Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

12 Julai 2016

NASIB BAIK LORI TANGKI SHELL KOSONG..


Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan sesak berikutan sebuah lori tangki terbabas di KM32.3 dari Genting Sempah ke Gombak, kira-kira 5.30 petang tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan sepanjang tiga kilometer akibat kemalangan itu yang menutup kesemua lorong utama.

"Lori tangki yang tidak mempunyai muatan itu hilang kawalan selepas menuruni bukit dan kemalangan ini tidak melibatkan kemalangan jiwa.  

"Buat masa ini, pengguna hanya boleh melalui lorong kecemasan di kawasan itu menyebabkan kesesakan berlaku dan kerja-kerja mengalihkan lori tangki berkenaan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang ke Perai dan Seberang Jaya menuju ke Permatang Pauh.

Bagaimanapun, aliran trafik dari selatan menuju ke ibu negara dilaporkan lancar, kata jurucakap itu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI