Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HARTA KARUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARTA KARUN. Papar semua catatan

12 Februari 2018

SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR..


Kejadian kapal pencari MH370 yang ‘lenyap’ selama 80 jam minggu lalu, menimbulkan pelbagai teori, termasuk kapal itu, Seabed Container, mencari harta karun sebuah kapal Peru yang karam 100 tahun lalu.

Gambar peti harta karun berkenaan dirakam kapal pencari MH370 sebelum ini, milik Fugro yang diberi kontrak mengesan pesawat terbabit,

Peti itu ditemui di dasar Lautan Hindi, empat kilometer dari permukaan laut di kawasan yang digelar Shipwreck #1.

Berdekatan ialah Shipwreck #2 yang yang dikatakan lokasi kapal barang Peru yang hilang ketika dalam pelayaran ke Sydney lebih 100 tahun lalu.

Penemuan peti dan kapal berkenaan mencetuskan desas-desus mengenai emas Inca.

Kedua-dua lokasi berada dalam kawasan yang dianggap pakar berkemungkinan paling tinggi MH370 terhempas selepas kehabisan minyak.

Seabed Constructor hilang daripada radar selama 80 jam selepas Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal itu dilaporkan ditutup pada 31 Januari lalu.

Sistem itu dibuka semula 80 jam kemudian, namun sehingga kini sebab ia ditutup masih belum jelas dan lokasi kapal itu dalam tempoh berkenaan, tidak dirakam.

Kejadian berlaku 10 hari selepas kapal itu memulakan usaha mencari MH370 untuk kerajaan Malaysia dengan kontrak tiada bayaran jika tiada penemuan. Namun syarikat itu akan menerima sehingga RM216 juta jika ia berjaya menemui MH370 dalam masa 90 hari.

Menurut Daily Mail, Kapal Havila Harmony milik Fugro yang menemui bangkai kapal Peru itu pada Mac 2015, menyangka ia sebahagian daripada pesawat MH370 dengan banyak serpihan lain dikesan sonar bertaburan di dasar laut.

Namun, kegembiraan mereka terhenti apabila mendapati ia adalah kapal lama.

Selain sauh yang bentuknya popular pada 1820-an, menjadi objek penting mengenal pasti kapal berkenaan, turut ditemui kotak besar.

“Apa yang tinggal di bawah sana ialah satu kotak besar, namun persoalannya, apakah isi kotak itu,” kata CEO Fugro, Paul Kennedy.

Don Thompson, kru asal Independent Group MH370 yang memberi nasihat kepada kerajaan yang mempunyai rakyat dalam MH370, percaya kotak itu ialah tangki air.
Share:

26 April 2016

PENEMUAN BILIK EMAS MILIK NAZI


SEORANG pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai  £350 juta.

Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat  'harta'  itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya  itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.

Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini sedang memohon keizinan  untuk menggali lebih ke dalam  ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya  memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi. Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana. Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan," katanya
Share:

22 April 2016

PETANI JUMPA DUIT SYILING ZAMAN PURBA DI BELAKANG RUMAH


Seorang petani menemui lebih 4,000 syiling purba dipercayai milik kerajaan Rom belakang rumahnya di Ueken, baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, selepas satu lagi operasi cari gali dijalankan, 4,166 keping syiling perak dan tembaga tersebut dianggarkan berumur kira-kira 1,700 tahun.

"Ini adalah penemuan yang menakjubkan," kata Geroge Matter, seorang ahli arkeologis yang menjayakan operasi cari gali kedua.

Kata George, harta karun berkenaan berasal dari zaman pemerintahan Maharaja Aurelian pada tahun 274 dan Maharaja Maximian pada tahun 294.

"Dalam bidang arkeologi sendiri, tak sampai 2,500 syiling dijumpai. Kali ini, kita menemui lebih dari 4,000. Penemuan ini sangat unik," jelas George.

Oleh kerana petani yang menemui syiling tersebut membuat keputusan untuk tidak menyimpannya, maka pihak muzium Vindonissa de Brugg membersihkan dan mempamerkan syiling tersebut di muzim.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI