Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label SUNGAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUNGAI. Papar semua catatan

16 Jun 2016

KASIHAN..WARGA EMAS MELEKAT DALAM LUMPUR SELAMA 12 JAM


Seorang warga emas terperangkap dalam lumpur selama 12 jam ketika cuba mengutip botol air untuk dijual.

Dalam kejadian di Sunfu, Xuancheng di wilayah Anhui, lelaki berusia 70 tahun itu yang dikenali sebagai Ren mencari rezeki dengan mengutip barangan boleh dikitar semula.

Malangnya dia terperangkap di dalam dasar sungai berlumpur ketika cuba mencapai satu botol kosong dan ditemui pada keesokannya oleh orang ramai yang ternampak dua tangannya terjulur.

Menurut saksi, badan dan wajahnya tidak dapat dilihat, tetapi dua tangannya bergerak perlahan seolah-olah meminta bantuan.

Pihak berkuasa mengambil masa sejam dengan dibantu dua orang awam untuk mengeluarkannya dari dalam lumpur. Selepas berjaya dibawa ke darat, Ren dikeringkan sebelum dibawa ke hospital.

Seorang anggota polis yang memberi bantuan berkata: “Lelaki itu hanya mampu terbaring dan menggeletar. Dia langsung tidak boleh bercakap.”

Keadaannya kini dilaporkan stabil. Pihak berkuasa berkata, Ren amat bernasib baik kerana ketika itu tiada hujan yang boleh menyebabkan paras air naik dan memenuhi sungai berkenaan.

Share:

16 Mei 2016

SUNGAI GOLOK MEMANG CETEK, TAPI PENUH DENGAN TULANG BABI?


SUNGAI GOLOK : Air Sungai Golok yang digunakan penduduk setempat untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak didakwa dicemari tulang babi apabila mereka menemui sisa buangan itu di dalam dan di tebing sungai Kampung Kubang Rambutan, di sini.

Kejadian itu disedari penduduk sejak seminggu lalu berikutan paras air sungai semakin kering menyebabkan sisa buangan itu ditemui di merata tempat berdekatan sungai.


Tinjauan Harian Metro mendapati tulang berselerak di tebing dan di dalam sungai dipercayai sisa buangan babi dua kilometer dari Sungai Golok di Kampung Bagus yang dijadikan kawasan bersantai penduduk pada waktu petang sejak sebulan lalu.

Keadaan itu menjijikkan kerana pada musim ini kebanyakan penduduk menjadikan Sungai Golok sebagai sumber bekalan air utama berikutan air bersih di rumah mereka hampir kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Telaga Mas Che Husain Ismail berkata, penduduk di kampungnya menyedari kewujudan bahan buangan itu sejak lima tahun lalu, namun tiada bukti kukuh.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, penduduk terjumpa tulang dipercayai tulang babi dibuang pengusaha dari negara jiran dan negara kita yang menyeludup untuk pasaran di sekitar Thailand dan Malaysia.

“Perkara ini menjijikkan kerana kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Islam yang menggunakan sungai berkenaan untuk aktiviti harian.

“Kami tiada pilihan untuk mendapatkan sumber air kerana kebanyakan rumah kekeringan akibat musim kemarau,” katanya.

Penduduk Kampung Telaga Mas Mohd Zulkifli Mustaffa, 29, berkata, jika dulu penduduk kampungnya menjadikan sungai itu sebagai sumber rezeki mencari ikan dan etak.

Menurutnya, sejak mengetahui sungai itu tercemar, mereka tidak berani turun ke sungai itu.

“Penduduk juga tidak mencari ikan di kawasan berkenaan kerana tercemar walaupun keadaan air kelihatan bersih. Namun, daripada segi agama, ia tidak elok digunakan.

“Kami meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan sama ada bergotong-royong mencuci kawasan sungai atau menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.
Share:

24 Januari 2015

MALANG BANTU WANITA BOGEL

Nasib malang lelaki selamat wanita bogel

Seorang wanita yang terjun ke dalam sungai dalam keadaan berbogel di bandar ini berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki dan dijaga dengan baik oleh orang ramai yang berkerumun di tebing.

Lelaki yang menyelamatkan wanita itu bagaimanapun tidak dihiraukan.Wanita itu dilihat terjun ke dalam sungai berkenaan petang kelmarin.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turut dilihat terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkannya.

Gambar yang dirakam ini menunjukkan orang ramai sedang sibuk mengerumuni wanita bogel itu selepas dia berjaya ditarik naik ke atas.

Mereka bagaimanapun tidak mempedulikan lelaki yang menyelamat wanita itu hingga dia terpaksa memanjat sendiri untuk naik ke tebing.

Menurut laporan, penyelamat itu ialah pelajar sebuah universiti di Nanjing. - Agensi

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI