Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PAPUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAPUA. Papar semua catatan

14 Januari 2017

BUDAK 5 TAHUN DIBUNUH KEJAM JASAD DICAMPAK KE DALAM SELUT


PAPUA : Beberapa kesan luka pada muka seorang kanak-kanak perempuan baru berusia lima tahun yang diperkosa bergilir-gilir tiga lelaki di Kota Sorong, Papua Barat, menunjukkan perbuatan kejam mereka memukul mangsa sebelum membunuh budak itu.

Antara kesan luka yang ditemui ialah bibir atasnya bengkak serta kesan luka sepanjang satu sentimeter pada bahagian dalam bibir. Selain itu, dagu kanak-kanak malang itu juga ada kesan luka serta bengkak.

Mayat budak perempuan itu, Khezia, ditemui dalam lumpur di di kawasan paya berhampiran sungai dekat Jalan Basuki Rahmat, Sorong Manoi di Kota Sorong, Selasa lalu.

Perogolnya ialah jiran mangsa, iaitu Donal Wanggaimo, 20, Nando Kinombae, 19, dan Lewi Gogoba , 20, yang sudah ditahan polis.

Menurut portal berita Indonesia, ketiga-tiga mereka mengaku merogol sebelum mencekik hingga mati mangsa itu sebelum membenam mayatnya dalam lumpur.

Ketua Polis Sorong Kota, Edfrie R Maith, berkata sebelum kejadian, Donal mengambil budak itu dari rumahnya dan membawa ke dalam semak di hujung jalan sebelum dua rakannya datang dan mereka bergilir-gilir memperkosa mangsa.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek mengaku mabuk akibat arak ketika kejadian.

Mayat Kheiza ditemui berdasarkan maklumat abangnya yang melihat dia dibawa pergi oleh Donal yang membawa kepada penahanan mereka beberapa jam kemudian.

Buat masa ini, hukuman untuk kesalahan itu adalh penjara seumur hidup namun kerajaan Indonesia juga bakal melaksanakan hukuman kembiri secara kimia terhadap pesalah seks kanak-kanak.
Share:

19 Disember 2016

PESAWAT TENTERA INDONESIA TERHEMPAS DI PAPUA KORBAN 13 KREW


PAPUA : Sejumlah 13 orang maut apabila sebuah pesawat pengangkutan ketenteraan Indonesia terhempas di timur negara itu pada Ahad, menambahkan lagi insiden seumpamanya yang melibatkan angkatan keselamatan republik itu.

Pesawat Hercules C-130 berlepas dari bandar Timika di Papua dengan membawa 12 anak kapal dan seorang penumpang, namun terhempas di wilayah pergunungan terpencil dekat Wamena ketika dijadualkan hendak mendarat, lapor AFP.

“Pemantau di daratan nampak pesawat itu pada jam 6.08 pagi waktu tempatan namun seminit kemudian ia hilang dari rangkaian perhubungan,” ujar Ketua angkatan tentera udara, Agus Supriatna.

Pesawat itu dijadual mendarat pada jam 6.13 pagi waktu tempatan.

Agus memperincikan, pesawat tersebut membawa tiga juruterbang, lapan juruteknik, seorang penunjuk arah dan seorang pegawai tentera, selain bekalan makanan dan simen.

Cuaca di kawasan tersebut memang sukar diramal, dan pesawat itu telah terbang masuk dan keluar daripada kepulan awan sebelum ia terhempas.

Pasukan pencari dan penyelamat berjaya mengesan lokasi nahas berdasarkan serpihan pesawat. Semua 13 mayat sudah ditemui, sementara Agus dan pasukan penyiasat sudah bergerak ke lokasi berkenaan.

Kejadian tersebut adalah yang terkini dalam siri nahas melibatkan tentera Indonesia.

November lalu, sebuah helikopter tentera yang terhempas mengorbankan tiga orang di Borneo, manakala pada Julai, tiga lagi maut selepas helikopter tentera menjunam ke kediaman awam di Pulau Jawa.

Kira-kira 12 orang terkorban pada Mac apabila sebuah lagi helikopter tentera terhempas dalam cuaca buruk di Sulawesi.

Namun, kejadian paling buruk adalah pada Jun 2015, apabila pesawat tentera udara Hercules C-130 terhempas ke kawasan kejiranan di Medan, hingga 142 nyawa terkorban selain menginggalkan kemusnahan teruk.
Share:

7 April 2016

KENAPA ORANG AUSTRALIA TAKUT DENGAN IKAN PUYU?


SPESIES ikan ini sememangnya istimewa kerana ia boleh bergerak di atas permukaan tanah kering, memanjat pokok dan 'mencekik' haiwan pemangsa yang cuba memakannya.

Ikan air tawar digelar climbing Perch atau puyu berbahaya ini mampu bertahan selama beberapa hari atau minggu di atas permukaan darat kerana mempunyai organ pernafasan.


Apabila cuaca terlalu kering, ia akan masuk ke dalam lumpur untuk terus hidup malah ikan tersebut juga boleh hidup di dalam air masin.

Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia melaporkan ia bergerak di atas permukaan tanah dengan menggunakan siripnya.

Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati spesies ikan pembunuh itu telah menghampiri Selat Torres dan kehadirannya di perairan itu telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Saintis di Universiti James Cook, Dr Nathan Waltham percaya spesies ikan berasal dari Papua New Guinea itu akan menjadi ancaman terbesar kepada hidupan liar tempatan.

"Ikan tersebut berukuran antara 10 hingga 23 sentimeter (sm) panjang dan ia mampu membesar sehingga 25 sm," jelasnya lagi. 
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI