Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label MELETUP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MELETUP. Papar semua catatan

10 Julai 2017

SEORANG MAUT LORI TANGKI MELETUP DI BINTULU


Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak meletup dan terbakar di Jalan Kidurong hadapan Pusat Perubatan Bintulu. 

Kejadian itu menyebabkan sebuah Toyota Hilux dan tiga buah lagi kenderaan yang belum dikenalpasti terbakar.


Video di bawah gambaran mengenai letupan sebuah lori tangki yang membawa minyak meletup di Bintulu yang admin laporkan tadi. Difahamkan seorang mangsa maut dan identitinya masih belum dikenalpasti.



Share:

30 Jun 2017

BUDAK PARAH MERCUN BOLA MELETUP DALAM RAGA


KELANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera parah di kaki, tangan dan kepala apabila mercun bola diletakkan dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Salor, di sini petang kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan dihantar ahli keluarganya ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal dan meletakkan mercun bola di dalam raga namun ia tiba-tiba meletup.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di HRPZ II enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Share:

10 April 2017

PELANCONG PERANCIS MAUT BELON PANAS MELETUP LANGGAR KABEL ELEKTRIK


Sebuah belon udara panas meletup dan terhempas selepas terkena kabel elektrik bervoltan tinggi semasa penerbangan turun, lalu meragut nyawa seorang pelancong dari Perancis.

Memetik laporan media tempatan, belon udara panas di kawasan pelancongan Cappadocia itu hilang kawalan akibat dipukul angin kuat.

Sementara itu, 20 penumpang lain yang kebanyakannya pelancong tempatan dilaporkan cedera.

Aktiviti penerbangan belon udara panas di sini dihentikan seketika sejak Rabu lalu susulan cuaca buruk.

Ia disambung semula pada Sabtu selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa penerbangan awam.

Februari lalu menyaksikan tragedi lebih kurang sama berlaku di Cappadocia apabila belon udara panas terhempas akibat dipukul angin kuat sekali gus meragut nyawa seorang pelancong Denmark.
Share:

26 Februari 2017

VIDEO IPHONE 7 MELETUP JADI VIRAL


SEORANG pengguna telefon pintar iPhone 7 Plus di Amerika Syarikat mendakwa telefonnya meletup dan mula berasap walaupun tidak digunakan pada ketika itu.

Video kejadian itu dikongsi oleh Brianna Olivas dari Tuscon, Arizona menerusi akaun Twitternya pada Khamis lalu.

Rakaman itu kemudian viral di media sosial dan mengundang kebimbangan dalam kalangan pengguna Apple.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, kepulan asap dilihat keluar dari bahagian bateri telefon yang lebur akibat letupan itu.

Memetik laporan portal Mashable, selepas sebulan memiliki iPhone 7 Plus, Olivas mula berhadapan dengan masalah kegagalan untuk menghidupkan telefon itu.

Sehari sebelum kejadian, Olivas telah membawa ia ke salah sebuah kedai Apple untuk diperiksa, namun diberitahu telefon itu tidak mempunyai sebarang masalah.

Menurut Olivas, dia sedang tidur ketika kejadian itu berlaku, dan teman lelakinya yang bertindak untuk membuang iPhone 7 Plus itu ke dalam bilik mandi serta merakam insiden berkenaan.

Sementara itu, syarikat Apple berkata mereka sedang menyiasat kes letupan ini yang dipercayai berlaku akibat masalah bateri.

"Kami telah menghubungi dia dan sedang menyiasat kes ini," kata seorang jurucakap Apple. 

Bagaimanapun, ini bukan kes letupan pertama melibatkan iPhone. Pada bulan Oktober lalu, iPhone 7 yang dimiliki seorang lelaki dari Australia juga meletup dalam poket depan seluarnya.


Share:

20 Oktober 2016

BADAN ULAR SAWA MELETUP!!


Seekor ular sawa Burma dipercayai meletup dengan perutnya terburai selepas dikatakan cuba menelan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter.

Selepas bertembung dengan buaya berkenaan dan menang dalam pertarungan, ular sawa itu dikatakan menelan mangsanya.

Bagaimanapun, ia berakhir dengan badannya koyak rabak.

Bangkai ular dan buaya itu ditemui terapung di sungai di Taman Negara Everglades di selatan Miami-Dade di Florida.

Gambar yang dirakam menunjukkan kaki belakang dan ekor buaya itu terjulur keluar dari bangkai ular berkenaan.

Kepala ular itu pula terputus dari badannya.

Saintis yang mengulas kejadian itu berkata, mereka percaya ular itu cuba menelan buaya berkenaan tetapi gagal menghadamnya.

Bangkai buaya itu mula membusuk dan gas memenuhi perut ular sehingga menyebabkan ia meletup.
Share:

5 Ogos 2016

MELECUR TERUK IPHONE TERBAKAR DALAM POKET


Seorang penungang basikal melecur teruk di kaki akibat telefon bimbit iPhone miliknya terbakar di dalam poketnya selepas terjatuh.

Seorang konsultan syarikat swasta, Gareth Clear, 36, berkata, iPhone tersebut diletakkan di poket belakang seluarnya dan terbakar selepas dia terjatuh dari basikal semasa menunggang pada petang Ahad lalu.

"Saya melihat asap keluar dari poket belakang dan kemudian tiba-tiba saya rasa sakit dan semakin sakit," katanya sambil menambah dia berasa seperti panas membakar

"Saya ingat, ketika melihat kaki, saya melihat seperti serbuk hitam dan bau seperti fosforus," katanya dipetik The Sydney Morning Herald.

Menurut Clear, dia hanya mengalami kemalangan kecil selepas kakinya tergelincir pada pedal basikal ketika ingin bergerak menyebabkan dia hilang keseimbangan.

Clear menerima rawatan di unit kebakaran Hospital Diraja North Shore dan dimaklumkan mengalami luka melecur darjah ketiga di peha kanan.

Sementara itu, pejabat Apple berpangkalan di Australia tidak mengulas lanjut berhubung insiden ini dan difahamkan, syarikat itu berhubung terus dengan Clear.

Clear bagaimanapun tidak menyalahkan Apple ekoran kecederaan yang dialaminya dan mahu meningkatkan kesedaran mengenai potensi bahaya iPhone.

Bukan satu kebiasaan bateri ion litium yang digunakan pada telefon pintar, komputer riba, papan hover dan kereta elektrik meletup.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata pihaknya kebiasaannya akan menerima sekitar satu atau dua laporan daripada penggunaan berkaitan kecederaan akibat bateri telefon bimbit setiap tahun.

Jurucakap ACCC berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI