Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label MAJIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAJIKAN. Papar semua catatan

31 Oktober 2016

KENAPA SAVJI DHOLAKIA DIGELAR BOS TERBAIK DI DUNIA?


Billionair berlian di Surat, India membuat kejutan pada perayaan Deepavali tahun ini apabila menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang.

Bonus itu diumumkan oleh Savji Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja pada Selasa dan sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.

Savja memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.

Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja.

Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif.

"Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata Dholakia.

Selain sifat pemurahnya, Savji juga terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya.

Sebelum ini, Savji memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan.
Share:

17 Mei 2016

DUA MAJIKAN DURJANA DI BURU POLIS


Bukan sahaja terpedaya dengan iklan cari kerja malah tiga wanita turut dipukul dan dipaksa merakam gambar bogel di Fortune Perdana, Kepong di sini pada 8 Mei lalu.

Mereka yang berumur antara 28 hingga 33 tahun itu dikatakan memohon kerja yang diiklankan di dalam akhbar tempatan.

Malah, jika mendapat kerja me­nguruskan perniagaan online itu, mereka turut menikmati kemudahan tempat tinggal secara percuma.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kesemua mangsa ber­asal dari Ipoh, Perak dan Kepong itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian selepas beberapa hari diambil bekerja.

Sehubungan itu, ujarnya, dua individu yang dikenali sebagai Nikkie Tan dan Brenda Tan yang dipercayai majikan mangsa terbabit diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat, ke­dua­-dua suspek menjalankan perniagaan jual beli atas talian.

“Kita telah menjejaki kedua-dua suspek menerusi satu unit premis yang disewa, tetapi maklumat mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek adalah palsu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Munusamy, mangsa mendakwa dipukul suspek sele­pas dituduh mencuri duit syarikat sebanyak RM18,000.

Tambahnya, kes disiasat di ba­wah Seksyen 324 Kanun Kesek­saan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Share:

28 April 2016

AMAH LETAK AIR KENCING DALAM MINUMAN MAJIKAN


Seorang wanita dipercayai pembantu rumah bertindak meletakkan air kencing dalam segelas jus majikannya.

Video menjijikan berdurasi 53 saat itu dirakam melalui kamera yang disembunyikan dan  dimuat naik dalam laman perkongsian LiveLeak dua hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang memakai pakaian seragam berwarna biru menyediakan segelas minuman dan diletakkan di atas kabinet dapur.

Selepas wanita itu meninggalkan dapur berkenaan, seorang wanita lain yang berpakaian warna hijau dan berselendang mengambil sebuah bekas lain dan kemudian memasukkannya di dalam pakaiannya.

Wanita berkenaan kemudian dilihat menuang cecair di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing ke dalam minuman tersebut.

Sementara itu, perlakuan wanita berkenaan dapat dirakam oleh majikannya warga Kuwait yang ragu-ragu dengan wanita itu ketika menyediakan sarapan pagi kepadanya.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan, namun perbuatan wanita itu mengundang kritikan netizan yang rata-rata menganggap ia perbuatan yang menjijikkan.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI