Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TIKUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIKUS. Papar semua catatan

5 Jun 2017

TIKUS ANGKASAWAN NAIKI KAPAL ANGKASA SPACEX DRAGON


Apabila kapal angkasa lepas SpaceX Dragon dilancarkan pada hari ini menuju ke Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa, ia akan membawa bersama 40 tikus istimewa yang dibiak khusus untuk misi ini oleh Taconic Biosciences, iaitu peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan.

Projek ini merupakan kerjasama antara Universiti California, Los Angeles (UCLA), Pusat Kemajuan Sains di Angkasa (CASIS), BioServe dan NASA. Untuk misi yang dinamakan "Rodent Research-5" ini, tikus Taconic akan menyokong penyelidikan diketuai oleh Dr. Chia Soo, profesor pembedahan di Pusat Pengajian Pergigian, Kejuruteraan dan Perubatan di UCLA. Kajian ini mengkaji tentang molekul NELL-1, iaitu protein yang dihasilkan oleh badan manusia yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan tulang yang normal.

40 tikus yang dirawat dengan NELL-1 akan dilancarkan ke Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa untuk menguji sama ada kehadiran molekul akan menghalang kelesapan tulang yang berkaitan dengan mikrograviti.


Graviti yang kurang di angkasa akan mempercepatkan proses kelesapan tulang yang semula jadi. Tikus hidup ini akan kembali ke bumi untuk dijalankan penilaian lanjut oleh pasukan Dr. Soo selepas tempoh mereka dalam keadaan mikrograviti. Pasukan tersebut berharap untuk menemui hasil bagi membangunkan terapi yang mengelakkan kelesapan tulang dan selanjutnya, memperkuatkan tulang dalam kalangan manusia.

"Sejarah ''Taconic Biosciences'' dengan program angkasa lepas telah bermula sejak tahun 1985, apabila tikus Taconic pertama dihantar ke angkasa. Baru-baru ini lagi, kami telah menyokong misi penyelidikan roden dengan CASIS yang roden telah ditempatkan di Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa untuk tempoh yang lama. Penyelidikan ini telah membantu saintis untuk mengenali kesan mikrograviti awal terhadap kelesapan tulang dan otot," ujar Dr. Gretchen Kusek, pengurus program sains dengan Taconic.

"Sebagai pengurus Makmal Nasional A.S. Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa, kami berusaha secara berterusan dengan penyelidik untuk menghapuskan halangan dan menerokai yang kebarangkalian yang tidak dapat dijalankan melalui eksperimen berasaskan bumi," jelas CASIS pengarah operasi Ken Shields.

"Penyelidikan roden di pangkalan angkasa lepas mempunyai keupayaan untuk membantu kami dalam pemahaman baharu terhadap kelesapan ketumpatan tulang dan otot, yang boleh membawa kepada pembangunan ubat-ubatan yang dipertingkatkan untuk kita di planet bumi kita ini. Taconic Biosciences telah terbukti sebagai rakan usaha sama yang dihargai dalam penyelidikan penting ini dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan mereka untuk banyak misi Makmal Nasional ISS yang akan datang."

Taconic ialah pembekal berlesen penuh untuk perkhidmatan penjanaan model roden dan mempunyai pengalaman reka bentuk model selama dua puluh tahun. Keupayaan unik Taconic untuk menyediakan peralihan yang lancar daripada proses reka bentuk sehingga pengurusan pembiakan dan koloni telah memberikan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Perkhidmatan saintifik ini termasuk pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, persediaan, dan pengedaran model tereka bentuk secara genetik ke mana-mana lokasi di seluruh dunia dan juga ke angkasa lepas. Sumber : Taconic Biosciences
Share:

24 Januari 2017

PADAH CURI BERAS!


Akibat ‘mencuri’ beras dalam kedai di Heyuan, China, seekor tikus ‘dimalukan’ dengan dihukum diikat pada troli bersama nota digantung pada lehernya berbunyi ‘Saya tak akan buat lagi.’

Dua gambar tikus itu disiarkan di media sosial Weibo (mirip Twitter) semalam, olah pengguna 'jiu lian shan she zhang', menyatakan rakannya menangkap tikus itu di tempat penyimpanan sebuah kedai runcit di Heyuan, wilayah Guangdong.

Menurut Daily Mail, dalam gambar pertama, satu nota digantung pada leher tikus itu berbunyi “Huh, ini yang terbaik kamu boleh buat? Jika dipukul sampai mati sekali pun, saya tak akan mengaku mencuri beras di rumah kamu”.

Manakala gambar kedua, diletakkan nota lain yang berbunyi ‘Saya tak akan buat lagi’ ditulis pekerja kedai runcit berkenaan,

Zhang yang menyiarkan gambar itu berkata, dia tidak menyangka ia menarik perhatian pengguna media sosial di China yang memberikan pelbagai reaksi.

“Ada pengguna kasihan melihat tikus itu, ada yang benci dan ada menganggap ia lucu,” jelasnya.
Share:

6 Januari 2017

OMG!! TIKUS DALAM MESIN PEMANAS MAKANAN 7-ELEVEN??


Rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven menjelaskan kejadian tikus memasuki mesin pemanas makanan yang hangat diperkatakan di laman sosial adalah kejadian terpencil.

"Kami telah mengadakan siasatan dalaman kami sendiri dengan segera dan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Daerah Petaling mengenai perkara tersebut.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 2 Januari lepas di cawangan 7-Eleven di Kelana Centre Point.

Dalam penjelasannya itu, 7-Eleven berkata, pihaknya "mempunyai jaminan kualiti audit dan langkah kawalan serangga atau binatang perosak untuk mencegas kejadian tersebut."

"Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting kepada kami dan kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit.

"Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi," akhiri 7-Eleven.
Share:

11 April 2016

BAPAK BESAR TIKUS!


Seorang anggota pengawal binatang perosak berjaya menangkap seekor tikus besar yang mempunyai saiz sama dengan seorang bayi.

Laporan Dailymail UK mengatakan tikus yang berukuran 2 kaki panjang tersebut ditangkap di Humberston selepas dilaporkan orang awam.

Pemilik syarikat kawalan binatang perosak, Jeff Sullivan, 58 mengesahkan tikus tersebut adalah yang paling besar beliau pernah lihat.

"Sebelum ini terdapat ilusi dalam gambar tikus yang ditangkap, menunjukkan saiz tikus lebih besar dari yang sepatutnya," kata Jeff.

"Tikus ini adalah yang paling besar pernah saya saksikan," tambah Jeff lagi yang sudah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang tersebut.

Kata beliau, kehadiran tikus membuktikan terdapat pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Tikus membawa 35 jenis penyakit termasuk kencing tikus dan gigitannya yang merbahaya.

"Tikus juga boleh melindungi diri sendiri terhadap racun tikus, jadi adalah lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar," jelas Jeff panjang lebar.
Share:

8 April 2016

SIAPA GEMAR MAKAN KICAP? MEH TENGOK NI..


Sebuah kilang kicap yang berusia 100 tahun diarahkan menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, pada mulanya kilang itu diserbu bagi pemeriksaan operasi melepas asap berikutan pihaknya menerima aduan dari penduduk sekitar berhubung perkara itu.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan dengan asap kayu yang dilepaskan dari kilang berkenaan.

"Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan. Oleh demikian, kita bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan di kilang berkenaan.

"Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Oleh demikian, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM100 kerana tidak menyediakan peralatan yang sesuai untuk melepaskan asap.

"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.

Ah Teong berkata, selain kesalahan itu, kilang itu juga didapati gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan dalam keadaan bersih.

"Setelah diperiksa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada najis kucing dan tikus. Selain itu, kita juga menjumpai lipas, najis tikus, lipas dan najis kucing di lantai kilang di mana proses penghasilan kicap dijalankan.

"Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih. Kita akan membuat pemeriksaan susulan selama dua minggu penutupan kilang ini bagi memastikan pemilik mengikut arahan seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI