Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label SAMSENG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAMSENG. Papar semua catatan

30 Oktober 2017

POLIS MULA BURU 9 DRAGONS


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyifatkan golongan orang kenamaan tersebut menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan.

"Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 19 Oktober lepas, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan ketua digelar dragon selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Ditanya mengenai lokasi sindiket tersebut, Mohamad Fuzi memaklumkan perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana bimbang mengganggu siasatan.

"Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara.

"Sindiket perjudian terbesar negara ini terdapat di seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi meminta semua pihak memberi ruang kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut dan mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan.

"Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis 'dibayar' untuk melindungi kegiatan ini," katanya.
Share:

11 April 2017

PASUKAN KESELAMATAN RASIS DAN SAMSENG HERET PENUMPANG KELUAR DARI PESAWAT UNITED AIRLINES


Orang ramai dan pihak yang berkaitan, termasuk Jabatan Penerbangan Chicago menganggap kejadian seorang penumpang dikasari hingga mulutnya berdarah ketika dipaksa meninggalkan pesawat kelmarin, tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

Jabatan Penerbangan Chicago menyatakan ia tidak bersetuju dengan tindakan polis lapangan terbang yang dirakam menarik seorang penumpang dalam pesawat United Airlines dengan kasar menyebabkan mukanya cedera akibat terhantuk pada lengan kerusi sebelum mengheretnya keluar dari pesawat.

Menurut AP, rakaman video kejadian yang berlaku semalam yang dimuat naik penumpang lain ke media sosial mencetuskan kemarahan orang ramai. Ia menunjukkan seorang penumpang lelaki , dipercayai doktor berusia 69 tahun, dipaksa keluar dari pesawat bagi memberi tempat kepada empat kakitangan syarikat penerbangan itu yang perlu ke Louisville, Kentucky, dengan segera.

CEO syarikat penerbangan itu, Oscar Munoz, memohon maaf dengan kejadian berkenaan manakala seorang daripada tiga polis lapangan terbang yang menarik penumpang itu diarah bercuti.

Dalam kenyataan kepada akhbar Sun-Times, Jabatan Penerbangan Chicago berkata: “ Kejadian di atas pesawat United penerbangan 3411 tidak selari dengan prosedur operasi kami dan tindakan anggota keselamatan terbabit tidak mencerminkan imej jabatan ini.

“Pegawai terbabit diarah bercuti sehingga siasatan selesai.”

Dalam rakaman ketika pesawat hendak berlepas di Lapangan Terbang OHare di sini, lelaki berketurunan Cina berkenaan dilihat seperti tidak sedarkan diri ketika diheret keluar dari pesawat.

Dalam rakaman itu penumpang lain kedengaran berkata, “Oh Tuhan, apa yang kamu buat?” “Cara ini salah,” “Tengok, apa yang kamu dah buat kepadanya” dan “Kamu pecahkan bibirnya”.

Polis lapangan terbang adalah anggota Jabatan Polis Chicago namun mereka ditadbir oleh Jabatan Penerbangan Chicago.

Menurut Daily Mail, Jabatan Polis Chicago sebelum itu membuat kenyataan kononnya lelaki berkenaan terjatuh dan mukanya mengenai lengan kerusi.

“Pegawai Penerbangan datang untuk membawa keluar individu itu dari pesawat apabila dia terjatuh. Kepalanya mengenai lengan kerusi menyebabkan kecederaan pada muka,” kata kenyataan itu.

Jabatan itu mendakwa lelaki berkenaan berkeras enggan meninggalkan kerusinya dan dia selepas itu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Namun, semalam, selepas rakaman video itu tersebar luas, jabatan itu menyatakan semua pertanyaan perlu dirujuk kepada Jabatan Penerbangan Chicago.

Kejadian itu berlaku selepas United Airlines meminta empat penumpang secara sukarela memberikan tempat duduk mereka kepada kakitangan penerbangan itu namun tiada siapa mahu walaupun ditawarkan ganti rugi AS$400 sebelum dinaikkan kepada AS$800 dan penginapan menunggu penerbangan keesokannya.

Krew membuat pengumuman pesawat berkenaan tidak akan berlepas selagi empat penumpang tidak menyerahkan tempat duduk mereka.

Berikutan itu, syarikat itu mendakwa ia menggunakan sistem komputer untuk memilih secara rawak empat penumpang yang perlu turun.

AP melaporkan, jurucakap United Airlines, Charlie Hobart, berkata empat kakitangan itu pekerja Republic Airline yang disewa United untuk mengendalikan penerbangan United Express dan perlu ke Kentucky kerana jika tidak, penerbangan United Express di sana terpaksa dibatalkan kerana kekurangan krew.

Menurutnya, apabila empat nama itu diumumkan, tiga penumpang turun namun penumpang keempat enggan dan polis lapangan terbang dipanggil

“Kami mematuhi prosedur. Pesawat itu perlu berlepas,” katanya.

Selepas tiga jam tertunda, pesawat berkenaan berlepas tanpa empat penumpang itu yang diganti dengan kakitangan Unidted Airlines.

Syarikat penerbangan dibenar menjual tiket melebihi jumlah tempat duduk kerana ada penumpang yang tidak datang namun ia juga menyebabkan ada penerbangan terlebih penumpang.

Bukan perkara luar biasa berlaku kejadian penumpang diarah memberi tempat duduk atau yang tiada tempat duduk, biasanya sama ada penumpang yang tambangnya paling murah atau paling lewat mendaftar masuk.

Namun syarikat penerbangan perlu membayar ganti rugi dengan sekali ganda harga tiket (di Amerika) atau sehingga AS$675 jika penumpang itu boleh menaiki pesawat yang satu, dua jam lewat; empat kali ganda harga tiket atau sehingga AS$1,350 untuk tempoh lebih lama.

Penumpang, D Bridges menyiarkan video itu di Facebook. Suaminya, Tyler Bridges, berkata United tidak sepatutnya membenarkan penumpang menaiki pesawat kerana terlebih penumpang, sebaliknya boleh menahan empat penumpang daripada menaiki pesawat.

“Cara mereka (terutama polis) mengendalikan situasi ini salah. Kini imej polis kelhatan buruk. Banyak cara lain boleh dilakukan United, bukannya cara yang tidak elok seperti ini,” katanya.
Share:

27 Januari 2017

KETUA GENG 04 KENA CEKUP DEKAT THAILAND


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan awal terhadap seorang lelaki warganegara Malaysia, yang mengaku dirinya ketua 'Geng 04', selepas dia ditahan kerana dipercayai merompak sebuah kedai emas di sini pada 6 Jan lepas.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kolonel Surapong Kittitirankul berkata siasatan awal polis Malaysia mendapati lelaki berusia 53 tahun itu menggunakan nama Yee Boon Long yang dipercayai nama palsu.

"Siasatan awal pihak polis Malaysia mendapati nama itu (Ye Boon Long) tiada dalam rekod dan berkemungkinan ia nama palsu. Polis Malaysia juga telah mengambil cap jari suspek," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya lelaki itu akan didakwa di mahkamah bagi kesalahan merompak kedai emas di Jalan Montree, Hatyai pada 6 Jan lepas dan membunuh dua rakyat Thailand di Songkla tiga tahun lepas.

Dalam kejadian 6 Jan lepas, suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol merompak kedai emas itu dan melarikan barangan kemas seberat 1.7 kilogram bernilai 2.3 juta Baht (kira-kira RM290,000).

Surapong berkata lelaki itu kini ditahan di Penjara Songkla selepas dipindahkan daripada Penjara Balai Polis Hatyai.

Beliau berkata suspek itu mengakui kepada Polis Thai bahawa dia terlibat dengan sekurang-kurangnya 10 kes rompakan dan bunuh di Malaysia dan Thailand.

Suspek itu mendakwa selepas merompak kedai emas di Butterworth, Pulau Pinang, dia melarikan diri ke Chiangmai menggunakan identiti palsu yang dibelinya pada harga 250,000 Baht (RM32,000).
Share:

15 Disember 2016

NGERI SEORANG REMAJA MAUT DITETAK DI LEHER DAN DAHI SELEPAS KELUAR DARI PUSAT HIBURAN


KOTA KINABALU : Seorang remaja berusia 17 tahun maut manakala tiga lagi rakannya parah akibat ditetak berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Coastal, Asia City, Kota Kinabalu kira kira 4.15 pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan di bahagian dahi dan lehernya selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa sebelum itu bersama tujuh rakannya yang berusia lingkungan 18 hingga 20-an dikatakan baru sahaja keluar daripada pusat hiburan berkenaan.

Mereka terserempak dengan seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima premis terbabit.

Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja itu bersama seorang sepupu lelakinya menggunakan sebilah parang. Mangsa maut di tempat kejadian setelah terkena dua libasan di bahagian dahi dan leher.

Motif kejadian itu dipercayai kerana suspek cemburu lalu bertengkar dengan bekas isterinya yang bekerja di pusat hiburan berkenaan. Gerakan memburu suspek dan juga sepupunya yang berusia 20-an kini giat dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk dibedah siasat manakala tiga rakannya yang cedera kini dilaporkan stabil di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share:

13 Disember 2016

MAT SKODENG KENA BALUN SAMPAI PARAH


JOHOR : Tindakan seorang juruadit yang merakam video bahagian punggung seorang gadis bawah umur mengundang padah apabila dia cedera dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri berdekatan KSL City Mall, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek berumur 27 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu menggunakan telefon bimbit sebelum kejadian tersebut disedari seorang rakan mangsa.

“Rakan mangsa yang menyedari kejadian tersebut telah menegur suspek. Namun, suspek kemudiannya bertindak  melarikan diri. Tetapi, orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu berjaya menangkapnya.

“Suspek telah dipukul oleh orang ramai dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan muka. Suspek telah ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menerima rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang. Sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali ,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, Sulaiman menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan kekerasan yang melampau dengan sewenang-wenangnya ketika membuat tangkapan.

“Polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai membantu membuat tangkapan. Bagaimanapun, orang awam tidak boleh meletakkan undang-undang ditangan sendiri dengan memukul mangsa.

“Ini kerana sepatutnya mangsa atau tangkapan hendaklah diserah kepada pihak polis untuk siasatan. Sekiranya dalam siasatan, dapat membuktikan ada individu yang bertanggungjawab menggunakan kekerasan yang melampau, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau dengan sebab atau dua daripada hukuman berkenaan.

“Dalam melakukan tangkapan, orang ramai dinasihat tidak mengambil tindakan mengikut perasaan dan melampaui batasan. Tangkapan yang dibuat oleh orang awam hendaklah diserah kepada pihak polis.

“Pihak polis akan menyiasat dengan telus dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan,” katanya.

Terdahulu, tindakan gambar suspek yang dipukul orang ramai telah diviralkan di laman sosial Facebook serta mengundang pelbagai komen dari nitizen.
Share:

18 November 2016

VIDEO LELAKI PARAH DITETAK, RAKAN CABUT LARI


PULAU PINANG : Seorang lelaki Lingkungan 40an Cedera Parah Apabila Diserang Sekumpulan Empat Lelaki Bersenjata Parang Di Lorong Chempa, Raja Uda Butterworth Kira-Kira 4.30 Pagi Tadi.

Mangsa Yang Menunggang Motorsikal Dirempuh Dari Belakang Sebelum Diserang. Manakala Rakan Mangsa Sempat Menyelamatkan Diri. 

Mangsa Yang Mengalami Kecederaan Parah Dikaki, Tangan, Badan Dan.Kepala. Dikejarkan Ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) Untuk Menerima Rawatan.


Share:

25 Oktober 2016

TUNJUK PISTOL SELEPAS KANTOI BAWA LARI ISTERI ORANG


Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diberkas polis selepas didapati terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan pada 21 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun itu ditangkap di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar pada 9 malam semalam ketika mereka menyerah diri.

Polis turut merampas Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

“Kejadian bermula pada 21 Oktober lalu apabila suspek ini disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30-an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari.

“Perkara berkenaan akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang berusia dalam 30an yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira 2 petang semalam,” katanya.

Mohd Nashir berkata, kemudian berlaku pertikaian dan pergaduhan antara suspek dengan suami kepada wanita terbabit.

“Seorang daripada suspek itu kemudian mengeluarkan Revolver dan mengacukan ke arah suami.

œOrang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan dan siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan adalah kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah GLC.

“Kita juga sedang menyiasat pemilik sebenar senjata api yang dirampas itu,” katanya lagi.

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Share:

28 Julai 2016

TREND TEMBAK ALA ALA FILEM GENGSTER SEMAKIN MENJADI JADI


Polis tidak menolak kemungkinan kejadian pengurup wang yang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini, ada elemen kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata: “Hasil maklumat polis mendapati latar belakang mangsa ada terbabit dengan kegiatan kongsi gelap.

Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu namun menurutnya, mangsa mempunyai rekod lampau dan pernah ditahan pada 2014.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk minum bersama anak saudaranya di Setapak Sentral dan polis akan melihat secara keseluruhan aktiviti dan perniagaan mengurup wang mangsa.

Sebanyak 18 tembakan dilepaskan dua daripada empat lelaki bermotosikal mengakibatkan mangsa berumur 43 tahun yang memandu kereta Honda Accord, maut serta-merta, kira-kira 3.35 petang.

Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai 18 kelongsong peluru jenis 9mm dipercayai digunakan ketika kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ada 12 kesan tembakan pada cermin sebelah kiri dan empat pada cermin kanan kereta.

“Mangsa yang terkena 10 tembakan cedera parah di kepala, badan serta paha meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengurup wang itu baru dua minggu membeli kereta selepas mendapati ada pihak mengekorinya.

Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lalu, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

"Baru dua minggu dia beli kereta Honda Accord itu. Dia tukar kereta selepas mendapati ada pihak memantau pergerakannya," katanya.


Share:

11 Julai 2016

NGERI!! TIGA MYANMAR MATI BERGELIMPANGAN AKIBAT DITETAK


Tiga pekerja kilang warga Myanmar yang sedang bersiap untuk keluar bekerja mati, manakala seorang lagi cedera parah selepas mereka diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Taman Nagasari di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia diantara 26 hingga 35 tahun dikatakan sedang mandi di luar asrama mereka sebelum diserang lapan lelaki lengkap berparang.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa ditetak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kepala salah seorang mangsa hampir terputus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Husain @ Abd Rasid berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.38 pagi bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, ketika anggota polis sampai di lokasi kejadian menjumpai tiga mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan seorang lagi rakan mereka yang turut diserang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.

"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian polis menemui dua mayat lelaki dalam kawasan rumah manakala seorang lagi ditemui di hadapan rumah.

"Rumah teres dua tingkat yang dihuni mangsa serta 13 lagi rakan senegara itu adalah asrama yang disediakan majikan mereka dan ketika kejadian mereka sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja sebelum diserang kumpulan lelaki yang tidak dikenali,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razaruddin berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dan pihaknya sedang menyiasat motif sebenar kejadian.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share:

29 Jun 2016

SAMSENG TEKSI SERANG PEMANDU GRABCAR DI MID VALLEY


Satu lagi kes kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika sedang mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.‎

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian jam 2 pagi itu, pemandu GrabCar berusia 35 tahun itu didatangi seorang pemandu teksi yang memarahinya kerana mengambil penumpang di kawasan pemandu teksi itu beroperasi.

"Mangsa yang ketika itu mengambil dua penumpang mendakwa ditahan oleh seorang pemandu teksi yang mengarahkan kedua-dua penumpangnya keluar dari kenderaan itu dan didatangi dua lagi pemandu teksi yang cuba merampas telefon bimbit miliknya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sharul berkata, selain dimarahi kerana mengambil penumpang di kawasan terbabit, pemandu teksi berkenaan turut bertindak agresif dengan menendang tangan mangsa

Bimbang akan keselamatan diri, kedua-dua penumpang yang menaiki kereta mangsa bertindak keluar dari kereta mangsa dan beredar dari lokasi berkenaan.

Sharul berkata, mangsa turut mendakwa beberapa lagi pemandu teksi lain turut bertindak menendang keretanya sehingga menyebabkan kerosakan pada pintu belakang bahagian kanan dan kiri, patah cermin sisi kanan, pecah lampu isyarat kanan, dan remuk pada bumper.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh mangsa dan rakaman percakapan telah dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.

Katanya polis telah merakam gambar rajah kasar seorang suspek yang berbadan gempal dan tinggi serta akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan untuk siasatan.

Kes pemandu perkhidmatan GrabCar dan Uber diserang pemandu teksi telah beberapa kali dilaporkan iaitu pada 20 Jun lepas tercetus satu kekecohan melibatkan seorang pemandu teksi Uber dan suspek berusia 44 tahun yang ditahan di Taman Selayang Utama, Baru Caves pada pukul 11.15 malam.

Dalam insiden tengah hari itu, suspek dikatakan menendang kereta mangsa yang menawarkan perkhidmatan teksi Uber, sebelum menarik keluar seorang pelancong dan bertelagah dengan pemandu kereta berkenaan.Satu lagi kes kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika sedang mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.‎

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian jam 2 pagi itu, pemandu GrabCar berusia 35 tahun itu didatangi seorang pemandu teksi yang memarahinya kerana mengambil penumpang di kawasan pemandu teksi itu beroperasi.

"Mangsa yang ketika itu mengambil dua penumpang mendakwa ditahan oleh seorang pemandu teksi yang mengarahkan kedua-dua penumpangnya keluar dari kenderaan itu dan didatangi dua lagi pemandu teksi yang cuba merampas telefon bimbit miliknya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sharul berkata, selain dimarahi kerana mengambil penumpang di kawasan terbabit, pemandu teksi berkenaan turut bertindak agresif dengan menendang tangan mangsa

Bimbang akan keselamatan diri, kedua-dua penumpang yang menaiki kereta mangsa bertindak keluar dari kereta mangsa dan beredar dari lokasi berkenaan.

Sharul berkata, mangsa turut mendakwa beberapa lagi pemandu teksi lain turut bertindak menendang keretanya sehingga menyebabkan kerosakan pada pintu belakang bahagian kanan dan kiri, patah cermin sisi kanan, pecah lampu isyarat kanan, dan remuk pada bumper.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh mangsa dan rakaman percakapan telah dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.

Katanya polis telah merakam gambar rajah kasar seorang suspek yang berbadan gempal dan tinggi serta akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan untuk siasatan.

Kes pemandu perkhidmatan GrabCar dan Uber diserang pemandu teksi telah beberapa kali dilaporkan iaitu pada 20 Jun lepas tercetus satu kekecohan melibatkan seorang pemandu teksi Uber dan suspek berusia 44 tahun yang ditahan di Taman Selayang Utama, Baru Caves pada pukul 11.15 malam.

Dalam insiden tengah hari itu, suspek dikatakan menendang kereta mangsa yang menawarkan perkhidmatan teksi Uber, sebelum menarik keluar seorang pelancong dan bertelagah dengan pemandu kereta berkenaan.
Share:

11 Ogos 2015

HANYA DI DENDA RM1,800


KUALA LUMPUR 10 Ogos - tiga jurujual kedai telefon masing-masing didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membelasah seorang penganggur yang dikaitkan dengan kejadian kekecohan di Plaza Low Yat, bulan lalu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Muhamad Faizal Ismail selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz dalam insiden itu.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berusia 22 tahun itu di tingkat G, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini pada pukul 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela. Ketiga-tiga tertuduh yang duduk di kandang tertuduh dilihat tenang sepanjang prosiding.

Sebaik sahaja selesai prosiding salah seorang daripada tertuduh terbabit berkata ‘berani buat, berani tanggung’ kepada beberapa wartawan yang membuat liputan kes itu.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan.

Joy Jothi pula memohon mah­kamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan kes itu mendapat perhatian di seluruh negara dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Mengikut fakta kes, pengadu, Mohamad Khairul Azmi Mazlan, 22, bersama rakannya, Shahrul Anuar telah pergi ke sebuah kedai telekomunikasi bagi mengesan telefon bimbitnya yang hilang pada pagi hari kejadian.

Selepas puas mencari hampir satu jam setengah, Mohamad Khairul dan mangsa beredar dari tempat itu untuk ke tingkat bawah menggunakan eskalator.

Tiba-tiba Mohamad Khairul terdengar suara orang menjerit ‘tahan, tahan, tangkap, tangkap ada curi telefon’ dari arah belakang dan dia menyedari Sharul Anuar tidak turun bersamanya.

Apabila Mohamad Khairul lari menuju ke tingkat atas, dia melihat rakannya itu sedang dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai jurujual kedai telefon bimbit.

Tindakan Mohamad Khairul untuk cuba membantu mangsa mendatangkan padah apabila dia turut dibelasah serta dituduh bersubahat dalam insiden itu.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal siasat. Bagaimanapun Mohamad Khairul dibebaskan selepas tiada bukti yang mengaitkan dirinya dengan kejadian itu, sementara rakannya dituduh di mahkamah atas pertuduhan mencuri telefon bimbit.

Shahrul Anuar telah dihadapkan ke mahkamah pada 14 Julai lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri telefon bimbit dalam kejadian itu.

Kes terhadap Shahrul Anuar yang diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, akan disebut semula pada Jumaat ini.


Share:

4 April 2015

"BOTAK CHIN" LUNYAI DI BELASAH PENDUDUK


PANTAI DALAM: Seorang penjenayah botak seolah-olah sengaja menempah bala apabila dibelasah separuh mati oleh penduduk selepas cuba merompak seorang wanita.

Dalam kejadian jam 7.31 pagi semalam, suspek berusia 31 tahun dikesan menyamun mangsa di kawasan tangga sebuah pangsapuri di Pantai Dalam di sini.

Suspek dilapor menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sebatang besi bagi menakut-nakutkan mangsanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa berusia 28 tahun mendakwa diserang suspek memakai kemeja-T dan seluar jeans.

“Suspek dilapor mencekik leher mangsa sebelum mengacukan pistol tiruan dibawa ke belakang kepala wanita itu.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga seperti wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM1,750 sebelum melarikan diri,” katanya.

Zainuddin berkata, sebaik suspek melarikan diri, mangsa menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.

“Jeritan mangsa didengari penduduk kawasan perumahan itu sebelum mereka bertindak mengejar dan menangkap suspek.

“Penduduk terpaksa bergelut dengan suspek selama hampir 10 minit berikutan penjenayah itu bertindak agresif melawan dan cuba memukul penduduk,” katanya.

Menurutnya, tindakan ganas suspek menyebabkan orang awam hilang sabar sebelum membelasah penjenaha itu.Katanya, suspek dilapor cedera di badan dan kepala akibat dipukul orang ramai.

“Penduduk kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian itu. Sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mereka menahan lelaki terbabit.

“Pihak berkuasa turut merampas sepucuk pistol tiruan dan besi yang digunakan suspek ketika merompak mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pantai di sini, untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).

Share:

22 Februari 2015

GENGSTER MYANMAR TUNJUK AKSI "FILEM TAMIL" DI KHALAYAK RAMAI?


KLANG: “Kejadian itu bagaikan seperti aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali menceritakan kejadian seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun parah ditetak di sebuah pasar raya, di sini, malam kelmarin.

Saksi, pengawal keselamatan di situ berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara dua kumpulan berkenaan sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa ditetak.

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa melarikan diri,” katanya, di sini, semalam.

Difahamkan, dua kumpulan berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke dan berlarutan hingga di hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

Dua kumpulan terbabit dikatakan bersedia untuk bergaduh, malah suspek berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.
Share:

10 Februari 2015

KOBOI BERANG AWEK PILIH JANTAN LAIN


Kota Bharu: Akibat berebut wanita, seorang pembantu kedai bertindak ala "koboi" apabila melepaskan dua das tembakan rambang dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran di Jalan Seri Cemerlang, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, tiada kecederaan dilaporkan berikutan tembakan tersasar sebelum terkena cermin depan sebuah kereta milik orang awam.

Suspek ditahan bersama 11 individu lain termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang menjadi rebutan itu, kurang lima jam selepas kejadian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lima suspek ditahan jam 5 pagi semalam di sebuah premis berhampiran manakala tujuh lagi ditahan selepas tampil ke balai polis berhampiran.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas satu kumpulan terdiri lima individu dan satu lagi kumpulan daripada tujuh individu mengadakan perbincangan membabitkan seorang wanita yang memuat naik gambar aksi manjanya di laman sosial Facebook.

“Satu kumpulan dikatakan berang selepas wanita itu memilih untuk bersama kumpulan satu lagi menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek melepaskan dua das tembakan yang satu daripada terkena cermin depan Toyota Avanza.

Share:

18 Disember 2014

SAMSENG JALANAN LIBAS CERMIN DENGAN STERENG LOCK!!


Kuala Lumpur: Seorang pembuli jalan raya menggunakan besi pengunci stereng untuk menyerang dan memecahkan kenderaan milik Jabatan Kesihatan Kuala Langat.

Kejadian ganas itu yang berlaku pada jam 5.48 petang 16 September lalu, di Jalan Reko di sini, bagaimanapun mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) semalam.

Melalui gambar yang sempat dirakam mangsa, suspek lelaki berusia 30-an dilihat keluar daripada kereta Perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang besi pengunci stereng.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa adalah seorang lelaki berusia 23 tahun dan dalam perjalanan menghala ke Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK).

Menurutnya, mangsa mendakwa suspek tiba-tiba menahan pacuan empat roda dipandu sebelum mengugutnya menggunakan besi pengunci stereng.

Share:

20 November 2014

TEKSI "KL GENGSTER"

Kuala Lumpur: Kes pembuli jalan raya berulang lagi apabila seorang gadis pecah bibir selepas ditampar sekuat hati oleh seorang pemandu teksi.


Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin lalu, mangsa yang memandu Perodua Myvi diserang suspek gara-gara gagal mengundurkan kenderaan dan memberikan laluan kepada seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan berhampiran Hotel Istana.

Mangsa, Jeslene Tan, 26, berkata, insiden berlaku ketika dia sedang memandu dari Bandar Manjalara, Kepong sebelum melalui Jalan Raja Chulan.

"Ketika itu terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan itu menjadi satu lorong. Sebuah teksi dari arah hadapan meluru memasuki laluan sama," katanya.

Menurutnya, pemandu teksi itu membunyikan hon dan meminta dia berundur, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada ruang untuk mengundurkan kenderaan.

Share:

7 November 2014

FILEM GENRE `GENGSTER' & 'SAMSENG' PENGARUHI KANAK-KANAK DAN REMAJA?

KES buli melibatkan pelajar kembali menghantui pemikiran masyarakat selepas penyebaran klip video yang dipercayai berlaku di kalangan pelajar sekolah berasrama.


Dalam hal ini, rata-rata ibu bapa melahirkan kerisauan apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Malah, selebriti terkenal, Wardina Safiyyah, juga turut meluahkan rasa sekaligus meletakkan kesalahan ini di bahu segelintir penggiat seni yang lebih berminat dalam menghasilkan filem bercorak keganasan dan gangster.

Kenyataan Wardina yang lantang menerusi tulisannya di laman Facebook, sedikit sebanyak mengguris perasaan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Pemilik syarikat penerbitan, Skop Production ini, turut menasihati personaliti itu agar tidak terlalu menyalahkan pihak lain termasuk penggiat seni dalam industri tempatan.

"Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan terlalu lantang menyalahkan orang lain dalam apa jua isu yang timbul.

"Setiap kali menghasilkan filem, kami tidak berniat untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan kerana di sebalik kisah yang dipaparkan, ada mesej yang ingin disampaikan. Malah, selain filem gangster, saya juga menghasilkan filem bercorak kepolisan.

"Kenapa apabila ada isu sebegini, kami yang dipersalahkan dan filem tempatan 'ditunjal' tanpa perkiraan? Sekiranya anda bukan berada di tempat kami, fikir dahulu sebelum berkata apa-apa perkara yang boleh membawa kepada keburukan," tegas pengarah prolifik ini.

Tambah penerbit filem, KL Gangster ini, seharusnya kesalahan ini tidak diletakkan di bahu industri memandangkan jumlah penonton di pawagam hanyalah sekitar dua peratus sahaja.

"Sejujurnya, kes buli bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita kerana zaman persekolahan saya lagi, perkara ini sudah ada. Malah saya lihat dengan mata saya sendiri apabila ada pelajar di sekolah dibuli dengan teruk.

"Pada hari ini, sejajar dengan teknologi yang semakin canggih, filem bukanlah dilihat sebagai medium utama untuk mempengaruhi minda remaja kerana jumlah tontonan di pawagam lebih rendah berbanding pelayar di Internet yang mencapai 70 peratus.

"Lihatlah video-video yang disebarkan di Facebook, Youtube dan laman perkongsian video lain, malah video pembunuhan serta pemberontakan di negara-negara bergolak juga. Itu semua boleh menyumbang kepada gejala buruk termasuk penyebaran video lucah. Adakah ini kerana filem kita?," soal ikon seni ini lagi.
Share:

6 November 2014

GAMBAR-GAMBAR PALSU PEMBULI MRSM MULA DIMUAT TURUN

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

Pihak polis juga merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat  tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan.

Ada pula pihak yang tidak bertanggunjawab telah memuat turun gambar-gambar yang bukan suspek sebenar kes pukul baru-baru ini.Pihak polis juga akan cuba mengesan individu yang cuba menyebarkan fitnah dan berita palsu.

BUKAN GAMBAR SEBENAR

VIDEO INI DIKECAM HEBAT OLEH MASYARAKAT!!
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI