan awal Jun.
Share:

27 April 2016

GAJAH TUNGGANGAN MAUT KENA SERANGAN JANTUNG


Siasatan telah dimulakan terhadap satu kes kematian seekor gajah betina  yang digunakan sebagai tunggangan pelancong di Kemboja.

Baru-baru ini, seekor gajah yang dikenali sebagai Sambo maut akibat serangan jantung selepas membawa dua pelancong - satu demi satu - ke sebuah candi yang terkenal di Angkor Wat.

Memetik laporan media antarabangsa, gajah betina itu dikatakan telah bekerja selama 40 minit di bawah suhu haba yang mencecah 40 darjah celcius.

Menurut Pengurus Syarikat Gajah Angkor, Oan Kin, Sambo dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung.

Difahamkan, seorang doktor haiwan membuat kesimpulan bahawa gajah betina itu telah meninggal dunia akibat serangan jantung kerana suhu yang tinggi, kelelahan panas dan kekurangan angin yang sepatutnya membantu ia untuk menyejukkan badannya.

“Sambo telah berkhidmat kepada syarikat itu sejak 2001.


“Kami semua sangat sedih atas kehilangan Samba dan kami akan menyiasat dan meneliti insiden dengan tegas,” kata Oan Kin.

Susulan insiden itu, beberapa pihak terutamanya penyayang haiwan menuntut siasatan mengapa gajah berusia antara 40 dan 45 tahun, terpaksa membawa pelancong apabila suhu begitu tinggi dan tidak ada kitaran angin.

"Kematian seekor gajah yang digunakan sebagai tunggangan pelancong di kuil-kuil Angkor Wat perlu menjadi panggilan kesedaran bagi masyarakat dan industri pelancongan di seluruh dunia.

“Selepas ini, mereka perlu mengambil langkah-langkah untuk menamatkan amalan yang tidak berperikemanusian ini," ulas petisyen Change.org yang telah menerima lebih daripada 30,000 tandatangan, setakat ini.

Gambar gajah itu telah dikongsi beribu-ribu kali di media sosial dan sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen di seluruh dunia. 

Mereka menyarankan industri pelancong untuk meneliti kegiatan itu untuk memastikan haiwan terancam seperti gajah dipulihara. Mereka juga menyifatkan insiden itu sebagai satu penderaan haiwan. 

Gajah Asia disenaraikan sebagai spesies terancam, dan dianggarkan 250 ekor hingga 600 ekor tinggal di Kemboja.

Di seluruh Asia, gajah ini menghadapi pemburuan haram dan kemusnahan habitat semula jadi.
Share:

PERTEMPURAN SENGIT DI ANTARA HACKERS TENTERA AMERIKA DENGAN HACKERS MILITAN IS


Amerika Syarikat (AS) telah membuka barisan pertempuran baharu terhadap kumpulan militan IS di Iraq dan Syria dengan melancarkan 'serangan bom siber' ke atas mereka.

Usaha tersebut dilihat menggambarkan keinginan Presiden Barack Obama untuk membawa lebih banyak senjata siber rahsia AS yang telah menyasarkan beberapa pihak terutamanya Iran.

"Kami akan 'menggugurkan' bom siber. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Robert Work.

Keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk memerangi IS yang turut menggunakan alat komunikasi moden dan penyulitan untuk merekrut atau menjalankan operasi mereka.

Matlamat utamanya adalah untuk mengganggu keupayaan IS dalam menyebarkan propaganda, menarik rekrut baharu, mengedarkan arahan komander dan kegiatan harian seperti urusan pembayaran anggotanya.

Difahamkan, langkah itu telah dimulakan dengan siri 'implan' dalam rangkaian IS dan kini Washington merancang untuk mengubah mesej dihantar komander mereka bagi mendedahkan kedudukan anggota kumpulan militan terbabit sebelum serangan darat atau dron dilancarkan.
Share:

26 April 2016

TERBUBUH RACUN PEROSAK DALAM ADUNAN GULA-GULA


Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas makan gula-gula yang dipercayai dicampurkan dengan racun perosak di sebuah daerah utara Pakistan.

Polis berkata, berpuluh yang lain turut dilaporkan jatuh sakit selepas memakan gula-gula di kawasan Karor Lal Esan minggu lepas.

Gula-gula tersebut dipercayai dibeli dari sebuah kedai roti yang kemudiannya diedarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga pada majlis sambutan meraikan seorang bayi lelaki.

10 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama manakala 13 yang lain pada hari berikutnya.

"Angka kematian akibat makan gula-gula tersebut meningkat kepada 23 orang dan 52 orang masih di rawat di hospital," kata pegawai polis tempatan, Munir Ahmed.

Tambah polis, tiga orang ditahan termasuk dua pemilik kedai dan seorang pekerja susulan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai kanan Rameez Bukhari berkata, sebuah kedai racun perosak yang terletak berhampiran kedai roti tersebut sedang diubahsuai dan pemilik dikatakan menyimpan racun perosak di kedai roti berkenaan.

"Pembuat mungkin telah menggunakan paket kecil dalam adunan gula-gula itu," katanya.
Share:

PENEMUAN BILIK EMAS MILIK NAZI


SEORANG pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai  £350 juta.

Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat  'harta'  itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya  itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.

Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini sedang memohon keizinan  untuk menggali lebih ke dalam  ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya  memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi. Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana. Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan," katanya
Share:

25 April 2016

TAK SANGKA IKAN YANG DI MAKAN IALAH IKAN BERKAKI EMPAT..EWWW!!


Seorang pelancong wanita terkejut selepas tiga ekor ikan yang dimakannya bersama keluarga di sebuah restoran di bandar ini sebenarnya adalah salamander gergasi.

Lebih mengejutkan lagi dia turut dikenakan bayaran 5,000 yuan (RM3,000) untuk hidangan ‘istimewa’ berkenaan.

Kerana tidak berpuas hati dengan bayaran dan perkhidmatan itu, wanita berkenaan bertindak menghubungi polis.

Wanita itu memberitahu polis, dia datang ke restoran berkenaan untuk makan malam bersama keluarganya dan memesan tiga ekor ikan sebagai hidangan.

Dia tidak memberitahu jenis ikan apa yang mahu dipesannya dan membiarkan pelayan restoran memilih untuknya.

Share:

24 April 2016

GEMPAR PENGUNJUNG TERLIHAT KELIBAT BUAYA AIR MASIN DI PANTAI PUTERI MELAKA


Kemunculan seekor buaya di sepanjang Pantai Puteri, Tanjung Kling, hari ini menggemparkan penduduk tempatan dan pengunjung kawasan berkenaan.

Malah pengunjung yang berada di laut turut naik ke pantai selain penduduk kampung sekitar pantai berkenaan menghentikan kenderaan di bahu jalan untuk melihat buaya itu kira-kira jam 9 pagi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, K Kalaiselvam berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 10.53 pagi.

"Seramai lapan anggota bersama satu jentera dan EMRS ke lokasi dan sebaik sahaja tiba kita dapati memang benar terdapat seekor buaya tetapi buaya itu berada di laut dan sukar untuk menangkapnya.

"Tindakan awal, kita sudah melarang dan memberi amaran kepada pengujung pantai untuk tidak turun ke laut," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Kalaiselvam, haiwan tersebut sekadar berenang dan melintasi sepanjang pantai sebelum memasuki kawasan penapisan minyak di Sungai Udang.

"Kita sudah maklumkan penemuan buaya itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut dan kita beredar selepas buaya berkenaan memasuki kawasan penapisan minyak," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, penangkapan reptilia di lautan memerlukan perancangan teliti.

"Sebaik menerima maklumat, kita menghantar anggota ke kawasan pantai itu yang memang menjadi laluan buaya dan penduduk juga sudah sedia maklum perkara ini.

"Menangkap buaya perlu ada perancangan, kalau tersekat atau terperangkap pada jaring baru boleh kita tangkap," katanya ketika dihubungi di sini.
Share:

AYAH PIN PERGI JUA..


Ariffin  Muhamad atau  Ayah Pin, 74, yang pernah menggemparkan negara apabila menggelarkan dirinya pemimpin ajaran langit meninggal dunia di rumah salah seorang isterinya di Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini jam 8.30 malam semalam.

Isteri keduanya, Jaharah Awang,56, berkata, suaminya meninggal dunia akibat sakit tua di rumah isteri keempatnya di bekas perkampungan itu.

Menurutnya, suaminya uzur sejak tiga tahun lalu selepas diserang angin ahmar dan keadaan bertambah buruk sejak tiga hari lalu.

"Arwah pulang ke sini tiga hari lalu dan dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir di samping tiga isterinya," katanya ketika ditemui di bekas perkampungan 'kerajaan  langit' selepas selesai upacara pengebumian  jenazah Ariffin jam 10 pagi ini.

Menurut Jaharah, jenazah  suaminya dikebumikan bermula jam 9 pagi ini berdekatan rumahnya yang turut menempatkan beberapa kubur lain termasuk kubur isteri pertamanya.

Katanya, upacara pengebumian dilakukan mengikuti amalan agama Islam.

"Kami beragama Islam sudah tentunya kami buat ikut Islam," katanya yang berharap selepas ini tidak ada pihak lagi mengaitkan keluarga mereka dan arwah suaminya dengan ajaran sesat dan sebagainya.

Ariffin meninggalkan tiga isteri dan 21 anak hasil perkongsian hidup dengan empat isteri.

Sinar Harian mendapati beberapa kakitangan Pejabat Agama Daerah dan polis turut kelihatan ketika upacara pengebumian.

Saudara mara dan sahabat handal arwah juga turut memenuhi kawasan perkuburan tersebut.
Share:

22 April 2016

PETANI JUMPA DUIT SYILING ZAMAN PURBA DI BELAKANG RUMAH


Seorang petani menemui lebih 4,000 syiling purba dipercayai milik kerajaan Rom belakang rumahnya di Ueken, baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, selepas satu lagi operasi cari gali dijalankan, 4,166 keping syiling perak dan tembaga tersebut dianggarkan berumur kira-kira 1,700 tahun.

"Ini adalah penemuan yang menakjubkan," kata Geroge Matter, seorang ahli arkeologis yang menjayakan operasi cari gali kedua.

Kata George, harta karun berkenaan berasal dari zaman pemerintahan Maharaja Aurelian pada tahun 274 dan Maharaja Maximian pada tahun 294.

"Dalam bidang arkeologi sendiri, tak sampai 2,500 syiling dijumpai. Kali ini, kita menemui lebih dari 4,000. Penemuan ini sangat unik," jelas George.

Oleh kerana petani yang menemui syiling tersebut membuat keputusan untuk tidak menyimpannya, maka pihak muzium Vindonissa de Brugg membersihkan dan mempamerkan syiling tersebut di muzim.
Share:

HAIWAN BERBISA SEPERTI ULAR AKAN CARI TEMPAT SEJUK APABILA CUACA PANAS


Cuaca panas yang melampau menyebabkan situasi kurang selesa kepada kebanyakan haiwan, terutamanya ular.

Pengurus taman ular dan reptilia Perlis, Samsulwadi Md Salleh berkata, ini menyebabkan ular-ular yang berdarah sejuk akan mencari kawasan lebih lembap untuk berlindung.

Menurutnya, kebakaran semak dan hutan akibat cuaca panas juga menjadi punca ular keluar untuk mencari habitat yang lebih sesuai.

"Ular memerlukan dua jenis suhu. Satu untuk ia berjemur, satu untuk ia lembab. Reptilia ini perlukan kelembapan. Ia perlukan cuaca panas untuk proses penghadaman makanan dengan cepat.

“Dengan keadaan sekarang ini, cuaca memang panas. Jadi apabila terlalu panas, ia akan berasa tidak selesa. Sebab keutamaan ia adalah suhu yang lembab.

“Reptilia ini suka suhu yang lembab. Jadi, dari habitat dia yang panas, dia akan turun dari kawasan bukit mencari kelembapan. Kelembapan ini hampir dengan kawasan kediaman manusia, contohnya di dalam rumah atau di kawasan rumah. 

“Macam kita selalu gunakan paip air, atau dalam saluran longkang kita, ini adalah tempat yang ular suka ketika ini,” katanya
.
Tambahnya, kediaman manusia juga berisiko menjadi tempat pilihan  ular untuk berlindung kerana suhunya yang lebih sejuk.

Beliau turut berkata oleh kerana kekerapan bersemuka dengan ular di kediaman agak tinggi pasa masa sekarang, langkah berjaga-jaga harus diambil oleh semua pihak.

KES TERBARU YANG MELIBATKAN ULAR

Seorang meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dipatuk ular berbisa di negeri ini sejak Januari hingga Selasa lepas, kata Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Khairi Ahmad.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas pula, seorang maut manakala empat lagi cedera dipatuk reptilia berbisa itu di Kelantan.

Mangsa yang dipatuk ular itu tinggal di jajahan Kota Baharu, Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selasa lepas, seorang murid perempuan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa di sini, maut akibat digigit haiwan berbisa dipercayai ular ketika waktu rehat.

Allahyarham Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dipatuk reptilia itu di betis kiri ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya pada waktu rehat, kira-kira jam 10 pagi.

Mohamad Khairi berkata, dalam kejadian Ogos tahun lepas, seorang pemuda Mohd Shahrul Abdul Kadir, (27 tahun waktu kejadian) dari Kampung Kayu Rendang, Melor, maut dipatuk ular tedung ketika sedang mengutip cendawan berhampiran rumahnya.

Sehubungan itu, Mohamad Khairi menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan reptilia tersebut dengan memastikan kawasan persekitaran bersih dan tiada bahan-bahan seperti timbunan kayu terbiar sehingga menjadi sarang haiwan berbisa.
Share:

21 April 2016

ULAR HITAM PATUK MURID TAHUN 2 DI PADANG SEKOLAH


Seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas dipercayai dipatuk ular berwarna hitam, di padang sekolah berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui mesej dalam aplikasi grup WhatsApp yang turut meminta guru-guru untuk peka dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali.

Turut tersebar dalam mesej berkenaan ialah kemungkinan insiden berkenaan berlaku ialah keadaan cuaca panas menyebabkan ular keluar mencari kawasan lembab.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil ketika dihubungi berkata, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Menurutnya, pegawai berkenaan turut menziarahi murid berkenaan di HTJ serta mendapati murid berkenaan berada dalam keadaan stabil.

“Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

“Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata, guru berkenaan segera membawa mangsa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan (KK) Rembau selepas guru menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

“Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Untuk rekod, Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan tahun 1, maut dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat di taman hadapan kelasnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Hashim 1.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Nuriey Nadhirah Roslan,7, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan PengKalan Chepa.

Mayat mangsa‎ kemudiannya dibawa ke wad kecemasan sebelum dirujuk ke unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
Difahamkan mangsa terkena gigitan di betis kiri‎nya.
Share:

20 April 2016

BUDAK TUJUH TAHUN MAUT DI PATUK ULAR DI PERKARANGAN SEKOLAH


Seorang murid perempuan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Datu Hashim di sini maut dipercayai dipatuk ular di sekolah tersebut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nuri, 7, dikatakan dipatuk ular ketika sedang bermain bersama rakannya semasa waktu rehat di kawasan taman mini berhampiran kelasnya.

Sebaik sahaja dipatuk, kanak-kanak itu dipercayai terus rebah dan tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya di bawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Share:

19 April 2016

PESAWAT AIRBUS TERLANGGAR DRON KETIKA HENDAK MENDARAT


Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Britain, British Airways melanggar objek dipercayai dron semalam semasa hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, kata polis.

Satu siasatan dilancarkan berhubung insiden itu yang menyusul selepas beberapa kejadian serupa melibatkan dron. Pesawat Airbus A320 yang membawa 132 penumpang dan lima anak kapal itu berada dalam fasa akhir untuk mendarat di Terminal Lima lapangan terbang berkenaan apabila terlanggar objek tersebut.

“Seorang juruterbang dalam penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Heathrow dari Geneva melaporkan kepada polis bahawa dia percaya dron telah melanggar pesawatnya.

“Pesawat ini mendarat dengan selamat di Terminal Lima. Objek yang dipercayai dron itu melanggar bahagian hadapan pesawat,” kata seorang jurucakap polis London.

Pesawat itu kemudian diperiksa dan dibenarkan untuk membuat penerbangan seterusnya.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan pihak kami akan membantu polis dalam siasatan mereka,” kata seorang jurucakap British Airways.

Sebuah agensi keselamatan udara di Britain menyatakan, terdapat 23 insiden di mana dron hampir berlanggar dengan pesawat dalam tempoh enam bulan antara April hingga Oktober tahun lalu.

Share:

SI SUAMI KENAL LELAKI YANG DITANGKAP BERKHALWAT DENGAN ISTERINYA


Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut apabila melihat suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Wanita berusia 23 tahun berasal dari selatan tanah air itu ditahan pihak penguat kuasa Jaim bersama seorang lelaki penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, lelaki itu menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, wanita tersebut terkejut apabila dibawa balik ke pejabat Jaim dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita berkenaan datang bersama suaminya yang berusia dalam lingkungan 25 tahun.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

“Tangkapan semalam turut membabitkan tiga penjawat awam serta dua pelajar universiti awam di negeri ini.

"Salah seorang penjawat awam terlibat adalah seorang pengurus pasukan sebuah negeri di kejohanan sukan membabitkan kakitangan kerajaan.

“Penjawat awam berkenaan yang berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanitanya berusia 35 tahun berasal dari Selangor. Hasil siasatan lelaki berkenaan sudah berkahwin sementara pasangannya masih bujang,” katanya.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Share:

18 April 2016

KENAPA DATUK SERI VIDA MARAH, KESAL, RUNSING DAN SEBAGAINYA..


PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, runsing apabila banyak pihak mula mempergunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.

Gara-gara isu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya menawarkan beg tangan mewah, nampaknya ia menjadi 'inspirasi' buat pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menawarkan hadiah barangan mewah, akaun-akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Datuk Seri Vida ini akan meminta pengikut menekan satu pautan atau link.

Link yang ditekan itu bagaimanapun akan membawa pelayar ke laman web lucah. Lebih teruk, ada juga pautan yang akan membawa bersama virus ke dalam komputer atau telefon pintar.


Dalam status di Instagram, Datuk Seri Vida memaklumkan akaun Facebook miliknya terpaksa dinyahaktifkan buat masa ini. Justeru hanya maklumat di akaun Instagram disahkan sebagai rasmi dan benar.

Beliau juga menyatakan rasa kesal dan tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup berbuat demikian.

Beberapa hari lalu, kecoh apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Datuk Seri Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis vuitton secara percuma kepada pengikut mereka.


UPDATE TERKINI !!

Jutawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida mengemukakan laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu Facebook dan pautan lucah membabitkan dirinya, di Balai Polis Jelapang, di sini, hari ini.

Beliau tiba di balai polis berkenaan pada jam 3.30 petang dan selesai membuat laporan kira-kira setengah jam kemudian.

Katanya, perkara itu disedari pada 13 April lalu ketika beliau sedang melayari akaun Facebook melalui telefon bimbitnya pada jam 1 pagi dirumahnya di sini.

“Sebelum ini saya telah melihat beberapa akaun Facebook palsu yang menggunakan nama saya antaranya Dato Seri Vida, DSV Dato Seri Vida dan DS Dato Seri Vida LV Channel.

“Mereka turut mengemaskini status seolah-seolah saya pemilik akaun Facebook itu dengan memberi harapan kepada pengikut saya dengan menawarkan untuk memberikan barangan mewah seperti beg tangan berjenama dan barangan lain.

“Pada mulanya saya ingat perkara itu adalah sekadar main-main atau gurauan tapi setiap hari mereka telah menawarkan pelbagai hadiah dan ramai yang share status tersebut di Facebook masing-masing.

“Mungkin lebih kurang 1 juta orang telah berkongsi serta terpedaya dengan janji yang kononnya saya akan memberikan hadiah mewah kepada orang yang berkongsi status dikemaskini itu.

“Malah pengumuman pemenang juga menggunakan ayat yang sering saya gunakan antaranya sayang-sayang, muah-muah dan sayang buat apa itu.

“Lebih mengejutkan apabila nama pemenang yang diumumkan itu dipautkan ke akaun video lucah. Kenapa jadi macam ni? Tak ada kerja lain ke?

“Ini boleh menjejaskan reputasi dan adakah ini untuk menjatuhkan saya kerana ramai pengikut yang cuba mengikut perkembangan saya.

“Saya lihat ini adalah agenda tersembunyi untuk menjatuhkan saya,” katanya yang melihat pautan tersebut pada 17 April lalu.

Katanya, akaun sebenar Facebook miliknya didapati telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kini beliau hanya mempunyai akaun Instagram menggunakan nama DatoSeriVida bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai dirinya.

“Sehubungan itu, saya membuat laporan polis bertujuan untuk dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari dalang yang bertanggungjawab atas perkara tersebut,” jelasnya

Sebelum ini, sebuah akaun palsu menggunakan nama Dr Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis Vuiiton secara percuma kepada pengikut mereka.
Share:

SAMPAI HATI TEMBAK KUCING DENGAN PELURU TABUR


Menakjubkan apabila seekor kucing masih hidup walaupun ditembak dengan peluru tabur di badan dan matanya.

Kucing yang berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan di penuhi peluru tabur sebanyak 30 biji selepas seminggu menghilangkan diri dari rumah tuannya di Ardleigh, Essex.

Sebaik sahaja dijumpai, haiwan itu kemudian dibawa ke klinik haiwan dan mendapati luka kecederaanya itu dipenuhi dengan peluru.

Menurut SPCA, kucing tersebut hidup, walaupun salah satu matanya terpaksa dikeluarkan.

"Kami terkejut apabila mendapati kucing malang itu dipenuhi dengan peluru di seluruh badan dan kepalanya.

"Salah satu peluru mengena tapak kaki menyebabkan kucing itu sukar untuk berjalan manakala peluru turut terkena di tengah mata dan mencederakan anak matanya," kata Adam Jones.

Tambahnya lagi, doktor haiwan berkata, dua butir peluru turut terkena kepada saraf tunjang dan adalah satu keajaiban kucing itu terselamat.

Sementara, pemilik kucing Doug Taw berkata, kucingnya itu ditemui di bawah kereta dalam keadaan ketakutan dan cedera.

Kucing itu menghilangkan diri dari rumah selama seminggu. "Sedih melihat dia cedera kehilangan matanya," kata Doug
Share:

16 April 2016

KFC AUSTRALIA TERSILAP IKLAN PROMOSI ALA ALA PORNO?


KFC Australia tersilap langkah dalam mempromosi produk baharu apabila netizen mengkritik hebat tindakan syarikat makanan segera itu menggunakan gambar yang dianggap berunsur lucah.

Dalam satu tweet, KFC Australia menyertakan gambar seorang wanita menghulur tangan ke arah kelangkang lelaki yang dikaburkan.

Imej yang kononnya menggambarkan bekas berisi ayam yang diriba lelaki tersebut tidak dapat diterima oleh netizen yang rata-rata menyifatkan iklan tersebut tidak sensitif.

Beberapa netizen turut berpendapat iklan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak dan turut merendah-rendahkan wanita.

Menurut Mashable, tweet tersebut dipadam hanya sejam selepas dimuat naik. KFC Australia turut memohon maaf berikutan respon terhadap tweet itu.
Share:

15 April 2016

18 DIKHUATIRI MAUT DI HEMPAP KREN TUMBANG


Pihak berkuasa di selatan China berkata, 18 orang terbunuh manakala 18 yang lain cedera selepas selepas sebuah kren runtuh di sebuah tapak pembinaan akibat ribut kencang.

Kren 80 tan itu runtuh lalu menghempap bangunan dua tingkat sementara yang diperbuat daripada kontena di bandar Dongguan pada Rabu.

Empat mangsa yang menerima rawatan di hospital dilaporkan mengalami luka serius tetapi stabil.

Jurucakap pasukan penyelamat, Luo Bin berkata, 139 orang berada dalam bangunan tersebut ketika insiden dan 88 daripanya berjaya melarikan diri.

"Kerajaan menubuhkan pasukan untuk menyiasat nahas itu," katanya dipetik AP.

Share:

VIRAL GAMBAR SEORANG BUDAK KECIL PERTAHAN GERAI IBUNYA DARI DI ROBOH OLEH PENGUATKUASA


Seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan tiga hingga lima tahun, bertindak berani apabila mengacukan batang besi paip kepada anggota penguat kuasa kerana cuba menutup gerai yang dibina secara haram oleh keluarganya di sebuah bandar di China.

Portal Mail Online menyiarkan video lucu kejadian yang memaparkan budak tersebut mengacah-acah objek itu terhadap dua orang pegawai yang memakai uniform.

Walaupun seorang daripada pegawai itu berundur, kanak-kanak yang memakai baju-T putih dan seluar pendek biru itu terus menjerit-jerit, dipercayai terlalu marah.

Kanak-kanak yang bagaimanapun tidak dinyatakan umurnya itu kemudian bertindak melemparkan besi paip tersebut ke jalan sebelum mendengus sebagai tanda masih marah dengan situasi berkenaan.

Budak itu kemudian didekati seorang pegawai yang cuba menenangkannya dengan membawa dia duduk di sebuah sofa ungu berdekatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu bertindak luar dugaan apabila menampar lengan pegawai terbabit tanda tidak berpuas hati sebelum seorang lelaki lain berjaya menenangkan budak perengus itu dengan menepuk-nepuk belakangnya.

Gelagat budak itu menyebabkan orang ramai yang berada di tempat kejadian ketawa melihat telatah­nya.

Rata-rata pengguna yang me­nyaksikan video yang dimuat naik ke internet itu mengagumi keberanian kanak-kanak tersebut yang tidak gentar berdepan pihak berkuasa.

Seorang pengguna berkata, tindakan kanak-kanak itu perlu dipuji kerana berani mempertahankan ibunya, manakala pengguna lain pula berpendapat, dia sepatutnya menggantikan bapanya selaku ke­tua keluarga.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan pengguna internet yang tidak senang dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.

“Mungkin video ini nampak kelakar atau comel ketika ini. Tapi, kamu perlu tahu, apabila budak ini besar nanti, dia mungkin akan bersikap ganas terhadap jiran-jirannya pula,” kata seorang pengguna lain.

Seorang lagi pengguna secara sinis pula berkata, dia tidak sabar untuk melihat apa yang bakal terjadi kepada kanak-kanak itu apabila membesar kelak kerana keluarganya telah mengajar cara terbaik untuk menangani sebarang konflik.

Share:

14 April 2016

HADIAH JUARA RM30 UNTUK SI KECIL TERUS JADI PERDEBATAN NITIZEN


KETIKA ramai yang memperkatakan isu wang kemenangan yang diberikan kepada peserta dan pemenang Kriterium Junior Cycling Malaysia (JCM), ada baiknya jika kita melihat perkara ini berdasarkan amalan yang dipraktikkan di negara luar.

Ironinya, ketika isu ini heboh menjadi topik perbualan netizen, hakikatnya acara berbasikal dalam kalangan peserta kanak-kanak di luar negara secara umumnya, tidak menyediakan sebarang hadiah berbentuk wang tunai.

DI AUSTRALIA
Polisi tidak membenarkan peserta bawah 17 tahun diberi hadiah berbentuk wang di Australia.

Tiada hadiah wang bagi acara berbasikal untuk peserta bawah 17 tahun.

Merupakan antara negara yang popular dengan acara pertandingan berbasikal, ia menjadi penganjur untuk pelbagai pertandingan seumpamanya tidak kira di peringkat daerah, negeri atau wilayah, antaranya adalah Australia dengan Shepparton Junior Tour, Canberra Junior Tour dan The Lincoln Grand Prix.

Pertubuhan Berbasikal Australia menetapkan syarat bahawa hadiah berupa wang (cash prize) tidak boleh diberikan kepada peserta di bawah 17 tahun, tidak kira dalam kategori apa sekalipun.

DI UNITED KINGDOM


Banyak pertandingan dan acara berbasikal kategori junior tidak diberikan hadiah wang, sebaliknya hanya pingat (medal) dan sijil.

Pencarian di internet mendapati hanya satu acara yang memberikan hadiah wang kepada pemenang kategori junior, iaitu Yorkshire Urban Cycling Festival.

Hadiah yang disediakan untuk pemenang tiga tempat teratas kategori belia adalah sekitar £10 (RM55) dan £20 (RM120). Manakala untuk kategori bawah 12 tahun, tiada hadiah wang tunai disediakan.

DI AMERIKA SYARIKAT


Lebih gemar memilih prize basket sebagai pertaruhan buat pemenang. Hanya acara berbasikal anjuran Bikeable Communities yang menawarkan hadiah wang kepada pemenang kategori junior.

Hadiah wang tunai yang disediakan adalah dalam lingkungan AS$50 (RM193) - AS$100 (RM387).

Sementara itu, di media sosial hari ini isu hadiah kepada pemenang Kriterium Junior Cycling Malaysia (JCM) menjadi bualan apabila juaranya hanya menerima RM30, yang disifatkan ramai sebagai tidak munasabah.




Share:

13 April 2016

PENJENAYAH JADIKAN HIGHLAND TOWERS SEBAGAI MARKAS?


Kes-kes jenayah pecah rumah yang bermaharajalela sejak dua tahun berakhir semalam apabila tiga daripada penjenayah mati ditembak berhampiran hutan di Kondominium Highland Towers di sini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, tiga lagi penyangak terbabit berjaya meloloskan diri ke arah hutan berhampiran kondominium terbiar itu dan sehingga lewat malam tadi mereka belum dapat dikesan.

Pasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang memeriksa kawasan kondominium itu mendapati penjenayah dipercayai warga Indonesia itu menjadikan sebuah rumah kosong di tingkat 1, Blok C sebagai markas operasi, persembunyian dan lokasi menyimpan hasil pecah rumah.

Jarak tiga penjenayah ditembak mati dengan Blok C Kondominium Highland Towers ialah 50 meter. Blok C dan Blok B kondominium itu terbiar selepas tragedi Blok A kondominium itu runtuh pada tahun 1993.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian, risikan dan siasatan polis menerima maklumat pada pukul 12.30 tengah malam me­ngenai kumpulan enam penjenayah itu bersembunyi di sebuah unit di kondominium tinggal di situ.

Menurut beliau, kehadiran polis yang disedari enam penjenayah yang sedang berehat ketika itu menyebabkan mereka cuba menyerang polis menggunakan parang dan pistol angin sebelum kumpulan itu melarikan diri dari rumah tersebut menuju ke arah bukit berhampiran.

Share:

POLIS BURU DAN TEMBAK MATI PENJENAYAH PALING DI KEHENDAKI DI HIGHLAND TOWER


Polis percaya dapat menyelesaikan 26 kes samun di sekitar Ampang, Gombak, Kajang dan Klang selepas menembak mati tiga daripada enam penjenayah di blok C, Kondominium Highland Towers di sini hari ini.

POLIS memeriksa barangan yang dirampas termasuk pistol angin dan kerambit daripada tiga penjenayah yang ditembak mati di bangunan tinggal Highland Towers, Ampang Jaya, semalam.

Bagaimanapun tiga lagi penjenayah melarikan diri di kawasan bukit berdekatan selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini melakukan serbuan pada pukul 5 pagi.

Usaha mengesan tiga penjenayah berkenaan masih dijalankan oleh pihak polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Adnan Abdullah menjelaskan, kesemua penjenayah itu menjadikan sebuah bilik kondomi­nium terbiar di tingkat satu itu sebagai lokasi persembunyian sebelum merancang melakukan samun.

“Berdasarkan risikan yang kita lakukan, kita telah mendapat maklumat pada pukul 12.30 malam tadi bahawa kumpulan ini ingin me­lakukan kegiatan samun di sekitar kawasan Ampang.

“Jadi dalam pukul 5 pagi tadi, pihak polis telah menyerbu di kawasan itu. Beberapa penjenayah berkenaan cuba untuk menyerang pihak polis dan kami tidak pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan yang menyebabkan tiga daripada mereka mati di tempat kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Jelas Adnan, identiti kesemua lelaki yang ditembak mati berusia lingkungan 30-an itu akan diketahui selepas semakan menerusi cap jari.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan selaras pistol angin, sebilah parang, kerambit, peralatan mengumpil, topeng muka dan sarung tangan di lokasi berkenaan.

“Kita percaya bahawa kumpulan ini bergiat aktif dalam kegiatan samun sejak dua tahun lalu dengan anggaran kerugian mangsa yang terlibat dalam 26 kes ini sebanyak RM545,900.

“Buat masa ini, polis belum dapat mengetahui penjenayah ini adalah warga tempatan ataupun warga asing memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya.

Share:

TMJ TIDAK SETUJU DENGAN YB KJ


Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak bersetuju dengan kritikan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bahawa barisan pemain skuad kebangsaan tidak mampu mempamerkan aksi berkualiti tinggi.

Menurut baginda, kejatuhan Malaysia ke ranking ke-174 dunia merupakan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kesemua persatuan negeri bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sepatutnya mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bola sepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini.

"Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri kita dan persatuan-persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Individu yang hanya memikirkan diri mereka sama seperti persatuan-persatuan yang tidak bertanggungjawab," kata Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor mencadangkan kepada Khairy supaya mengadakan satu mesyuarat antara semua pihak untuk membincangkan masa depan bola sepak negara.

TMJ juga mengharapkan tiga perkara akan dilaksanakan dalam masa terdekat, antaranya memberikan lebih hak penyiaran kepada semua pasukan, konsisten dalam membuat segala keputusan dan hilangkan sifat terlalu sombong untuk menggunakan kepakaran asing.

"Kita semua bertanggungjawab atas kegagalan bola sepak negara kita. Sekarang kita mempunyai pilihan -- untuk membaikinya atau membiarkannya.

"Saya sudah memberitahu anda, sebagai menteri, anda perlu mengadakan mesyuarat dan memastikan FAM dan kelab-kelab yang mengambil bahagian agar memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan lagi sukan bola sepak. Berikan kepada penyokong apa yang mereka mahu," titah baginda.
Share:

12 April 2016

ANTARA DR ZAKIR DAN SELENA GOMES, MALAYSIA PILIH SELENA GOMES!


Susulan bantahan kehadiran serta larangan ke atas program pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ini respons pedas Pencetus Ummah (PU), Azman Syah.

“Alhamdulillah, Selena Gomez akan datang ke Malaysia 25 Julai ini. Moga menyambung tarbiah Ramadan. ‘Diharapkan’ tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu.

“Yang pasti, antara Zakir Naik dan Selena Gomez tidak membawa agenda yang sama. Kalau Zakir Naik pemecah belah, Selena Gomez membawa misi ‘penyatuan ummah’?

“Seakan air mata ini ingin mengalir sambil berharap agar Selena Gomez dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun Hijrah depan,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Zakir termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Semalam, Khalid mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', Ahad ini.

Sementara itu, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya sekiranya ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan.
Share:

11 April 2016

BAPAK BESAR TIKUS!


Seorang anggota pengawal binatang perosak berjaya menangkap seekor tikus besar yang mempunyai saiz sama dengan seorang bayi.

Laporan Dailymail UK mengatakan tikus yang berukuran 2 kaki panjang tersebut ditangkap di Humberston selepas dilaporkan orang awam.

Pemilik syarikat kawalan binatang perosak, Jeff Sullivan, 58 mengesahkan tikus tersebut adalah yang paling besar beliau pernah lihat.

"Sebelum ini terdapat ilusi dalam gambar tikus yang ditangkap, menunjukkan saiz tikus lebih besar dari yang sepatutnya," kata Jeff.

"Tikus ini adalah yang paling besar pernah saya saksikan," tambah Jeff lagi yang sudah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang tersebut.

Kata beliau, kehadiran tikus membuktikan terdapat pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Tikus membawa 35 jenis penyakit termasuk kencing tikus dan gigitannya yang merbahaya.

"Tikus juga boleh melindungi diri sendiri terhadap racun tikus, jadi adalah lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar," jelas Jeff panjang lebar.
Share:

PESERTA LARIAN TERKEJUT JUMPA MAYAT DI TEBING JALAN GOMBAK LAMA


Misteri bau busuk di Lereng Bukit Batu 29 Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah terjawab, apabila satu mayat ditemui di kawasan berkenaan.

Kejadian disedari sekumpulan peserta larian, yang terhidu bau busuk kira kira jam 10 pagi Ahad. Mayat wanita tersebut dipercayai berusia sekitar 30-an.

Ketika ditemui, mangsa tertiarap dalam belukar yang terletak di cerun sedalam 15 meter dengan kakinya terikat.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad percaya, mangsa mati lebih 72 jam semasa ditemui.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Selayang bersama tujuh anggota dikejar ke tempat kejadian bagi membawa naik mayat berkenaan.

Unit anjing K9 juga dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang jejak penjenayah.
Cap jari mangsa turut diambil bagi mengenal pasti identiti.

Mayat mangsa dihantar Hospital Sg Buloh bagi mengenal pasti punca kematian.
Share:

8 April 2016

SIAPA GEMAR MAKAN KICAP? MEH TENGOK NI..


Sebuah kilang kicap yang berusia 100 tahun diarahkan menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, pada mulanya kilang itu diserbu bagi pemeriksaan operasi melepas asap berikutan pihaknya menerima aduan dari penduduk sekitar berhubung perkara itu.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan dengan asap kayu yang dilepaskan dari kilang berkenaan.

"Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan. Oleh demikian, kita bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan di kilang berkenaan.

"Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Oleh demikian, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM100 kerana tidak menyediakan peralatan yang sesuai untuk melepaskan asap.

"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.

Ah Teong berkata, selain kesalahan itu, kilang itu juga didapati gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan dalam keadaan bersih.

"Setelah diperiksa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada najis kucing dan tikus. Selain itu, kita juga menjumpai lipas, najis tikus, lipas dan najis kucing di lantai kilang di mana proses penghasilan kicap dijalankan.

"Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih. Kita akan membuat pemeriksaan susulan selama dua minggu penutupan kilang ini bagi memastikan pemilik mengikut arahan seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Share:

ISU CICAK DALAM NASI LEMAK, AIRASIA SIASAT PEMBEKAL HIDANGAN


Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terpalit dengan kontroversi cicak yang ditemui dalam hidangan nasi lemak menyatakan pihak mereka akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyiasat perkara tersebut.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media, AirAsia berkata pihak mereka kini sedang dalam perbincangan dengan penumpang terbabit untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

AirAsia juga tidak keberatan untuk menanggung kesemua kos perubatan, memandangkan penumpang itu turut mengadu mengalami keracunan makanan akibat memakan nasi lemak tersebut.

"Kami akan membantunya dari segi kos perubatan dan masih menanti laporan dan bil perubatan," kenyataan itu menyebut.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pembekal makanan atau caterer penerbangan itu telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat Gred A Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor.

Malah ia turut mendapat pensijilan ISO 22000:2005 dari SGS United Kingdom. Prosedur audit pula dijalankan secara berkala.

Seorang penumpang Waseem Abbas, sebelum ini berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan bangkai cicak dalam nasi lemak yang dihidang kepadanya dalam penerbangan AK 5232 dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Share:

7 April 2016

MESSI BERANG NAMANYA DI KAITKAN DENGAN SKANDAL `PANAMA PAPERS'


KELAB bola sepak elit Sepanyol, Barcelona berjanji akan membantu pemain bintang Lionel Messi dalam aspek kewangan dan perundangan berkenaan Panama Papers, lapor CNN.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, keputusan tersebut diambil Barcelona selepas Messi menyatakan kemungkinan menyaman media tempatan yang mengaitkannya dengan skandal tersebut.

Akhbar El Confidencial melaporkan Messi menggunakan syarikat Mega Star Enterprises di Panama untuk mengelak pembayaran cukai. Akhbar tersebut turut menyiarkan tandatangan Messi dan bapanya dalam dokumen pemilikan syarikat berkenaan:

“Sejak kali pertama ‘Panama Papers’ dikaitkan dengan Messi, FC Barcelona sentiasa menyokong pemain tersebut dan keluarganya. Kelab ini menyediakan segala bantuan pentadbiran, fiskal, dan perundangan yang diperlukan oleh keluarga pemain untuk mengambil tindakan dan membersihkan nama mereka,” jelas Barcelona.

Sementara itu, Messi telah mengarahkan para peguamnya untuk menganalisis tindakan perundangan yang bakal dikenakan kepada media tempatan yang menyiarkan dakwaan kononnya Messi mengelak cukai bahkan menggubah wang haram, yang disifatkannya sebagai palsu dan fitnah.

Isnin lalu, Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) mendedahkan lebih 11 juta dokumen yang didakwa diperoleh dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca yang bertanggungjawab mengendalikan urusan penubuhan syarikat luar pesisir.
Share:

KENAPA ORANG AUSTRALIA TAKUT DENGAN IKAN PUYU?


SPESIES ikan ini sememangnya istimewa kerana ia boleh bergerak di atas permukaan tanah kering, memanjat pokok dan 'mencekik' haiwan pemangsa yang cuba memakannya.

Ikan air tawar digelar climbing Perch atau puyu berbahaya ini mampu bertahan selama beberapa hari atau minggu di atas permukaan darat kerana mempunyai organ pernafasan.


Apabila cuaca terlalu kering, ia akan masuk ke dalam lumpur untuk terus hidup malah ikan tersebut juga boleh hidup di dalam air masin.

Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia melaporkan ia bergerak di atas permukaan tanah dengan menggunakan siripnya.

Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati spesies ikan pembunuh itu telah menghampiri Selat Torres dan kehadirannya di perairan itu telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Saintis di Universiti James Cook, Dr Nathan Waltham percaya spesies ikan berasal dari Papua New Guinea itu akan menjadi ancaman terbesar kepada hidupan liar tempatan.

"Ikan tersebut berukuran antara 10 hingga 23 sentimeter (sm) panjang dan ia mampu membesar sehingga 25 sm," jelasnya lagi. 
Share:

TRAGIS !! PENYANYI DANGGUT MAUT DI PATUK KING COBRA


Seorang penyanyi dangdut maut selepas dipatuk ular dan meneruskan menyanyi tanpa mendapatkan rawatan segera, Ahad lepas.

Menurut laporan Merdeka, Irma Bule, 29 terpijak seekor ular jenis 'King Cobra' yang sebelum itu dibawa naik ke atas pentas dan digigit haiwan tersebut.

Kejadian tersebut disaksikan orang ramai dan Irma dipelawa untuk mendapatkan penawar ular namun beliau menolak dan meneruskan persembahan.

"Selepas 45 minit, Irma mula muntah-muntah, mengalami kejang otot dan jatuh lumpuh," kata seorang saksi, Ferlando Octavion Auzura.
Share:

5 April 2016

DUA LETUPAN DI MID VALLEY MEGAMALL CEDERAKAN ENAM ORANG


Dua letupan kecil akibat kebocoran gas berlaku di kedai makanan dan minuman yang terletak di pusat beli-belah Mid Valley Megamall di Jalan Klang Lama, di sini, hari ini.

Pengurusan Mid Valley Megamall dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengesahkan kejadian dan memaklumkan insiden berlaku susulan kerja pemasangan semula sistem gas petroleum cecair (LPG).


Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan bahawa insiden tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun lapan individu terlibat -- terdiri daripada kakitangan penyelenggaraan, kontraktor LPG dan pekerja -- mengalami kecederaan, manakala dua daripada mereka parah.

Terdahulu media melaporkan lapan individu cedera dalam insiden letupan tersebut.

Dalam pada itu, pengurusan Mid Valley Megamall telah menutup sistem gas di premis terbabit bagi menjamin keselamatan pengunjung dan penyewa.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan telah menutup semua sistem gas di Mid Valley Megamall untuk sementara waktu.

"Keselamatan tetap menjadi keutamaan kami dan akan memberi tumpuan terhadap keselamatan penyewa dan pengunjung kami," kata kenyataan itu lagi.

Tambahnya, pusat beli-belah itu akan terus dibuka kepada pengunjung dan sebarang maklumat dan perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada orang ramai.


Share:

DUA PESAWAT INDONESIA BERTEMBUNG KETIKA HENDAK BERLEPAS


Dua pesawat penumpang Indonesia bertembung lewat Isnin di landasan lapangan terbang di sini mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian sayap dan ekor kapal terbang.

Kemalangan itu walau bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan kepada penumpang, kata jurucakap syarikat penerbangan terlibat.

Penerbangan Batik Air yang membawa 49 penumpang dan tujuh anak kapal dalam posisi berlepas dari lapangan terbang Halim Perdanakusuma apabila bergesel dengan pesawat TransNusa, sekali gus mengheretnya di sepanjang landasan.

Jurucakap Lion Air Group, Andy Saladin berkata juruterbang lantas membatalkan penerbangan pesawat Boeing 737-800 itu untuk memastikan keselamatan mereka.

"Semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat, dan akan diterbangkan menggunakan pesawat gantian," kata Saladin dalam satu kenyataan.

Batik Air merupakan sebahagian daripada Lion Group yang turut memiliki syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Indonesia, Lion Air.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, J.A. Barata juga mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan semua penumpang dan anak kapal telah dipindahkan dengan selamat.

Sayap kiri pesawat Batik Air rosak dalam perlanggaran itu manakala ekor pesawat kapal terbang jenis ATR milik TransNusa pula remuk, kata Barata. 

Gambar di media sosial menunjukkan tanda terbakar di sekitar bahagian yang rosak, dengan video yang disiarkan di internet menunjukkan api kecil sebelum keadaan berjaya dikawal oleh kru kecemasan.

Barata berkata lapangan terbang di bahagian timur Jakarta -- iaitu terminal tentera dan kerajaan yang turut digunakan untuk beberapa laluan domestik -- akan ditutup buat sementara waktu susulan kejadian.

Edward Sirait, pengarah presiden Lion Air Group, berkata syarikat itu akan menunggu keputusan siasatan rasmi.

Industri pengangkutan udara Indonesia semakin pesat membangun dengan bilangan penumpang domestik meningkat dengan ketara sepanjang dekad yang lalu, namun dibelenggu rekod keselamatan udara yang mengecewakan dan peraturan yang huru-hara.

Pada tahun 2013, sebuah pesawat Lion Air yang dikemudi juruterbang kurang berpengalaman terbabas dari landasan lapangan terbang Bali dan mendarat di permukaan laut.

Pada Disember 2014, pesawat AirAsia terhempas dalam perjalanan dari Surabaya dan Singapura meragut nyawa kesemua 162 penumpang.
Share:

PELANGGAN DAN PEMILIK TUDUNG JENAMA `TUT` TERUS DI KECAM?


HANGAT LAGI HANGIT - Sana-sini masih memperkatakan isu pembeli tudung jenama Fareed`a yang bertindak 'ganas' menyerbu butik untuk mendapatkan koleksi terbaharu keluaran jenama berkenaan.

Selain tindakan pelanggan yang disifatkan sebagai keterlaluan, reaksi pemilik butik juga turut dipersoal ramai.

Seorang pengguna Instagram, Hasrizal Abdul Jamil, antara yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi ini.

Dalam status yang dimuat naik pada Ahad, Hasrizal yang juga seorang guru, tegas menyatakan pendapatnya bahawa terlalu banyak yang tidak kena pada cara perniagaan yang diamalkan butik tersebut.


Kata Hasrizal, pelanggan tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya, apatah lagi butik berkenaan telah mengiklankan satu pertandingan rakaman video yang memaparkan kegilaan pelanggan menyerbu butik, sehari sebelum hari kejadian.

Ia seolah-olah menggambarkan pihak pemilik dan pengurusan sudah tahu apa yang akan berlaku, namun tidak mengambil inisiatif untuk mengelakkannya.


Dia turut menegur cara admin yang menguruskan akaun Facebook Fareed`a...Nyata Jelita yang disifatkan agak angkuh dan sarkastik dalam membalas komen netizen yang kurang senang dengan cara promosi mereka.

"Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman FB Fareed`a yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab," tulis Hasrizal.

Di akhir status itu, Hasrizal yang juga Timbalan Pengarah Khalifah Model School berharap agar mereka yang terbabit bermuhasabah kerana rezeki milik Allah dan ia tidak wajar disalahgunakan.

Saksikan aksi-aksi mereka.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI