Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KANAK-KANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KANAK-KANAK. Papar semua catatan

15 Disember 2017

EMPAT KANAK-KANAK MAUT BAS SEKOLAH DIREMPUH KERETAPI


Empat kanak-kanak terbunuh manakala 24 lagi cedera parah selepas sebuah keretapi merempuh sebuah bas sekolah di selatan Perancis.

Bas berkenaan membawa 20 penumpang sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Kejadian berlaku di persimpangan jalan di Millas, kira-kira 15 kilometer berhampiran bandar Perpignan, dekat sempadan Sepanyol.

Nahas turut menyebabkan bas berkenaan terbelah dua. 

Operasi sedang giat dijalankan bagi menyelamatkan mangsa melibatkan 70 anggota penyelamat dan empat helikopter di tempat kejadian. 

Ekoran kemalangan itu, jadual operasi keretapi turut dilaporkan terjejas.

Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital Perpignan, dan punca nahas masih disiasat.
Share:

12 Oktober 2017

KENAPA BAWA ANAK-ANAK MANDI AIR TERJUN DI MUSIM TENGKUJUH??


KANAK-KANAK perempuan, 11, ditemui lemas sementara tiga lagi kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihahknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5 petang dan tiba di lokasi kejadian 16 minit kemudian.

Menurutnya, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, operasi menyelamat dijalankan dan menemui seorang mangsa sementara tiga lagi masih belum ditemui selepas dihanyutkan air deras.

"Buat masa ini kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa masih dijalankan," katanya.

“SAYA tidak sedar bila arus deras itu datang dan sebaik menyedari, saya sudah dihanyutkan arus... dalam terkapai-kapai saya sempat berpaut pada batu dan orang ramai tarik saya ke tempat selamat,” kata Alif Akmal Md Zamri, 12, seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian fenomena 'kepala air' yang melanda kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, seorang maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras yang membadai secara tiba-tiba.

Mangsa yang maut dikenali Qistina Puteri Wira, 11, dan mayatnya ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kanak-kanak itu dibadai arus.

Tiga mangsa yang masih hilang dikenali Anis Syakirah Saad, 12, dari Kampung Lawer di Padang Matsirat, selain Iman Wahidah, 11, dari Kampung Ranggut dan Siti Aishah Kassim, 5, dari Bukit Malut.

Semua mangsa adalah antara enam kanak-kanak yang dilapor hanyut ketika kepala air membadai kawasan rekreasi itu, namun dua daripada mereka iaitu Adib Irfan, 11, yang juga adik kepada Anis Syakirah, serta Alif Akmal sempat diselamatkan orang ramai.

Alif Akmal mengakui bernasib baik kerana sempat berpaut pada batu di tebing sungai ketika dihanyutkan arus yang datang secara tiba-tiba itu, sebelum diselamatkan orang ramai.

"Ketika kejadian kawasan itu tenang dan saya bersama pengunjung lain termasuk beberapa kanak-kanak asyik bermain air sambil menyelam," katanya.

Berdasarkan maklumat, selain kanak-kanak terbabit yang datang berkelah bersama keluarga masing-masing, beberapa pengunjung termasuk pelancong asing dikatakan turut mandi-manda, namun terselamat daripada dibadai kepala air itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dan sehingga kini, usaha mencari tiga lagi mangsa berusia antara 5 hingga 12 tahun masih digerakkan.
Share:

11 Oktober 2017

TAKUT DIMARAHI IBU PUNCA BUDAK 10 TAHUN MENYOROK BAWAH REKAHAN KONKRIT


BUDAK lelaki menyorok di bawah rekahan simen di kawasan pagar Sekolah Kebangsaan Semerah Padi di Jalan Depo, Petra Jaya, diselamatkan anggota bomba petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, budak lelaki berusia 10 tahun yang juga murid sekolah berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana merajuk ditegur ibunya.

Susulan daripada tindakannya itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dipanggil selepas usaha memujuknya untuk keluar dari rekahan simen yang dianggarkan setinggi 0.3 meter tidak berjaya.

Ketua BBP Petra Jaya Mohd Mirza Dzalmira Miraj berkata, ibu dan beberapa rakan kemudiannya bertindak menghampiri rekahan berkenaan dalam usaha untuk memujuk supaya budak lelaki terbabit keluar.

Menurutnya, walaupun sudah dipujuk, budak lelaki terbabit masih enggan keluar sehingga pasukan bomba dipanggil ke lokasi untuk membantu mengeluarkannya.

"Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 5 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Petra Jaya bergegas ke lokasi untuk operasi mengeluarkan budak lelaki terbabit.

"Pegawai dan anggota bertugas mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memujuk budak lelaki itu keluar kerana bimbang sekiranya terdapat haiwan berbisa di dalam rekahan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, anggotanya sukar untuk masuk ke celah rekahan berkenaan kerana ruang yang sempit dan hanya boleh memuatkan badan bersaiz kanak-kanak.

Katanya, usaha memujuk tetap diteruskan walaupun ketika hujan sebelum budak lelaki terbabit 'lembut hati' seterusnya keluar dari rekahan dalam keadaan kesejukan selain kakinya yang kejang.

Katanya, budak lelaki terbabit kemudiannya menerima rawatan awal oleh Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut.
Share:

8 Oktober 2017

SI IBU SIBUK MEMBELI BELAH, ANAK NYARIS DILANGGAR KERETA


Beberapa kenderaan terpaksa brek mengejut apabila melihat kanak-kanak itu berjalan di tengah jalan,” kata Ayu Syahkilla Abd Rashid, 24, yang menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang ‘tersesat’ selepas terpisah dengan ibunya hampir satu jam di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Ayu Syahkilla berkata, dia melihat kelibat kanak-kanak lelaki itu ketika berada di tempat kerjanya sebelum bergegas membantu.

Katanya, ketika memegang tangan kanak-kanak itu, dia hanya menangis sebelum dipujuk lalu mengajaknya mencari ibunya, namun gagal.

“Saya kemudian mengajak dia (kanak-kanak itu) makan terlebih dahulu sebelum mencari semula ibunya, namun dia enggan.

“Selang beberapa minit kemudian, ibu kanak-kanak itu datang dengan seorang lagi anaknya sambil memberitahu kanak-kanak itu hilang ketika dia membeli barang di sebuah pasar raya berhampiran,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, ibu kanak-kanak itu memaklumkan mencari selepas menyedari kehilangan anaknya.

Katanya, wanita berkenaan mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan anaknya yang nyaris dilanggar kenderaan.
Share:

BUDAK DUA TAHUN JATUH DALAM REKAHAN BUMI


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berjaya diselamatkan selepas 12 jam terjatuh di dalam rekahan tanah ketika mendaki gunung bersama keluarganya di Swiss Alps, kata polis kelmarin.

Kanak-kanak itu bersama keluarganya melawat kawasan berhampiran glasier Aletsch di selatan Switzerland pada tengah hari Rabu lalu.

Mangsa terjatuh ke dalam rekahan tanah yang sempit dan sedalam enam meter itu ketika merayau keluar dari trek pendakian.

Seramai 100 anggota penyelamat berusaha menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum dia berjaya dikeluarkan pada jam 2 pagi (waktu tempatan).

“Ketika dibawa keluar kanak-kanak itu menangis kerana ketakutan tetapi dia hanya mengalami calar pada badan,” kata jurucakap polis, Christian Zuber.

Ketua bomba di wilayah Aletsch, Matthias Lorenz berkata, pasukan penyelamat berlumba dengan masa ketika mereka berhati-hati mengalihkan tanah dan batu untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, sepanjang operasi menyelamat kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda dia masih lagi hidup.

“Saya tidak pernah melihat operasi menyelamat seperti ini dan kanak-kanak itu sangat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” jelasnya.

Menurutnya, selepas diselamatkan kanak-kanak itu diterbangkan menggunakan helikopter ke sebuah hospital di Bern.

“Kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan selama sehari sebelum dibenarkan keluar,” katanya.
Share:

6 Oktober 2017

VIRAL RANTAI ANAK DI TONG GAS, BAPA DAN IBU DITAHAN POLIS


Hanya kerana anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak kejam hingga sanggup mengikat kanak-kanak berusia 10 tahun itu pada tong gas, dengan menggunakan rantai, di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.

Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10 pagi.

Ekoran pemeriksaan yang dilakukan pasukan polis berjaya menyelamat mangsa serta menahan lelaki terbabit yang merupakan anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini bersama isterinya.

Difahamkan, mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika pemeriksaan, pihaknya cuba mengetuk pintu hadapan rumah itu namun tiada jawapan sebelum polis membuat pemeriksaan di tingkap belakang rumah.

"Hasil pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan menggunakan rantai selain berkunci," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Abdul Aziz, polis terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri kerana pengsan.

Ujar beliau, pihaknya kemudian meminta bantuan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi membuat rawatan kepada mangsa.

"Siasatan awal mendapati, mangsa baru sehari iaitu kelmarin tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan," katanya.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Share:

APALAH NASIB KANAK-KANAK INI


Tidak pernah ke sekolah, tidak berpakaian, makan minum tidak terurus, tinggal dalam timbunan sampah, lebih malang ibu seorang penagih dadah.

Itu nasib lima beradik di Kampung Bawah Lembah, Pintu Geng di sini yang serba-serbi diabaikan.

Beginilah keadaa tempat mereka tinggal. Kotor dan busuk, seperti bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman manusia.

Astro Awani mendapat maklumat mengenai kes berkenaan meninjau kediaman yang disewa ibu berusia 34 tahun yang berasal dari Tawang, Bachok.

Alangkah terkejutnya kami apabila sampai di kediaman tersebut kami melihat keadaan rumah yang buruk dan daif di tambah dengan persekitaran kotor bersampah dengan ruangan rumah dua tingkat itu yang dipenuhi dengan sampah dan menjijikkan.

Tiada riak bersalah di wajah wanita yang juga ibu kepada enam orang anak itu.

Faridah Yaakob, 34 tahun mula menyingkap lebaran kisah hidupnya. Menurutnya, beliau sudah lama bercerai dengan suami dan anak sulungnya yang berusia 13 tahun kini dan dijaga bekas ibu mertuanya.

Ketika kami sampai, mereka hanya mengalas perut untuk “breakfast’ dengan hanya menjamah buah jambu.

Manakala anak kedua, berusia 11 tahun, ketiga berusia 9 tahun, keempat berusia 6 tahun dan bongsu berusia 9 bulan.

Anak Faridah yang boleh bersekolah tidak di hantar ke sekolah dengan alasan yang tidak didedahkan.

Anak-anak yang tinggal di rumah timbunan sampah dan daif itu sayu memandang kehadiran kami, bahkan ketika di tanya sama ada mereka makan atau belum, mereka menjawab belum menjamah makanan, hanya mengisi perut dengan jambu.

Dengan pakaian yang kotor dan comot dan berkaki ayam, keadaan daif kanak-kanak itu mengundang satu persoalan di benak kami: Apakah nasib anak-anak ini dibiarkan tanpa pernah ke sekolah, hidup dalam timbunan sampah dan makan minum tidak terurus?

Ibunya pula seolah-olah berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan anak-anak yang ingin membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

Menurut Faridah lagi, kesemua anaknya mempunyai surat beranak bahkan beliau mengakui bahawa beliau berasal dari Kelantan dan menyewa di rumah yang seperti rumah “hantu” itu sejak enam tahun lalu dengan sewa RM300 yang dibayar bekas suaminya.

Bercerita tentang bekas suaminya, Faridah berkata setiap hari bekas suaminya akan membawa makanan untuk anak-anaknya.

Kisah malang dan mengejutkan yang didedahkan ini hasil beberapa foto yang dihantar oleh pihak tertentu (yang tidak mahu identiti didedahkan) agar kisah lima beradik yang tidak terurus dan terjaga tanpa pendidikan mendapat perhatian syarikat.

Share:

28 September 2017

LAGI PUSAT TAHFIZ TERBAKAR!


Sebuah asrama Yayasan Assofa yang menempatkan murid tahfiz di kampung Nerasau, di sini, terbakar kira-kira 60 peratus dalam kejadian jam 1.50 pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan tiba di lokasi pada jam 2.05 pagi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, kebakaran berkenaan membabitkan asrama perempuan jenis kekal satu tingkat dengan keluasan 20x60 kaki.

"Semasa kejadian, terdapat 37 murid dan kesemuanya telah berjaya diselamatkan.  

"Bagaimanapun terdapat tiga pelajar yang mengalami sesak nafas susulan kebakaran ini.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 September lalu yang mengorbankan  21 orang pelajar dan dua orang guru.

Pihak bomba sedang menyiasat punca kebakaran dari pelbagai aspek dengan melihat kemungkinan api berpunca dari kipas angin atau peralatan elektrik yang ada di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, kebakaran berkenaan membabitkan asrama perempuan jenis kekal satu tingkat dengan keluasan 20x100 kaki yang dianggarkan terbakar sebanyak 80 peratus.

Menurutnya, pihaknya telah berjaya menyelamatkan satu blok surau dan dewan yang berada di bahagian belakang asrama berkenaan.

“Kejadian kebakaran ini disedari oleh seorang pelajar, Nur Athirah Izzati Shamsul Murfiz, 15, yang terjaga dari tidur dan melihat percikan api dari bahagian atas.

“Tindakan pantas pelajar tersebut mengejutkan rakan dan menyuruh rakan segera keluar dari asrama serta memaklumkan warden telah berjaya menyelamatkan nyawa rakan-rakan mereka.  Kita menerima panggilan kebakaran dari warden asrama ini,” katanya.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan pada jam 1.51 pagi, sepasukan 20 anggota melibatkan empat jentera dari dua balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan pertama tiba di lokasi 10 minit selepas menerima panggilan. Apabila bomba sampai, semua pelajar telah selamat keluar dan kita mendapati tiga orang pelajar yang mempunyai penyakit asma telah diserang sakit asma.  Pelajar berkenaan telah di hantar ke Hospital Tampin oleh staf di sini,” katanya.

Kesemua pelajar bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan.

“Ketika sampai juga api telah merebak separuh bangunan dan kita telah mengambil masa selama 15 minit bagi mengawal api daripada merebak.  Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya.

Norazam berkata, sebelum ini pusat pengajian berkenaan pernah diambil tindakan susulan gagal mematuhi aspek keselamatan kebakaran dan kes berkenaan telah pun dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun menurutnya, selepas dari itu, pihak pengurusan telah mengikut nasihat pasukan bomba dan mematuhi ciri-ciri keselamatan kebakaran yang ditetapkan.

“Bagi insiden ini kita akan siasat sama ada bangunan ini (asrama) didaftarkan sekali di bawah bangunan sekolah agama dan tahfiz di negeri ini.

“Kita kini sedang melakukan pemeriksaan ke seluruh pusat tahfiz di negeri ini. 40 premis berdaftar dengan pejabat agama telah disiasat dan 10 daripadanya tidak menepati tahap keselamatan yang kita tetapkan,” katanya.
Share:

2 September 2017

ANAK JADI MANGSA ANGKARA SENGKETA SI BAPA DAN IBU


KEDAH : Kanak-kanak berusia lima tahun yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Jalan Anak Bukit di sini semalam selepas tindakan bapa mangsa menghimpit kereta dipandu bekas isterinya, masih tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kanak-kanak yang kini dirawat di wad penjagaan rapi pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan patah tiga tulang rusuk kanan hingga menyebabkan paru-paru kanannya cedera.

"Kanak-kanak tersebut turut mengalami luka koyakan pada pergelangan tangan kanan serta kesan luka di muka, kedua-dua anggota tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila Jafrul Nizam Jaafar, 38, yang memandu Perodua Myvi mengejar dan menghimpit kereta Perodua Myvi dipandu bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, yang turut dinaiki anak lelaki mereka.

Akibat himpitan itu, kereta Marziana terbabas dan melanggar sebatang pokok di atas pembahagi jalan manakala kereta Jafrul Nizam pula hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga yang dipandu seorang anggota tentera, Faizal Baharom, 36.

Difahamkan sebelum kejadian itu, Jafrul Nizam dipercayai bergaduh dengan bekas isterinya itu berhubung hak penjagaan anak mereka.

Dr Norhizan berkata, ibu kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta patah tulang tangan kanan antara siku dengan pergelangan tangan sudah pun sedar dan berada dalam keadaan stabil.

"Bapa kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk dan dia dalam keadaan sedar serta stabil namun dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.

"Faizal dalam keadaan sedar dan stabil dan dia mengalami patah serta keretakan pada tulang di bahagian muka," katanya.
Share:

7 Ogos 2017

LAGI KES ABAI DAN TINGGALKAN KANAK-KANAK


Polis akan menyiasat kes tiga beradik yang ditemui terkurung di sebuah bilik sewa di Larkin Perdana di sini.

Beberapa gambar tiga kanak-kanak, berusia setahun sehingga enam tahun didakwa ditinggalkan ibu bapa mereka di dalam sebuah bilik yang kotor dan berbau, sehingga tular di media sosial.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak itu masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki dikatakan hanya makan nasi dan kicap serta tidak mandi selama beberapa hari.

Menurut satu 'posting' di Facebook, bapa kanak-kanak terbabit sepatutnya menjaga anak-anaknya berikutan ibu mereka bekerja di Gelang Patah.

Insiden berkenaan mendapat perhatian selepas jiran-jiran terdengar bunyi dari sebuah bilik sewa.

Susulan penemuan tersebut, pasukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan polis tiba di tempat kejadian dan mengambil kanak-kanak tersebut untuk diberikan perlindungan.

Pegawai JKM Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, tindakan akan diambil di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 kerana mangsa yang masih kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak 2016.

"Kita masih belum menghubungi ibu bapa kanak-kanak itu untuk disoasal siasat tetapi kita akan membuat laporan berdasarkan 'posting' yang tular di Facebook," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Walaupun tiada laporan dibuat berhubung perkara itu, Wan Ahmad berkata, polis akan melakukan siasatan kerana ia membabitkan isu sensitif.

Share:

7 Julai 2017

DUA ANAK MERAUNG KESAKITAN TERKENA SERPIHAN SINKI PECAH DI DALAM BILIK AIR


DUA kanak-kanak lelaki parah selepas terjatuh dalam bilik air dan terkena serpihan sinki pecah ketika mandi di kediaman mereka di Desa Wira di sini, tadi.

Pada kejadian jam 11 pagi, mangsa, Muhammad Darwisy Norhazliysham, 6, cedera di paha manakala adiknya, Muhammad Adam, 4, cedera di perut.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Baharuddin Dol Majid berkata, kejadian disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan mereka.


“Ibu mangsa meminta bantuan jiran sebelum memaklumkan kepada APM. Tiba di lokasi jam 11.16 pagi, kami dapati kedua-dua kanak-kanak terbabit luka parah di perut dan kedua belah paha.

“Kami memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang daripada mereka memanjat sinki yang diperbuat daripada batu seramik sebelum terjatuh,” katanya ketika dihubungi.
Share:

30 Jun 2017

BUDAK PARAH MERCUN BOLA MELETUP DALAM RAGA


KELANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera parah di kaki, tangan dan kepala apabila mercun bola diletakkan dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Salor, di sini petang kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan dihantar ahli keluarganya ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal dan meletakkan mercun bola di dalam raga namun ia tiba-tiba meletup.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di HRPZ II enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Share:

KECIL KECIL DAH PANDAI MENCURI


SHAH ALAM : Kecil-kecil lagi sudah berani melakukan jenayah. Itu tindakan sekumpulan remaja belasan tahun yang memecah masuk sebuah kios di kompleks perniagaan di Seksyen 9, di sini, Ahad lalu.

Kios yang menjual peralatan mainan elektronik itu kerugian lebih RM3,000 selepas satu unit permainan jenama Sony PS4 berharga RM2,957 serta beberapa peralatan permainan dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 9 pagi hari raya pertama itu, kebanyakan premis lain di kompleks berkenaan ditutup.

Menurutnya, pemilik kios hanya menyedari kejadian itu sebaik saja mahu membuka perniagaannya Selasa lalu.

“Kios itu terletak di bahagian IT (teknologi maklumat) di tingkat paling bawah,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh menunjukkan imej empat remaja berusia belasan tahun dipercayai terbabit dengan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan suspek,” katanya.

Dalam pada itu, gambar rakaman CCTV kejadian itu turut dimuat naik pengguna laman sosial Facebook (Fb) memaparkan gambar dua remaja lelaki termasuk seorang memakai baju Melayu berwarna hijau kebiruan yang dipercayai terbabit dengan kes itu.
Share:

2 Jun 2017

MANA PERGI MAK BAPAK DIA?


Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan detik cemas apabila separuh badannya tersangkut pada jeriji rumahnya selama 40 minit.

Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 26, Shah Alam 11 pagi tadi, mangsa dipercayai cuba keluar dari rumahnya di tingkat 14 pangsapuri berkenaan.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.12 pagi.

"Sebaik tiba, kanak-kanak itu sedang menangis kesakitan akibat tersepit dan kami berusaha mengeluarkannya dengan memotong besi jerisi itu mengunakan pemotong hidraulik.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan serius berlaku kepada mangsa," katanya.

Katanya sebaik dilepaskan, kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada ibunya yang bekerja di kawasan berhamnpiran.
Share:

22 Mei 2017

CUAK ANAK KENA RAGUT DENGAN SINGA LAUT


KELUARGA dan seorang budak perempuan kini trauma selepas seekor singa laut menariknya ke dalam air ketika mangsa duduk di tepi jeti di Steveston Fisherman's Wharf di Richmond BC, Kanada.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku hujung minggu lalu, seorang lelaki memberi makanan kepada singa laut itu yang kemudian menghampiri jeti.

Kanak-kanak itu datang untuk melihat haiwan itu makan dan kemudian duduk membelakangkannya.

Tiba-tiba haiwan itu melonjak dari dalam air dan menggigit baju kanak-kanak berkenaan, menariknya ke dalam air.

Seorang lelaki dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu terjun ke dalam air dan menyelamatkannya dan mereka kemudian meninggalkan jeti berkenaan.

Rakaman video ini dirakam Michael Fujiwara dari Vancouver yang memberitahu Vancouver Sun: “Saya sedang duduk di jeti apabila singa laut itu muncul. Saya keluarkan telefon dan mula merakam

“Haiwan itu menarik perhatian ramai orang, termasuk kanak-kanak itu.

“Saya rasa keluarganya muka memberi makanan kepada singa laut itu.”

Tidak dapat dipastikan tujuan singa laut berkenaan menarik budak perempuan itu ke dalam air.
Share:

11 Mei 2017

DIKECAM GARA-GARA HANYA PANDAI MERAKAM BUDAK SEDANG LEMAS


TINDAKAN seorang pengunjuang taman tema air yang merakam seorang kanak-kanak disyaki lemas dikecam orang ramai selepas rakamannya tular.

Menurut Malaysian Digest, dua video rakaman yang dimuat naik ke laman Facebook pada 6 Mei lalu tersebut telah ditonton lebih 1 juta kali.

Sebuah video menunjukkan mangsa, seorang kanak-kanak lelaki terapung di permukaan kolam taman tema berkenaan.

Beberapa pengunjung lain dilihat melepasi mangsa tetapi tidak mempedulikannya atau tidak menyedari keadaan mangsa.

Selepas hampir seminit, seorang wanita akhirnya berenang mendapatkan kanak-kanak tersebut dan mangsa dilihat jelas longlai dan tidak bermaya.

Video rakaman kedua menunjukkan dua orang lelaki memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak terbabit.

Rata-rata pelayar laman Facebook mengecam tindakan perakam yang disifatkan kejam.

"Merakam video adalah lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh," kata seorang pelayar.

"Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini," kata seorang lagi pelayar yang bengang.

Waktu dan lokasi kejadian gagal dipastikan.
Share:

17 April 2017

BUDAK EMPAT TAHUN MAUT JATUH DARI ARAS 17


KUALA LUMPUR : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters bomba di Lorong Haji Husein 2, Chow Kit.

Dalam kejadian kejadian 5.46 pagi itu, mangsa yang dijaga datuk dan neneknya, dikatakan bangun dari tidur dan berjalan keluar ke balkoni.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati pintu balkoni di rumah berkenaan terbuka.

“Polis menemui dua kerusi di balkoni dipercayai digunakan mangsa untuk memanjat ke atas besi penghadang sebelum terjatuh.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan dipercayai tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.
Share:

19 Februari 2017

KESEMUA JENAZAH MANGSA REMPUHAN KERETA SELAMAT DIKEBUMIKAN


JOHOR : Lapan penunggang basikal yang maut dirempuh kereta dalam kemalangan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Kampung Mahmoodiah di sini, pagi semalam, selamat dikebumikan di lima tanah perkuburan Islam, semalam.

Paling menyedihkan apabila jenazah Haizad Kasrin, 16, yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tengkorak, Permas Jaya, pada jam 5.30 petang dikebumikan bersebelahan rakannya karibnya yang juga rakan sekolah, Mohamad Azhar Amir, 16, yang dikebumikan jam 3 petang semalam.

Selain itu, jenazah Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14 dikebumikan berhampiran pusara Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14, di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Tampoi, di sini, selepas Zuhur.

Jenazah Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 dan Muhammad Firdauz Danish M Azahar, 16, pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, selepas solat Asar.

Manakala jenazah Fauzan Halmijah, 13 tahun, dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram.

Mangsa terakhir, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, di sini, selepas solat Asar.

Semua lapan mayat dituntut keluarga di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) bermula jam 1.20 tengah hari sebelum dibawa menaiki van jenazah ke tanah perkuburan.


SEMENTARA ITU Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi itu, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada ketika dihubungi di sini.

Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.

Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.   

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.

Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan.
Share:

6 Februari 2017

BUDAK KECIL MAUT DILANGGAR BAS KETIKA SEDANG BUANG AIR KECIL DI TEPI JALAN


Seorang kanak-kanak mati dilanggar sebuah bas mini ketika mencangkung di tepi jalan raya untuk membuang air kecil.

Video pengawasan menunjukkan kejadian di Ningdu, daerah di wilayah Jianxi itu tular di Internet di China.

Seorang kanak-kanak yang dikatakan berusia enam tahun dilihat menarik seluarnya sebelum mencangkung untuk membuang air kecil di tepi jalan. Kira-kira 10 saat kemudian, sebuah bas mini melanggarnya.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah.

Pemandu bas berkenaan ditahan polis untuk disoal siasat. Bagaimanapun, kebanyakan netizen di China menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu, tidak pemandu terbabit.

“Saya bersimpati dengan pemandu itu. Yang salah ialah perbuatan membuang air kecil di tepi jalan. Ibu bapanya yang perlu bertanggungjawab,” tulis seorang netizen.
Share:

1 Februari 2017

JKM KENA SIASAT KES NI BETUL-BETUL!


SENAI : Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur enam bulan yang ditemui tanpa pengawasan ibu bapa di tepi laluan di Taman Senai Jaya, di sini, pada 10 pagi semalam sudah diserahkan kepada keluarga kandung.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulai Mohd Iskandar Abu Bakar berkata, siasatan mendapati kanak-kanak itu keluar rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Beliau berkata, ketika keluar rumah, kanak-kanak itu membawa adik lelaki, botol susu dan tuala bayi.

Menurutnya, orang ramai menemui kanak-kanak itu mendukung adik di tepi jalan sejauh satu kilometer dari kediaman mereka.

Katanya, siasatan mendapati kanak-kanak itu dan adik lelakinya ditinggalkan bersama bapa saudara sementara bapa mereka menghantar ibu ke tempat kerja.

"Kanak-kanak itu dipercayai menggunakan pintu belakang untuk keluar rumah hingga tidak disedari bapa saudara yang tidur di tingkat atas.

"Mereka kemudian diserahkan kepada polis dan kes itu dirujuk kepada JKM.

"Ibu bapa mereka berjaya dikesan sebelum proses penyerahan dan siasatan selesai pada 2 petang semalam," katanya.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI