Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label JAHIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAHIL. Papar semua catatan

18 April 2017

BIGO LIVE DISALAHGUNA OLEH ORANG JAHIL


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa menyiasat aplikasi ''Bigo Live'' dan mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini berkata aplikasi berkenaan dianggap sebagai ''pelacur media sosial'' yang memberi ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.

Katanya aplikasi yang berbentuk ''live streaming'' itu semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial kerana fungsinya yang membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka.

"Apa yang menyedihkan ialah rata-rata pengguna media sosial menyalahgunakan ''Bigo Live'' yang bertujuan menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang masalah sosial yang teruk pada masa depan," katanya.

Mustapa berkata penonton aplikasi itu begitu ghairah memberi 'hadiah' kepada pemilik akaun 'Bigo Live' yang dengan mudah menayangkan 'aset' mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan.

Contoh seperti gambar diatas

"Ia semakin membimbangkan apabila ada antara mereka memberi komen lucah dan mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak sihat," katanya.

Aplikasi ''Bigo Live'' yang dibangunkan syarikat dari Singapura mempunyai pengikut terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina itu, memberi pendapatan kepada pemilik akaun menerusi 'hadiah' yang diterima sepanjang waktu siaran langsung itu

Katanya teknik pemasaran seperti itu menarik minat pengguna aplikasi itu untuk mendapatkan seberapa banyak 'hadiah' daripada penonton.

-- BERNAMA
Share:

20 Mei 2016

BENARKAH RAKYAT MALAYSIA MASIH JAHIL TENTANG SEKS DAN KEHAMILAN?


PENGETAHUAN tentang kesihatan seksual dan pembiakan (SRH) dalam kalangan remaja Malaysia kekal rendah dan mereka terus jahil tentang banyak aspek seks serta kehamilan.

Tinjauan yang dijalankan terhadap 1,071 responden antara usia 18-29, pelbagai kaum dan di seluruh negara mendapati ramai yang tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai fungsi tubuh badan mereka.

Oleh yang demikian, tidak memeranjatkan apabila seorang responden berkata ada kawannya yang tidak tahu mereka boleh hamil sekiranya melakukan seks.

Sementara itu, 71 peratus daripada responden perempuan berkata mereka boleh hamil ketika datang haid.

Kajian itu juga mendedahkan 10 peratus daripada responden tidak mahu diuji dan dirawat terhadap kemungkinan terdedah kepada jangkitan bawaan seksual (STI) kerana bimbang dipulau kerana percaya ia sesuatu yang 'mengaibkan'.

Tinjauan ini yang disokong oleh Durex Malaysia, jenama terkemuka dalam pengeluaran kondom oleh Reckitt Benckiser, memberi data yang bernilai untuk memudahkan perbincangan dalam kalangan pihak yang berkepentingan bagi menghasilkan program yang bersesuaian.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hadir pada majlis pembentangan hasil kajian itu berkata isu SRH tidak lagi boleh dipinggirkan.

Ia seharusnya dibincang secara meluas kerana ia memberi kesan kepada golongan remaja di negara ini.


RAKYAT MALAYSIA JAHIL?

"Ramai anak muda yang tidak peka dengan isu berkaitan SRH berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Contohnya, hanya 39.5 peratus mempunyai pengetahuan bagaimana bayi dilahirkan dan 45.5 peratus sahaja yang tahu apa dia rahim.

"Hasil kajian LPPKN juga mendapati 4.8 peratus rakyat Malaysia antara umur 13-24 pernah melakukan hubungan kelamin sementara lebih daripada satu pertiga (35.3 peratus) terdedah kepada pornografi kebanyakannya menerusi internet (60.8 peratus)," katanya.

Ketika subjek SRH masih dianggap larangan 'taboo', tidak dapat dinafikan remaja semuda 10 tahun melakukan hubungan seks. Untuk itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak mereka mengenai kesihatan seksual.

Dengan menjadikannya sebagai keutamaan, Chew dalam ucapannya berkata LPPKN memperkenalkan program Parenting@Work.

Jelas beliau, program itu menjadikan keibubapaan sebagai teras dengan fokus memberi sokongan kepada keluarga secara keseluruhannya daripada hanya bertumpu kepada golongan remaja semata-mata.

"Ibu bapa memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, menerusi program ini kami mendidik ibu bapa mengenai cara untuk bercakap dengan anak mereka tentang keseksualan," tambah Chew.


MITOS SEKSUAL RAKYAT MALAYSIA

Sementara itu, tinjauan oleh Perspective Strategies juga menunjukkan 35 peratus lagi responden tidak percaya orang perempuan boleh hamil sewaktu pertama kali melakukan hubungan seks.

Sementara itu, seorang daripada 10 orang berkata mencuci faraj selepas melakukan hubungan seks boleh mencegah kehamilan.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa 11 peratus daripada anak muda Malaysia yang aktif melakukan hubungan seks pernah mengalami STI.

Didapati juga hampir satu perempat (24 peratus) daripada mereka tidak mendapatkan rawatan.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa 19 peratus anak muda Malaysia beranggapan menggunakan dua kondom pada satu-satu masa memberi lebih perlindungan.

Ketika bercakap pada majlis itu, pengarah urusan Perspective Strategies, Andy See berkata hakikatnya menggunakan dua kondom ketika melakukan kegiatan seks boleh menyebabkan kondom itu pecah akibat geseran.

Keadaan itu, katanya akan menjadikan risiko STI lebih tinggi dan berlaku kehamilan yang tidak dirancang.

"Sementara it 25 peratus lagi responden berpendapat tidak memerlukan perlindungan apabila kedua-dua pihak saling percaya mempercayai.

"Bagaimanapun, terdapat keperluan untuk mendidik masyarakat bahawa dalam apa juga kegiatan seksual, soal percaya mempercayai bukan isu tetapi yang lebih penting berada dalam keadaan selamat," katanya.
Share:

5 April 2016

PELANGGAN DAN PEMILIK TUDUNG JENAMA `TUT` TERUS DI KECAM?


HANGAT LAGI HANGIT - Sana-sini masih memperkatakan isu pembeli tudung jenama Fareed`a yang bertindak 'ganas' menyerbu butik untuk mendapatkan koleksi terbaharu keluaran jenama berkenaan.

Selain tindakan pelanggan yang disifatkan sebagai keterlaluan, reaksi pemilik butik juga turut dipersoal ramai.

Seorang pengguna Instagram, Hasrizal Abdul Jamil, antara yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi ini.

Dalam status yang dimuat naik pada Ahad, Hasrizal yang juga seorang guru, tegas menyatakan pendapatnya bahawa terlalu banyak yang tidak kena pada cara perniagaan yang diamalkan butik tersebut.


Kata Hasrizal, pelanggan tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya, apatah lagi butik berkenaan telah mengiklankan satu pertandingan rakaman video yang memaparkan kegilaan pelanggan menyerbu butik, sehari sebelum hari kejadian.

Ia seolah-olah menggambarkan pihak pemilik dan pengurusan sudah tahu apa yang akan berlaku, namun tidak mengambil inisiatif untuk mengelakkannya.


Dia turut menegur cara admin yang menguruskan akaun Facebook Fareed`a...Nyata Jelita yang disifatkan agak angkuh dan sarkastik dalam membalas komen netizen yang kurang senang dengan cara promosi mereka.

"Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman FB Fareed`a yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab," tulis Hasrizal.

Di akhir status itu, Hasrizal yang juga Timbalan Pengarah Khalifah Model School berharap agar mereka yang terbabit bermuhasabah kerana rezeki milik Allah dan ia tidak wajar disalahgunakan.

Saksikan aksi-aksi mereka.
Share:

11 Ogos 2015

IBU JAHIL BUANG BAYI TEPI JALAN


Shah Alam: Seorang pekerja klinik di Seksyen 19, di sini, yang dalam perjalanan ke tempat kerja tidak menyangka suara tangisan bayi yang didengarnya membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang diletakkan di tepi jalan, Jumaat lalu.

Bayi malang berkenaan yang dipercayai berusia seminggu itu diletakkan dalam sebuah kotak dan berbungkus kain sebelum dijumpai wanita terbabit jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan ditinggalkan individu yang tidak bertanggungjawab di tepi jalan.

Bagaimanapun, bayi itu bernasib baik selepas dia ditemui seorang kerani klinik berusia 22 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

“Wanita itu yang terkejut dengan penemuan bayi perempuan berkenaan membawanya ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, semalam.

Share:

11 Januari 2015

PESTA ARAK PESTA SEKS, BUDAK MELAYU SEMAKIN HANYUT..


Klang: Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.

"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut,"

Share:

17 September 2014

APA DOSA BAYI INI??

KEJAM !! KEJAM !! KEJAM !!

Kuala Lumpur: Penemuan mayat seorang bayi lelaki berhampiran Taman Wilayah Jinjang menimbulkan tanda tanya apabila mangsa lengkap berpakaian, termasuk dipakaikan sarung tangan dan kaki.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, mayat bayi itu dibuang individu tidak bertanggungjawab di tepi longkang berhampiran sebuah stesen minyak.

Mayat bayi cukup sifat itu turut dipakaikan baju dan seluar berwarna merah jambu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat bayi itu ditemui pekerja memotong rumput sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Mayat bayi itu tersangkut pada batu di tengah longkang. Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung bayi itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan.

SEDIH..gambar mayat bayi yang ditemui.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI