Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HARAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARAM. Papar semua catatan

16 Mac 2017

DAH KENA HARAM DAH MAMAT NI!


Kerajaan Perak mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada 3 Ogos 2015.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 dengan perkenan Sultan Perak membuat dan menyiarkan fatwa bahawa upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim

Mat Zin atau Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan objek-objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.

Menurutnya, mana-mana orang Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri ini.

Dalam konteks perbuatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini, Zamri berkata, tindakan akan dikenakan ke atasnya jika ia dilakukan di dalam negeri ini.

“Malah mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.

“Jika perbuatan itu dilakukan di negeri lain, maka pihak berkuasa negeri berkenaan perlu mengambil tindakan kerana urusan agama adalah di bawah urusan negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Sinar Harian.

Terdahulu, nama Ibrahim Mat Zin kembali disebut apabila videonya melakukan ritual di pantai berdurasi tiga minit bagi mengelakkan Malaysia diserang Korea Utara menjadi tular Ahad lalu.

Video itu memaparkan Ibrahim bersama tiga pembantunya di pantai berkenaan dengan dua kelapa, kayu (teropong), lima buluh (meriam), sejadah dan semangkuk air laut.

Selepas video itu, Ibrahim sekali lagi melakukan ritual sama di luar Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur atas kematian Kim Jong-nam petang kelmarin.
Share:

16 Mei 2016

SUNGAI GOLOK MEMANG CETEK, TAPI PENUH DENGAN TULANG BABI?


SUNGAI GOLOK : Air Sungai Golok yang digunakan penduduk setempat untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak didakwa dicemari tulang babi apabila mereka menemui sisa buangan itu di dalam dan di tebing sungai Kampung Kubang Rambutan, di sini.

Kejadian itu disedari penduduk sejak seminggu lalu berikutan paras air sungai semakin kering menyebabkan sisa buangan itu ditemui di merata tempat berdekatan sungai.


Tinjauan Harian Metro mendapati tulang berselerak di tebing dan di dalam sungai dipercayai sisa buangan babi dua kilometer dari Sungai Golok di Kampung Bagus yang dijadikan kawasan bersantai penduduk pada waktu petang sejak sebulan lalu.

Keadaan itu menjijikkan kerana pada musim ini kebanyakan penduduk menjadikan Sungai Golok sebagai sumber bekalan air utama berikutan air bersih di rumah mereka hampir kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Telaga Mas Che Husain Ismail berkata, penduduk di kampungnya menyedari kewujudan bahan buangan itu sejak lima tahun lalu, namun tiada bukti kukuh.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, penduduk terjumpa tulang dipercayai tulang babi dibuang pengusaha dari negara jiran dan negara kita yang menyeludup untuk pasaran di sekitar Thailand dan Malaysia.

“Perkara ini menjijikkan kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Islam yang menggunakan sungai berkenaan untuk aktiviti harian.

“Kami tiada pilihan untuk mendapatkan sumber air kerana kebanyakan rumah kekeringan akibat musim kemarau,” katanya.

Penduduk Kampung Telaga Mas Mohd Zulkifli Mustaffa, 29, berkata, jika dulu penduduk kampungnya menjadikan sungai itu sebagai sumber rezeki mencari ikan dan etak.

Menurutnya, sejak mengetahui sungai itu tercemar, mereka tidak berani turun ke sungai itu.

“Penduduk juga tidak mencari ikan di kawasan berkenaan kerana tercemar walaupun keadaan air kelihatan bersih. Namun, daripada segi agama, ia tidak elok digunakan.

“Kami meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan sama ada bergotong-royong mencuci kawasan sungai atau menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.
Share:

7 Disember 2015

KASIHAN NURUL IZZAH DI HARAM SANA SINI..


SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang menghalang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 67 Akta Imigresen.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, akta tersebut tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak bagi tujuan aktiviti politik.

"Tindakan ini walau di bawah bidang kuasa negeri bertentangan dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota dewan rakyat.

"Ia merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri, (sekatan itu) bukan disasarkan terhadap ahli Parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63 terhadap Naib Presiden PKR itu ke Sarawak, hari ini.

Kehadiran Nurul Izzah bertujuan memberi solidariti terhadap pimpinan bersama pimpinan tempatan PKR menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga mendakwa, Akta Imigresen 1959/1963 hanya boleh menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah sahaja.

"Saya akan kembali ke Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil-wakil Dun," katanya lagi.
Share:

23 November 2015

MENTERI HARAMKAN VAPE DI 20 UNIVERSITI


KERAJAAN MALAYSIA – Kebimba­ngan mengenai trend menghisap vape dalam kalangan pelajar universiti menyebabkan Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil tindakan tegas apabila mengharamkan penggunaan rokok elektronik itu di kampus universiti awam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua 20 universiti awam di seluruh negara mencapai persetujuan melarang penggunaan vape di universiti ma­sing-masing.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama naib canselor semua 20 universiti berkenaan dalam mesyuarat pada Jumaat lalu.

“Walaupun terdapat naib canselor yang mengumumkan pengharaman menghisap vape dan rokok di kawasan universiti sebelum ini, saya menyifatkan keputusan bersama ini lebih tepat.

“Sebelum ini, hanya rokok yang diharamkan tetapi kini diperluaskan pada vape atau rokok elektrik,” katanya selepas melancarkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia ke-6 di Dewan 2020 di sini malam kelmarin.
Share:

31 Oktober 2015

AWAS !! PAU BERINTI BABI DARI NEGARA JIRAN


Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas 15 bungkusan kecil seberat dua kilogram (kg) mengandungi pulut mangga dan pau dipercayai berintikan daging babi yang cuba dibawa masuk dari negara jiran di pintu masuk Kompleks Kastam Kuarantin dan Imigresen (ICQ) Rantau Panjang, kelmarin.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, makanan itu dirampas daripada seorang peniaga asing yang masuk ke negeri ini mengikut laluan sah, kira-kira jam 7 pagi.

“Ia susulan operasi bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Rantau Panjang.

“Sebanyak 235 barang makanan diperiksa dan daripada itu terdapat tiga bungkusan plastik besar berisi 15 bungkusan kecil pulut mangga dan pau dipercayai berintikan daging babi,” katanya.
Share:

30 Oktober 2015

BERITA GEMBIRA BUAT VAPERS MALAYSIA


Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan pengguna dan penjual vape, hari ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini berkata, kerajaan sebelum ini mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Katanya, kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
Share:

24 Disember 2014

KETUA PARTI KOMUNIS CHIN PENG DI JUMPAI DI BANDARAYA IPOH?

Inilah lukisan mural dikatakan mirip wajah Chin Peng yang menjadi kontroversi.

IPOH - Di sebalik keindahan lukisan mural di sekitar Bandaraya Ipoh terdapat satu lukisan yang nyata mengundang kontroversi apabila ia mirip wajah Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Tiada siapa yang menyangka gambar yang menunjukkan seorang lelaki tua sedang memegang cawan di Jalan Tun Sambanthan, di sini, berhampiran Padang Ipoh itu seakan-akan individu yang diharamkan ke negara ini.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, yang sudah lama meneliti gambar berkenaan  sejak ia dilukis pada Jun lalu oleh seorang pelukis mural terkenal.

Menurutnya, jika dilihat sekali imbas memang tidak perasan tentang individu yang dilukis memandangkan Chin Peng tidak dikenali ramai dari segi paras rupanya.

“Saya bersama beberapa rakan yang lain duduk semeja berbincang mengenai wajah individu terbabit. Apabila kita membuat pencarian internet gambar Chin Peng dan banding dengan lukisan itu, memang sama.

“Ini satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membenarkan lukisan itu dilukis. Dalam sibuk kita membantah dan menghalang abu mayatnya (Chin Peng) di bawa ke negara ini, dengan selamba wajahnya dijadikan mural,” katanya.

Mior Azman berkata, perkara ini serius kerana ia dilihat cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan elemen subversif menggunakan seni mural.

Tambahnya, perkara seumpama itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya PBT supaya lebih peka dalam menerima sesuatu projek seni bagi mengelak agenda tertentu dibawa melaluinya.

“Kita mahu orang ramai buka mata terhadap agenda pihak tertentu yang cuba membawa masuk ideologi tertentu secara halus.

“Orang ramai hanya nampak ia sebagai lukisan yang cantik, tetapi maksud tersirat di sebaliknya kita tak tahu,” katanya lagi.


Ramai tidak perasan

Sementara itu, seorang warga Ipoh, Rozamir Zulkifli, 42, berkata, jika sekali imbas, gambar yang terpampang di bangunan tersebut memang mirip Chin Peng, tetapi tidak serupa.

Menurutnya, lukisan ini subjektif untuk ditafsir kerana pelukis melukis melalui hati, bagaimanapun jika ia disuruh melukis gambar tersebut, motifnya perlu disiasat.

“Jika gambar itu serupa, kita perlu siasat perkara tersebut. Dalam hal ini, kita juga perlu tahu tujuan lukisan dibuat sama ada mengindahkan bangunan atau menarik perhatian pelancong dan sebagainya.

“Jika sebabnya lain atau terdapat maksud tersurat dan tersirat, ia perlu tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Seorang lagi warga Ipoh, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, 39, mengharapkan tindakan dan siasatan dari pihak berkenaan sekiranya gambar tersebut adalah Chin Peng.

Abdul Salim berkata, jika benar ini mungkin satu cara halus pihak tertentu untuk meracuni fikiran anak muda yang tidak tahu sejarah sebenar gambar berkenaan.

“Cadangan saya supaya pihak kerajaan negeri menganjurkan pertandingan lukisan mural wajah tokoh-tokoh Melayu supaya golongan muda kenal dengan tokoh yang pernah berbakti kepada tanah air kita.

“Cara ini lebih baik dari menuduh atau memarahi pihak berkenaan. Pihak berkuasa juga perlu memberi lebih perhatian kepada mereka yang bergerak secara sembunyi dan berharap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, siasatan perlu dibuat untuk memastikan gambar siapa yang terpampang di bangunan tersebut.

Mohd Salleh berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati keputusan kerajaan dan menolak apa sahaja agenda untuk memasukkan Chin Peng atas kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Pihak yang bertanggungjawab juga diminta untuk memberi penjelasan kerana memberi kebenaran lukisan tersebut terpampang di situ dan boleh menyebabkan salah sangka di kalangan rakyat apabila perkara yang tidak boleh, dibolehkan.

“Selain pihak berkaitan, pemilik bangunan juga perlu disiasat untuk memastikan semuanya jelas dan tidak timbul kekeliruan,” katanya.

Yang Dipertua Ikram Perak, Yahanis Yahya pula berpendapat, mural seumpama pimpinan PKM ini amat sensitif dan boleh menaikkan sentimen beberapa pihak.

Menurut beliau, kesemua pihak diharap menjaga keharmonian negara dengan bertanggungjawab malah dalam kes ini pihak berkuasa tempatan  perlu memberi penjelasan.

“Kajilah sejarah secara objektif supaya penilaian dibuat dengan fakta bagi meningkatkan intelektual dan Malaysia boleh menuju ke negara Rahmah,” katanya.


MBI nafi mural Chin Peng

Sementara itu, sumber dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberitahu pihaknya telah maklum dengan perkara itu.

Menurut beliau, isu berkenaan sebenarnya sudah pun selesai dan pihak MBI menafikan individu dalam lukisan mural berkenaan adalah Chin Peng.

Malah katanya, satu mesyuarat jawatankuasa sudah pun dibuat bagi membincangkan isu itu sebelum ini.

“Kita faham akan sensitiviti masyarakat walaupun kita nyatakan bahawa lukisan itu bukanlah Chin Peng. Kita akan berbincang dengan pelukis dan pihak berkaitan untuk menukar gambar yang lain.

“Apa-apa pun saya akan rujuk kepada Datuk Bandar dahulu sebelum maklum balas lanjut diberikan mengenai isu ini,” katanya.

Di Pekan Lama Ipoh, terdapat  tujuh lukisan mural berinspirasikan kopi yang dihasilkan pelukis terkemuka, Ernest Zacherevic di bawah projek Art of Oldtown.

Setiap lukisan ditempatkan di tujuh lokasi berbeza seperti di Jalan Panglima, Market Street, Jalan Bijeh Timah, Concubine Lane 3, Jalan tun Sambanthan dan Jalan Padang yang memaparkan mural seperti ‘Kopi-O’, ‘kapal terbang kertas’, ‘beca’, ‘evolusi’ dan ‘pakcik tua bersama kopi putih’.
Share:

21 Oktober 2014

RAMAI MELAYU KURANG DIDIKAN AGAMA?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap penganjuran Kempen 'I Want to Touch a Dog' sebagai mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.


Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, penganjuran kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah itu menimbulkan keresahan terutama di kalangan umat Islam.

"Secara jelas ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.

"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘Mughallazah’ namun kaedah itu bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis itu secara sengaja.

"Tindakan berkenaan menyamai orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah mencipta budaya baru serta menghina agama Islam.

"Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, Jakim perlu memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab berkenaan.

"Pada dasarnya, Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

"Bagaimanapun, berdasarkan mazhab itu, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan berkenaan sebagai binatang peliharaan.

"Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian," katanya.

Katanya, Jakim akan memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya berhubung perkara itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan ratusan orang awam hadir pada acara ‘I Want to Touch a Dog’ iaitu sebuah program bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI