Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

26 April 2016

TERBUBUH RACUN PEROSAK DALAM ADUNAN GULA-GULA


Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas makan gula-gula yang dipercayai dicampurkan dengan racun perosak di sebuah daerah utara Pakistan.

Polis berkata, berpuluh yang lain turut dilaporkan jatuh sakit selepas memakan gula-gula di kawasan Karor Lal Esan minggu lepas.

Gula-gula tersebut dipercayai dibeli dari sebuah kedai roti yang kemudiannya diedarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga pada majlis sambutan meraikan seorang bayi lelaki.

10 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama manakala 13 yang lain pada hari berikutnya.

"Angka kematian akibat makan gula-gula tersebut meningkat kepada 23 orang dan 52 orang masih di rawat di hospital," kata pegawai polis tempatan, Munir Ahmed.

Tambah polis, tiga orang ditahan termasuk dua pemilik kedai dan seorang pekerja susulan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai kanan Rameez Bukhari berkata, sebuah kedai racun perosak yang terletak berhampiran kedai roti tersebut sedang diubahsuai dan pemilik dikatakan menyimpan racun perosak di kedai roti berkenaan.

"Pembuat mungkin telah menggunakan paket kecil dalam adunan gula-gula itu," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI