Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TULANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TULANG. Papar semua catatan

23 Disember 2016

3 BULAN HILANG BARU JUMPA MAYAT


KOTA BHARU: Satu rangka manusia ditemui dalam semak di Kampung Semut Api Jalan Pantai Cahaya Bulan, dekat sini, petang tadi.

Mayat mangsa, yang dikenal pasti sebagai Nik Soh Nik Umar, 53, dijumpai kira-kira 15 meter dari basikalnya dan dipercayai meninggal dunia lebih tiga bulan lalu apabila menghilangkan diri daripada keluarganya. 

Saksi, Che Fakri Alias, 43, berkata beliau menjumpai rangka manusia itu ketika mahu mengambil lembunya yang ditambat berhampiran kawasan berkenaan. 

"Lebih kurang jam 4 petang tadi ketika mahu mengambil lembu, saya menjumpai tulang menyerupai manusia. Berdasarkan maklumat kad pengenalan pada mangsa, saya membuat laporan polis dan memaklumkan penemuan itu kepada keluarga mangsa," katanya ketika ditemui.


Sementara itu, adik mangsa, Nik Nor Mazura Nik Umar, 31, berkata beliau membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa, namun gagal menemui abangnya itu berikutan kekurangan maklumat dan gambar mangsa. 

"Arwah sering berada di Masjid Muhammadi untuk menyapu sampah serta mengambil upah mengurut di kampung ini. "Arwah menghidapi penyakit angin dan hanya pulang ke rumah lebih kurang dua hari saja dalam seminggu. 

"Namun, kami tidak menyangka arwah menemui ajal dalam keadaan demikian," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Polis Baharom Abu, mengesahkan penemuan rangka manusia itu. "Rangka berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat," katanya.




Share:

16 Mei 2016

SUNGAI GOLOK MEMANG CETEK, TAPI PENUH DENGAN TULANG BABI?


SUNGAI GOLOK : Air Sungai Golok yang digunakan penduduk setempat untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak didakwa dicemari tulang babi apabila mereka menemui sisa buangan itu di dalam dan di tebing sungai Kampung Kubang Rambutan, di sini.

Kejadian itu disedari penduduk sejak seminggu lalu berikutan paras air sungai semakin kering menyebabkan sisa buangan itu ditemui di merata tempat berdekatan sungai.


Tinjauan Harian Metro mendapati tulang berselerak di tebing dan di dalam sungai dipercayai sisa buangan babi dua kilometer dari Sungai Golok di Kampung Bagus yang dijadikan kawasan bersantai penduduk pada waktu petang sejak sebulan lalu.

Keadaan itu menjijikkan kerana pada musim ini kebanyakan penduduk menjadikan Sungai Golok sebagai sumber bekalan air utama berikutan air bersih di rumah mereka hampir kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Telaga Mas Che Husain Ismail berkata, penduduk di kampungnya menyedari kewujudan bahan buangan itu sejak lima tahun lalu, namun tiada bukti kukuh.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, penduduk terjumpa tulang dipercayai tulang babi dibuang pengusaha dari negara jiran dan negara kita yang menyeludup untuk pasaran di sekitar Thailand dan Malaysia.

“Perkara ini menjijikkan kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Islam yang menggunakan sungai berkenaan untuk aktiviti harian.

“Kami tiada pilihan untuk mendapatkan sumber air kerana kebanyakan rumah kekeringan akibat musim kemarau,” katanya.

Penduduk Kampung Telaga Mas Mohd Zulkifli Mustaffa, 29, berkata, jika dulu penduduk kampungnya menjadikan sungai itu sebagai sumber rezeki mencari ikan dan etak.

Menurutnya, sejak mengetahui sungai itu tercemar, mereka tidak berani turun ke sungai itu.

“Penduduk juga tidak mencari ikan di kawasan berkenaan kerana tercemar walaupun keadaan air kelihatan bersih. Namun, daripada segi agama, ia tidak elok digunakan.

“Kami meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan sama ada bergotong-royong mencuci kawasan sungai atau menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI