Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

28 Februari 2017

KITA TAK SEDAR 5 BAHAGIAN AYAM MENGANDUNGI RACUN


SIAPA yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.

Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.

1. Kepala  

Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2. Kepak  

Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat. 

Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran. 

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

3. Leher  

Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng. Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi. 

Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.

4. Buntut 

Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.

5. Kulit  

Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam. 

Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati. Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti.
Share:

8 April 2016

SIAPA GEMAR MAKAN KICAP? MEH TENGOK NI..


Sebuah kilang kicap yang berusia 100 tahun diarahkan menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, pada mulanya kilang itu diserbu bagi pemeriksaan operasi melepas asap berikutan pihaknya menerima aduan dari penduduk sekitar berhubung perkara itu.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan dengan asap kayu yang dilepaskan dari kilang berkenaan.

"Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan. Oleh demikian, kita bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan di kilang berkenaan.

"Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Oleh demikian, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM100 kerana tidak menyediakan peralatan yang sesuai untuk melepaskan asap.

"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.

Ah Teong berkata, selain kesalahan itu, kilang itu juga didapati gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan dalam keadaan bersih.

"Setelah diperiksa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada najis kucing dan tikus. Selain itu, kita juga menjumpai lipas, najis tikus, lipas dan najis kucing di lantai kilang di mana proses penghasilan kicap dijalankan.

"Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih. Kita akan membuat pemeriksaan susulan selama dua minggu penutupan kilang ini bagi memastikan pemilik mengikut arahan seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Share:

21 Mac 2016

EMPAT NEGERI DI SEMENANJUNG SUDAH MULA RASAI BAHANG PANAS EL NINO


Empat negeri di Semenanjung merekodkan bacaan suhu paling tinggi semalam, berikutan fenomena El Nino yang melanda negara sekarang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau berkata berdasarkan bacaan yang direkodkan sehingga 4 petang, Chuping di Perlis mencatat bacaan suhu paling tinggi iaitu 39.5 darjah Celsius diikuti Alor Setar di Kedah yang mencatat 39.1 darjah celcius.

Turut mencatat bacaan suhu tertinggi ialah Ipoh di Perak dengan 37.5 darjah Celsius dan Temerloh di Pahang dengan bacaan suhu 37.4 darjah Celsius.

"Bacaan suhu ini sudah menghampiri 40 darjah Celsius iaitu bacaan suhu berbahaya dan boleh menyebabkan strok haba," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sangkar sembelih mudah alih dan kompang sinar x kepada penduduk sekitar Tuaran di sini, hari ini.

Madius berkata kementerian akan terus memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa dan berkongsi data terkini mengenai perkara itu untuk perhatian dan tindakan kementerian lain dalam menghadapi musim panas itu.

Di KOTA BHARU, cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino dikhuatiri menjejaskan hasil pengeluaran tanaman ladang kontrak di negeri ini, kata Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan Fauzi Mohamed.

Beliau berkata ini kerana tanaman seperti sayur-sayuran, jagung dan buah-buahan memerlukan bekalan air yang mencukupi.

"Pihak kami bergantung kepada sungai dan tali air untuk membekalkan air ke setiap ladang kontrak. Setakat ini, bekalan air mencukupi dan tidak membimbangkan," katanya.

Pihaknya juga memantau beberapa kawasan ladang kontrak yang dijangka menerima kesan akibat cuaca panas melampau, jika ia berterusan, katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani Perjanjian dan Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Ke Outlet Peruncitan (Kukuh) Fama Kelantan di sini, pada Ahad.

Pada majlis itu, Fama memeterai perjanjian dengan 129 peserta dari 300 ladang kontrak untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
Share:

6 Mac 2015

CAT PENGGANTI VAKSIN DENGGI?


Putrajaya: Cat antinyamuk yang dikenali sebagai ‘painticide’ akan dikomersialkan tidak lama lagi bagi membunuh serangga penyebab denggi di negara ini, sekali gus mengawal penularan wabak berkenaan.

Ketua Unit Entomologi Perubatan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Lee Han Lim berkata, cat berkenaan dibangunkan hasil kajian institut berkenaan.

“Ia adalah cat emulsion yang diformulasi dengan deltamethrin dan piperonyl butoxide (PBO) bertindak melepaskan racun serangga secara perlahan ke permukaan dinding manakala PBO adalah ejen untuk mencegah keupayaan nyamuk menjadi rintang (resistant) terhadap deltamethrin.

“Kesannya ia mampu melumpuhkan nyamuk dalam tempoh 10 minit dan berkesan membunuh serangga itu dalam tempoh dua tahun selepas dinding dicat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan dua teknik baru untuk mengurangkan kes denggi iaitu menggunakan semburan ‘Outdoor Residual Spray (OVR)’ dan cat khusus antinyamuk.

Share:

9 Februari 2015

SEORANG LELAKI TERKEJUT PUNYAI ORGAN PEMBIAKAN SEPERTI WANITA


BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain  dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.
Share:

3 Disember 2014

PEMAIN NEGARA PERLU AMAL GAYA HIDUP SIHAT UNTUK JADI "ROLE MODEL" KEPADA ORANG RAMAI.


Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan agar pemain Harimau Malaya menjaga disiplin serta mengamalkan budaya hidup sihat bagi memastikan kejayaan pasukan itu melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014.

Baginda bertitah sebagai atlet, mereka seharusnya meninggalkan gaya hidup kurang sihat dan perlu terus fokus agar prestasi permainan dapat ditingkatkan.

"Saya dimaklumkan saudara Safee Sali merokoklah, inilah. Saya ingat janganlah merokok, kalau mahu kekal cergas mesti jaga kesihatan, tidur awal, berfikiran positif, makan yang baik, inilah faktor-faktor untuk jadi juara.

"Kalau ini dapat diberi tumpuan saya yakin mereka akan berjaya," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persiapan banjir oleh kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Daruk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sebelum ini penyerang kebangsaan, Safee Sali menerima kritikan hebat selepas gambarnya menghisap rokok menjadi viral di laman sosial sewaktu kempen negara dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 masih berlangsung di Singapura.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain itu sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulagi perbuatannya, namun sekiranya dia ditangkap melakukan perkara tersebut sekali lagi tindakan tatatertib akan dikenakan.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menegaskan bahawa kejayaan mara ke peringkat separuh akhir hanyalah satu permulaan dalam kempen kali ini dan sasaran pihaknya sejak mula adalah supaya pasukan negara mara ke final.

"Perjuangan hanya bermula di peringkat separuh akhir, katalah pasukan Dollah Salleh tidak sampai ke peringkat ini, itu merupakan satu kegagalan... Dia tahu saya punya sasaran masuk ke final dahulu.

"Kita tengok rekod kita sejak tahun 2008, kita memang sukar untuk menentang Vietnam tapi mungkin tahun ini memihak kepada kita, mesti ada keyakinan dan saya harap mereka (Harimau Malaya) dapat bangkit," titah baginda.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI