Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan

28 Februari 2017

KITA TAK SEDAR 5 BAHAGIAN AYAM MENGANDUNGI RACUN


SIAPA yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.

Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.

1. Kepala  

Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2. Kepak  

Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat. 

Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran. 

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

3. Leher  

Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng. Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi. 

Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.

4. Buntut 

Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.

5. Kulit  

Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam. 

Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati. Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti.
Share:

26 April 2016

TERBUBUH RACUN PEROSAK DALAM ADUNAN GULA-GULA


Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas makan gula-gula yang dipercayai dicampurkan dengan racun perosak di sebuah daerah utara Pakistan.

Polis berkata, berpuluh yang lain turut dilaporkan jatuh sakit selepas memakan gula-gula di kawasan Karor Lal Esan minggu lepas.

Gula-gula tersebut dipercayai dibeli dari sebuah kedai roti yang kemudiannya diedarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga pada majlis sambutan meraikan seorang bayi lelaki.

10 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama manakala 13 yang lain pada hari berikutnya.

"Angka kematian akibat makan gula-gula tersebut meningkat kepada 23 orang dan 52 orang masih di rawat di hospital," kata pegawai polis tempatan, Munir Ahmed.

Tambah polis, tiga orang ditahan termasuk dua pemilik kedai dan seorang pekerja susulan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai kanan Rameez Bukhari berkata, sebuah kedai racun perosak yang terletak berhampiran kedai roti tersebut sedang diubahsuai dan pemilik dikatakan menyimpan racun perosak di kedai roti berkenaan.

"Pembuat mungkin telah menggunakan paket kecil dalam adunan gula-gula itu," katanya.
Share:

25 April 2016

TAK SANGKA IKAN YANG DI MAKAN IALAH IKAN BERKAKI EMPAT..EWWW!!


Seorang pelancong wanita terkejut selepas tiga ekor ikan yang dimakannya bersama keluarga di sebuah restoran di bandar ini sebenarnya adalah salamander gergasi.

Lebih mengejutkan lagi dia turut dikenakan bayaran 5,000 yuan (RM3,000) untuk hidangan ‘istimewa’ berkenaan.

Kerana tidak berpuas hati dengan bayaran dan perkhidmatan itu, wanita berkenaan bertindak menghubungi polis.

Wanita itu memberitahu polis, dia datang ke restoran berkenaan untuk makan malam bersama keluarganya dan memesan tiga ekor ikan sebagai hidangan.

Dia tidak memberitahu jenis ikan apa yang mahu dipesannya dan membiarkan pelayan restoran memilih untuknya.

Share:

31 Oktober 2015

AWAS !! PAU BERINTI BABI DARI NEGARA JIRAN


Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas 15 bungkusan kecil seberat dua kilogram (kg) mengandungi pulut mangga dan pau dipercayai berintikan daging babi yang cuba dibawa masuk dari negara jiran di pintu masuk Kompleks Kastam Kuarantin dan Imigresen (ICQ) Rantau Panjang, kelmarin.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, makanan itu dirampas daripada seorang peniaga asing yang masuk ke negeri ini mengikut laluan sah, kira-kira jam 7 pagi.

“Ia susulan operasi bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Rantau Panjang.

“Sebanyak 235 barang makanan diperiksa dan daripada itu terdapat tiga bungkusan plastik besar berisi 15 bungkusan kecil pulut mangga dan pau dipercayai berintikan daging babi,” katanya.
Share:

27 Mei 2015

SECRET RECIPE PENGOTOR?


Punca sebenar penarikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Syarikat Secret Recipe adalah disebabkan faktor kebersihan dan bukannya penggunaan produk haram seperti yang disebarkan di laman sosial.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan tersebut disebabkan berlakunya pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan kebersihan yang serius.

“Penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terbabit dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Menurut Hakimah lagi,pihaknya sentiasa menitik beratkan soal kebersihan dalam proses pembuatan dan pemprosesan makanan di negara ini.

Meskipun Sijil Halal bagi syarikat Secret Recipe ditarik balik, jelas Hakimah, syarikat itu masih boleh memohon semula sijil tersebut.

“Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun penarikan tersebut tidak menghalang syarikat itu untuk memohon semula sijil sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal negara ini.

“Pihak Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya lagi.
Share:

2 Disember 2014

RESTORAN 'SULU' CEKIK DARAH !!


"Saya dan rakan lain terkejut apabila dikenakan bayaran RM900 untuk empat menu makanan. Harga itu melampau dan tidak berbaloi," kata Mohd zulfadely Mohd Yunus, 24, salah seorang daripada 12 individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah restoran menyediakan menu makanan laut di Labuan, Sabah.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, Jumaat lalu itu, dia dan rakannya mula memesan menu seperti ikan dan sotong goreng, sayur campur dan sup jagung yang disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja.

“Kami juga ada memesan hidangan ayam goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut tapi tidak disertakan dalam hidangan itu. Kami juga hairan kerana harga itu dikenakan untuk hidangan makanan saja dan tidak termasuk minuman yang kami pesan. Ia melampau dan tidak berbaloi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia berkata, selepas semua selesai makan dan seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, penjaga kaunter di restoran itu memaklumkan jumlah keseluruhan hidangan makan malam itu adalah sebanyak RM900.

"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng kepala seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada penjaga kaunter terbabit itu. Langsung tidak masuk akal.

"Apabila ditanya, penjaga kaunter itu memaklumkan pihaknya tidak tahu namun itu adalah harga sebenar selepas membuat pengiraan. Kami juga tidak dibenar melihat resit untuk harga pembayaran ke atas beberapa menu itu.

"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat iaitu sebanyak RM700 selepas sesi tawar menawar kerana tidak mahu membuat kecoh dan memanjangkan perkara itu. Hakikatnya, kami tidak setuju dengan harga cekik darah yang dikenakan," katanya.

Katanya, sebelum ini, dia pernah mengunjungi restoran berkenaan bersama rakan namun ini adalah kejadian pertama apabila dikenakan harga bayaran seperti itu.

"Saya dan rakan lain seramai 18 orang pernah memesan hidangan sama namun harga yang dikenakan hanya RM450. Tapi kali ini sudah berbeza.

Saya mendedahkan perkara ini bukan untuk menutup periuk nasi pemilik restoran itu tapi saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa," katanya.

Berikutan itu, dia turut memuat naik resit pembayaran dengan harga dikenakan di laman Facebook (FB) miliknya dengan nama Malas Ku Ingau selain turut di kongsi kepada pengguna FB lain termasuk dengan nama no next...macam2 ada di sini.

Dalam statusnya di FB itu, Zulfadely turut mendapatkan pandangan pengguna laman sosial itu berhubung caj bayaran yang dikenakan restoran terbabit.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran seharusnya memaparkan tanda harga pada resit pembayaran untuk makluman orang ramai.

"Jika resit pembayaran makanan tidak dibuat secara menyeluruh dan harga yang dikenakan terlalu mahal, maka pihak restoran dipercayai ada unsur mengaut keuntungan secara mudah.

"Orang ramai boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami kerap menerima kes seperti ini membabitkan tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya. Isu mahal atau murah adalah perkara kedua, yang paling utama adalah memaklumkan kepada pengguna harga bayaran setiap menu yang disediakan sama ada berbaloi atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, disini, hari ini.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI