Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label GAJAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GAJAH. Papar semua catatan

2 Januari 2017

GAJAH JANTAN BERAMA SABRE DIJUMPAI MATI DIBUNUH PEMBURU HARAM


Pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) amat sedih dengan insiden dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.

Gajah jantan pertama ditemui mati pada 27 Dis 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.

Gajah jantan kedua yang ditemui mati ialah gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.

"Kami menemui bangkai Sabre pada ambang Tahun Baharu dengan kolar satelit ditemui di sebelah tengkorak," kata pengarah DGFC Benoit Goossens dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata Sabre diselamatkan dari sebuah ladang dekat Tawau awal Oktober tahun lepas dan dipasang kolar satelit sebelum dilepaskan di hutan simpan dekat Danum.

"Dalam tempoh sebulan, Sabre dan seekor lagi gajah jantan yang besar diburu oleh pemburu haram untuk mendapatkan gading. Bangkai kedua-dua ekor gajah dijumpi 1,500 meter antara satu sama lain walaupun gajah-gajah itu tidak mati dibunuh pada masa yang sama," kata beliau.

Goossens berkata Sabre dibunuh pada 21 Nov 2016, menurut data satelit.

"Kami bersedia memberi semua maklumat yang perlu kepada penyiasat dan kepada polis. Saya percaya gajah-gajah itu dibunuh oleh seorang pemburu dan pedagang profesional.

"Pada hari China mengharamkan perdagangan gading gajah, dua daripada gajah kita mati dibunuh untuk mendapatkan gading. Gajah-gajah kita sudahpun menghadapi ancaman kepupusan habitat, pembangunan seperti pembinaan jalan/jambatan di Sukau-Kinabatangan.

Sementara itu, doktor veterinar hidupan liar dari WRU Dr Pakeeyaraj Nagalingam, yang menyertai usaha menyelamatkan haiwan itu dan pemindahan Sabre berkata tiada perkataan yang dapat menggambarkan kesedihan kami.

Beliau berkata, nampaknya tidak ada lagi kawasan yang selamat di Sabah untuk gajah.

"Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan larangan memburu hidupan liar secara haram dan aktiviti haram yang lain perlu bekerja keras dan lebih bijak jika mahu memulihara hidupan liar kita di Sabah," kata Nagalingam.
Share:

12 Mei 2016

DOKTOR MAUT DI PIJAK GAJAH KETIKA MELAKUKAN RUTIN PEMERIKSAAN


Seorang doktor haiwan maut selepas dipijak seekor gajah Sumatera di sebuah pusat pelancong di Wonogiri, Indonesia.

Esthi Octavia Warahapsari, 25, merupakan doktor haiwan yang membantu menjaga dua ekor gajah Sumatera itu yang digunakan untuk menjejaki laluan trek pelancong di Pusat Perlindungan Gajah Mungkur.

Portal berita Kompas.com melaporkan, gajah bernama Panamtu itu tiba-tiba mengamuk ketika Esthi sedang melakukan pemeriksaan rutin termasuk mengambil gambar.

Dalam keadaan kecoh itu, salah seorang petugas yang mengawal Panamtu turut tercampak. Gajah itu kemudian menyondol Esthi hingga dia juga tercampak sejauh lebih tiga meter namun sempat diselamatkan oleh beberapa orang lain di sekitar lokasi.

Esthi bagaimanapun tersilap langkah, apabila kembali ke ruangan tersebut untuk mendapatkan telefon bimbitnya yang tercicir. Dia bagaimanapun terpeleset jatuh, dan membolehkan Panamtu kembali menyerangnya.

Menurut laporan media lain, gajah itu telah membelit Esthi berkenaan dengan belalai, sebelum mengangkatnya dan melemparkannya ke tanah.

"Orang ramai melihat haiwan itu memijak mangsa tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," kata jurucakap pusat perlindungan tersebut.

Setelah gajah itu dapat ditenangkan dan dibawa kembali ke kandang, Esthi yang tidak bermaya terus hendak digegaskan hke hospital, namun dia meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Jenazah Esthi dilaporkan akan dikebumikan di Gemawang, Bulukerto, Wonogiri, Jawa Tengah.
Share:

9 Mei 2016

SEKAWAN GAJAH MATI DI PANAH PETIR


Empat ekor gajah, termasuk dua ekor anaknya, telah terbunuh gara-gara disambar kilat di utara Sri Lanka melakar satu tragedi hidupan liar yang paling teruk melanda negara itu.

Menurut pegawai rasmi negara itu, seekor gajah betina berusia lingkungan 25 tahun bersama dua anaknya yang berumur 10 bulan dan dua tahun dan seekor lagi gajah betina berusia lapan tahun ditemui mati pada Ahad di luar kawasan perlindungan hidupan liar Wilpattu.


"Penduduk kampung dari kawasan tersebut memaklumkan mengenai tragedi berkenaan kepada pihak berkuasa dan kami menjalankan bedah siasat mendapati kematian disebabkan dipanah kilat," kata doktor veterinar hidupan liar Chandana Jayasinghe.

Dilaporkan ketika kejadian, Mahavilachchiya yang terletak di utara Colombo dilanda hujan kilat.
Ia adalah bencana alam yang paling teruk yang melibatkan gajah sejak kejadian empat ekor anak gajah lemas dalam banjir besar di timur laut negara ini pada Februari 2011.

Gajah adalah haiwan yang sangat dihormati di negara tersebut  terutamanya penganut Buddha dan merupakan spesies yang sangat dilindungi. Kematian gajah wajib disiasat dan sijil kematian perlu dikeluarkan sebelum melupuskan bangkai.

Namun begitu, di sebalik undang-undang yang ketat oleh persatuan haiwan di sana, hamper 200 ekor gajah dibunuh setiap tahun oleh penduduk kampung setelah haiwan itu secara tidak sengaja sesat ke  ladang.

Manakala spesis itu sendiri menyebabkan kira-kira 50 manusia terbunuh setiap tahun. Setakat ini, populasi gajah di Sri Lanka telah berkurangan kepada hanya 7,000 ekor dalam bancian yang diadakan lima tahun lalu, dari populasi 12,000 ekor pada permulaan abad ke-20.
Share:

3 Mei 2016

PEMANCING TERKEJUT JUMPA BANGKAI GAJAH DI PINGGIR TASIK PEDU


TASIK PEDU : Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik Pedu pada Ahad lalu. Ia yang tidak diketahui jantinanya dipercayai mati lebih dua minggu sebelum ditemui sekumpulan pemancing, yang disyaki angkara pemburu haram.

Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan, Penternak dan Pelancongan Tasik Pedu, Amir Wahab berkata terdapat kesan mencurigakan pada haiwan tersebut.

"Gading gajah tersebut didapati dipotong oleh pemburu haram dengan menggunakan peralatan profesional," katanya dan menambah pemburu mungkin menggunakan jeti haram di Tasik Pedu untuk memburu gajah yang keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan air.

"Musim El-Nino menyebabkan haiwan liar seperti gajah akan keluar dari hutan untuk mendapatkan air dan ini memberi peluang kepada pemburu haram untuk melakukan kegiatan mereka tanpa diketahui umum," katanya.

Sementara itu Jabatan Perhilitan Kedah berkata mereka masih menyisat kes tersebut.
Share:

27 April 2016

GAJAH TUNGGANGAN MAUT KENA SERANGAN JANTUNG


Siasatan telah dimulakan terhadap satu kes kematian seekor gajah betina  yang digunakan sebagai tunggangan pelancong di Kemboja.

Baru-baru ini, seekor gajah yang dikenali sebagai Sambo maut akibat serangan jantung selepas membawa dua pelancong - satu demi satu - ke sebuah candi yang terkenal di Angkor Wat.

Memetik laporan media antarabangsa, gajah betina itu dikatakan telah bekerja selama 40 minit di bawah suhu haba yang mencecah 40 darjah celcius.

Menurut Pengurus Syarikat Gajah Angkor, Oan Kin, Sambo dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung.

Difahamkan, seorang doktor haiwan membuat kesimpulan bahawa gajah betina itu telah meninggal dunia akibat serangan jantung kerana suhu yang tinggi, kelelahan panas dan kekurangan angin yang sepatutnya membantu ia untuk menyejukkan badannya.

“Sambo telah berkhidmat kepada syarikat itu sejak 2001.


“Kami semua sangat sedih atas kehilangan Samba dan kami akan menyiasat dan meneliti insiden dengan tegas,” kata Oan Kin.

Susulan insiden itu, beberapa pihak terutamanya penyayang haiwan menuntut siasatan mengapa gajah berusia antara 40 dan 45 tahun, terpaksa membawa pelancong apabila suhu begitu tinggi dan tidak ada kitaran angin.

"Kematian seekor gajah yang digunakan sebagai tunggangan pelancong di kuil-kuil Angkor Wat perlu menjadi panggilan kesedaran bagi masyarakat dan industri pelancongan di seluruh dunia.

“Selepas ini, mereka perlu mengambil langkah-langkah untuk menamatkan amalan yang tidak berperikemanusian ini," ulas petisyen Change.org yang telah menerima lebih daripada 30,000 tandatangan, setakat ini.

Gambar gajah itu telah dikongsi beribu-ribu kali di media sosial dan sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen di seluruh dunia. 

Mereka menyarankan industri pelancong untuk meneliti kegiatan itu untuk memastikan haiwan terancam seperti gajah dipulihara. Mereka juga menyifatkan insiden itu sebagai satu penderaan haiwan. 

Gajah Asia disenaraikan sebagai spesies terancam, dan dianggarkan 250 ekor hingga 600 ekor tinggal di Kemboja.

Di seluruh Asia, gajah ini menghadapi pemburuan haram dan kemusnahan habitat semula jadi.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI