Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label WABAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WABAK. Papar semua catatan

7 Oktober 2016

IZIN WANITA HAMIL GUGUR KANDUNGAN JIKA SAH DIJANGKITI ZIKA


Kerajaan Thailand membenarkan wanita yang dijangkiti virus Zika menggugurkan kandungan mereka kerana bimbang bayi dilahirkan dengan kecacatan otak atau mikrosefali, kata pegawai semalam.

Thailand pada minggu lalu mengesahkan dua kes mikrosefali yang dikaitkan dengan virus bawaan nyamuk aedes berkenaan.

Dua kes mikrosefali, satu kecacatan yang menyebabkan kepala dan otak bayi mengecil, adalah kes pertama disahkan di Asia Tenggara.

Pakar kesihatan yang bertemu pada minggu ini bagi menggariskan panduan bagi wanita mengandung yang dijangkiti Zika memutuskan ibu boleh menggugurkan kandungan mereka hingga minggu ke-24.

“Paling sukar mengenai Zika adalah menentukan mikrosefali. Ia hanya dikesan lama selepas kehamilan,” kata Presiden Obstetrik dan Ginekologi, Kolej Diraja Thailand, Pisek Lumpikanon.

Menurutnya, pengguguran perubatan boleh dilakukan sebelum usia kandungan mencecah 24 minggu.

“Selepas 24 minggu peluang untuk bayi hidup adalah tinggi,” jelasnya.

Menggugurkan kandungan adalah satu kesalahan di Thailand kecuali kes berkaitan mangsa rogol dan untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Ketika ini tiada ujian spesifik bagi menentukan sama ada bayi dilahirkan dengan mikrosefali tetapi boleh dikesan melalui imbasan ultra bunyi ketika kandungan memasuki minggu ke-28. - Reuters
Share:

2 Oktober 2016

TAMAN TEMA AIR BUKIT MERAH DISARAN UTAMAKAN KEBERSIHAN ELAK PENULARAN WABAK ROTAVIRUS BERTERUSAN


Pengusaha industri pelancongan di Perak perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mementingkan kebersihan kawasan sekitar bagi mengelak penularan virus seperti Rotavirus atau Zika.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong.

"Bagaimanapun, industri pelancongan di negeri ini tidak terjejas meskipun terdapat kes jangkitan Rotavirus dipercayai selepas mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort.

"Saya difahamkan, Kementerian Kesihatan dan Bukit Merah Laketown Resort telah mengambil langkah perlu dalam mengekang insiden jangkitan virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr B.Venugopalan berkata setakat semalam, tiada kes Rotavirus di Perak, sebaliknya terdapat 19 kes Gastroentritis Akut (AGE) yang direkodkan, setakat ini.
  
Dr Venugopalan berkata semua kes AGE ini dipercayai positif selepas mandi di taman tema itu dengan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak.

AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air, sering dikaitkan dengan paip air yang tercemar dan antara simptomnya termasuk muntah-muntah, cirit-birit, demam selain kekejangan perut.
Share:

6 September 2016

WABAK ZIKA DI SINGAPURA SUDAH MULA CETUS PANIK NEGARA-NEGARA ASIAN


Kes jangkitan Virus ZIKA di Singapura meledak daripada sifar kepada 242 dalam tempoh seminggu sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan situasi serupa melanda Asia, lapor portal berita CNN semalam.

Satu kajian baru-baru ini menganggarkan kira-kira 2.6 bilion penduduk di Benua Asia dan Afrika berisiko dijangkiti virus Zika yang dikaitkan dengan kecacatan otak bayi atau sindrom mikrosefali.

Setakat ini, punca Zika merebak dengan begitu mendadak di Singapura masih belum diketahui. Kebanyakan kes yang dikesan pula melibatkan kes tempatan yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti.

Pada Sabtu lepas, Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan, analisis ke atas dua kes mendapati jangkitan di pulau itu melibatkan virus Zika yang telah tersebar di rantau Asia Tenggara.

Singapura bukan satu-satunya negara di Asia yang melaporkan kes Zika.

Selain pulau itu, Thailand juga menyaksikan jangkitan meluas Zika sejak tiga bulan lalu, demikian menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Singapura yang mempunyai kira-kira 5.7 juta penduduk dengan kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dianggap bukan kawasan yang akan mengalami wabak Zika.

Namun, kepadatan penduduk yang tinggi dan iklim panas lembap menjadikannya sesuai untuk nyamuk Aedes membiak. Ciri tersebut turut dikongsi oleh bandar raya lain di Asia.

“Di Asia, terdapat bandar-bandar besar yang mempunyai antara lima hingga 10 juta penduduk. Nyamuk Aedes aegypti mudah membiak di persekitaran bandar yang padat dengan penduduk,” kata Timbalan Pengarah Penyakit Berjangkit Baharu Sekolah Perubatan Duke-NUS di Singapura, Eng Eong.

Share:

29 Ogos 2016

VIRUS ZIKA SAH MASUK ASIA TENGGARA


Kerajaan Singapura mengesahkan berlaku 41 kes Virus Zika dari jangkitan dalaman di negara itu. Memetik laporan Channel News Asia, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) melaporkan, 34 daripada jumlah tersebut telah sembuh sepenuhnya.

Bagaimanapun, tujuh lagi pesakit sedang dirawat di Hospital Tan Tock Seng. Saluran media tersebut melaporkan, kesemua pesakit merupakan sama ada residen atau pekerja di kawasan Aljunied Crescent atau Sims Drive.

Malah, mereka juga tidak diketahui telah mengembara ke kawasan jangkitan Zika dan oleh itu dijangka jangkitan berlaku dalam Singapura.

MOH dan NEA turut melaporkan, daripada jumlah kes tersebut, 35 pesakit merupakan pekerja asing yang bekerja di kawasan pembinaan Sims Drive.

Pengumuman kes itu dibuat selepas kedua-dua pihak tersebut melaporkan seorang wanita Malaysia yang berusia 47 tahun yang tinggal di Block 102 Aljunied Crescent merupakan kes pertama jangkitan dalaman di Singapura.
Share:

25 Julai 2016

PILU HATI SEORANG IBU APABILA SEORANG LAGI ANAK MENINGGAL DUNIA AKIBAT DIFTERIA


Cukup berat dugaan yang ditanggung pasangan suami isteri, Amdin Ag. Hamid, 48, dan Zalifah Hussin, 40.

Pasangan ini terpaksa menerima hakikat seorang lagi anak mereka iaitu bayi berusia 11 bulan, Muhammad Rusydi Rizky Amdin maut akibat jangkitan difteria semalam.

Muhammad Rusydi Rizky disedari dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh Zalifah ketika mahu memberinya susu di rumahnya di Flat Paya Nahu, Jalan Taman Ria Jaya di sini kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Menurut Zalifah, bayinya itu pernah berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini setelah keadaan kesihatannya semakin baik.

“Dia dibenarkan pulang ke rumah Khamis lalu dengan dibekalkan antibiotik dan dia kelihatan sihat walaupun berat badannya menurun.

“Namun, ketika mahu mengejutkannya untuk memberi susu kira-kira pukul 2 pagi tadi, Muhammad Rusydi tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan semasa tiba di HSAH,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH..
Share:

30 Jun 2016

KES DIFTERIA MENINGKAT, SABAH CATAT TIGA KEMATIAN AKIBAT JANGKITAN DIFTERIA


Tiga belas kes disahkan difteria dengan lima kematian dilaporkan berlaku dalam negara sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut rekod Melaka mempunyai tiga kes dengan satu kematian; Kedah enam kes dengan satu kematian dan Sabah empat kes dengan tiga kematian.

"Sebanyak dua kes terbaru disahkan berlaku di Sabah, membabitkan seorang kanak-kanak warganegara berumur tiga tahun yang tiada sejarah menerima imunisasi difteria.

"Pesakit disahkan difteria pada 23 Jun dan meninggal dunia kelmarin, manakala kes kedua pula adalah kanak-kanak bukan warganegara berumur lima tahun dan disahkan difteria semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, mangsa kini dirawat di wad pengasingan hospital dan dalam keadaan stabil.

"Anggota kesihatan di semua negeri sudah sedia maklum kejadian difteria ini dan meningkatkan aktiviti pengawasan masing-masing.

"Perkhidmatan imunisasi di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta juga dilaporkan mendapat sambutan yang memberansangkan," katanya.
Share:

24 Jun 2016

IBU BAPA JANGAN TERLALU NAIF MENGENAI KEBAIKAN VAKSIN DIFTERIA - PM NAJIB


Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Kuala Muda, Sungai Petani meninggal dunia semalam dan menjadi mangsa terbaharu bakteria difteria.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nurhizan Ismail berkata, kanak-kanak terbabit bersama enam adik-beradiknya yang berusia 11, 10, 8, 4, 3 tahun dan bayi berusia 10 bulan dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 21 Jun lalu selepas disyaki dijangkiti bakteria berkenaan.



“Kanak-kanak berusia dua tahun itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan meninggal dunia semalam.



“Daripada tujuh kes tersebut, empat kes iaitu yang membabitkan kanak-kanak berumur 10 bulan, dua, tiga dan empat tahun itu tidak mendapat pelalian difteria,” katanya di sini hari ini.



Tambah beliau, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dari Taman Nilam Langkawi turut disyaki dijangkiti difteria dan menerima rawatan di HSB.



“Mangsa merupakan kanak-kanak wargan asing yang tidak mendapat pelalian difteria. Kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.



“Kesemua lapan kes itu sedang menunggu pengesahan laporan makmal dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur,“ katanya.

PESANAN PERDANA MENTERI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka diberi vaksin imunisasi sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti penyakit berbahaya.


Beliau berkata tindakan segelintir ibu bapa enggan memberi suntikan vaksin atau mengikuti program imunisasi bukan sahaja membawa mudarat kepada anak mereka, malah berupaya membawa kepada penularan semula penyakit berjangkit yang telah lama berjaya dikawal daripada merebak di Malaysia.

Menurutnya Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan Kementerian Kesihatan, yang diperkenalkan lebih 50 tahun dahulu, diberikan secara percuma dan bersandarkan kepada syariat Islam di dalam konsep Maqasid Syariah iaitu Hifz Al-Nafs, atau pemeliharaan jiwa.

"Alhamdulillah, melalui program imunisasi ini, kita telah berjaya mengatasi dan membendung penularan pelbagai jenis penyakit berjangkit

"Tetapi segala usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya ada dalam kalangan kita yang menyebarkan berita-berita dan khabar angin yang menimbulkan keraguan terhadap pemberian vaksin atau imunisasi ini," kata beliau dalam blognya, NajibRazak.com, hari ini.


Perdana menteri berkata adalah lebih malang lagi apabila berita-berita palsu itu disebarkan dengan menggunakan alasan agama Islam oleh orang Islam sendiri.

"Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 195, mafhumnya, '... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan'...Wallahu'alam."

"Sebagai umat Islam, sememangnya hanya kepada Allah SWT kita berharap, tetapi pada masa sama harapan itu harus kita sertakan dengan usaha, seperti firman Allah SWT dalam Surah Ar Ra'd ayat 11, 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.' Wallahu'alam."

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa terutamanya yang beragama Islam tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita dan khabar angin itu.

"Utamakan kesihatan anak-anak anda dan jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab," kata Najib.

Perdana menteri juga meminta mereka yang menyebarkan berita dan khabar angin itu dengan menggunakan alasan agama supaya tidak memandai-mandai dan berhenti daripada berbuat demikian.

Beliau berkata mereka sepatutnya merujuk kepada pihak yang lebih tahu mengenai perkara berkenaan.

Najib mengulas kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun akibat dijangkiti bakteria difteria di Melaka pada Selasa lepas dan satu lagi kematian akibat kes sama di Kedah semalam.

Sambil melahirkan kesedihan belau di atas kematian kanak-kanak itu, beliau berkata difteria adalah sejenis jangkitan "yang telah lama berjaya kita tangani dan mudah dicegah dengan penggunaan vaksin dalam program imunisasi."

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa kedua-dua kanak-kanak itu tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan.

Share:

11 April 2016

BAPAK BESAR TIKUS!


Seorang anggota pengawal binatang perosak berjaya menangkap seekor tikus besar yang mempunyai saiz sama dengan seorang bayi.

Laporan Dailymail UK mengatakan tikus yang berukuran 2 kaki panjang tersebut ditangkap di Humberston selepas dilaporkan orang awam.

Pemilik syarikat kawalan binatang perosak, Jeff Sullivan, 58 mengesahkan tikus tersebut adalah yang paling besar beliau pernah lihat.

"Sebelum ini terdapat ilusi dalam gambar tikus yang ditangkap, menunjukkan saiz tikus lebih besar dari yang sepatutnya," kata Jeff.

"Tikus ini adalah yang paling besar pernah saya saksikan," tambah Jeff lagi yang sudah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang tersebut.

Kata beliau, kehadiran tikus membuktikan terdapat pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Tikus membawa 35 jenis penyakit termasuk kencing tikus dan gigitannya yang merbahaya.

"Tikus juga boleh melindungi diri sendiri terhadap racun tikus, jadi adalah lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar," jelas Jeff panjang lebar.
Share:

1 Februari 2016

KES DEMAM DENGGI SEMAKIN MENINGKAT DI KUALA LUMPUR


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan sebanyak 26 peratus kes denggi dan satu kes kematian akibatnya sejak seminggu lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Hayati Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 866 kes dicatat­kan berbanding tahun lalu ia­itu 643 kes, namun tiada kematian direkodkan.

Jelasnya, terdapat sebanyak 80 lokasi wabak aktif semasa di sekitar ibu negara dengan lebih satu kes dikesan setiap hari. “Parlimen Bandar Tun Razak mencatatkan sebanyak 19 kes ia­itu yang paling tinggi setakat ini manakala Parlimen Cheras merekodkan sejumlah 11 kes,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini me­nyiarkan laporan statistik Kementerian Kesihatan berhubung pening­katan 16.4 peratus kes denggi yang membimbangkan tahun ini di seluruh negara. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memaklumkan, sepanjang tempoh itu, sebanyak 12,897 kes demam denggi dengan 26 kematian dicatatkan berbanding 11,081 kes dengan 35 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. Sementara itu, Hayati berkata, Parlimen Titiwangsa dan Se­tia­wang­sa mencatatkan seba­nyak tu­juh kes, selain Parlimen Wangsa Maju iaitu tujuh 11 kes.
Share:

15 September 2014

VIRUS EBOLA DIKESAN DI KUCHING??

Lelaki Afrika disyaki dijangkiti Ebola


Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. 

LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.

"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada pengesahan lagi setakat ini. 

"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit. 

Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini. 
Share:

9 Ogos 2014

KETAHUI BAHAYA "WABAK EBOLA"

Klik Grafik Untuk Besarkan

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI