Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KESELAMATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESELAMATAN. Papar semua catatan

12 Oktober 2017

KENAPA BAWA ANAK-ANAK MANDI AIR TERJUN DI MUSIM TENGKUJUH??


KANAK-KANAK perempuan, 11, ditemui lemas sementara tiga lagi kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihahknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5 petang dan tiba di lokasi kejadian 16 minit kemudian.

Menurutnya, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, operasi menyelamat dijalankan dan menemui seorang mangsa sementara tiga lagi masih belum ditemui selepas dihanyutkan air deras.

"Buat masa ini kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa masih dijalankan," katanya.

“SAYA tidak sedar bila arus deras itu datang dan sebaik menyedari, saya sudah dihanyutkan arus... dalam terkapai-kapai saya sempat berpaut pada batu dan orang ramai tarik saya ke tempat selamat,” kata Alif Akmal Md Zamri, 12, seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian fenomena 'kepala air' yang melanda kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, seorang maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras yang membadai secara tiba-tiba.

Mangsa yang maut dikenali Qistina Puteri Wira, 11, dan mayatnya ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kanak-kanak itu dibadai arus.

Tiga mangsa yang masih hilang dikenali Anis Syakirah Saad, 12, dari Kampung Lawer di Padang Matsirat, selain Iman Wahidah, 11, dari Kampung Ranggut dan Siti Aishah Kassim, 5, dari Bukit Malut.

Semua mangsa adalah antara enam kanak-kanak yang dilapor hanyut ketika kepala air membadai kawasan rekreasi itu, namun dua daripada mereka iaitu Adib Irfan, 11, yang juga adik kepada Anis Syakirah, serta Alif Akmal sempat diselamatkan orang ramai.

Alif Akmal mengakui bernasib baik kerana sempat berpaut pada batu di tebing sungai ketika dihanyutkan arus yang datang secara tiba-tiba itu, sebelum diselamatkan orang ramai.

"Ketika kejadian kawasan itu tenang dan saya bersama pengunjung lain termasuk beberapa kanak-kanak asyik bermain air sambil menyelam," katanya.

Berdasarkan maklumat, selain kanak-kanak terbabit yang datang berkelah bersama keluarga masing-masing, beberapa pengunjung termasuk pelancong asing dikatakan turut mandi-manda, namun terselamat daripada dibadai kepala air itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dan sehingga kini, usaha mencari tiga lagi mangsa berusia antara 5 hingga 12 tahun masih digerakkan.
Share:

6 Disember 2016

KEMALANGAN KREN DI TAPAK PEMBINAAN SEMAKIN MEMBIMBANGKAN?


PETALING JAYA : Satu unit jentera kren yang digunakan untuk membantu kerja pembinaan sebuah bangunan, tumbang di Damansara Perdana dalam kejadian jam 2.05 semalam.

Kren berkenaan dilaporkan digunakan di bahagian terbuka di tingkat empat sebelum tiba-tiba tumbang lalu tersangkut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul, berkata pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 2.10 petang, giat menjalankan kerja membetulkan keadaan kren berkenaan.

"Ketika ini, pegawai dan anggota bomba membantu kontraktor yang terbabit membetulkan kedudukan kren bagi mengelak situasi tidak diingini berlaku.

"Kita turut mengawasi keadaan sekitar lokasi kejadian bagi menghalang orang awam memasuki kawasan berkenaan yang dikategorikan berbahaya," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Katanya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan.
Share:

26 Ogos 2016

NGERI KEPALA CANGKUK KREN JATUH HEMPAP KERETA KELISA DI JALAN RAJA CHULAN


BUKIT BINTANG : Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan berhampiran dengan Wisma Genting, kira-kira 7 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.21 malam.

Katanya, sebaik tiba seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Share:

28 Julai 2016

BURUH BINAAN MAUT JATUH DARI ARAS 35 LALU TERTUSUK BESI PERANCAH


Seorang buruh warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mudakki, 38, dipercayai tergelincir ketika melakukan kerja pembinaan sebelum terjatuh dan tersangkut pada perancah besi di tingkat lapan bangunan berkenaan.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jaliludin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba membuat kerja menyelamat dengan membawa mangsa turun,” katanya, semalam.

Menurutnya, ketika operasi menyelamatkan dijalankan, terdapat besi perancah yang tertusuk dada mangsa.
Share:

26 Mei 2016

KAKI WARGA EMAS DI TELAN ESKALATOR


Kaki seorang lelaki tua tiba-tiba ditelan eskalator ketika menaikinya untuk ke tingkat dua sebuah pasar raya di sini.

Menurut NetEase, satu daripada plat logam itu terbuka menyebabkan kaki kiri mangsa terpelosok ke dalam jurang berkenaan.

Pekerja penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kakinya. Kerja menyelamat dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat untuk meluaskan jurang antara langkah eskalator sebelum memotong bahagian yang memerangkap kaki lelaki terbabit.

Proses mengerikan itu mengambil masa 40 minit. Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital tempatan di Daerah Bao’an untuk rawatan kecemasan.

Menurut laporan, eskalator itu baru lulus pemeriksaan tahunan enam bulan lalu.

Kemalangan membabitkan eskalator di China bermula sejak Jun lalu apabila seorang ibu bersama anaknya menggunakan eskalator di Hubei.

Ketika kejadian, plat logam itu tiba-tiba menelannya, namun wanita itu sempat menolak anaknya sebelum dia sendiri mati ditelan mesin itu.

Sementara itu, syarikat pengeluar eskalator berkenaan masih belum didedahkan, tetapi netizen menyalahkan kejadian disebabkan standard yang tidak bermutu.
Share:

21 April 2016

ULAR HITAM PATUK MURID TAHUN 2 DI PADANG SEKOLAH


Seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas dipercayai dipatuk ular berwarna hitam, di padang sekolah berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui mesej dalam aplikasi grup WhatsApp yang turut meminta guru-guru untuk peka dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali.

Turut tersebar dalam mesej berkenaan ialah kemungkinan insiden berkenaan berlaku ialah keadaan cuaca panas menyebabkan ular keluar mencari kawasan lembab.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil ketika dihubungi berkata, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Menurutnya, pegawai berkenaan turut menziarahi murid berkenaan di HTJ serta mendapati murid berkenaan berada dalam keadaan stabil.

“Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

“Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata, guru berkenaan segera membawa mangsa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan (KK) Rembau selepas guru menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

“Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Untuk rekod, Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan tahun 1, maut dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat di taman hadapan kelasnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Hashim 1.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Nuriey Nadhirah Roslan,7, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan PengKalan Chepa.

Mayat mangsa‎ kemudiannya dibawa ke wad kecemasan sebelum dirujuk ke unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
Difahamkan mangsa terkena gigitan di betis kiri‎nya.
Share:

12 Februari 2016

KEMALANGAN ESKALATOR: PEMILIK PUSAT BELI BELAH TIDAK BOLEH ABAI KESELAMATAN PENGUNJUNG.


Pemilik bangunan komersial khususnya kompleks beli-belah digesa untuk lebih prihatin bagi memastikan kemudahan eskalator yang disediakan kepada orang ramai adalah selamat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan langkah ini sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Katanya, pihak pengurusan kompleks beli-belah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan penyelenggaraan eskalator dilaksanakan secara berkala.

"Pemilik bangunan harus memaparkan papan tanda yang mengandungi maklumat keselematan dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan eskalator.

"Papan tanda tersebut yang memaparkan panduan, cara gunakan eskalator dengan selamat perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai," kata Lee.

Tegasnya, semua eskalator dalam bangunan komersial perlu diperiksa dengan lebih kerap dari segi teknikal, terutamanya ketika musim puncak seperti cuti sekolah.

Selain itu, pihak yang memasang eskalator juga perlu mengkaji kaedah pemasangan supaya ia selamat diguna terutamanya oleh kanak-kanak, katanya.

"Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ataupun Akta OSHA 1994, ia adalah tanggunjawab majikan, iaitu pemilik bangunan untuk memastikan kebajikan serta keadaan tempat kerja yang selamat.

"Saya anggap atas kesedaran aspek undang-undang ini, semua pemilik bangunan bertanggungjawab untuk pastikan eskalator dan lif dalam bangunan sentiasa selamat digunakan," katanya.

Ibu bapa juga disaran untuk sentiasa mengiringi anak mereka ketika berada di pusat beli belah.

"Rakyat Malaysia terutamanya golongan ibu bapa tidak mahu lagi melihat kemalangan eskalator yang melibatkan kanak-kanak," tambahnya.

Jelas Lee, aspek menjaga keselamatan bukan sahaja dari segi pencegahan jenayah tetapi juga memastikan memastikan keselamatan pekerja dan pengunjung yang memasuki bangunan.

Katanya lagi, pembinaan kemudahan dalam bangunan termasuk eskalator dan lif tertakluk di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 manakala ciri spesifikasi bagi eskalator untuk bangunan awam dinyatakan dalam Peraturan Kilang dan Jentera 1970.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI