Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

30 Jun 2017

BUDAK PARAH MERCUN BOLA MELETUP DALAM RAGA


KELANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera parah di kaki, tangan dan kepala apabila mercun bola diletakkan dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Salor, di sini petang kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan dihantar ahli keluarganya ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal dan meletakkan mercun bola di dalam raga namun ia tiba-tiba meletup.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di HRPZ II enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI