Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KES BUNUH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KES BUNUH. Papar semua catatan

13 Jun 2017

DIBUNUH, DIKERAT KERAT DAN DISUMBATKAN DALAM GUNI


LELAKI warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh kontrak pembinaan ditemui mati dibunuh dalam keadaan kejam apabila mayatnya dikerat sebelum dimasukkan ke dalam tiga karung guni plastik di rumah berkembar satu tingkat di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani 1 pagi, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, mangsa yang dikenali sebagai Azad Late Mofyanuddin, 38, ditemui selepas teman wanita mangsa warga tempatan, 31, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani untuk mengesan teman lelakinya yang disyaki hilang sejak Jumaat lalu.

“Menurut teman wanita mangsa, dia cuba bertemu dengan teman lelakinya di rumah sewa di Kampung Pengkalan Lebai Man itu sebelum ini, namun dihalang oleh dua rakan senegara mangsa yang tinggal serumah.

“Teman wanita mangsa mempunyai akses ke rumah itu berbekalkan kunci yang pernah diberikan oleh mangsa. Dia kemudian bersama anggota polis masuk ke rumah berkenaan dan apabila dibuka, didapati kedua-dua teman serumah mangsa sudah tiada.

“Namun, terdapat bau busuk memenuhi segenap ruang berkenaan dan pemeriksaan lanjut di dapur rumah itu mendapati terdapat kesan air kehitaman yang mengalir di bahagian bawah di belakang kabinet dapur berkenaan” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Tambahnya, polis yang memeriksa rumah itu kemudian menemui tiga bungkusan guni plastik yang disumbat di bawah ruang berkenaan.

“Ketika guni itu dibuka, polis mendapati terdapat bahagian badan manusia yang dipotong menggunakan senjata tajam dan kita percaya mangsa sudah dibunuh dan dikerat di dapur berkenaan sejak empat hari lalu iaitu pada 10 Jun.

“Bahagian mayat itu sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kita masih belum dapat mengenal pasti berapa banyak bahagian badannya yang dikerat serta motif pembunuhan” katanya.

Sehubungan itu, Asri berkata, polis kini meminta dua rakan serumah mangsa yang menghilangkan diri selepas kejadian untuk tampil membantu polis siasatan ini dan pihaknya juga sedang giat mengesan mereka.

“Kedua-dua lelaki itu itu dikenali sebagai Zul berusia 37 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai di kedai makanan sejuk beku di Pekan Lama Sungai Petani dan Nur yang berusia 50 tahun yang bekerja di kilang di Bakar Arang, Sungai Petani.

“Kedua-duanya adalah warga Bangladesh.

“Mangsa dipercayai sudah tinggal di rumah sewa itu bersama dua rakannya sejak lima bulan lalu dan kita percaya kedua-dua rakan serumah ini dapat membantu siasatan kami untuk menyelesaikan kesini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share:

22 Mei 2017

POLIS BERPANGKAT INSPEKTOR TEMBAK TEMAN WANITA?


Polis Sarawak telah menahan pegawainya berpangkat Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Serian, petang semalam.

Pusuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang berkata suspek telah ditahan di sebuah pasar raya di Matang.

Suspek dipercayai menembak seorang wanita menggunakan pistol di sebuah rumah di Kampung Kakai Serian pukul 3.15 petang tadi.


Jelasnya berdasarkan maklumat awal, suspek masuk ke bilik mangsa yang dikenali sebagai Christie dan telah melepaskan satu das tembakan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis sedan berwarna putih.

Mangsa dipercayai teman wanita suspek kerana tiada rekod mereka berkahwin. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Share:

24 Mac 2017

ANGKARA DISYAKI CURANG!


SARAWAK : Seorang wanita berusia 25 tahun ditemui mati ditikam teman lelakinya di sebuah bilik sewa di Pusat Komersial Liang Kee di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa ditikam menggunakan pisau di leher oleh suspek berusia 25 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek turut mengalami kecederaan parah di badan, dipercayai cuba membunuh diri selepas kejadian itu.

Menurutnya, selepas membunuh wanita terbabit, suspek kemudian meminta bantuan orang awam di kawasan itu untuk menghantarnya ke hospital.

"Orang awam menghubungi polis pada 3.45 pagi berikutan curiga dengan keadaan suspek yang berlumuran darah," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, polis mendapati suspek mengaku membunuh teman wanitanya itu kerana mendakwa mangsa curang.

Dev berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Share:

15 Disember 2016

NGERI SEORANG REMAJA MAUT DITETAK DI LEHER DAN DAHI SELEPAS KELUAR DARI PUSAT HIBURAN


KOTA KINABALU : Seorang remaja berusia 17 tahun maut manakala tiga lagi rakannya parah akibat ditetak berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Coastal, Asia City, Kota Kinabalu kira kira 4.15 pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan di bahagian dahi dan lehernya selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa sebelum itu bersama tujuh rakannya yang berusia lingkungan 18 hingga 20-an dikatakan baru sahaja keluar daripada pusat hiburan berkenaan.

Mereka terserempak dengan seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima premis terbabit.

Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja itu bersama seorang sepupu lelakinya menggunakan sebilah parang. Mangsa maut di tempat kejadian setelah terkena dua libasan di bahagian dahi dan leher.

Motif kejadian itu dipercayai kerana suspek cemburu lalu bertengkar dengan bekas isterinya yang bekerja di pusat hiburan berkenaan. Gerakan memburu suspek dan juga sepupunya yang berusia 20-an kini giat dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk dibedah siasat manakala tiga rakannya yang cedera kini dilaporkan stabil di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share:

6 Disember 2016

BUNUH MELALUI TINGKAP GUNA GALAH BERPARANG


Parang yang diikat dengan galah sepanjang tiga meter telah digunakan sebagai senjata untuk membunuh seorang lelaki yang sedang tidur di Kampung Melayu, Subang.

Tiga lelaki termasuk seorang bekas anggota polis, dipercayai telah melakukan jenayah itu melalui tingkap bilik tidur mangsa berkenaan, hanya dengan upah RM1,200 setiap seorang.

Ini semua akibat cemburu seorang lelaki warga Indonesia apabila isteri keduanya diganggu, dan dia bertindak mengupah ketiga-tiga lelaki itu untuk membunuh lelaki yang mengganggu isterinya di rumah berkenaan, pada pukul 2.30 pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata isteri mangsa yang menyedari kejadian berkenaan, sempat merampas galah itu tetapi ketiga-tiga lelaki itu dapat meloloskan diri.

"Mangsa yang ditikam itu dikenali sebagai Yanto, 20an, mengalami pendarahan parah di perut dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh isterinya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata mangsa disahkan meninggal dunia dua hari kemudian selepas dirawat di hospital itu.

Ditanya pemberita sama ada suspek yang mengupah tiga lelaki itu turut terlibat dalam cubaan membunuh mangsa, Abdul Aziz berkata suspek itu dipercayai bertindak sebagai dalang.

Keempat-empat mereka ditahan di Kampung Melayu Subang pada Jumaat lepas.

Bekas anggota polis yang ditahan itu, merupakan anggota yang dipecat daripada perkhidmatan kerana mempunyai kes salah laku, katanya.

Kesemua mereka ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut.
Share:

21 November 2016

10 PUKUL 1 DAH MACAM DALAM FILEM JUVANA


Penghuni pusat pemulihan akhlak di Pokok Sena maut dipercayai dipukul sekumpulan 10 penghuni lain, kelmarin.

Mangsa, Mohamad Shukri Kassim, 17, dimasukkan ke pusat pemulihan itu sejak 11 November lalu kerana masih dalam tahanan reman bagi bantu siasatan kes pecah rumah di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa disedari meninggal dunia oleh warden pusat itu apabila dia tidak bangun bagi menunaikan solat Subuh.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala serta perut dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Berikutan itu pihak polis menahan 10 penghuni lain berusia antara 14 sehingga 17 tahun yang disyaki terbabit dengan kes berkenaan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share:

31 Oktober 2016

JUMPA EMPAT MAYAT SUDAH BUSUK DALAM SEMAK


KELANTAN : Empat mayat yang dijumpai siang tadi dipercayai dibunuh dengan kepala ditutupi plastik serta terdapat beberapa kesan tikaman di badan sebelum dicampak dalam semak di sini Kampung Tanjung Hilir, Bekelam dekat sini.

Kesemua mangsa dianggarkan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu lengkap berpakaian.

Dipercayai ke semua mangsa dibunuh sekitar tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak.‎

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mayat berkenaan dioercayai dibunuh dengan kejam di tempat lain sebelum dicampak ke dalam semak di sini selain tidak menolak kemungkinan dilakukan kumpulan dengan lebih daripada seorang suspek.

Mayat terbabit ditemui seorang penduduk yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan kepada anggota polis Bachok kira-kira jam 6.45 petang.

Kita percaya empat mayat dibunuh dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu diikat kepala dengan plastik dan setiap mayat mempunyai dua tikaman di bahagian perut dan dada selain ada beberapa calar dipercayai akibat pergelutan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tanjung Hilir,di sini, hari ini.

Abd Rahman berkata setakat ini identiti, jantina dan warganegara ke empat suspek belum dapat dipastikan namun salah seorang daripada mangsa mempunyai tatu di bahagian lengan sebelah kanan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes  itu pernah dilaporkan sebelum ini bermotifkan dendam.

Kesemua mayat berkenaan diperiksa anggota Polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kota Bharu sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Beliau meminga orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Usaha memburu suspek akan dijalankan secepat mungkin dan menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
Share:

20 Oktober 2016

LEGA PDRM DAH TANGKAP PEMBUNUH SUAMI


Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, Kuala Terengganu, berharap suspek akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan kejamnya.

Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin bulan depan, berkata kematian suaminya Mohd Shukri Husin, 34, yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan begitu dirasai tetapi beliau perlu menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Lega dengan penangkapan suspek utama kes itu hari ini, Noriah berkata, sejak insiden Ahad lepas, beliau tidak lena tidur kerana bimbangkan suspek yang masih belum ditangkap.

"Alhamdulillah, kak (Noriah) rasa lega (dengan penangkapan suspek), harap dia (suspek) dapat balasan yang setimpal untuk arwah ni. Cuma kena kuatkan semangat, kita yang hidup kena teruskan hidup," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di sini, hari ini.

Suspek berusia 29 tahun berasal dari Manir, Kuala Terengganu itu berjaya diberkas polis tengah hari tadi ketika sedang berjalan di Jalan Jeram, Manir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai telah bertindak agresif dengan menikam Mohd Shukri sebanyak enam kali sehingga maut.

Insiden tersebut dikatakan bermula apabila mangsa hadir ke pejabat di situ bersama keluarganya bagi menyemak status perkahwinan suspek yang bakal berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah tembelang suspek yang sudah berkahwin diketahui, dipercayai berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan tersebut.
Share:

17 Oktober 2016

PEGAWAI JPJ MATI DITIKAM BAKAL ADIK IPAR


TERENGGANU : Hasrat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Shukri Hussin, 34, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila beliau maut ditikam bakal adik iparnya di Kuala Terengganu hari ini.

Isterinya Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.

Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata arwah suaminya adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.

Beliau berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.

"Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri," katanya.

Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi Ahad.

"Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi," kata Noriah.

Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.

Kejadian bermula apabila mangsa dikatakan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah status sebenar suspek diketahui, berlaku pergaduhan antara suspek dengan Mohd Shukri hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

"Setahu saya, bakal suami adik ipar saya itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi adik ipar saya tidak mengetahui perkara ini," katanya.

Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. 
Share:

14 Mei 2016

MAYAT BAYI PEREMPUAN MASIH BERTALI PUSAT DI HARUNG SEMUT


Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di sebuah gerai pisang goreng di Kampung Belimbing di sini, hari ini.

Pemilik gerai tersebut, Anisah Awang Senik, 46, menemui mayat bayi yang masih bertali pusat itu yang dibalut dengan sehelai tuala diletakkan di atas meja di gerai berkenaan.

Ketika itu beliau baru tiba untuk memulakan perniagaan pada 10.00 pagi.

Anisah berkata mayat berkenaan yang dipenuhi semut di bahagian kaki dan badan kemudian diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad ketika dihubungi berkata mayat tersebut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI