Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label JIJIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JIJIK. Papar semua catatan

14 November 2016

MAKAN URI ANAK UNTUK TERUS JADI SADO?


Seorang ahli bina badan sanggup makan uri anak perempuannya yang disimpan seminggu selepas bayi itu lahir semata-mata percaya kandungan protein di dalamnya mampu meningkatkan otot badannya.

Aaron Curtis menyimpan uri bayinya itu selama seminggu di dalam peti sejuk sebelum digoreng dan dimakan dan merakam video dirinya memasak organ itu.

“Selepas anak sulung saya diahirkan, saya terfikir mahu makan organ yang membantunya hidup sepanjang kehamilan kerana menganggap ia mampu memberi kesan positif terhadap saya.

“Sebenarnya saya sendiri pun teragak-agak ketika mahu memakannya dan selepas menunggu seminggu, saya memutuskan eloklah membasuhnya bersih-bersih supaya tidak lagi berlendir. Harap-harap saya tidak mati,” katanya berseloroh.

Curtis berkata, dia cuma memasak sedikit daging itu kerana bimbang keracunan. Sebaik masak, dia dilihat mengunyahnya dan berkata, rasanya tidak ubah seperti hati lembu.
Share:

21 Jun 2016

PENGANJUR ACARA TAHUNAN PESTA MAKAN ANJING DIKECAM AKTIVIS


Pesta tahunan memakan daging anjing di bandar ini bermula hari ini, walaupun menghadapi kritikan dan bantahan pelbagai pihak terutama aktivis hak haiwan.

Ribuan anjing pelbagai jenis dibunuh dan dimasak oleh puluhan restoran selain daging anjing dijual kepada orang ramai walaupun dibantah kerana dianggap kejam serta berkemungkinan penyakit merebak.

Ramai aktivis haiwan berada di bandar ini, berusaha membeli sebanyak mungkin anjing bagi mengelak haiwan itu dikorbankan. Penduduk tempatan tidak senang dengan campur tangan mereka dalam pesta berkenaan yang sudah menjadi tradisi sejak ratusan tahun.

“Kami cuba beritahu mereka bahawa anjing adalah kawan kita dan ia tidak sepatutnya dibunuh dengan cara kejam ini. Malahan banyak anjing yang dibunuh ialah anjing peliharaan,” kata sukarelawan aktivis haiwan Yang Yuhua.


Dianggarkan antara 10 juta hingga 20 juta anjing dibunuh di China untuk dimakan dagingnya setiap tahun namun hanya Yulin menyediakan pesta tahunan itu.

Selain anjing jalanan, banyak anjing terbabit dipercayai dicuri daripada pemiliknya, dikurung dalam sangkar sempit dan dibawa ke Yulin yang terletak 2,000 kilometer di selatan Beijing.

Selain anjing, kucing juga menerima nasib yang sama di pesta berkenaan. Pihak berkuasa tempatan walaupun tidak mengiktiraf pesta berkenaan, namun tidak berusaha menghalangnya.

Penganjur mendakwa makan daging anjing ketika musim panas mampu menurunkan suhu badan dan mengekalkan kesihatan metabolisme walaupun daging anjing berpotensi membawa keburukan kepada manusia kerana membawa penyakit termasuk trichinellosis, virus anjing gila dan taun.

Guangxi ialah antara lima wilayah China yang mempunyai paling ramai pesakit dijangkiti virus anjing gila dengan Yulin berada ditangga teratas dalam kalangan 10 bandar raya negara itu.
Share:

16 Mei 2016

SUNGAI GOLOK MEMANG CETEK, TAPI PENUH DENGAN TULANG BABI?


SUNGAI GOLOK : Air Sungai Golok yang digunakan penduduk setempat untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak didakwa dicemari tulang babi apabila mereka menemui sisa buangan itu di dalam dan di tebing sungai Kampung Kubang Rambutan, di sini.

Kejadian itu disedari penduduk sejak seminggu lalu berikutan paras air sungai semakin kering menyebabkan sisa buangan itu ditemui di merata tempat berdekatan sungai.


Tinjauan Harian Metro mendapati tulang berselerak di tebing dan di dalam sungai dipercayai sisa buangan babi dua kilometer dari Sungai Golok di Kampung Bagus yang dijadikan kawasan bersantai penduduk pada waktu petang sejak sebulan lalu.

Keadaan itu menjijikkan kerana pada musim ini kebanyakan penduduk menjadikan Sungai Golok sebagai sumber bekalan air utama berikutan air bersih di rumah mereka hampir kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Telaga Mas Che Husain Ismail berkata, penduduk di kampungnya menyedari kewujudan bahan buangan itu sejak lima tahun lalu, namun tiada bukti kukuh.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, penduduk terjumpa tulang dipercayai tulang babi dibuang pengusaha dari negara jiran dan negara kita yang menyeludup untuk pasaran di sekitar Thailand dan Malaysia.

“Perkara ini menjijikkan kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Islam yang menggunakan sungai berkenaan untuk aktiviti harian.

“Kami tiada pilihan untuk mendapatkan sumber air kerana kebanyakan rumah kekeringan akibat musim kemarau,” katanya.

Penduduk Kampung Telaga Mas Mohd Zulkifli Mustaffa, 29, berkata, jika dulu penduduk kampungnya menjadikan sungai itu sebagai sumber rezeki mencari ikan dan etak.

Menurutnya, sejak mengetahui sungai itu tercemar, mereka tidak berani turun ke sungai itu.

“Penduduk juga tidak mencari ikan di kawasan berkenaan kerana tercemar walaupun keadaan air kelihatan bersih. Namun, daripada segi agama, ia tidak elok digunakan.

“Kami meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan sama ada bergotong-royong mencuci kawasan sungai atau menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.
Share:

28 April 2016

AMAH LETAK AIR KENCING DALAM MINUMAN MAJIKAN


Seorang wanita dipercayai pembantu rumah bertindak meletakkan air kencing dalam segelas jus majikannya.

Video menjijikan berdurasi 53 saat itu dirakam melalui kamera yang disembunyikan dan  dimuat naik dalam laman perkongsian LiveLeak dua hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang memakai pakaian seragam berwarna biru menyediakan segelas minuman dan diletakkan di atas kabinet dapur.

Selepas wanita itu meninggalkan dapur berkenaan, seorang wanita lain yang berpakaian warna hijau dan berselendang mengambil sebuah bekas lain dan kemudian memasukkannya di dalam pakaiannya.

Wanita berkenaan kemudian dilihat menuang cecair di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing ke dalam minuman tersebut.

Sementara itu, perlakuan wanita berkenaan dapat dirakam oleh majikannya warga Kuwait yang ragu-ragu dengan wanita itu ketika menyediakan sarapan pagi kepadanya.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan, namun perbuatan wanita itu mengundang kritikan netizan yang rata-rata menganggap ia perbuatan yang menjijikkan.
Share:

4 Februari 2015

GADIS CIPTA PORNOGRAFI LUCAH DAN JIJIK


Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan beberapa haiwan dan lebih 600 imej tidak senonoh kanak-kanak ketika dia berusia 17 tahun.

Amy Hickson yang kini berusia 20 tahun mengaku terhadap 13 tuduhan termasuk menghasilkan imej tidak senonoh, memiliki imej terlarang dan sebuah filem kanak-kanak.

Menurut Mahkamah Winchester Crown, Amy mengaku memiliki 16 imej pornografi haiwan yang diklasifikasikan sebagai ekstrem, jijik dan lucah.

Tambahnya lagi, imej itu menunjukkan perbuatan seks dilakukan dalam keadaan ‘jelas atau realistik.’
Amy yang berasal dari New Cheriton memilih mengaku bersalah sejurus sebelum perbicaraannya dimulakan semalam.

Semua kesalahan dilakukan antara Jun 2011 dan Februari 2013 ketika Amy masih remaja.Pertuduhan merangkumi lapan tuduhan menghasilkan gambar tidak senonoh seorang kanak-kanak dengan satu daripada pertuduhan itu saja membabitkan 596 imej.

Satu pertuduhan disebabkan menghasilkan imej palsu tidak senonoh membabitkan kanak-kanak.Amy turut mengaku memiliki dua lagi akaun imej tidak senonoh kanak-kanak dan dua tuduhan memiliki imej melampau membabitkan haiwan.



Share:

17 November 2014

TAUKE JUAL ROTI 'NAJIS' ?


PULAU PINANG: Sebuah kilang membuat 'roti benggali' yang popular di negeri ini beroperasi di Jalan Datuk Keramat diarah tutup serta merta untuk tempoh selama 14 hari selepas didapati gagal mematuhi aspek kebersihan dari hasil pemeriksaan oleh sepasukan pegawai Jabatan Kesihatan negeri awal pagi tadi.

Pemeriksaan dilakukan Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri menemui najis tikus dan hurungan lalat pada bahan digunakan untuk membuat roti itu.

Selain arahan penutupan premis selama dua minggu pengusaha terbabit turut dikenakan denda sebanyak RM2,500.

Pengusaha syarikat roti itu juga didapati mengabaikan aspek kebersihan apabila dikesan membuang sisa adunan roti di atas lantai selain pekerja memproses makanan itu tanpa memakai penutup kepala, sarung tangan dan penutup mulut.

Keadaan kilang yang kotor lagi menjijikan

Share:

7 November 2014

FILEM GENRE `GENGSTER' & 'SAMSENG' PENGARUHI KANAK-KANAK DAN REMAJA?

KES buli melibatkan pelajar kembali menghantui pemikiran masyarakat selepas penyebaran klip video yang dipercayai berlaku di kalangan pelajar sekolah berasrama.


Dalam hal ini, rata-rata ibu bapa melahirkan kerisauan apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Malah, selebriti terkenal, Wardina Safiyyah, juga turut meluahkan rasa sekaligus meletakkan kesalahan ini di bahu segelintir penggiat seni yang lebih berminat dalam menghasilkan filem bercorak keganasan dan gangster.

Kenyataan Wardina yang lantang menerusi tulisannya di laman Facebook, sedikit sebanyak mengguris perasaan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Pemilik syarikat penerbitan, Skop Production ini, turut menasihati personaliti itu agar tidak terlalu menyalahkan pihak lain termasuk penggiat seni dalam industri tempatan.

"Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan terlalu lantang menyalahkan orang lain dalam apa jua isu yang timbul.

"Setiap kali menghasilkan filem, kami tidak berniat untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan kerana di sebalik kisah yang dipaparkan, ada mesej yang ingin disampaikan. Malah, selain filem gangster, saya juga menghasilkan filem bercorak kepolisan.

"Kenapa apabila ada isu sebegini, kami yang dipersalahkan dan filem tempatan 'ditunjal' tanpa perkiraan? Sekiranya anda bukan berada di tempat kami, fikir dahulu sebelum berkata apa-apa perkara yang boleh membawa kepada keburukan," tegas pengarah prolifik ini.

Tambah penerbit filem, KL Gangster ini, seharusnya kesalahan ini tidak diletakkan di bahu industri memandangkan jumlah penonton di pawagam hanyalah sekitar dua peratus sahaja.

"Sejujurnya, kes buli bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita kerana zaman persekolahan saya lagi, perkara ini sudah ada. Malah saya lihat dengan mata saya sendiri apabila ada pelajar di sekolah dibuli dengan teruk.

"Pada hari ini, sejajar dengan teknologi yang semakin canggih, filem bukanlah dilihat sebagai medium utama untuk mempengaruhi minda remaja kerana jumlah tontonan di pawagam lebih rendah berbanding pelayar di Internet yang mencapai 70 peratus.

"Lihatlah video-video yang disebarkan di Facebook, Youtube dan laman perkongsian video lain, malah video pembunuhan serta pemberontakan di negara-negara bergolak juga. Itu semua boleh menyumbang kepada gejala buruk termasuk penyebaran video lucah. Adakah ini kerana filem kita?," soal ikon seni ini lagi.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI