Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label BENTONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BENTONG. Papar semua catatan

13 Mei 2017

POKOK BESAR HEMPAP DUA PENUNTUT UITM YANG SEDANG LAKUKAN AKTIVITI LASAK


JANDA BAIK : Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor maut, enam lagi cedera dihempap pokok ketika menjalani aktiviti survival di Air Terjun Lata Charok, Janda Baik, Bentong awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan mangsa yang maut ialah Noorain Mokhtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofia, Aida Farida dan Mohd Amar Afendi yang kini dirawat di Hospital Bentong.

Manakala Muhamad Haziq Radzuan, 21, yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Seramai 140 pelajar dan empat pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi Sabtu.

Bagaimanapun, semasa menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa pelajar.

Mayat Noorain ditemui pagi tadi sebaik operasi mencari dan menyelamat digerakkan, manakala mayat Muhammad Kamil ditemui di bawah pokok sekitar 2 kilometer dari trek berjalan kaki.
Share:

23 Januari 2017

KURSUS BOGEL `ALL OUT` MELAMPAUI BATAS


Peserta program motivasi yang melibatkan tindakan berbogel di kawasan terbuka tidak wajar dipersalahkan, kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor.

Menurut Mohamad, fasilitator program yang dianjurkan sebuah syarikat mengaku aktiviti yang dilakukan terlampau dan melebihi had.

Jelasnya, tindakan berbogel itu adalah sebahagian daripada program yang bernama 'All Out.'

"Peserta di dalam program tersebut disarankan supaya menjalankan apa-apa sahaja arahan fasilitator.

"Mereka diarahkan untuk membuat satu garisan lurus dengan apa yang ada.

"Namun apabila mereka tidak mempunyai sebarang barang yang boleh digunakan, jadi pakaian mereka ditanggalkan untuk membentuk satu garisan lurus tersebut," katanya

Semalam seramai 48 individu ditahan kerana terlibat program motivasi yang melibatkan tindakan berbogel di kawasan terbuka anjuran sebuah syarikat di padang permainan di sebuah pusat peranginan di Bentong.

Sebanyak 39 daripadanya merupakan peserta program yang terdiri daripada lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun.

Sementara baki sembilan individu yang ditahan merupakan wakil syarikat terbabit.

Menurut Mohamad, pelajar yang menyertai kursus tersebut berumur antara 19 sehingga 23 tahun, dan dihantar oleh ibu bapa.

Jelasnya lagi, ibu bapa mereka yang terlibat turut terkejut dengan program motivasi tersebut.
Share:

11 April 2016

PESERTA LARIAN TERKEJUT JUMPA MAYAT DI TEBING JALAN GOMBAK LAMA


Misteri bau busuk di Lereng Bukit Batu 29 Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah terjawab, apabila satu mayat ditemui di kawasan berkenaan.

Kejadian disedari sekumpulan peserta larian, yang terhidu bau busuk kira kira jam 10 pagi Ahad. Mayat wanita tersebut dipercayai berusia sekitar 30-an.

Ketika ditemui, mangsa tertiarap dalam belukar yang terletak di cerun sedalam 15 meter dengan kakinya terikat.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad percaya, mangsa mati lebih 72 jam semasa ditemui.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Selayang bersama tujuh anggota dikejar ke tempat kejadian bagi membawa naik mayat berkenaan.

Unit anjing K9 juga dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang jejak penjenayah.
Cap jari mangsa turut diambil bagi mengenal pasti identiti.

Mayat mangsa dihantar Hospital Sg Buloh bagi mengenal pasti punca kematian.
Share:

11 November 2015

BERITA SAHIH KEJADIAN TANAH RUNTUH DI LEBUHRAYA KARAK GENTING SEMPAH


KARAK - Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor barkata, kesemua laluan terhalang selain trafik sesak dan terhenti di kedua-dua arah.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.

Mohamad Mansor berkata, pengendali lebuh raya, Anih Berhad telah menghantar jentolak untuk membersihkan lokasi kejadian.

"Kedua-dua arah jalan ditutup kepada semua kenderaan.

"Kejadian berkenaan dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan harta benda," katanya.

Selain itu pihak Bomba dan Penyelamat Bentong juga memaklumkan turut berlaku satu lagi kejadian tanah runtuh di jalan lama Bentong - Kuala Lumpur.

Sementara itu, Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia melaporkan pengguna dari Kuala Lumpur juga boleh membuat u-turn di KM29.3 manakala dari Kuantan keluar ke Karak dan melalui jalan Bahau.

"Makluman info dari IPD Bentong laluan FR68 tidak boleh dilalui, pengguna dinasihati untuk tangguhkan perjalanan anda," katanya.


UPDATE!!
Empat kenderaan yang tertimbus di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada petang Rabu telah berjaya dikeluarkan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, PPJB Morni Mamat ketika memaklumkan perkara itu pada Rabu turut berkata lapan penumpang yang pada awalnya terperangkap dalam kenderaan terbabit juga berjaya diselamatkan.

Tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini katanya.

Banjir lumpur yang berlaku sekitar  pukul 7 malam di KM52.4 lebuhraya itu turut menyebabkan kesesakan teruk di lebuhraya itu yang ditutup dari kedua-dua hala.

Sementara itu Morni memaklumkan beliau sendiri terperangkap ketika sedang menuju ke tempat kejadian berikutan ada pengguna yang menggunakan laluan kecemasan.

Tambahnya lagi, pihaknya turut meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Selangor dan Kuala Lumpur untuk memantau keadaan dan trafik sepanjang kerja-kerja pembersihan.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI