Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label AIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AIR. Papar semua catatan

16 Mei 2016

SUNGAI GOLOK MEMANG CETEK, TAPI PENUH DENGAN TULANG BABI?


SUNGAI GOLOK : Air Sungai Golok yang digunakan penduduk setempat untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak didakwa dicemari tulang babi apabila mereka menemui sisa buangan itu di dalam dan di tebing sungai Kampung Kubang Rambutan, di sini.

Kejadian itu disedari penduduk sejak seminggu lalu berikutan paras air sungai semakin kering menyebabkan sisa buangan itu ditemui di merata tempat berdekatan sungai.


Tinjauan Harian Metro mendapati tulang berselerak di tebing dan di dalam sungai dipercayai sisa buangan babi dua kilometer dari Sungai Golok di Kampung Bagus yang dijadikan kawasan bersantai penduduk pada waktu petang sejak sebulan lalu.

Keadaan itu menjijikkan kerana pada musim ini kebanyakan penduduk menjadikan Sungai Golok sebagai sumber bekalan air utama berikutan air bersih di rumah mereka hampir kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Telaga Mas Che Husain Ismail berkata, penduduk di kampungnya menyedari kewujudan bahan buangan itu sejak lima tahun lalu, namun tiada bukti kukuh.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, penduduk terjumpa tulang dipercayai tulang babi dibuang pengusaha dari negara jiran dan negara kita yang menyeludup untuk pasaran di sekitar Thailand dan Malaysia.

“Perkara ini menjijikkan kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Islam yang menggunakan sungai berkenaan untuk aktiviti harian.

“Kami tiada pilihan untuk mendapatkan sumber air kerana kebanyakan rumah kekeringan akibat musim kemarau,” katanya.

Penduduk Kampung Telaga Mas Mohd Zulkifli Mustaffa, 29, berkata, jika dulu penduduk kampungnya menjadikan sungai itu sebagai sumber rezeki mencari ikan dan etak.

Menurutnya, sejak mengetahui sungai itu tercemar, mereka tidak berani turun ke sungai itu.

“Penduduk juga tidak mencari ikan di kawasan berkenaan kerana tercemar walaupun keadaan air kelihatan bersih. Namun, daripada segi agama, ia tidak elok digunakan.

“Kami meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan sama ada bergotong-royong mencuci kawasan sungai atau menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.
Share:

30 September 2015

NASA SAHKAN ADA ALIRAN AIR DI PLANET MARIKH


Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat, NASA pada Isnin mengesahkan penemuan aliran air di Planet Marikh.

Pengarah Sains Planet Nasa, Jim Green, berkata, penemuan itu sekaligus mengesahkan, bahawa Marikh bukan sebuah planet yang tandus.

Marikh bukan sebuah planet yang kering seperti yang kita sangkakan sebelum ini. "Dalam keadaan tertentu, air telah ditemui di Marikh," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Saintis di seluruh dunia sebelum ini percaya, air pernah mengalir serta menyebabkan berlakunya pembentukan lembah dan ngarai di planet merah itu.

Bagaimanapun, menurut Green, perubahan iklim yang berlaku kira-kira tiga bilion tahun lalu dipercayai menyebabkan berlaku perubahan itu ke atas muka bumi Marikh.

Hari ini kita menyaksikan satu revolusi pemahaman mengenai planet itu. "Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh," ujarnya.


Menurutnya, rover yang menjelajah permukaan planet itu turut menemui tanah yang lebih lembap daripada yang dijangkakan.
Katanya, sejak empat tahun lalu, NASA memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh.

Bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka boleh merumuskan, bahawa jalur-jalur itu adalah air.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI