Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KLANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KLANG. Papar semua catatan

14 November 2016

TERKEJUT LIHAT ULAR SAWA BESAR BELIT EKZOS KERETA


KLANG : “Saya terkejut dan bertempiran lari sejurus melihat ular sawa besar ‘melekat’ berhampiran bahagian ekzos kereta,” kata pekerja kilang, Ahmad Kusairi Ahmad Rafie, 49.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter bersembunyi lebih sejam di bawah kereta Perodua Viva milik lelaki itu di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Klang Jaya, di sini.

Reptilia itu sukar dikeluarkan berikutan ia membelit ekzos kereta berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Ahmad Kusairi berkata, kejadian berlaku ketika dia bekerja di kilang alat penapis berdekatan sebelum dimaklumkan pengawal keselamatan berhubung kehadiran ular itu.

“Pengawal itu memberitahu ternampak ular memasuki bahagian bawah kereta saya sebelum hilang.

“Saya mulanya tidak percaya, namun terkejut apabila mendapati ular itu berada berhampiran bumper belakang kereta,” katanya.

Bimbang keselamatannya, dia segera menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.

“Kereta itu diletakkan di kawasan parkir sejak jam 8 pagi dan ular itu mungkin muncul dari kawasan semak berdekatan,” katanya yang menetap di Kampung Rantau Panjang di sini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Andalas berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.19 pagi.

“Pemeriksaan mendapati reptilia itu berada di bahagian belakang kereta Viva dan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan penjerut,” katanya.


Share:

13 April 2016

POLIS BURU DAN TEMBAK MATI PENJENAYAH PALING DI KEHENDAKI DI HIGHLAND TOWER


Polis percaya dapat menyelesaikan 26 kes samun di sekitar Ampang, Gombak, Kajang dan Klang selepas menembak mati tiga daripada enam penjenayah di blok C, Kondominium Highland Towers di sini hari ini.

POLIS memeriksa barangan yang dirampas termasuk pistol angin dan kerambit daripada tiga penjenayah yang ditembak mati di bangunan tinggal Highland Towers, Ampang Jaya, semalam.

Bagaimanapun tiga lagi penjenayah melarikan diri di kawasan bukit berdekatan selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini melakukan serbuan pada pukul 5 pagi.

Usaha mengesan tiga penjenayah berkenaan masih dijalankan oleh pihak polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Adnan Abdullah menjelaskan, kesemua penjenayah itu menjadikan sebuah bilik kondomi­nium terbiar di tingkat satu itu sebagai lokasi persembunyian sebelum merancang melakukan samun.

“Berdasarkan risikan yang kita lakukan, kita telah mendapat maklumat pada pukul 12.30 malam tadi bahawa kumpulan ini ingin me­lakukan kegiatan samun di sekitar kawasan Ampang.

“Jadi dalam pukul 5 pagi tadi, pihak polis telah menyerbu di kawasan itu. Beberapa penjenayah berkenaan cuba untuk menyerang pihak polis dan kami tidak pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan yang menyebabkan tiga daripada mereka mati di tempat kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Jelas Adnan, identiti kesemua lelaki yang ditembak mati berusia lingkungan 30-an itu akan diketahui selepas semakan menerusi cap jari.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan selaras pistol angin, sebilah parang, kerambit, peralatan mengumpil, topeng muka dan sarung tangan di lokasi berkenaan.

“Kita percaya bahawa kumpulan ini bergiat aktif dalam kegiatan samun sejak dua tahun lalu dengan anggaran kerugian mangsa yang terlibat dalam 26 kes ini sebanyak RM545,900.

“Buat masa ini, polis belum dapat mengetahui penjenayah ini adalah warga tempatan ataupun warga asing memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya.

Share:

31 Disember 2015

DI MANAKAH NUR AMIRAH ATIRAH??


Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki dan mengesan lokasi seorang gadis berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini, Ahadlalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, tindakan tersebut diambil berikutan satu laporan polis yang dibuat ibu kepada Nur Amirah Atirah Abdul Majid selepas menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah.

Gadis berkenaan sebelum itu dilaporkan bertemu rakannya kira-kira pukul 7.00 malam pada hari kejadian.

Menurut beliau, pada masa itu, mangsa juga dikatakan masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit dan mangsa memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya.

“Namun, kira-kira pukul 7.30 malam semalam, ibu mangsa telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa dia dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Remaja tersebut juga memberitahu bahawa dia telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Abdul Samah memberitahu, susulan itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh bapa mangsa semalam.

“Siasatan dan operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis dan kes ini diklasifikasikan sebagai culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Abdul Samah turut meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.

“Orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150,” tegasnya.

Semalam, seorang remaja perempuan yang diculik sempat menelefon kakaknya menceritakan dia sedang dalam perjalanan untuk dijual bersama beberapa gadis lain.

Nur Amirah Atirah dipercayai telah membuat panggilan selama tiga minit 43 saat dan berkali-kali merayu meminta bantuan sebelum perbualan itu terputus.

Dalam perbualan itu juga, dia sempat menceritakan diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta kerana telah ditutup dengan kain dan tidak sedar.

Menerusi perbualan itu juga dia memberitahu turut melihat papan tanda ke Johor Bahru. Difahamkan ibunya, Asmah Mamai juga mencari anak gadisnya itu di kawasan berhampiran dan cuba menghubungi mangsa namun gagal setelah tidak pulang ke rumah sehingga pukul 10 malam.

Rakaman perbualan antara mangsa dan keluarganya dalam keadaan mencemaskan itu tersebar di media sosial.

Share:

3 Julai 2015

TOKAN MERCUN BERGADUH SESAMA SENDIRI


Klang: Hanya kerana bunga api, dua peniaga di tapak Bazar Ramadan Jalan Taiping dekat sini cedera selepas dipukul dengan tukul besi dan buku lima dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Sebelum kejadian, dua peniaga yang berusia 30-an itu sedang berniaga bunga api di bazar berkenaan sebelum didatangi sekumpulan samseng dan meminta bunga api daripada mangsa.

Menurut sumber, dua lelaki ke gerai mangsa sebelum mengambil barangan yang diniagakan kerana menerima arahan daripada ketua mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga terbabit.

Bagaimanapun, mangsa dipukul menggunakan tukul besi dan buku lima sebelum ketua mereka memaki hamun salah seorang daripada mangsa sebelum menyerangnya bersama 15 pengikutnya yang lain.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan dan menarik mangsa. Bagaimanapun, ketua mereka mengarahkan pengikutnya mengambil pistol di dalam keretanya,” katanya.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI