Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label LETUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LETUPAN. Papar semua catatan

11 Oktober 2017

BOM ZAMAN PERANG PUNCA LETUPAN DI TAPAK PEMBINAAN MRT DI SUNGAI BESI


LETUPAN bom lama peninggalan Perang Dunia ke 2 dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi jam 5 petang hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian itu selepas siasatan dilakukan Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.

“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya tiga pekerja tapak pembinaan MRT dekat Lapangan Terbang Sungai Besi, cedera parah dalam kejadian letupan petang tadi.

Difahamkan, dua daripada pekerja berkenaan terputus kaki.

MC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah berada dalam keadaan stabil di hospital.

Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah.
Share:

30 Jun 2017

BUDAK PARAH MERCUN BOLA MELETUP DALAM RAGA


KELANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera parah di kaki, tangan dan kepala apabila mercun bola diletakkan dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Salor, di sini petang kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan dihantar ahli keluarganya ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal dan meletakkan mercun bola di dalam raga namun ia tiba-tiba meletup.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di HRPZ II enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Share:

6 Januari 2017

POLIS TURKI BERJAYA TEMBAK MATI DUA MILITAN DAESH DAN SEORANG MASIH DIBURU


TURKI : Polis Turki menembak mati dua penyerang dan sedang memburu suspek ketiga susulan insiden letupan kereta di luar kompleks mahkamah di bandar Izmir di Turki semalam.

Letupan itu mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang, lapor media tempatan sepertimana dipetik oleh Reuters.

Letupan itu diakibatkan oleh bom kereta, menurut setiausaha agung majlis perbandaran Izmir Bugra Gokce kepada CNN Turk.

Sumber daripada pasukan keselamatan memaklumkan kepada Reuters yang polis telah menembak mati dua penyerang susulan letupan, dan agensi berita Anadolu  melaporkan suspek ketiga sedang diburu. Sumber hospital berkata 10 mangsa yang cedera telah dibawa masuk. 

Pengeboman ini berlaku kurang seminggu selepas seorang penyerang menembak mati 39 pengunjung kelab malam di Istanbul pada Tahun Baru dalam satu serangan yang didalangi oleh Daish. Penyerang terbabit masih bebas.
Share:

15 Februari 2016

PENDUDUK IPOH LARI LINTANG PUKANG SELAMATKAN DIRI..


Penduduk di sekitar pekan Ipoh dikejutkan dengan dentuman letupan kuat dipercayai dari bahan mercun di sekitar Jalan Dato Onn Jaafar tengahari Ahad.

Kejadian itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya pada pagi Ahad yang sibuk itu cemas dan ramai segera melarikan diri dari tempat kejadian.

S. Nirmala, 48, seorang peniaga kedai runcit di kawasan berhampiran lokasi berkata, beliau terdengar bunyi letupan sekitar 11 pagi sebelum menghubungi pihak polis.

"Saya nampak api dan asap daripada sebuah pasu bunga, dan bunyi dentuman itu amat berbeza daripada letupan mercun biasa. Sepanjang lapan tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama saya mengalami kejadian sebegini," katanya.

Katanya, beliau turut ternampak seorang lelaki yang berada berhampiran dengan pasu bunga yang pecah akibat letupan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Othman berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.30 pagi dan setibanya di sana mereka mendapati sebuah pasu berisi pokok mati telah pecah berselerak.

Katanya, walaupun dentuman itu agak kuat namun pihak Forensik IPD dan Unit Pencegah Bom telah mengesahkan letupan adalah berskala rendah.

Tegasnya, tiada sebarang kecederaan berlaku kepada pelintas dan pengguna kenderaan tersebut berikutan serpihan pasu bunga yang pecah.

Bagaimanapun, disebabkan tiada sebarang CCTV, polis masih lagi cuba mengesan suspek yang disyaki menggunakan mercun berskala besar dan hanya beredar dari tempat kejadian setelah letupan berlaku.

Kita akan menyiasat kes letupan setinggi 3.5 meter ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai jangan terlalu ikutkan hati bermain mercun pada perayaan kerana boleh menyebabkan kecederaan pada orang lain dan diri sendiri," ujarnya.
Share:

8 Oktober 2015

MOTOSIKAL MELETUP PASANGAN WARGA EMAS BERSEPAI


GUA MUSANG - Sepasang suami isteri maut, selepas motosikal  ditunggang meletup secara tiba-tiba dipercayai  sedang membawa bahan letupan buatan sendiri pada jam 9 pagi tadi.

Kejadian di  Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai di Kampung Pulai itu mengakibatkan Cha Mok Liong, 72, dan isterinya Fong Ah Fong, 72, terbunuh serta merta di tempat kejadian.

Akibat kejadian tersebut kesan cebisan daging bertaburan atas jalan raya dan dalam semak sekitar 30 meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian letupan itu masih dalam siasatan dan dipercayai bahan letupan itu adalah buatan sendiri.
Share:

28 Disember 2014

MENGAPA ANGGOTA ATM SELUDUP KELUAR ROKET ANTI KERETA KEBAL?


GURUN - Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II di sini, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.
   
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
   
"Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal," katanya.
   
Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat perkara itu.
   
Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi siasatan masih dilakukan.
   
"Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru," katanya.    
   
Zakaria berkata, polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada penduduk taman berkenaan.
   
"Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki.  
   
"Kita akan teruskan siasatan untuk mengenalpasti macam mana bom (peluru) itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera," katanya.
   
Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit.
   
Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah, manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.
   
Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut.
   
Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera parah.  
   
Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal akibat kejadian itu.   - Bernama
Share:

9 Oktober 2014

UPDATE!! 1 MAUT 13 CEDERA LETUBAN BOM DI BUKIT BINTANG

Kuala Lumpur: Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena letupan bom yang disyaki dibaling dari aras dua di bangunan Sun Complex, Jalan Bukit Bintang, pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi. 

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah. 

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.

DUA bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.


TERKINI!! 

Mangsa letupan bom meninggal dunia

Seorang mangsa yang cedera terkena letupan bom di Bukit Bintang, awal pagi ini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pihak HKL mengesahkan menerima 11 mangsa kejadian pagi tadi terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita membabitkan lima warga tempatan, empat dari China dan masing-masing seorang warganegara Singapura dan Thailand.

Mangsa yang maut adalah warga Malaysia yang bekerja sebagai joki.

Jurucakap mengesahkan 10 lagi mangsa letupan bom masih dirawat dengan dua daripadanya berada dalam zon merah wad kecemasan.


Menurutnya, wakil kedutaan daripada tiga negara asing itu sudah datang ke HKL untuk membantu.


Tiada kaitan militan IS

Letupan bom yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan 13 individu lain di Bukit Bintang di sini, hari ini tiada sebarang kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya serangan bermotifkan dendam.

Walaupun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertindak tegas terhadap kegiatan IS di negara ini termasuk menangkap tiga rakyat kita yang cuba ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan itu, siasatan awal mendapati insiden letupan bom itu berpunca daripada perselisihan faham.

Polis juga mengesyaki serangan bom di hadapan sebuah pub di Sun Complex Off Jalan Bukit Bintang itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sekumpulan lelaki melontar dua bom tangan mengakibatkan seorang joki kenderaan maut manakala 13 orang lagi cedera ketika pengunjungnya berusia 36 hingga 51 tahun mahu meninggalkan premis berkenaan.

Video
ANGGOTA unit pemusnah bom bersedia meletupkan bom tangan kedua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun, sebutir bom yang dibaling itu tidak meletup mengelakkan lebih banyak kecederaan atau kematian dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Dr Gan Kong Meng, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira lima minit selepas kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di situ cedera dengan seorang daripada mereka parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti pelaku selain menyemak latar belakang mangsa untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan dan Kakisan dan 302 Kanun Keseksaan.

"Kita percaya bom tangan itu dibawa masuk dari negara luar," katanya memberitahu, sebutir bom yang tidak meletup ditemui di bawah sebuah kereta Toyota Camry diletupkan oleh unit pemusnah bom PDRM di lokasi kejadian, kira-kira jam 12.35 tengah hari ini. 
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI