Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN MAUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN MAUT. Papar semua catatan

12 Oktober 2017

DUA POLIS TRAFIK MAUT DIREMPUH LORI DI TERENGGANU


Dua anggota trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggani mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, Kemaman.

Nahas kira-kira pukul 2.55 petang itu menyebabkan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh A/L Itchang, 36, maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian dua anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata mangsa bersama tujuh pegawai dan 18 anggota dalam konvoi latihan dalam perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh daripada Mersing, Johor  ke Kuala Terengganu.

Mohd Said berkata, sebuah lori jenis Kia dipercayai telah memasuki laluan konvoi lalu merempuh dua motosikal  jenis CBX 750 yang ditunggang mangsa.

“Ekoran kejadian itu kedua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika di hubungi,pada Khamis.

Mohd Said berkata mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk di bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share:

10 Julai 2017

SEORANG MAUT LORI TANGKI MELETUP DI BINTULU


Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak meletup dan terbakar di Jalan Kidurong hadapan Pusat Perubatan Bintulu. 

Kejadian itu menyebabkan sebuah Toyota Hilux dan tiga buah lagi kenderaan yang belum dikenalpasti terbakar.


Video di bawah gambaran mengenai letupan sebuah lori tangki yang membawa minyak meletup di Bintulu yang admin laporkan tadi. Difahamkan seorang mangsa maut dan identitinya masih belum dikenalpasti.



Share:

2 April 2017

TRELER HEMPAP MPV ENAM SEKELUARGA MAUT SERTA MERTA


Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa keluar enam mayat daripada MPV yang dihempap treler di KM403 lebuh raya PLUS, dekat simpang Plaza Tol Tanjung Malim di sini, awal pagi ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie, berkata bomba menerima panggilan pada 7.41 pagi.

Katanya, satu jentera BBP Kuala Kubu Bharu di bantu BBP Tanjung Malim tiba di lokasi.

"Mayat pertama lelaki dikeluarkan, pada 8.25 pagi. Disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

"Mangsa seterusnya lelaki dikeluarkan sejam kemudian disusuli mangsa ketiga perempuan pada 9.34 pagi. Seminit kemudian dua lagi lelaki dikeluarkan.

"Mayat terakhir lelaki dikeluarkan pada 9.40 pagi," katanya.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat treler itu sebelum usaha membawa keluar mangsa tersepit dilakukan.

Beliau berkata, kemalangan mendapati treler terbabit datang dari arah selatan dan terbalik ke laluan bertentangan menyebabkan pelanggaran dengan MPV yang juga dari arah sama.
Share:

21 Mac 2017

PEMANDU JENGKAUT TERGILIS WARGA EMAS


Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan jengkaut menyebabkan mangsa terjatuh dan digilis kenderaan tersebut semalam.

Ketika kejadian jam 12.30 tengahari, pemandu jengkaut sedang melakukannya kerja pembersihan di tepi Sungai Mekuang, Kuala Jambu di sini.

Mangsa, Razali Mahamud, 63, dari kampung Siput, Meranti, Pasir Mas maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa dipercayai ingin memotong kenderaan berat itu tetapi  hilang kawalan lalu bergesel.

"Mangsa terjatuh lalu dilanggar jengkaut itu.

"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari kampung Teluk Jering menghala ke Kuala Jambu," katanya.

Zaharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, pemandu jengkaut berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Share:

15 Mac 2017

ISTERI MAHU HUKUMAN BERAT TERHADAP PEMANDU KHAYAL DADAH YANG BUAT SUAMINYA TERBUNUH


Kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, yang maut dalam kemalangan di Pulau Pinang pagi tadi terlalu pahit untuk diterima isterinya, Norashikin Abdul Halim, 26, yang kini hamil empat minggu.

Menurut bapa Mohamad Fandi, Rosli Lin, 56, keluarganya berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas remaja berkenaan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan itu.

“Norashikin yang kini bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang Selangor dan anak sulung saya itu baru berkahwin Disember tahun lepas. Menantu saya itu sedang mengandung... kini suaminya sudah tiada.


“Apa yang berlaku ini tentu sukar diterimanya yang kehilangan suami dan seluruh keluarga kami. Apa pun kami reda,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Seri Pinang Jalan Tikam Batu di sini petang tadi.

Kemalangan dikatakan berlaku pada pukul 7.50 pagi ketika Mohamad Fandi dalam perjalanan balik ke rumah keluarganya itu setelah selesai berkerja di sebuah kilang di Seberang Jaya Pulau Pinang.

Ibu Mohamad Fandi, Noor Suriani Ismail, 47, pula berkata, menantunya, Norashikin merancang pulang ke rumah mereka itu pada 19 Mac ini untuk menghadiri kenduri seorang rakan di Alor Setar.

“Bagaimanapun, hasrat arwah membawa isterinya itu ke majlis kenduri kawan mereka tidak kesampaian,” katanya.

Dalam pada itu, jenazah Mohamad Fandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Asam, di sini kira-kira pukul 7 malam tadi.

Norashikin yang berasal dari Alor Setar kelihatan tidak bermaya dan enggan ditemubual wartawan.
Share:

19 Februari 2017

KESEMUA JENAZAH MANGSA REMPUHAN KERETA SELAMAT DIKEBUMIKAN


JOHOR : Lapan penunggang basikal yang maut dirempuh kereta dalam kemalangan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Kampung Mahmoodiah di sini, pagi semalam, selamat dikebumikan di lima tanah perkuburan Islam, semalam.

Paling menyedihkan apabila jenazah Haizad Kasrin, 16, yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tengkorak, Permas Jaya, pada jam 5.30 petang dikebumikan bersebelahan rakannya karibnya yang juga rakan sekolah, Mohamad Azhar Amir, 16, yang dikebumikan jam 3 petang semalam.

Selain itu, jenazah Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14 dikebumikan berhampiran pusara Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14, di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Tampoi, di sini, selepas Zuhur.

Jenazah Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 dan Muhammad Firdauz Danish M Azahar, 16, pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, selepas solat Asar.

Manakala jenazah Fauzan Halmijah, 13 tahun, dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram.

Mangsa terakhir, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, di sini, selepas solat Asar.

Semua lapan mayat dituntut keluarga di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) bermula jam 1.20 tengah hari sebelum dibawa menaiki van jenazah ke tanah perkuburan.


SEMENTARA ITU Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi itu, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada ketika dihubungi di sini.

Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.

Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.   

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.

Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan.
Share:

16 Februari 2017

WANITA KEJAR PERAGUT MAUT DALAM KEMALANGAN


KELANTAN : Seorang mangsa ragut maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penjenayah dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54 tahun, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar tiang elektrik ketika mengejar suspek.

Motosikal mangsa dikatakan dihimpit seorang lelaki sebelum mangsa mengejar lelaki itu dan terlanggar tiang elektrik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan, beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut seorang lelaki.

Mangsa bertindak mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987.
Share:

24 Disember 2016

MANGSA NAHAS BAS WARGA MYANMAR CERITA DETIK CEMAS KETIKA KEJADIAN


PAGOH : Hajat seorang pemasang siling bangunan meraikan Krismas di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila terlibat dalam nahas bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi.

Ralza Uk, 25, berkata ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian belakang bas sedang tidur dan tidak menyedari insiden tersebut.

"Ketika bas terjunam di cerun, saya dapat rasakan bas melambung tetapi saya masih kekal di tempat duduk.

"Tiba-tiba sahaja, saya merasakan seluruh badan sangat sakit dan tidak mampu bergerak," kata warga Myanmar itu ketika ditemui pemberita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Beliau berkata apabila bas itu terhempas, dia merasakan seluruh anggota badannya seperti dihempap dan tidak boleh bergerak sehinggalah bantuan tiba tidak lama kemudian.

"Keadaan penumpang lain juga saya tidak pasti. Saya dikeluarkan anggota bomba sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam nada sebak sambil memegang mata dan mukanya yang lebam.

Ralza yang telah menetap selama lapan tahun di Malaysia berkata, dia ke Kuala Lumpur seorang diri kerana berhajat menyambut perayaan Krismas selain menghabiskan cutinya selama seminggu di sana.

Dia mengalami kecederaan di sebahagian muka dan mata kanan serta tangan kanan akibat hentakan bas dan dibenarkan pulang, tengah hari tadi.

"Keluarga dan rakan-rakan saya belum dimaklumkan lagi kerana telefon bimbit dan barang-barang yang dibawa bersama untuk ke Kuala Lumpur berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan saya perlu dapatkannya terlebih dahulu," katanya yang berasal dari Chien, Myanmmar.

Pada kejadian pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun setinggi 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh awal pagi tadi.

Selain 14 maut, seramai 16 lagi cedera termasuk enam warga Singapura dan dua warga Myanmar dalam kemalangan tersebut.

Share:

AYAT AKHIR ARWAH MASIH TERNGIANG NGIANG DI KEPALA


PAGOH : "Saya rasa nak pergi jauh" adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi tadi.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantarnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.


"WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan 'saya rasa nak pergi jauh' jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan," katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

"Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

"Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam," katanya.
Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan.

Share:

21 Disember 2016

KEMALANGAN MAUT DI SLIM RIVER BABIT 8 BUAH KENDERAAN


SLIM RIVER : Dua terbunuh, 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.

Nahas berlaku di kilometer 371.9 berhampiran susur keluar Slim River arah selatan sekitar jam 3.30 petang tadi.


Mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai Maizura Aidul Badri, 34,dan Ridzuan Abdul Rajak, 33. Jenazah  mangsa bersama enam lagi yang cedera dibawa ke Hospital Slim River.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik kemalangan membabitkan empat buah kereta dan empat lori.


Sebuah lori dari arah selatan menghala utara hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum langgar kenderaan lain. Kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh 14 kilometer.
Share:

ANAK SEBAK SELEPAS DAPAT TAHU MAK DAN AYAH MAUT DALAM KEMALANGAN


"Munirah nak balik rumah, nak balik rumah". Itu rintihan Munirah Mohd Padzil, 6, sebaik mengetahui kedua ibu bapanya Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Alor Punti, Pendang, Sabtu lalu.

Perkara itu diceritakan ibu saudara mereka, Ruslina Rashid, 48, ketika ditemui pemberita di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada Selasa.

Katanya, sebaik dimaklumkan berita itu, Munirah terus sebak dan menangis teresak-esak.

"Munirah hanya cakap mahu balik rumah, saya ingat dia masih tidak percaya berita itu tetapi selepas dipujuk, dia dapat menerimanya walaupun sukar," katanya.

Abang Munirah, Muhammad Asyraf, 11, terus menangis sebaik mengetahui berita itu, katanya.

Ruslina berkata, dalam pada itu Masyitah, 12, dan Muhammad Akmal, 11, sehingga kini masih belum dimaklumkan mengenai berita sedih itu kerana berada dalam keadaan lemah.

"Sebelum ini kami rahsiakan demi menjaga emosi mereka, tetapi selepas berbincang dengan ahli keluarga dan doktor, kami perlu memaklumkan perkara sebenar, cuma Muhammad Akmal yang berada di Unit Rawatan Rapi dan Masyitah belum dimaklumkan," katanya.

Seorang lagi ibu saudara, Muzaini Mohd Noor, 45, berkata, buat masa ini semua anggota keluarga sepakat untuk menjaga kelima-lima anak saudara mereka sebelum memikirkan siapa yang berhak untuk penjagaan sepenuh masa.

"Kedua-dua belah di pihak perempuan dan lelaki bersedia menerima dan menjaga anak-anak ini, tetapi buat masa ini biarlah mereka sembuh dan terserah kepada mereka untuk menetap dengan siapa yang mereka mahu nanti.

"Kami tidak mahu mereka terpisah antara satu sama lain dan saya sendiri pun sedia menjaga mereka," katanya.

Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajkan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah Datuk Suraya Yaacob hari ini melawat kelima-lima beradik itu di wad HSB pada Selasa.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) akan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa termasuk mendapatkan khidmat kaunseling untuk mereka bagi menghilangkan trauma akibat kejadian itu.

"Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk menempatkan Masyitah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kepala Batas bersama kakaknya Maisarah dan membantu memindahkan sekolah anak-anak yang lain jika perlu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Suraya berkata, seorang kanak-kanak perempuan empat tahun yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Flet Paya Nahu, Sungai petani pada 24 Nov lalu masih menerima rawatan di wad biasa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

"Keadaanya semakin baik dan setakat ini nenek kanak-kanak itu minta untuk menjaganya dan pihak kita tidak mahu mencampuri urusan berhubung hak penjagaan kanak-kanak itu yang masih mempunyai waris," katanya.

Pada 24 Nov lalu, pergaduhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu mangsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain selimut di dalam tong ikan di sebuah bilik di rumah flet terbabit.

Turut didera ialah kakak mangsa berusia empat tahun yang kini masih menerima rawatan di HSAH.
Share:

26 September 2016

IBU TEMUI AJAL SEBAB NAK SELAMATKAN KUCING


Seorang wanita peniaga kedai makan berdekatan simpang Y Kampung Teluk dekat sini maut selepas dilanggar ketika cuba menyelamatkan anak kucingnya di tengah jalan kira- kira jam 8.50 malam semalam.

Menurut saksi yang enggan dikenali, wanita berusia sekitar 50-an itu dikatakan dilanggar sebuah pacuan empat roda berwarna putih yang menggunakan nombor pendaftaran negeri Johor.

Mangsa, Nik Yam Nik Lah, 53, beralamat di Kota Bharu adalah seorang peniaga kedai makan di simpang tiga Y di Kampung Teluk sejak dua bulan lalu.

“Masa tu pacuan empat roda itu cuba memotong kereta saya di selekoh simpang Y dan ketika itulah dia melanggar mangsa. Saya berhentikan kereta di tepi dan lihat seorang wanita terbaring di tengah jalan.

“Pacuan empat roda itu terus melarikan diri masuk ke arah perumahan kos rendah di lorong berdekatan. Nombor plat yang patah di jumpai di kawasan itu rasanya bukan milik pacuan empat roda itu sebab nombor itu bukan plat Johor,” katanya.

Manakala, seorang penduduk pula berkata, anak mangsa memaklumkan ibunya tergesa-gesa melintas jalan kerana ingin mengambil anak kucing mereka yang berada di tengah jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kes berkenaan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Isuzu D- max itu sudah membuat laporan di balai polis jam 1 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share:

20 September 2016

SAYU HATI LIHAT IBU DAKAP ERAT BAYINYA YANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI SEKINCHAN


Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan apabila seorang mangsa yang menahan kesakitan masih mampu meriba anaknya buat kali terakhir selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Norazila Kamarudzaman, 28, yang mengalami patah lengan kiri sempat mendakap erat anaknya, Nur Qaireen Khalisya Mohamad Anuwar, berusia enam bulan lalu meletakkan jenazah anaknya di riba.

Di hadapan Norazila, seorang lagi anak perempuannya yang masih belum dikenapasti identitinya itu terbaring dengan kesan kecederaan dialami selepas kereta Proton Perdana yang dipandu suaminya, Mohammad Anuwar Daud, 31, bertembung dengan sebuah kereta Produa Alza.

Kemalangan dua kenderaan itu turut mengakibatkan pemandu kereta Produa Alza, Mohd Faizuri Ibrahim, 33, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Tanjong Karang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibu mangsa, Hafsah Supardi, 66, berkata, dia mengetahui anaknya, Mohammad Anuwar bersama menantu dan cucunya itu terlibat dalam kemalangan selepas anak sulungnya, Kamal, 42, memaklumkan kejadian itu.

“Makcik dan suami terus ke sana, tak sangka tengok anak (Mohammad Anuwar) dah berlumuran darah,” katanya.

Hafsah berkata, dia yang tinggal berjiran dengan Mohammad Anuwar di Tali Air 3 Sekinchan sempat bertandang ke rumah anak lelakinya itu dan bermain dengan cucu-cucunya itu, malam kelmarin.

“Malam tadi (kelmarin), Makcik datang ke rumah (Mohammad) Anuwar tengok cucu. Sempat jugalah makcik dokong arwah (Nur Qaireen).

“Tak sangka, itulah kali terakhir makcik dapat cium dan tengok gelagatnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya sebak.

Suaminya, Daud Ahmad, 67, berkata, kejadian berlaku ketika Mohammad Anuwar yang juga kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam bersama menantu dan empat cucunya itu dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Sungai Besar.

“Setahu saya dia (Anuwar) hantar anak-anaknya di rumah pengasuh dan ibu mertuanya. Lepas tu, hantar Norazila (kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam) sebelum terus ke tempat kerjanya,” katanya.

Daud memberitahu, perasaannya sayu sebaik dia dan isteri tiba di tempat kejadian apabila Anuwar bertanya tentang keadaan isteri dan anak-anaknya selepas mereka terlibat dalam kemalangan.

“Dia (Anuwar) cakap mana anak aku…mana anak aku? Saya tak dapat tahan air mata bila teringat kata-katanya yang cari anak dan isterinya yang telah pun dibawa ke hospital,” katanya.

Katanya, dia kemudiannya mengekori Mohammad Anuwar selepas anak keempat daripada enam beradik itu dibawa ambulans ke Hospital Tanjong Karang.

“Saya dapat tahu cucu bongsu meninggal dunia di tempat kejadian lagi. Tapi saya macam tak percaya, hinggalah bila sampai di hospital saya terima maklumat Nur Qaireen telah meninggal dunia,” katanya.

Daud memberitahu, tiga lagi cucunya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Guru Penolong Kanan SMK Dato’ Haron, E’Ajis Jaafar berkata, jenazah Allahyaraham Mohd Faizuri yang berasal dari Terengganu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Pulai.

“Pihak sekolah akan membantu dari segi pengurusan jenazah mangsa dan kita menanti kepulangan isteri dan anak-anaknya yang kini (sehingga jam 11 tengah hari semalam) berada di Kota Bharu, Kelantan.

“Kami dapat maklumat, isteri mangsa yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej di Sabak Bernam hadiri majlis kenduri keluarga terdekat di sana masih menunggu pesawat yang dijangka berlepas jam 1 tengahari (semalam),” katanya.

Rakan rapat Allahyarham, Mohd Afindi Suaid, 31, berkata, dia mengenali arwah sejak 2009 selepas dia ditempatkan di sekolah sama dengan arwah yang dua tahun lebih awal berkhidmat di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu arwah seminggu sebelum cuti sekolah lalu dan mereka keluar bersama-sama ke sebuah bank.

Katanya, dia mengalami beberapa peristiwa pelik sebelum kejadian itu dan ingin bercerita dengan arwah, namun hasrat itu tidak kesampaian.

“Dua, tiga hari ni macam-macam peristiwa saya alami. Saya pegang cawan tiba-tiba terlepas jatuh ke lantai, isi air susu dalam botol pun terjatuh dan kaki tersepak pada bucu katil.

“Memang saya ingat nak cerita dengan dia benda pelik yang saya alami, nak tanya apa petandanya… tapi tak sempat, bila dapat tahu dia (Mohd Faizuri) dah terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu Produa Alza menghala ke Tanjong Karang gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke arah bertentangan.

“Pada masa sama, Proton Perdana menghala ke Sungai Besar tidak sempat membrek dan mengelak kenderaan yang datang dari arah bertentangan hingga mengakibatkan Produa Alza terbalik di bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang memandu bersendirian Produa Alza tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Produa Alza dan bayi yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapa bayi mengalami cedera di lutut dan ibu bayi patah lengan kiri sementara ketiga-tiga anak pasangan Proton Perdana tidak dikenalpasti identiti mereka dirujuk di Hospital Sungai Buloh.

“Kes dikendalikan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nur Amalina Abdul Hamid mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Norazila yang mengalami kesakitan dalam kemalangan itu sempat mendakap dan meriba anaknya yang telah meninggal dunia dan menatap seorang lagi anak perempuannya yang terbaring di bahu jalan.

Mangsa maut yang memandu Produa Alza gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terbalik ke arah bertentangan.

SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH..
Share:

9 September 2016

RAKAMAN KERETA RASMI PRESIDEN RUSIA DIREMPUH KENDERAAN DARI ARAH BERTENTANGAN


MOSCOW : Seorang lelaki yang dilaporkan sebagai pemandu kegemaran dan setia kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin meninggal dunia selepas kenderaan rasmi presiden itu berlanggar dengan sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Putin tidak berada di dalam kereta tersebut yang didaftarkan dengan Majlis Persekutuan atau Senat Rusia ketika ia berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis Mercedes dari arah bertentangan berhampiran Kutozovsky Avenue di Moscow," kata pegawai.

Pasukan paramedik mengesahkan bahawa pemandu kegemaran Putin itu yang membawa kereta jenis BMW terbunuh serta-merta ekoran daripada perlanggaran tersebut, lapor Metro.uk.

Selain itu, pemandu Mercedes itu juga dilaporkan telah dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan, mangsa berkenaan yang tidak dinamakan itu mempunyai pengalaman sebagai pemandu rasmi negeri selama 40 tahun. Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Share:

8 Julai 2016

AQIL ENGGAN TANGGAL BAJU RAYA TERKENANG AHLI KELUARGA YANG SUDAH TIADA


Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus tidak langsung memanggil nama ibu bapanya seolah-olah memahami dia kini yatim piatu.

Dalam usia semuda tiga tahun, Aqil Aliuddin begitu matang dalam pemikirannya. Beliau seolah-olah mengerti apa yang menimpa kelurganya dalam kemalangan tragik 4 Julai lalu. 

Aqil Aliuddin merupakan anak pasangan Allahyarham Mursyida Ahmad Latfi, 29 dan Mohamed Amin Firdaus Zakaria, 29, adalah mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh sekeluarga, dua hari sebelum warga Islam di negara ini menyambut kedatangan Syawal. 

Dalam kemalangan tragik itu, adiknya, Nurhana Jannati yang berusia lima bulan turut meninggal dunia. 

Lebih menyayat hati apabila Aqil atau mesra disapa Abe Long tidak mahu ‘berpisah’ dengan baju yang dipakainya sewaktu kemalangan seolah-olah hendak melepaskan rindu terhadap keluarganya.

Ingin Aqil berbaju baharu sempena Hari Raya Aidilfitri, bapa saudaranya terpaksa bertindak menggunting baju berkenaan semalam.

"Cuma baju dia tak mahu pakai lagi, semalam suami saya terpaksa gunting baju yang dipakai dari hari kejadian sebab dia tak mahu tanggalkan.

"Baju itu kami gunting dan tanggalkan semasa dia tidur. Bila dia bangun dia sudah tidak mahu baju itu. Seluar pun dia tak izinkan kami tanggalkan, cuma masa nak tukar lampin, dia bagi juga," katanya ketika ditemui.

Menurut ibu saudaranya Anis Arifah Ahmad Latfi, 25, anak saudaranya ini sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan sudah mahu bercakap dengan ahli keluarga.

Ketika kunjungan wartawan ke rumahnya di sini, kaki Abe Long masih lagi berbalut akibat keretakan susulan kemalangan tersebut.

Datuknya, Ahmad Latfi Mat bertekad memegang amanah menjaga cucu tunggalnya itu dan memastikan Aqil mendapat kasih sayang seperti yang diberi ibu bapanya.

"Kesanggupan saya dia anak yatim, kalau Allah bagi kesihatan (yang baik), saya boleh jaga dia … insyaAllah.

"Dia akan duduk rumah ini selagi dia tidak sembuh sepenuhnya. Saya tak akan hantar dia ke pusat penjagaan kecuali, sekolah dan tadika. Jabatan Kebajikan Masyrakat ada datang beri bantuan," katanya.
Aqil 

Menurut ahli keluarganya, Abe Long kini lebih banyak berdiam diri.

Dalam kemalangan 4 Julai itu, tujuh terkorban dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di KM 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai ketika dalam perjalanan pulang menyambut hari lebaran.

Setibanya di tempat kejadian, kereta mereka dirempuh oleh sebuah lori dari arah bertentangan.
Share:

24 Jun 2016

ANAK DAN ISTERI MAUT ANGKARA PEMANDU LORI TRELER


Jeritan cahaya mata tunggalnya, Hanna Humaira Mohd Hasnun, 1, sebelum maut dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak hari ini pastinya menjadi igauan Mohd. Hasnun Ramli buat selama-lamanya.

Apatah lagi nahas yang berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi itu turut mengorbankan isterinya, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28.

Menceritakan kejadian, Mohd. Hasnun, 29, dalam nada sebak memberitahu, dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Bangsar, Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah bapa saudara isterinya yang baru meninggal dunia sebelum kemalangan.

Ujarnya, setiba di lokasi kejadian, dia yang memandu kereta jenis Suzuki Swift dan berada di laluan kanan memperlahankan kereta kerana melihat beberapa kenderaan di hadapan bergerak perlahan ekoran terdapat lori terbalik.

“Tiba-tiba saya melihat treler yang berada dari arah belakang meluru laju kemudian merempuh dan menyebabkan kereta saya berpusing ke laluan tengah sebelum dirempuh sebuah lagi treler dari arah kiri.

“Rempuhan itu menyebabkan saya tersepit pada stereng dan dihempap cermin hadapan manakala isteri tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Mohd. Hasnun yang pasrah dengan kejadian tersebut berkata, dia sedar semasa rempuhan berlaku hanya sempat mendengar jeritan anak dan memeriksa nadi isteri sebelum dikeluarkan pasukan bomba dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, jenazah isteri dan anaknya akan dikebumikan di Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Dua mangsa yang cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu Datuk Hamzah Ahmad serta isterinya, Datin Zaharah Ali dihantar ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kemalangan berpunca daripada treler yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh lima buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Mohd. Hasnun.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila sebuah lagi treler dari laluan tengah tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.

“Akibat rempuhan tersebut mangsa tersepit antara kedua-dua treler. Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain tidak sempat mengelak hingga berlaku pelanggaran seterusnya,” katanya.

Tambah Supramaniam, pemandu treler ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TERKINI : Jenazah mangsa kemalangan dekat Tanjung Malim, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan anaknya, Hanna Humaira Mohd Nasrun, setahun lima bulan, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Darat, Sungai Dua kira-kira 12 tengah malam tadi.

Jenazah dua beranak itu tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Permatang Tok Jaya, pada jam 10.40 malam, diiringi suami mangsa, Mohd Nasrun Ramli, 29.

Suasana pilu sebaik jenazah dua beranak dibawa memasuki rumah untuk penghormatan terakhir saudara mara dan kenalan mangsa. Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek, Pekan Darat untuk disembahyangkan.

Sementara itu, Muhd Nasrun Ramli, suami kepada Allahyarham Nurul Syaziela yang ditemui selepas pengkebumian berkata, beliau redha dengan pemergian isteri dan anak tunggalnya.

Mencerita kembali detik kejadian Mohd Nasrun berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan beliau tidak menyangka perjalanannya untuk menziarahi bapa saudaranya yang meninggal dunia berakhir dengan tragedi.

"Saya langsung tidak sangka akan kehilangan isteri dan anak tunggal kami yang baru berusia setahun lima bulan itu dalam sekelip mata hari ini.

"Ekoran pelanggaran kuat itu, isteri dan anak saya tersepit...saya cuba  membantu mengeluarkan mereka tetapi tidak berjaya. Waktu itu darah dah penuh  di muka dan badan mereka, saya juga tersepit tetapi masih sedar," katanya.

Mohd Nasrun memberitahu, dia hanya mengalami kecederaan ringan dan luka di bahagian dahi serta tangan.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi Khamis,  kenderaan yang dipandunya dirempuh treler yang terbabas di kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mengakibatkan isteri dan anaknya maut. Kemalangan itu turut menyebabkan 16 kenderaan lain terbabas.

SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH..
Share:

24 Mac 2016

TAK SEDAR GILIS ANAK JIRAN YANG SEDANG BERMAIN KASUT RODA


Seorang wanita tidak menyangka objek yang dilanggarnya merupakan jasad seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai sedang bermain kasut roda di kawasan perumahan Kampung Bukit Bayas, Pasir Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Siti Sakinah Zanudin, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis SUV KIA Sportage dipandu wanita berusia 64 tahun tiba di satu simpang sebelum membelok ke kiri untuk masuk ke halaman rumahnya.

“Setibanya di simpang kiri kawasan rumahnya, wanita yang datang dari arah Kampung Pasir Panjang  terus membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya serta mendakwa langsung tidak nampak kelibat mangsa ketika itu.

“Bagaimanapun, ketika sedang membelok, pemandu merasakan kenderaan dipandunya seperti bertembung  sesuatu objek lalu memberhentikan segera kenderaan tersebut dan turun membuat pemeriksaan.

“Ketika itulah, pemandu terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak dipercayai anak jirannya yang masih berkasut roda terbaring di bawah kenderaan itu dalam keadaan dipenuhi darah di kepala,” katanya.

Jelas sumber, panik dengan situasi tersebut, pemandu cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung yang berada berhampiran sebelum masing-masing membantu mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Share:

18 Februari 2016

MEREKA TERINGIN SANGAT NAK TENGOK APA YANG ADA DI TERENGGANU


MERSING : "Dia tidak biasa memandu, selalunya kalau berjalan dia hanya naik motosikal dan kawasan yang paling jauh dia pergi pun hanya ke Kota Tinggi," kata Nor Akmah Junoh, ibu kepada Nik Shakir Zufayri Nik Arif yang maut dalam kemalangan kereta di Jalan Mersing-Kota Tinggi Rabu lepas.   

Nik Shakir Zufayri dan tiga rakannya maut dalam perjalanan untuk bercuti di Terengganu. Nor Akmah, 42, berkata Nik Shakir Zufayri amat teruja untuk bercuti di Terengganu memandangkan dia tidak pernah mengetahui keistimewaan negeri pantai timur.

Menurut wanita itu, anaknya pernah bertanyakan kepadanya mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu.

Saya orang Kelantan tetapi sudah tinggal di Johor sejak arwah (Nik Shak ir Zufayri) dilahirkan. Kawan-kawannya juga orang Johor dan tidak pernah pergi ataupun tahu mengenai pantai timur.

Jadi suatu hari, dia bertanya kepada saya, ada apa di sana (Terenggnu) dan dekat mana tempat yang lawa (menarik).

"Saya jawab, pergilah ke Kerteh atau bandar Kuala Terengganu, boleh tengok lampu kelip-kelip pada waktu malam," kata Nor Akmah ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, di sini, hari ini.

Nor Akmah berkata, tidak lama kemudian, Nik Shakir Zufayri berpakat dengan rakan-rakannya untuk bercuti di Terengganu dan mereka bertolak menaiki sebuah kereta, Rabu lepas.

Menurut ibu itu, Nik Shakir Zufayri tidak menunjukkan sebarang sikap pelik dan sempat bersalaman dengannya, bapanya, serta adik-adiknya sebelum berlepas.

"Anak saya tidak menghubungi keluarga kerana saya tahu dia yang memandu kenderaan sehinggalah pada pukul 12 tengah malam (Rabu), saya tergerak untuk menelefonnya tetapi panggilan itu tidak berjawab," katanya.          

Sementara itu, Intan @ Molek Mohd Yusoff, 50, pula berkata anaknya, Abu Izzani Abu Bakar, sempat berpesan akan menghubungi keluarga apabila tiba di Terengganu.

Intan berkata, Abu Izzani merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan sangat manja dengan keluarga.  

"Dia (Abu Izzani) sempat cakap 'adik pergi dulu', sebelum mencium pipi dan bersalam dengan makcik," katanya.

Terdahulu, Nik Shakir Zufayri dan Abu Izzani serta dua lagi rakan mereka iaitu Muhammad Asyraf Isa dan Luqman Jainie dilaporkan hilang pada Rabu lepas ketika kesemuanya berumur 21 tahun itu dalam perjalanan ke Terengganu.   

Difahamkan, mereka menaiki kereta jenis Honda Accord dan terbabas ke tepi jalan sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke anak sungai di laluan tersebut, kira-kira 11.30 malam.

Kemalangan berlaku di KM42 Jalan Mersing-Kota Tinggi. Kereta mereka ditemui di dalam anak sungai itu oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit, kira-kira 8.10 pagi tadi ketika hendak membersihkan kawasan ladang dan kesemua mayat kemudian ditemukan dalam kenderaan terbabit.
Share:

18 Mei 2015

KELAB MYVI FMC KETAKUTAN KERANA TERIMA UGUTAN BUNUH?


Lebih 100 ahli Familia Myvi Club (FMC) mendakwa diancam keselamatan termasuk menerima ugutan bunuh berikutan insiden kemalangan membabitkan ahli mereka awal bulan lalu.

Dalam kejadian tersebut, tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) membabitkan ahli FMC pada 2 Mei.

Sehubungan itu, ahli jawatankuasa FMC membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan 278 ahlinya, selain bertujuan membersihkan nama kelab bagi mengelak sebarang tohmahan yang memudaratkan.

Setiausaha FMC Asrul Hanif Mohamad berkata, sehingga hari ini ahli FMC yang tidak terlibat dalam kejadian itu masih diancam keselamatan, difitnah dan diugut pukul.

Selain dilemparkan kata-kata kesat, dua kereta ahli FMC dirosakkan. Ada juga mendakwa mereka menerima ugutan bunuh kerana tidak berpuas hati dengan FMC.

Selain ahli FMC dalam keadaan trauma dan ketakutan, keselamatan keluarga mereka juga terancam,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Asrul berkata, ahli FMC yang merasa diri terancam turut dinasihat segera membuat laporan polis.

Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi seperti mana digambarkan selain tidak pernah menganjurkan perlumbaan haram.

Bahkan akaun Facebook rasmi FMC ditutup sejak 2 Mei lalu dan sebarang kenyataan dimuat naik menggunakan nama FMC adalah palsu,” katanya.

Kemalangan 2 Mei lalu, mengorbankan Fairuz Nizam Husain, isterinya Nova Safitri Azhari dan anak bongsu mereka Nur Fizura Annisa, tujuh bulan.

Dalam kejadian pada jam 1.05 pagi itu, kereta Pajero Sport dinaiki mangsa berlanggar dengan dua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa meninggalkan dua anak iaitu Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.
Share:

8 Mei 2015

LAGI TRAGEDI BERDARAH PACUAN EMPAT RODA


Ampang: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut manakala ibunya parah selepas kenderaan pacuan empat roda terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang empat meter di Persiaran Sering, Ukay Perdana, di sini, 9.40 malam tadi.

Kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Nur Istihar Balqis manakala ibunya, Nur Fatin Yakob, 26, parah selepas tercampak hampir tiga meter dari kenderaan yang dipandunya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abd Razak, berkata, Nur Istihar Balqis ditemui pasukan penyelamat di tempat duduk belakang kenderaan manakala ibunya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang.

Difahamkan mangsa bersama anaknya baru sahaja meninggalkan kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini, sebelum kenderaan yang dipandu terbabas dan melanggar besi penghadang longkang.

"Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan awam pada 9.47 malam," katanya kepada pemberita, malam tadi.


Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI