Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label DADAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DADAH. Papar semua catatan

6 Oktober 2017

APALAH NASIB KANAK-KANAK INI


Tidak pernah ke sekolah, tidak berpakaian, makan minum tidak terurus, tinggal dalam timbunan sampah, lebih malang ibu seorang penagih dadah.

Itu nasib lima beradik di Kampung Bawah Lembah, Pintu Geng di sini yang serba-serbi diabaikan.

Beginilah keadaa tempat mereka tinggal. Kotor dan busuk, seperti bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman manusia.

Astro Awani mendapat maklumat mengenai kes berkenaan meninjau kediaman yang disewa ibu berusia 34 tahun yang berasal dari Tawang, Bachok.

Alangkah terkejutnya kami apabila sampai di kediaman tersebut kami melihat keadaan rumah yang buruk dan daif di tambah dengan persekitaran kotor bersampah dengan ruangan rumah dua tingkat itu yang dipenuhi dengan sampah dan menjijikkan.

Tiada riak bersalah di wajah wanita yang juga ibu kepada enam orang anak itu.

Faridah Yaakob, 34 tahun mula menyingkap lebaran kisah hidupnya. Menurutnya, beliau sudah lama bercerai dengan suami dan anak sulungnya yang berusia 13 tahun kini dan dijaga bekas ibu mertuanya.

Ketika kami sampai, mereka hanya mengalas perut untuk “breakfast’ dengan hanya menjamah buah jambu.

Manakala anak kedua, berusia 11 tahun, ketiga berusia 9 tahun, keempat berusia 6 tahun dan bongsu berusia 9 bulan.

Anak Faridah yang boleh bersekolah tidak di hantar ke sekolah dengan alasan yang tidak didedahkan.

Anak-anak yang tinggal di rumah timbunan sampah dan daif itu sayu memandang kehadiran kami, bahkan ketika di tanya sama ada mereka makan atau belum, mereka menjawab belum menjamah makanan, hanya mengisi perut dengan jambu.

Dengan pakaian yang kotor dan comot dan berkaki ayam, keadaan daif kanak-kanak itu mengundang satu persoalan di benak kami: Apakah nasib anak-anak ini dibiarkan tanpa pernah ke sekolah, hidup dalam timbunan sampah dan makan minum tidak terurus?

Ibunya pula seolah-olah berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan anak-anak yang ingin membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

Menurut Faridah lagi, kesemua anaknya mempunyai surat beranak bahkan beliau mengakui bahawa beliau berasal dari Kelantan dan menyewa di rumah yang seperti rumah “hantu” itu sejak enam tahun lalu dengan sewa RM300 yang dibayar bekas suaminya.

Bercerita tentang bekas suaminya, Faridah berkata setiap hari bekas suaminya akan membawa makanan untuk anak-anaknya.

Kisah malang dan mengejutkan yang didedahkan ini hasil beberapa foto yang dihantar oleh pihak tertentu (yang tidak mahu identiti didedahkan) agar kisah lima beradik yang tidak terurus dan terjaga tanpa pendidikan mendapat perhatian syarikat.

Share:

14 April 2017

NEGERI PERAK JADI TRANSIT PENGEDARAN DADAH PIL KUDA?


PERAK : Polis sedang menyiasat sama ada negeri Perak dijadikan laluan masuk atau transit bagi pil kuda untuk diedar ke tempat lain berikutan penemuan dadah jenis tersebut yang banyak di negeri itu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pada 2015 sebanyak 3,246 biji pil dirampas sebelum berkurang kepada 2,591 pil tahun lalu dan setakat ini, tahun ini sebanyak 180,000 biji dirampas. “Kenapa begitu banyak pil kuda ditemukan di Perak. 

Adakah permintaan untuk pil kuda bagi penagih sekitar Perak meningkat atau penagih telah berubah kepada dadah jenis lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Katanya rampasan dadah jenis pil kuda bernilai RM3.6 juta oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Muallim itu adalah yang terbesar di Perak sejak lima tahun lalu.

Share:

17 Februari 2017

SAUDARA SEBELAH RUMAH MENGAMUK TETAK SUAMI ISTERI HINGGA CEDERA PARAH


Suami isteri cedera di tangan dan kepala akibat ditetak dengan parang panjang oleh saudara mereka di Felda Sungai Tiang.

Kejadian berlaku 7.32 malam ketika Muhamad Yusob Abdullah, 55, dan isterinya, Zaiton Mohamad Salleh, 52, berada di rumah bersama tiga anak perempuan mereka berusia 20 hingga 25 tahun serta seorang cucu perempuan berusia tiga tahun.

Seorang anak mangsa, Husna, 25, memberitahu mereka sekeluarga yang sedang duduk di ruang tamu rumah tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi orang menendang pintu dapur dengan kuat.

Katanya, ayahnya bergegas ke dapur untuk melihat dan mendapati pintu terbuka sebelum ditetak di kepala oleh suspek sebelum lelaki itu cuba menerkam ibu pula yang melarikan diri ke dalam bilik.

"Dia tetak kepala ayah dengan parang dan ayah cuba mengambil kerusi untuk mempertahankan diri.

"Namun parang terbabit terkena pula pada tangan kanan ayah, menyebabkan ayah lemah sebelum Pak su bergegas masuk ke bilik untuk menyerang ibu pula," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Katanya, dalam keadaan kelam-kabut dia berlari keluar mengikut pintu dapur untuk meminta bantuan jiran manakala dua lagi adik perempuannya lari mengikut pintu depan.

Husna berkata, suspek yang takut mendengar jeritan mereka meminta tolong kemudian melarikan diri manakala ibu dan ayahnya dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh jiran sebelum dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Katanya, mereka sekeluarga tidak tahu motif suspek bertindak demikian memandangkan tiada sebarang pertelingkahan berlaku antara mereka sekeluarga sebelum kejadian terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Datuk Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahkan kejadiaan berkenaan.

Beliau berkata suspek berusia 43 tahun itu dipercayai penagih dadah dan ditangkap di rumahnya di Felda Sungai Tiang, pada 1.30 pagi tadi.

"Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah," katanya.
Share:

15 Februari 2017

DARI MANA BUDAK NI BELAJAR AMIK DADAH?


Seorang budak lelaki berusia 12 tahun antara empat individu ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di sekitar Pulau Pinang malam tadi.

Mereka ditahan di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini dalam Op Sarang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Difahamkan, kanak-kanak itu ditahan di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

Jurucakap AADK berkata, dalam operasi itu, seramai 10 orang diperiksa dan empat daripadanya positif dadah.

Menurutnya, turut dirampas ialah 53.5 gram syabu dan 3.65 gram heroin.

"Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
Share:

2 Februari 2017

PENTADBIRAN DUTERTE SERBA GILA!


Kementerian pertahanan Filipina semalam meminta Presiden Rodrigo Duterte mengeluarkan satu arahan rasmi kepada tentera untuk menyertai operasi antidadah termasuk memberi kuasa kepada askar untuk menangkap anggota polis yang terbabit dengan jenayah.

Duterte dalam satu ucapan di hadapan jeneral tentera kelmarin berkata, dia mahu meminta bantuan pasukan itu dalam memerangi kegiatan dadah dan menangkap anggota polis yang korup.

Kementerian pertahanan dalam satu kenyataan semalam meminta Duterte menjadikan ucapannya itu satu arahan rasmi.

“Kementerian mahu satu arahan rasmi berkaitan permintaan ini sebagai asas perundangan yang perlu dipatuhi tentera.

“Arahan lisan presiden untuk menangkap anggota polis yang terbabit dengan jenayah juga perlu disertakan dengan arahan rasmi,” menurut kenyataan itu.

Ketua polis Filipina sebelum ini menggantung operasi narkotik dan membubarkan semua unit antidadah selepas terdapat anggotanya menggunakan serbuan itu untuk menculik sebelum membunuh ahli perniagaan Korea Selatan.

Duterte yang berang dengan kejadian berkenaan turut menyelar pasukan polis negara itu yang dianggapnya paling korup.

Kempen memerangi dadah yang diisytiharkan Duterte kini diketuai Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina. 
Share:

25 November 2016

KAKAK PARAH, MAYAT ADIK DALAM PETI


Mayat budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis tiba di lokasi jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

 "Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

 "Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat," katanya di sini.

 Md Zukir berkata, pihaknya kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

 "Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu. 

"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.


GAMBAR ATAS : Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes dera di Flat Paya Nahu, di Sungai Petani ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 26 dan 34 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.


Share:

11 Oktober 2016

ANGKARA WECHAT BUDAK DARJAH ENAM JADI HAMBA SEKS DAN KETAGIHAN SYABU?


Mula berkenalan melalui aplikasi sembang WeChat, seorang murid perempuan berusia 12 tahun menjadi hamba seks kepada pemuda berusia 24 tahun.

Sebagai pemuas nafsu, kanak-kanak berkenaan akan diberikan syabu sebagai imbuhan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata aktiviti kanak-kanak berkenaan terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan sikap pada anaknya itu.

Kanak-kanak itu kemudian menceritakan apa yang terjadi selepas dipujuk ibunya.

''Ibunya telah membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakan baharu dan juga lama yang menunjukkan mangsa aktif melakukan seks.

''Suspek dipercayai memberikan syabu kepada kanak-kanak berkenaan. Bayangkan dia baru berumur 12 tahun dah pandai syabu; bayangkan 12 tahun sudah pandai seks," kata Mohd Rozi dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar semalam.

Polis sudah mengenal pasti suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ujarnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Share:

27 September 2016

PELAKON DRAMA DAN ANAK DATUK TANAM GANJA SEGAR BUGAR


Seorang pelakon drama dan seorang anak 'Datuk' adalah antara tiga lelaki yang ditahan di sebuah banglo di Jalan Ampang Ulu di sini kerana disyaki terlibat dalam penanaman pokok ganja, mengguna dan menjual dadah itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, turut ditahan seorang lelaki warga Filipina yang bekerja di sebuah syarikat pengurusan teknologi maklumat di sini.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 dan 36 tahun, termasuk anak kepada pemilik banglo berkenaan yang turut memiliki sekolah persendirian antarabangsa, ditahan dalam serbuan pukul 12.40 tengah hari Sabtu lalu

"Pemeriksaan ke atas rumah itu turut menjumpai tiga pasu disyaki pokok ganja berketinggian 19 hingga 100 sentimeter, dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan berat lebih 400 gram dan satu tiub straw mengandungi benih disyaki benih ganja," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, turut dirampas adalah bahan dan peralatan menanam pokok ganja, empat pistol angin pelbagai jenis, dua senapang angin pelbagai jenis, tujuh pedang samurai dan 19 pisau pelbagai jenis, sehelai vest polis dan satu lampu beacon.

"Kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM25,000," katanya.

Mengulas lanjut, Amar Singh berkata, benih itu dipercayai diseludup dari United Kingdom dan aktiviti menanam ganja berkenaan dikatakan aktif sejak empat bulan lepas.

Katanya dadah berkenaan dipercayai digunakan untuk kegunaan sendiri selain dijual.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah, dan kesemua mereka ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 36(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama
Share:

24 Ogos 2016

MAT GIAN NAIK HANTU KETIKA DI TAHAN AADK


AMPANG : “Tembaklah! Bunuhlah aku cepat! Aku nak mati, aku dah penat hidup macam ini,” jerit seorang penagih dadah sebelum menghantuk kepalanya ke dinding dan pintu rumah.

Lelaki berusia 59 tahun itu bertindak agresif sejurus ditahan dalam operasi anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di AU2, Taman Keramat di sini, jam 8 pagi semalam.

Lelaki itu yang turut melaungkan kalimah syahadah gagal mengawal emosi sebelum menghantuk kepalanya ke pintu rumah hingga menyebabkan pintu itu pecah.

Bagaimanapun, suspek yang cuba membunuh diri itu sempat dihalang empat anggota AADK yang bertindak memeluknya beramai-ramai.

Lelaki terbabit dipercayai bertindak gila selepas tindakannya merayu anggota penguat kuasa melepaskannya tidak berjaya.

Dalam serbuan itu, lelaki terbabit ditahan bersama seorang lagi rakannya berusia 58 tahun yang dikesan muncul di lokasi yang kerap dikunjungi kumpulan penagih dadah di kawasan itu.

Ketika ditahan, lelaki terbabit mengaku datang ke kawasan berkenaan untuk bertemu rakan penagih lain.

Dia yang ditenangkan pihak AADK mengaku bergelumang dadah sejak berusia 28 tahun akibat terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya pernah cuba berhenti menagih namun gagal walaupun pernah beberapa kali ditahan pihak berkuasa dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

“Saya sudah tidak mampu menahan kesakitan kalau tidak mengambil dadah. Badan saya tidak sihat seperti dulu dan hanya menunggu waktu untuk mati,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan persatuan penduduk yang bimbang dengan kehadiran penagih dadah di kawasan perumahan mereka.

Katanya, hasil daripada risikan, kumpulan penagih terbabit gemar berkumpul di kawasan semak di belakang loji kumbahan untuk melepaskan gian.

“Hasil siasatan, kami mendapati seorang lelaki bertindak sebagai pengedar dadah kecil-kecilan datang ke kawasan berkenaan hampir setiap hari untuk menjual dadah.

“Kami mengenalpasti identiti suspek dan operasi memburu lelaki itu giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Share:

13 Julai 2016

AADK PANTAU PENJUALAN KEREPEK DAN REMPEYEK DAUN KETUM


Bagi meraih keuntungan, kini ada yang menjual snek daun ketum, sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara itu dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan digoreng hingga rangup untuk dimakan seperti snek," kata Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah, negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

"Kita khuatir produk baru ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji untuk mengetahui ada permintaan tinggi atau tidak," katanya.

Beliau menyarankan kerajaan segera meletakkan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan kesalahan. Jika memetik daun ketum baru kesalahan.

"Antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri, jadi pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang," jelasnya.

Mohammed Nazer berkata, ada 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya didenda.
Share:

7 Jun 2016

BAKAL PRESIDEN FILIPINA BERI LESEN `BUNUH` PADA RAKYATNYA?


Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggesa rakyat bersamanya menyertai tindakan keras anti jenayah dan menawarkan ganjaran lumayan kepada orang ramai yang membunuh pengedar dadah.

"Jika mereka berada di kawasan kejiranan anda, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami, polis atau melakukannya sendiri jika anda mempunyai senjata. Saya akan menyokong tindakan itu,” katanya.

Katanya, jika seorang pengedar dadah melawan ketika ditangkap atau enggan untuk dibawa ke balai polis dan mengancam orang ramai dengan senapang atau pisau, orang ramai boleh membunuhnya.

"Tembak dia dan saya akan memberikan anda pingat," ujarnya dipetik AFP.

Duterte menegaskan penagih dadah tidak dapat dipulihkan dan memberi amaran jika rakyat terlibat dalam dadah, akan dibunuh.

Durte mengulangi kempen anti jenayahnya sebagai 'perang berdarah' dan menawarkan ganjaran wang jika membunuh pengedar dadah.

"Saya akan bayar anda jika berjaya membunuh pengedar dadah dengan 5 juta peso (RM440,000), namun jika dia masih hidup saya hanya bayar 4.9 juta peso (RM430,000)," katanya.

Duterta yang akan mengambil alih jawatan presiden pada 30 Jun juga merupakan Datuk Bandar di Davao turut menawarkan ganjaran kecil bagi memerangi penjenayah yang terlibat dalam perdagangan dadah.

Duterte sebelum ini dikaitkan sebagai "skuad pembunuh" dilaporkan telah membunuh ramai orang di Davao dan telah berikrar untuk meluaskan kempen beliau apabila menjadi presiden.

Lain-lain telah mengikuti jejaknya adalah Datuk Bandar Cebu, Tomas Osmena yang mengakui membayar lebih daripada AS$3,000 (RM12,300)  kepada pegawai polis untuk membunuh pengedar dadah.

Duterte dan pegawai-pegawai lain sebelum ini telah menolak amaran dari kumpulan hak asasi manusia mengenai bahaya dasar tersebut.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI