Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label GODAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GODAM. Papar semua catatan

20 Januari 2017

KAD PAYWAVE SELAMAT DAN TIDAK MUDAH DIGODAM


Dakwaan kononnya data dan maklumat peribadi pemegang kad 'paywave' boleh digodam, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan seperti yang dihebohkan di media sosial.

Perunding Teknologi Maklumat, Mohd Ridzman Azzahari berkata sekalipun tidak menolak kemungkinan itu, namun ia tidaklah semudah seperti yang disangka berdasarkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi kad berkenaan.

"Kad itu telah dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi, termasuk untuk pembayaran secara paywave, yang mana setiap transaksi dibuat adalah unik," katanya.

Mohd Ridzman yang juga Pengarah Urusan Onemyr Awareness, sebuah syarikat perunding berkaitan jenayah siber berkata demikian kepada Bernama sebagai mengulas video berkenaan dakwaan itu yang tular di internet dan media sosial ketika ini.

"Sehingga kini, berdasarkan laporan Bank Negara tiada sebarang aduan dibuat mengenai kecurian menggunakan paywave ini," katanya.

Sementara itu, menurut laman web rasmi Visa, platform Visa payWave adalah berdasarkan teknologi cip EMV yang terjamin dan selamat, yang menyediakan perlindungan data dan keselamatan transaksi menerusi penggunaan kekunci dan teknologi penyulitan terkini.

Menurutnya, transaksi Visa payWave diproses menerusi rangkaian pembayaran yang sama dan boleh dipercayai seperti cip EMV dan transaksi jalur magnetik.

"Kami telah mencipta Visa payWave untuk memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan pemegang kad. Peruncit atau penjual perlu terlebih dahulu memasukkan amaun pembelian bagi kelulusan dan kad anda perlu diletakkan betul-betul dekat dengan pembaca kad (dalam jarak 4 sm) bagi membolehkan transaksi dilakukan.

"Terminal-terminal hanya boleh memproses satu transaksi pembayaran pada satu-satu masa," katanya. -- Bernama
Share:

18 April 2016

KENAPA DATUK SERI VIDA MARAH, KESAL, RUNSING DAN SEBAGAINYA..


PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, runsing apabila banyak pihak mula mempergunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.

Gara-gara isu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya menawarkan beg tangan mewah, nampaknya ia menjadi 'inspirasi' buat pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menawarkan hadiah barangan mewah, akaun-akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Datuk Seri Vida ini akan meminta pengikut menekan satu pautan atau link.

Link yang ditekan itu bagaimanapun akan membawa pelayar ke laman web lucah. Lebih teruk, ada juga pautan yang akan membawa bersama virus ke dalam komputer atau telefon pintar.


Dalam status di Instagram, Datuk Seri Vida memaklumkan akaun Facebook miliknya terpaksa dinyahaktifkan buat masa ini. Justeru hanya maklumat di akaun Instagram disahkan sebagai rasmi dan benar.

Beliau juga menyatakan rasa kesal dan tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup berbuat demikian.

Beberapa hari lalu, kecoh apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Datuk Seri Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis vuitton secara percuma kepada pengikut mereka.


UPDATE TERKINI !!

Jutawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida mengemukakan laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu Facebook dan pautan lucah membabitkan dirinya, di Balai Polis Jelapang, di sini, hari ini.

Beliau tiba di balai polis berkenaan pada jam 3.30 petang dan selesai membuat laporan kira-kira setengah jam kemudian.

Katanya, perkara itu disedari pada 13 April lalu ketika beliau sedang melayari akaun Facebook melalui telefon bimbitnya pada jam 1 pagi dirumahnya di sini.

“Sebelum ini saya telah melihat beberapa akaun Facebook palsu yang menggunakan nama saya antaranya Dato Seri Vida, DSV Dato Seri Vida dan DS Dato Seri Vida LV Channel.

“Mereka turut mengemaskini status seolah-seolah saya pemilik akaun Facebook itu dengan memberi harapan kepada pengikut saya dengan menawarkan untuk memberikan barangan mewah seperti beg tangan berjenama dan barangan lain.

“Pada mulanya saya ingat perkara itu adalah sekadar main-main atau gurauan tapi setiap hari mereka telah menawarkan pelbagai hadiah dan ramai yang share status tersebut di Facebook masing-masing.

“Mungkin lebih kurang 1 juta orang telah berkongsi serta terpedaya dengan janji yang kononnya saya akan memberikan hadiah mewah kepada orang yang berkongsi status dikemaskini itu.

“Malah pengumuman pemenang juga menggunakan ayat yang sering saya gunakan antaranya sayang-sayang, muah-muah dan sayang buat apa itu.

“Lebih mengejutkan apabila nama pemenang yang diumumkan itu dipautkan ke akaun video lucah. Kenapa jadi macam ni? Tak ada kerja lain ke?

“Ini boleh menjejaskan reputasi dan adakah ini untuk menjatuhkan saya kerana ramai pengikut yang cuba mengikut perkembangan saya.

“Saya lihat ini adalah agenda tersembunyi untuk menjatuhkan saya,” katanya yang melihat pautan tersebut pada 17 April lalu.

Katanya, akaun sebenar Facebook miliknya didapati telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kini beliau hanya mempunyai akaun Instagram menggunakan nama DatoSeriVida bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai dirinya.

“Sehubungan itu, saya membuat laporan polis bertujuan untuk dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari dalang yang bertanggungjawab atas perkara tersebut,” jelasnya

Sebelum ini, sebuah akaun palsu menggunakan nama Dr Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis Vuiiton secara percuma kepada pengikut mereka.
Share:

21 Julai 2015

WIFI AWAM PERCUMA MAMPU GODAM KATA LALUAN ANDA


KUALA LUMPUR 20 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna internet agar tidak menggunakan kemudahan Wifi di tempat-tempat awam untuk melakukan sebarang urusan transaksi perbankan dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan SKMM, Nurhalili Nadia Mustapha Kamal berkata pengguna tidak digalakkan menggunakan kemudahan Wifi percuma di tempat awam demi keselamatan kerana akaun bank pengguna boleh mudah digodam.

“Lebih selamat gunakan talian internet sendiri kerana kita ada kata laluan dan hanya kita sahaja yang gunakan kemudahan itu. Tidak digalakkan guna Wifi awam kerana penggodam dengan mudah menggodam akaun bank kita,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau juga berkata banyak pengguna laman sosial mempunyai tanggapan salah bahawa ia adalah hak milik peribadi masing-masing dan bebas memuat naik apa sahaja yang diingini.

Menurutnya tanggapan itu tidak tetap sama sekali kerana laman sosial bukan diari peribadi memandangkan setiap tulisan yang dimuat naik dapat dilihat oleh rakan laman sosial.

“Ramai jadikan internet sebagai medium untuk bersosial dan berkomunikasi hingga secara tidak sedar berkongsi segala maklumat peribadi yang tidak sepatutnya.

“Hinggakan ada yang kemas kini status Facebook setiap masa, setiap inci pergerakan anak-anak di Instagram,” katanya.

Beliau berkata mahu mendapatkan jumlah ‘like’ yang tinggi dan banyak ‘follower’ merupakan salah satu faktor mendorong pengguna laman sosial memuat naik segala maklumat serta aktiviti harian termasuk berkongsi lokasi di mereka mereka berada.

Tindakan itu dalam Facebook dan Instagram boleh mengundang pelbagai masalah termasuk menjadi mangsa jenayah siber oleh pihak yang mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab.

“Bila berlaku kes manipulasi, mereka akan terus menghubungi SKMM dengan harapan kami akan padam segala apa yang ada di internet. Itu silap sama sekali kerana kami bukanlah suruhanjaya yang boleh padam apa sahaja yang telah dimuat naik,” katanya.

Nurhalili Nadi berkata banyak pengguna siber tidak tahu syarat dan terma laman sosial yang menyatakan bahawa hanya mereka yang berusia 13 tahun dan ke atas sahaja boleh membuka akaun dalam laman sosial.

“Jelas di sini, pengguna tidak faham atau mungkin tidak endah. Mereka tidak boleh memuat naik gambar bayi mereka. Terlalu banyak akaun Instagram yang dibuat untuk menunjukkan perkembangan anak masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook, yang mahu dikenali sebagai Moeira Sokunbi, 33, berkata beliau sebelum ini gemar berkongsi lokasi apabila mengemas kini status atau memuat naik gambar di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, lama-kelamaan beliau menyedari tindakan tersebut bakal mengundang padah kerana maklumat sebegitu mengundang kepada perlakuan jenayah.

“Sebelum ini banyak aktiviti saya kongsi serta luahan di laman sosial, namun menyedari pelbagai jenayah kerap berlaku kebelakangan ini, saya hentikan perbuatan itu,” katanya.

Berlainan pula dengan Nordila Yasir, 32, yang tidak aktif mengemas kini atau memuat naik sebarang gambar tetapi lebih gemar bertemu dan beramah mesra secara bersemuka dengan rakan-rakannya.

“Bagi saya, jika ada hanya mahukan ‘like’ sahaja atau tambah kenalan di laman sosial, itu bukan suatu wadah yang mampu mengeratkan silaturahim. Lebih baik bersua muka,” kata penjawat awam itu. – BERNAMA

Share:

27 Januari 2015

APAKAH IA PETANDA ASET MAS BAKAL DISERANG LAGI?


KLIA – Ribuan pelanggan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di seluruh dunia semalam terkejut apabila laman web rasmi syarikat itu, www.malaysiaairlines.com digodam penjenayah siber Lizard Squad yang menganggotai satu kumpulan dikenali sebagai Cyber Caliphate atau Khalifah Siber.

Serangan 1 jam 45 minit itu bermula pukul 10 pagi dengan penggodam pada 25 minit pertama meletakkan gambar sebuah pesawat Airbus A380 dimiliki MAS pada paparan utama laman web berkenaan.

Selepas itu, penggodam itu menukar gambar pesawat tersebut dengan gambar seekor cicak memakai sut hitam dan tertera satu mesej iaitu 404-Plane Not Found, Hacked by Lizard Squad.

Laman web MAS pulih pada pukul 10.45 pagi sebelum digodam semula pukul 12 tengah hari dan berakhir pukul 1 petang.

Sehubungan itu, pihak MAS dan juga kerajaan Malaysia harus mengambil berat mengenai gambar pesawat Airbus A380 milik MAS yang di paparkan oleh penggodam.Jangan ambil mudah mengenai ancaman pengganas dan ambil iktibar melalui kes terdahulu iaitu kehilangan pesawat MH370 dan terhempasnya pesawat MH17 disyaki ditembak.

Imej menunjukan laman web MAS di godam



Share:

30 Oktober 2014

"MALWARE" KERAP GODAM TELEFON PINTAR


Semakin banyak telefon disasarkan penggodam bagi mendapatkan akses kepada akaun bank pengguna, menurut penyelidik keselamatan.

Ia berdasarkan tinjauan pengguna telefon pintar Android yang berdaftar dengan syarikat keselamatan Kaspersky antara Ogos 2013 hingga Julai 2014.

3.4 juta "malware" di kesan pada peranti milik 1 juta pengguna telefon pintar.

59.1 peratus program malware dikesan boleh mencuri data dan duit daripada akaun pengguna.

500,000 pengguna menghadapi malware yang direka untuk mencuri duit dari akaun pengguna sekurang-kurangnya sekali.

JUMLAH MANGSA PALING RAMAI MENGIKUT NEGARA:
RUSSIA
INDIA
KAZAKHSTAN
VIETNAM
UKRAINE
JERMAN

‘Malware’ atau virus mudah alih boleh tersebar menerusi perbuatan menggodam yang dilakukan ‘script kiddies’ atau penggodam amatur secara tidak langsung.

Ini kerana walaupun ‘script kiddies’ dilihat tidak memberi kesan besar kepada jenayah siber berbanding penggodam profesional, namun mereka boleh menjadi ‘ejen’ kepada penyebaran ‘malware’ apabila memuat turun perisian tertentu untuk menggodam secara kecil-kecilan.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, golongan itu perlu diberi kesedaran mereka mungkin boleh mengancam keselamatan pengguna Internet di negara ini.

“Kita khuatir golongan ini tidak sedar perbuatan menggodam yang didorong rasa ingin menunjuk-nunjuk sebenarnya menjadi ‘ejen’ kepada penyebaran ‘malware’.

“Bagi mengatasi masalah ini, kami menasihatkan pengguna Internet supaya sekurang-kurangnya mempunyai perisian antivirus dalam peralatan digital digunakan bagi mengelak menjadi mangsa penjenayah siber,” katanya.


Menurutnya, apa yang membimbangkan pihaknya ialah kebanyakan pengguna terutama telefon pintar langsung tidak mempunyai perisian antivirus sekali gus membuka peluang kepada kehadiran ‘malware’.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI