Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 April 2016

SI SUAMI KENAL LELAKI YANG DITANGKAP BERKHALWAT DENGAN ISTERINYA


Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut apabila melihat suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Wanita berusia 23 tahun berasal dari selatan tanah air itu ditahan pihak penguat kuasa Jaim bersama seorang lelaki penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, lelaki itu menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, wanita tersebut terkejut apabila dibawa balik ke pejabat Jaim dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita berkenaan datang bersama suaminya yang berusia dalam lingkungan 25 tahun.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

“Tangkapan semalam turut membabitkan tiga penjawat awam serta dua pelajar universiti awam di negeri ini.

"Salah seorang penjawat awam terlibat adalah seorang pengurus pasukan sebuah negeri di kejohanan sukan membabitkan kakitangan kerajaan.

“Penjawat awam berkenaan yang berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanitanya berusia 35 tahun berasal dari Selangor. Hasil siasatan lelaki berkenaan sudah berkahwin sementara pasangannya masih bujang,” katanya.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI