Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KELANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELANTAN. Papar semua catatan

30 Jun 2017

BUDAK PARAH MERCUN BOLA MELETUP DALAM RAGA


KELANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera parah di kaki, tangan dan kepala apabila mercun bola diletakkan dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Salor, di sini petang kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan dihantar ahli keluarganya ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal dan meletakkan mercun bola di dalam raga namun ia tiba-tiba meletup.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di HRPZ II enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Share:

19 Jun 2017

POLIS NASIHAT PENGGUNA JALAN RAYA BERHEMAH KETIKA PULANG BERAYA


Polis Kelantan menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman ketika melalui enam laluan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lokasi yang terlibat dalam Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru bermula pada 18 Jun sehingga 2 Julai ini ialah di beberapa lokasi seperti di Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Gua Musang.

Katanya, tema Op Selamat kali ini ialah "Rumah Selamat, Selamat Ke Destinasi" adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat.

"Ada enam kawasan dalam kontinjen Kelantan. Antaranya ialah, kalau di kawasan Kuala Krai, ada dua iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Pasir Mas, dan Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas-Simpang Tiga Lubuk Jong.

"Satu lagi Panglima Bayu-Rantau Panjang, Jeram Pergah, Machang-Tanah Merah-Pasir Puteh hadapan  JKR jajahan Machang, dan Pasir Puteh-Jalan Kota Bharu-Terengganu," ujar Hasanuddin.

Hasanuddin juga mengingatkan kepada masyarakat yang ingin meninggalkan rumah agar bekerjasama untuk mengisi borang sebagai pemakluman di balai polis berdekatan ataupun melalui aplikasi mudah alih terbaharu iaitu Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat kali ke-11 peringkat negeri Kelantan di Hentian Gua Musang.

Kemalangan jalan raya di Kelantan ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lepas menurun kepada 732 kes berbanding 753 kes dalam tempoh sama pada 2015.
Share:

16 Februari 2017

WANITA KEJAR PERAGUT MAUT DALAM KEMALANGAN


KELANTAN : Seorang mangsa ragut maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penjenayah dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54 tahun, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar tiang elektrik ketika mengejar suspek.

Motosikal mangsa dikatakan dihimpit seorang lelaki sebelum mangsa mengejar lelaki itu dan terlanggar tiang elektrik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan, beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut seorang lelaki.

Mangsa bertindak mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987.
Share:

18 Januari 2017

MARA BERHAD PERJELAS ISU TAJA THE RED WARRIORS MUSIM LALU


Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.

Menurut kenyataan syarikat itu pada Selasa, keputusan penajaan TRW itu dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan yang diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan oleh lembaga pengarah.

"Penajaan pasukan bola sepak merupakan kaedah pemasaran yang sama seperti pemasaran melalui media elektronik, cetak, atas talian dan kaedah pemasaran 'out of home' yang lain.

"Penajaan ini antara inisiatif bagi memaksimumkan kebolehlihatan jenama syarikat kepada masyarakat umum," menurut kenyataan itu.

Pelaburan Mara Berhad berkata ia mengambil bahagian dalam TRW pada 2016 dengan perbelanjaan RM200,000 dengan membeli pakej pengiklanan komersial yang ditawarkan TRW.

Ia merangkumi sembilan peratus daripada keseluruhan peruntukan syarikat bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran, kata syarikat itu.

Kenyataan itu berkata Pelaburan MARA ialah entiti komersial yang mempunyai peranan berbeza dengan MARA dan sebagai syarikat berasaskan keuntungan, Pelaburan MARA mempunyai strategi perniagaan dan pemasaran tersendiri untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan.

Ia seterusnya berkata Pelaburan MARA Berhad adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan MARA iaitu 60 peratus daripada keuntungan keseluruhan MARA bagi tahun kewangan 2016.

Tahun lepas, syarikat itu mencatat keuntungan hampir 300 peratus berbanding 2015.

Jualan dana unit amanah bagi PMB Investment pula melebihi sasaran dengan peningkatan lebih 40 peratus dalam tempoh setahun, dan jumlah perunding unit amanah meningkat 55 peratus pada 2016 berbanding 2015.

PMB Investment merupakan syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad yang menjalankan perniagaan unit amanah dan mempunyai status Syarikat Pengurus Dana Islamik (IFMC).
Dalam pada itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam kenyataanya berkata penajaannya dalam pasukan Kelantan telah memberi impak besar kepada penjenamaan universiti itu.

"Pembiayaan program pemasaran dan penajaan ini dibuat secara pentadbiran menggunakan peruntukan yang diluluskan setiap tahun khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa melibatkan sebarang dana tajaan pelajaran pelajar dari MARA," kata UniKL. - BERNAMA
Share:

31 Oktober 2016

JUMPA EMPAT MAYAT SUDAH BUSUK DALAM SEMAK


KELANTAN : Empat mayat yang dijumpai siang tadi dipercayai dibunuh dengan kepala ditutupi plastik serta terdapat beberapa kesan tikaman di badan sebelum dicampak dalam semak di sini Kampung Tanjung Hilir, Bekelam dekat sini.

Kesemua mangsa dianggarkan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu lengkap berpakaian.

Dipercayai ke semua mangsa dibunuh sekitar tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak.‎

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mayat berkenaan dioercayai dibunuh dengan kejam di tempat lain sebelum dicampak ke dalam semak di sini selain tidak menolak kemungkinan dilakukan kumpulan dengan lebih daripada seorang suspek.

Mayat terbabit ditemui seorang penduduk yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan kepada anggota polis Bachok kira-kira jam 6.45 petang.

Kita percaya empat mayat dibunuh dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu diikat kepala dengan plastik dan setiap mayat mempunyai dua tikaman di bahagian perut dan dada selain ada beberapa calar dipercayai akibat pergelutan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tanjung Hilir,di sini, hari ini.

Abd Rahman berkata setakat ini identiti, jantina dan warganegara ke empat suspek belum dapat dipastikan namun salah seorang daripada mangsa mempunyai tatu di bahagian lengan sebelah kanan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes  itu pernah dilaporkan sebelum ini bermotifkan dendam.

Kesemua mayat berkenaan diperiksa anggota Polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kota Bharu sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Beliau meminga orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Usaha memburu suspek akan dijalankan secepat mungkin dan menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
Share:

20 Oktober 2016

LEGA PDRM DAH TANGKAP PEMBUNUH SUAMI


Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, Kuala Terengganu, berharap suspek akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan kejamnya.

Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin bulan depan, berkata kematian suaminya Mohd Shukri Husin, 34, yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan begitu dirasai tetapi beliau perlu menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Lega dengan penangkapan suspek utama kes itu hari ini, Noriah berkata, sejak insiden Ahad lepas, beliau tidak lena tidur kerana bimbangkan suspek yang masih belum ditangkap.

"Alhamdulillah, kak (Noriah) rasa lega (dengan penangkapan suspek), harap dia (suspek) dapat balasan yang setimpal untuk arwah ni. Cuma kena kuatkan semangat, kita yang hidup kena teruskan hidup," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di sini, hari ini.

Suspek berusia 29 tahun berasal dari Manir, Kuala Terengganu itu berjaya diberkas polis tengah hari tadi ketika sedang berjalan di Jalan Jeram, Manir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai telah bertindak agresif dengan menikam Mohd Shukri sebanyak enam kali sehingga maut.

Insiden tersebut dikatakan bermula apabila mangsa hadir ke pejabat di situ bersama keluarganya bagi menyemak status perkahwinan suspek yang bakal berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah tembelang suspek yang sudah berkahwin diketahui, dipercayai berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan tersebut.
Share:

20 Jun 2016

KEJAM!! REMAJA PENAGIH DADAH BELASAH & TETAK KAKI WARGA EMAS HINGGA PUTUS


Seorang warga emas berusia 89 tahun bukan saja telah ditumbuk malah putus pergelangan kaki kirinya akibat ditetak seorang suspek dipercayai penagih dadah yang hilang pertimbangan sewaktu memeras wang.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini pada kira-kira jam 6 petang itu, suspek dikatakan telah datang ke rumah mangsa, Mek Som Mat Diah, untuk meminta wang daripadanya.

Apabila permintaannya tidak dilayan wanita berkenaan, suspek yang berusia 19 tahun itu terus menceroboh masuk ke rumah mangsa dan menumbuk bahagian muka mangsa sehingga terjatuh.

Setelah itu, mangsa memberitahu, melihat suspek memegang sebilah senjata tajam yang kemudian terus menetak kaki kirinya.

Mangsa yang menjerit kesakitan telah menarik perhatian penduduk setempat yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.25 petang dan suspek yang berjaya ditangkap oleh orang kampung itu telah diserahkan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas dan difahamkan berada dalam keadaan stabil.


Share:

16 Mei 2016

SUNGAI GOLOK MEMANG CETEK, TAPI PENUH DENGAN TULANG BABI?


SUNGAI GOLOK : Air Sungai Golok yang digunakan penduduk setempat untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak didakwa dicemari tulang babi apabila mereka menemui sisa buangan itu di dalam dan di tebing sungai Kampung Kubang Rambutan, di sini.

Kejadian itu disedari penduduk sejak seminggu lalu berikutan paras air sungai semakin kering menyebabkan sisa buangan itu ditemui di merata tempat berdekatan sungai.


Tinjauan Harian Metro mendapati tulang berselerak di tebing dan di dalam sungai dipercayai sisa buangan babi dua kilometer dari Sungai Golok di Kampung Bagus yang dijadikan kawasan bersantai penduduk pada waktu petang sejak sebulan lalu.

Keadaan itu menjijikkan kerana pada musim ini kebanyakan penduduk menjadikan Sungai Golok sebagai sumber bekalan air utama berikutan air bersih di rumah mereka hampir kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Telaga Mas Che Husain Ismail berkata, penduduk di kampungnya menyedari kewujudan bahan buangan itu sejak lima tahun lalu, namun tiada bukti kukuh.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, penduduk terjumpa tulang dipercayai tulang babi dibuang pengusaha dari negara jiran dan negara kita yang menyeludup untuk pasaran di sekitar Thailand dan Malaysia.

“Perkara ini menjijikkan kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Islam yang menggunakan sungai berkenaan untuk aktiviti harian.

“Kami tiada pilihan untuk mendapatkan sumber air kerana kebanyakan rumah kekeringan akibat musim kemarau,” katanya.

Penduduk Kampung Telaga Mas Mohd Zulkifli Mustaffa, 29, berkata, jika dulu penduduk kampungnya menjadikan sungai itu sebagai sumber rezeki mencari ikan dan etak.

Menurutnya, sejak mengetahui sungai itu tercemar, mereka tidak berani turun ke sungai itu.

“Penduduk juga tidak mencari ikan di kawasan berkenaan kerana tercemar walaupun keadaan air kelihatan bersih. Namun, daripada segi agama, ia tidak elok digunakan.

“Kami meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan sama ada bergotong-royong mencuci kawasan sungai atau menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.
Share:

20 April 2016

BUDAK TUJUH TAHUN MAUT DI PATUK ULAR DI PERKARANGAN SEKOLAH


Seorang murid perempuan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Datu Hashim di sini maut dipercayai dipatuk ular di sekolah tersebut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nuri, 7, dikatakan dipatuk ular ketika sedang bermain bersama rakannya semasa waktu rehat di kawasan taman mini berhampiran kelasnya.

Sebaik sahaja dipatuk, kanak-kanak itu dipercayai terus rebah dan tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya di bawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Share:

29 Januari 2016

LIKU-LIKU KEHIDUPAN RATU KOSMETIK TERSOHOR


Kisah seorang wanita Kelantan yang mengharungi liku liku kehidupan sehingga berjaya menjadi Ratu Kosmetik yang tersohor di Malaysia. Beliau juga telah berjaya menjadi wanita pertama yang terlibat secara langsung dalam kancah bola sepak di Malaysia.

Semua ini atas hasrat seorang wanita, yang mahu menampilkan ciri feminin dalam sukan lelaki sebagai balasan bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Beliau tidak lain tidak bukan Hazmiza Othman, 44, bekas guru, ratu kosmetik dan usahawan luar biasa. Dalam dunia perniagaan beliau dikenali sebagai Dr Vida, dengan gelaran Datuk Seri yang dikurniakan oleh Sultan Pahang pada 2014.

Jutawan yang sentiasa mengenakan pakaian muslimah dengan stail tersendiri, biasanya berwarna merah jambu atau warna terang yang lain, biasanya dihiasi sulaman batu permata, serta memakai tiara untuk dipadankan dengan rantai leher, gelang dan cincin dipakainya.

Jadi, macam mana wanita kecil molek daripada Machang Kelantan ini terbabit dalam pasukan bola sepak negeri kelahirannya?

Selepas kejayaan menaja program realiti Gegar Vaganza disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria tahun lepas, nama Dr Vida menjadi sebutan ramai awal tahun ini apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bersetuju untuk beliau menaja pasukan bola sepak itu walaupun dengan memberikan dua syarat.

Syarat itu adalah menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, menambah nama satu daripada produknya bagi pasukan terkenal itu, dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu perlu dicat merah jambu.

Malah semasa majlis menandatangani perjanjian kontrak penajaan RM16 juta antara syarikat Dr Vida dengan KAFA baru-baru ini, presidennya Datuk Seri Annuar Musa dan pasukan itu turut memakai warna merah jambu dan bersedia dirakamkan gambar dengan ‘trademark’ wanita itu – meletakkan isyarat huruf V di tepi bibir dengan slogan “Qu Puteh Qu Puteh barulah putih” dan mereka turut melantiknya sebagai penasihat kehormat KAFA bagi 2016/2017.

Sebagai peminat nombor satu bola sepak tempatan, Dr Vida memberitahu Bernama, penglibatannya dengan KAFA, satu daripada pasukan terbaik di negara ini, kerana ingin produknya menembusi pasaran baharu.

Bagi Dr Vida, untuk berada di tempatnya sekarang beliau telah menempuh pelbagai cabaran dan jalan berliku. Bermula dengan menjual kacang putih dan nasi bungkus kepada rakan sekolah untuk duit poket selepas bapanya meninggal dunia, beliau telah memperluaskan produk jualannya kepada kain batik, telekung, sambal daging dan keropok semasa melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pada masa sama beliau bekerja sambilan sebagai pekerja kilang dan di kedai makanan ringan untuk menampung pembelajarannya di universiti, katanya.

Selepas lulus Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), dan menjadi guru di Sekolah SJK (C) Poi Lam, Ipoh, beliau tidak pernah berhenti daripada meninjau peluang perniagaan dan telah mengikuti kursus dalam bidang kecantikan iaitu dandanan rambut dan solekan.

Dengan pinjaman bank sebanyak RM100,000, beliau membuka salun kecantikan dan menganggap ia adalah masa yang amat sukar kerana dengan gaji guru sebanyak RM3,000 sebulan, beliau terpaksa membayar balik pinjaman bank sebanyak RM2,000 sebulan, dan menggunakan selebihnya RM1,000 untuk bayar rumah, kereta dan untuk makan.

Selepas 12 tahun menjadi guru sekolah, beliau bertukar angin dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) mengajar kursus dandanan rambut dan solekan, dan di situlah tercetus idea untuk menghasilkan produk kosmetik apabila program cuci muka secara percuma kepada orang ramai di pasar raya oleh pelajarnya menerima sambutan hangat.

“Di situlah saya lahirkan kosmetik saya, Vida Beauty yang merupakan gabungan nama panggilan Miza dan Ida oleh rakan-rakan saya dan menggunakan huruf ‘V’ yang saya anggap mempunyai nilai yang tinggi,” katanya.

Dengan geran sebanyak RM1 juta daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kosmetiknya, beliau bagaimanapun gagal untuk “break into the market” kerana pelaburan sebanyak RM500,000 untuk mengiklankan produknya di majalah tempatan, radio dan televisyen swasta tidak berjaya mempromosikan produknya.

Beliau tertekan dan mengalami tekanan darah tinggi, namun mendapat hikmah daripada kejadian itu apabila formula sendiri dihasilkan menggunakan gamat dan buah delima untuk produk kesihatan, Pamoga, telah berjaya mengurangkan tekanan darah tingginya.

Dengan semangat baharu, beliau sendiri memasarkan Pamoga melalui program di radio Kelantan FM, “dengan durasi 15 minit untuk satu sesi, produk saya tiba-tiba menerima sambutan di luar dugaan. Itulah yang berlaku enam tahun lepas.

“Dari situ jualan semakin meningkat, dengan iklan gaya testimoni pengguna yang berkesan, produk ini semakin mendapat sambutan hingga melonjak jualan mencapai 100,000 botol sebulan buat Pamoga. Saya ada lebih 100 produk,” katanya dan menambah, hasil jualan kesemua produknya mula mencapai lapan angka sebulan selepas hampir 10 tahun beliau berniaga.

Beliau yang kini turut melabur dalam pembikinan filem dan drama serta beberapa bisnes sampingan, berkata tindakannya menjadi model untuk produknya dan mencipta tagline serta penampilan ‘bling-bling’ adalah untuk menjual produk dan hasilnya amat menggalakkan.

Dr Vida berkata cabarannya dalam bidang perniagaan bukan sahaja berhadapan dengan sabotaj dan fitnah malah produk tiruan Pamoga yang dihasilkan di Damansara. 40,000 produk tiruan itu berjaya dirampasnya bersama-sama pihak berkuasa beberapa tahun lepas.

Bagi Dr Vida, cabaran paling getir apabila dua daripada empat anaknya maut dalam kebakaran di Ipoh beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat Dr Vida, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran di rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 9 malam, 3 Ogos 2013.

“Pada masa itu saya hampir- hampir tewas, tiap-tiap hari menangis, namun saya kuatkan semangat demi dua lagi anak saya,” katanya.

Dr Vida berkata bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan terutama bagi yang tidak mempunyai modal, “Kalau ada RM10 buat meniaga cara RM10. Kalau ada RM100 buat bisnes yang sesuai dengan modal RM100”.

Contohnya dengan modal RM10 mereka boleh berniaga air minum dan keropok lekor katanya, dan turut mengingatkan peniaga supaya tidak mudah tergoda untuk berbelanja boros bila mendapat keuntungan.
Share:

12 Januari 2016

CERITA JUTA JUTA RUPANYA HANYA 4 JUTA SAHAJA..


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini menjelaskan mereka hanya menerima tajaan RM4 juta semusim bagi kos pengurusan daripada Vida Beauty Sdn Bhd, bukannya RM8 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata baki RM4 juta lagi akan digunakan Vida Beauty untuk piala dan plak kejuaraan (RM2 juta), baik pulih stadium (RM1 juta) dan kafeteria serta barang dagangan sebanyak RM1 juta.

"Kalau dengan itu (RM4 juta untuk kos pengurusan) kita jadi tak cukup juga lah, dan ada beberapa syarat lain yang kita terpaksa rundingkan seperti jumlah tiket dan hak dagangan yang terpaksa diserahkan.

"Saya sebut perkara ini secara sepintas lalu sebab 'trending' dalam laporan berita akan beri masalah kepada Kafa dan akan menimbulkan fitnah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md Noor dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Akhbar sebelum ini melaporkan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad Pamoga Qu Puteh TRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Beliau dipetik sebagai berkata sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Mengulas lanjut, Annuar berkata Kafa memerlukan kira-kira RM16 juta untuk kos pengurusan bagi musim ini jika Kelantan bercita-cita mendapatkan khidmat pemain import serta tempatan yang berkualiti.

"Kita perlu labur kira-kira RM1.2 juta untuk seorang pemain import yang berkualiti. Jika ada empat pemain import maknanya kos berkenaan boleh mencecah hampir RM5 juta. 

"Gaji 25 pemain tempatan pula, jika seorang pemain terima gaji purata RM30,000 sebulan, maknanya kos berkenaan mencecah RM7.5 juta. Kos untuk gaji sahaja lebih RM12 juta.

"Itu tak termasuk kos pengurusan pasukan The President Warrior, pasukan belia, gaji pihak pengurusan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain lagi," katanya. - Bernama
Share:

7 Januari 2016

GERGASI PAHLAWAN MERAH TIADA MASALAH DENGAN WARNA PINK?


KOTA BHARU - Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) tiada masalah jika Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada warna merah jambu seperti yang dikehendaki bakal penaja The Red Warriors, malah menganggarkan kos mengecat mencecah lebih RM60,000.

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman pula menegaskan, beliau tiada masalah untuk menanggung bukan saja kos mengecat stadium, malah membaik pulih fasiliti stadium asalkan segala syarat yang ditetapkan dipenuhi.

Malah, Hasmiza, yang dikenali se­bagai Dr. Vida turut mendedahkan, tajaan yang sedia diberikan ke­pada Persatuan Bola Sepak Ke­lantan (Kafa) bernilai hampir puluhan juta untuk tempoh dua musim.

Sekarang, semuanya terpulang kepada Kafa untuk melengkapkan perjanjian dan mengemukakan permohonan rasmi kepada PSK, sebelum bersedia menandatangani perjanjian, se­kali gus merubah wajah The Red Warriors serta stadium keramat mereka.

Pengerusi Jawatan­kua­sa Kerajaan Tem­­patan, Perumahan, Belia dan Sukan ne­geri, Datuk Abdul Fattah Mah­mood berkata, secara peribadi beliau menganggap warna merah jambu mempunyai tarikan tersendiri.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, Kafa perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada PSK untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV.

“Jika benar mahu tukar cat, banyak perkara perlu dibincangkan oleh kedua-dua pihak. Cada-ngan ini memerlukan perincian... dia mahu cat bagaimana, berapa kos dan siapa yang akan buat.

“Kita masih menunggu surat daripada Kafa kerana setakat ini, belum ada permohonan rasmi. Bila sudah ada permohonan baru kita boleh bermesyuarat untuk tentukan perkara seterusnya

“Kalau diolah dengan baik, warna merah jambu pun comel,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Keputusan sama ada Kafa menerima tajaan Vida Beauty hanya akan diumum sebaik sahaja Pre­siden persatuan itu, Tan Sri Annuar Musa kembali ke tanah air daripada mengerjakan umrah, hari ini.

Kesediaan Kafa untuk memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Dr. Vida pastinya akan menyaksikan ke­r­jasama mereka bakal terjalin sebelum Li­ga Malaysia membuka tirai­nya, bulan depan.

Ia mungkin be­ri­­ta yang meng­gem­birakan buat pe­nyokong The Red Warriors, pihak yang memberi ‘ilham’ kepada jutawan kosmetik itu untuk menaja pasukan mereka.

Namun, perjanjian tersebut pastinya mengecewakan peminat Selangor, Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan yang menjadi alternatif Dr. Vida untuk ditaja seandainya rundingan gagal mencapai kesepakatan.

Share:

29 April 2015

WARUNG PAK MAT PULAU PISANG DI SERBU KPDNKK


KOTA BHARU - “Saya reda dengan ketentuan ini sebagai ujian ALLAH SWT kepada saya. Memang agak terkejut dengan serbuan ini, namun saya harap dapat berniaga semula seperti biasa selepas ini."

Itu kata-kata pemilik restoran sup kepala ikan Pulau Pisang, Nik Mohd Noor Muhamad atau lebih dikenali sebagai ‘Pok Mat’ selepas kedainya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) diperiksa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, semalam.

Pemeriksaan itu dibuat setelah dua laporan diterima daripada pelanggan berhubung harga dikenakan untuk sup kepala ikan mencecah RM130 sehingga RM150 semangkuk.

Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan  bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, hasil semakan terhadap bil di restoran terbabit mendapati, hidangan sup kepala ikan yang dihidangkan kepada pelanggan, sememangnya dijual pada harga seperti dalam aduan.

“Kita siasat ekoran harga semangkuk sup kepala ikan agak tinggi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Sebelum ini pada 22 April lalu, kita ada serahkan notis kepada pihak berkenaan untuk beri sebab kepada kami berhubung harga mahal dicatut dalam hidangan makanannya, namun sehingga semalam, kami masih belum terima notis jawapan daripadanya," katanya.

Ab Ghani berkata, oleh kerana gagal menjawab notis yang diberikan dan setelah siasatan dibuat, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, sama ada dikenakan kompaun atau sebaliknya.


Share:

10 Februari 2015

KOBOI BERANG AWEK PILIH JANTAN LAIN


Kota Bharu: Akibat berebut wanita, seorang pembantu kedai bertindak ala "koboi" apabila melepaskan dua das tembakan rambang dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran di Jalan Seri Cemerlang, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, tiada kecederaan dilaporkan berikutan tembakan tersasar sebelum terkena cermin depan sebuah kereta milik orang awam.

Suspek ditahan bersama 11 individu lain termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang menjadi rebutan itu, kurang lima jam selepas kejadian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lima suspek ditahan jam 5 pagi semalam di sebuah premis berhampiran manakala tujuh lagi ditahan selepas tampil ke balai polis berhampiran.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas satu kumpulan terdiri lima individu dan satu lagi kumpulan daripada tujuh individu mengadakan perbincangan membabitkan seorang wanita yang memuat naik gambar aksi manjanya di laman sosial Facebook.

“Satu kumpulan dikatakan berang selepas wanita itu memilih untuk bersama kumpulan satu lagi menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek melepaskan dua das tembakan yang satu daripada terkena cermin depan Toyota Avanza.

Share:

5 Januari 2015

BANJIR DI PANTAI TIMUR - MEREKA BERTUNGKUS LUMUS MENCARI AIR BERSIH


Cerito di Dabong..
Perjalanan amat memenatkan dan sampai sana pukul 6.30pm. Sampai jer sana, pada mulanya terasa sebak dan longlai rasa kaki bila tgk keadaan musibah yg umpama di landa tsunami. Apabila kami jumpa org kampung dan mereka menceritakan betapa sukar mendapatkan bekalan air, sehingga terpaksa tidur dan memasak dihalaman rumah akibat ketiadaan air utk membasuh rumah. Kami terus bersemangat dan memulakan tugas jam 7.30mlm. 

Alhamdulillah...setelah menempuh pelbagai cabaran...tepat waktu azan zohor,air bersih telah mengalir di Masjid Al-Insaf, Dabong. Kami amat teruja dan Team Tubewell terus melakukan kerja pembersihan masjid yg teruk tenggelam. Kami amat terharu apabila penduduk datang bersalaman dan mengucapkan terima kasih kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja. Saya katakan ini bukan rmh sesiapa..ini rumah Allah yg mesti kita jaga. Hampir menitiskan airmata apabila ada penduduk setempat yg menaiki motosikal pergi dari rmh ke rmh semata2 utk memaklumkan bahawa air bersih ada di masjid. Imam masjid,Tuan Hj Ismail Saad menunggu sehingga kami bertolak pulang.

Tujuan saya berkongsi cerita disini bukan tujuan utk bermegah berbangga diri. Saya hanya insan kerdil yg ingin memberikan anda semangat dan percaya anda mampu melakukan lebih baik drpd apa yg kami lakukan. Selagi ada naluri simpati dalam diri anda...percaya lah anda mampu menghulurkan bantuan walaupun sekadar doa.

Saya tidak setabah mereka utk berkongsi melalui penderitaan sebegitu,namun saya cuba untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka


Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI