Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label NAJIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NAJIS. Papar semua catatan

21 Jun 2016

PENGANJUR ACARA TAHUNAN PESTA MAKAN ANJING DIKECAM AKTIVIS


Pesta tahunan memakan daging anjing di bandar ini bermula hari ini, walaupun menghadapi kritikan dan bantahan pelbagai pihak terutama aktivis hak haiwan.

Ribuan anjing pelbagai jenis dibunuh dan dimasak oleh puluhan restoran selain daging anjing dijual kepada orang ramai walaupun dibantah kerana dianggap kejam serta berkemungkinan penyakit merebak.

Ramai aktivis haiwan berada di bandar ini, berusaha membeli sebanyak mungkin anjing bagi mengelak haiwan itu dikorbankan. Penduduk tempatan tidak senang dengan campur tangan mereka dalam pesta berkenaan yang sudah menjadi tradisi sejak ratusan tahun.

“Kami cuba beritahu mereka bahawa anjing adalah kawan kita dan ia tidak sepatutnya dibunuh dengan cara kejam ini. Malahan banyak anjing yang dibunuh ialah anjing peliharaan,” kata sukarelawan aktivis haiwan Yang Yuhua.


Dianggarkan antara 10 juta hingga 20 juta anjing dibunuh di China untuk dimakan dagingnya setiap tahun namun hanya Yulin menyediakan pesta tahunan itu.

Selain anjing jalanan, banyak anjing terbabit dipercayai dicuri daripada pemiliknya, dikurung dalam sangkar sempit dan dibawa ke Yulin yang terletak 2,000 kilometer di selatan Beijing.

Selain anjing, kucing juga menerima nasib yang sama di pesta berkenaan. Pihak berkuasa tempatan walaupun tidak mengiktiraf pesta berkenaan, namun tidak berusaha menghalangnya.

Penganjur mendakwa makan daging anjing ketika musim panas mampu menurunkan suhu badan dan mengekalkan kesihatan metabolisme walaupun daging anjing berpotensi membawa keburukan kepada manusia kerana membawa penyakit termasuk trichinellosis, virus anjing gila dan taun.

Guangxi ialah antara lima wilayah China yang mempunyai paling ramai pesakit dijangkiti virus anjing gila dengan Yulin berada ditangga teratas dalam kalangan 10 bandar raya negara itu.
Share:

8 April 2016

SIAPA GEMAR MAKAN KICAP? MEH TENGOK NI..


Sebuah kilang kicap yang berusia 100 tahun diarahkan menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, pada mulanya kilang itu diserbu bagi pemeriksaan operasi melepas asap berikutan pihaknya menerima aduan dari penduduk sekitar berhubung perkara itu.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan dengan asap kayu yang dilepaskan dari kilang berkenaan.

"Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan. Oleh demikian, kita bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan di kilang berkenaan.

"Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Oleh demikian, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM100 kerana tidak menyediakan peralatan yang sesuai untuk melepaskan asap.

"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.

Ah Teong berkata, selain kesalahan itu, kilang itu juga didapati gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan dalam keadaan bersih.

"Setelah diperiksa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada najis kucing dan tikus. Selain itu, kita juga menjumpai lipas, najis tikus, lipas dan najis kucing di lantai kilang di mana proses penghasilan kicap dijalankan.

"Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih. Kita akan membuat pemeriksaan susulan selama dua minggu penutupan kilang ini bagi memastikan pemilik mengikut arahan seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Share:

26 Oktober 2015

NAJIS BEKU DARI LANGIT


Sepasang suami isteri mendakwa najis beku yang mengakibatkan bumbung rumah mereka berlubang terjatuh dari pesawat penumpang.

Menurut Keith dan Ruth Mead yang tinggal di Corncockle Close, Melksham, Wiltshire, najis manusia sepanjang tujuh inci dan seberat lebih satu gram itu digugurkan dari tandas pesawat dan membeku ketika jatuh ribuan kaki sebelum merosakkan bumbung rumah mereka.

Mereka kini bingung bagaimana mahu menyatakan kerosakan yang dialami dalam borang tuntutan insurans.

Mead, 70, berkata: “Kami pasti ia datang dari tandas pesawat yang melalui kawasan rumah kami. Dari mana lagi ia datang?

“Ketulan ais itu berwarna kuning dan coklat. Ia membeku sebaik gugur dari pesawat. Patutkah kami mengatakan ‘rumah kami rosak akibat terkena najis beku?’ Adakah pihak insurans akan mempercayai kami?”

Bayangkan kalau ia terkena kepala manusia..

Share:

31 Disember 2014

PEKAN DI HUJANI NAJIS!!


Hechi (China): Beberapa orang dihujani najis apabila sebuah lori tangki membawa bahan itu meletup berhampiran bangunan kedai di sini, semalam.Mangsa yang berlumuran dengan najis terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

Nasib seorang pemilik kedai lebih buruk apabila bukan saja dia dihujani najis, bahkan hampir semua barang dalam kedainya dilitupi bahan berbau busuk itu.Katanya, dia mungkin terpaksa mengambil masa seminggu untuk membersihkan kedainya.

Saksi, Dong Tang memberitahu televisyen tempatan: "Saya melihat orang ramai berkumpul di jalan raya. Mulanya saya menyangka ia kemalangan jalan raya. Tiba-tiba bau amat busuk menyengat hidung saya.

Share:

21 Oktober 2014

RAMAI MELAYU KURANG DIDIKAN AGAMA?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap penganjuran Kempen 'I Want to Touch a Dog' sebagai mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.


Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, penganjuran kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah itu menimbulkan keresahan terutama di kalangan umat Islam.

"Secara jelas ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.

"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘Mughallazah’ namun kaedah itu bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis itu secara sengaja.

"Tindakan berkenaan menyamai orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah mencipta budaya baru serta menghina agama Islam.

"Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, Jakim perlu memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab berkenaan.

"Pada dasarnya, Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

"Bagaimanapun, berdasarkan mazhab itu, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan berkenaan sebagai binatang peliharaan.

"Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian," katanya.

Katanya, Jakim akan memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya berhubung perkara itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan ratusan orang awam hadir pada acara ‘I Want to Touch a Dog’ iaitu sebuah program bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI