Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label MATI LEMAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MATI LEMAS. Papar semua catatan

12 Oktober 2017

KENAPA BAWA ANAK-ANAK MANDI AIR TERJUN DI MUSIM TENGKUJUH??


KANAK-KANAK perempuan, 11, ditemui lemas sementara tiga lagi kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihahknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5 petang dan tiba di lokasi kejadian 16 minit kemudian.

Menurutnya, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, operasi menyelamat dijalankan dan menemui seorang mangsa sementara tiga lagi masih belum ditemui selepas dihanyutkan air deras.

"Buat masa ini kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa masih dijalankan," katanya.

“SAYA tidak sedar bila arus deras itu datang dan sebaik menyedari, saya sudah dihanyutkan arus... dalam terkapai-kapai saya sempat berpaut pada batu dan orang ramai tarik saya ke tempat selamat,” kata Alif Akmal Md Zamri, 12, seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian fenomena 'kepala air' yang melanda kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, seorang maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras yang membadai secara tiba-tiba.

Mangsa yang maut dikenali Qistina Puteri Wira, 11, dan mayatnya ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kanak-kanak itu dibadai arus.

Tiga mangsa yang masih hilang dikenali Anis Syakirah Saad, 12, dari Kampung Lawer di Padang Matsirat, selain Iman Wahidah, 11, dari Kampung Ranggut dan Siti Aishah Kassim, 5, dari Bukit Malut.

Semua mangsa adalah antara enam kanak-kanak yang dilapor hanyut ketika kepala air membadai kawasan rekreasi itu, namun dua daripada mereka iaitu Adib Irfan, 11, yang juga adik kepada Anis Syakirah, serta Alif Akmal sempat diselamatkan orang ramai.

Alif Akmal mengakui bernasib baik kerana sempat berpaut pada batu di tebing sungai ketika dihanyutkan arus yang datang secara tiba-tiba itu, sebelum diselamatkan orang ramai.

"Ketika kejadian kawasan itu tenang dan saya bersama pengunjung lain termasuk beberapa kanak-kanak asyik bermain air sambil menyelam," katanya.

Berdasarkan maklumat, selain kanak-kanak terbabit yang datang berkelah bersama keluarga masing-masing, beberapa pengunjung termasuk pelancong asing dikatakan turut mandi-manda, namun terselamat daripada dibadai kepala air itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dan sehingga kini, usaha mencari tiga lagi mangsa berusia antara 5 hingga 12 tahun masih digerakkan.
Share:

1 April 2017

KAN DAH KATA JANGAN MANDI KETIKA LAUT SEDANG BERGELORA!


Seorang lelaki ditemui mati lemas manakala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun hilang ketika mandi di Pantai Kemayan.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu Mohd Shamsure Mat, 37, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu ditemui lemas oleh orang ramai pada 5.25 petang, manakala Wan Nurul Huda Wan Mohd Long masih belum ditemui.

Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan anak-anaknya sebelum lemas iaitu Nur Shahira, 11, Nurshafiqha, 9, dan Mohamad Adam Daniel, 7, yang turut mandi di pantai berkenaan.

"Mangsa (Mohd Shamsure) bagaimanapun lemas akibat dibawa arus deras ombak ketika sedang berusaha menyelamatkan Wan Nurul Huda," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, petang tadi.

Katanya lagi  operasi mencari mangsa yang berusia tujuh tahun itu dihentikan lewat petang tadi dan akan disambung pagi esok.

Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan.

Manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu untuk bedah siasat.

Kesemua mereka merupakan dari satu keluarga yang datang ke pantai ini untuk tujuan beriadah.
Share:

14 Disember 2016

BUDAK 9 TAHUN MAUT DISEDUT DALAM PAIP


Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditemui maut selepas disedut dan tersekat dalam sebuah paip air milik Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM).

Menurut laporan Radar Gorontalo, Riky Dehu dikatakan asyik bermain di kawasan tersebut dan terjun ke dalam takungan air kerana menyangka ianya cetek. Mangsa kemudian disedut oleh paip berkenaan.

Orang awam yang menyedari kejadian tersebut kemudian cuba membantu mangsa tetapi dia tersekat dan terpaksa dikeluarkan bersama paip tersebut.

Selepas paip jenis PVC berkenaan dibelah, mangsa ditemui telah meninggal dunia. Kejadian masih disiasat oleh polis.
Share:

8 Disember 2016

REMAJA MATI LEMAS DI SUNGAI NIBONG TELAH DI TEMUI


Mayat seorang remaja lelaki yang dipercayai lemas, ditemui awal pagi tadi di Sungai Nibong dekat Batu Pahat, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa, Mohd Irfan Nor Hakim,13 hilang ketika mandi bersama 4 rakannya, semalam.

Kehilangan mangsa disedari bapanya, Nor hakim Hasim setelah Mohd Irfan tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, operasi mencari tidak dapat dijalankan kerana cuaca gelap.

Mayat Mohd Irfan katanya, dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.
Share:

6 Disember 2016

TIGA BERADIK DITEMUI MATI LEMAS DALAM LONGKANG DI KAMPUNG MERCHONG


MERCHONG : Tiga beradik ditemui mati lemas dalam sebuah parit selepas keluar memancing di Kampung Permatang Jerek Merchong di Nenasi dekat Pekan.

Tiga mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya itu, Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11, dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemui lemas di kawasan parit yang mempunyai kedalaman kira-kira enam kaki kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah untuk pergi memancing di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Semasa kejadian, bapa mangsa ada di rumah. Jarak rumah ke tempat kejadian kira-kira 300 meter, dan setelah mendapati anak-anaknya belum pulang ke rumah menyebabkan beliau keluar mencari tiga beradik itu," katanya.


Amran berkata apabila bapa mangsa tiba di tempat kejadian, beliau ternampak Nor Aleeza terapung dan beliau mengangkat mayat anaknya itu ke tebing parit tersebut.

Katanya Mohamad Firdaus dan Nor Alia pula dijumpai dalam kawasan parit berkenaan dengan bantuan jiran yang turut serta mencari tiga kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

AL-FATIHAH..
Share:

31 Mei 2016

ANGKARA IBU BAPA CUAI NYAWA ANAK MELAYANG


Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan mangsa terbaharu lemas di kolam renang ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah hotel di Telok Kemang sekitar jam 1.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut Mohamad Ashrad Hakim Aziezi ditemui di dasar kolam renang dewasa hotel oleh orang awam yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, kanak-kanak ini bersama rombongan lima buah keluarga datang dari Tanjung Malim, Perak menginap di hotel berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati, semasa kejadian, mangsa mandi di kawasan kolam renang kanak-kanak bersama sepupunya sementara ahli keluarga yang dewasa termasuk ayahnya mandi di kolam dewasa.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disedari hilang oleh ayahnya dan ketika mencari ada pengunjung lain yang melihat mangsa berada di dasar kolam renang dewasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Port Dickson sebentar tadi.

Zainudin berkata, kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital dengan bantuan pihak hotel, walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik pemeriksaan diberikan di hospital.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zainudin berkata, aspek keselamatan ketika beriadah di kolam renang terutamanya membabitkan kanak-kanak perlu dititik beratkan sama ada pihak hotel mahupun ibu bapa dan penjaga.

“Pihak hotel perlu menyediakan penjaga kolam yang cukup terutamanya pada musim cuti sekolah ataupun cuti umum kerana jumlah pengunjung yang bercuti meningkat daripada hari biasa.

"Ibu bapa penjaga juga jangan lalai terhadap tanggungjawab mereka menjaga keselamatan anak,” katanya.
Share:

19 Disember 2015

TRAGEDI AIR PUSARAN TELAN 5 BERANAK..


HULU TERENGGANU - Hasrat enam sekeluarga menghabiskan cuti persekolahan dengan berkunjung ke Air Terjun Belukar Bukit, di sini, pagi tadi bertukar tragedi  apabila lima daripada mereka ditemui lemas.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa ialah seorang imam yang bertugas di Puncak Alam, Selangor, Mohd Halim Samian,44; isterinya Nurul Adilah@Salaiwati Awang,39, serta tiga anaknya Nurul Arifah,16; Nurul Hidayah Aina,11 serta Nurul Izah,10.

Manakala individu yang selamat  ialah Mohd Hasif, 9, dan difahamkan mereka sekeluarga yang2 tinggal di Puncak Alam, Selangor tiba di lokasi pelancongan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi sempena pulang ke kampung Nurul Hidayah Aina di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zuraidi Yusof berkata pihaknya menerima panggilan  jam 11.35 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11anggota menaiki sebuah jentera serta sebuah pajero.

"Sewaktu pihak bomba tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa iaitu Mohd Halim, Nurul Izah serta Nurul Hidayah telah pun ditemui oleh orang awam tidak jauh antara satu sama. Mangsa pertama dijumpai ialah Mohd Halim jam 12.17 tengahari sebelum disusuli mangsa seterusnya lima minit kemudian iaitu Nurul Izah dan Nurul Hidayah.

"Operasi mencari dan menyelamat terus dilakukan pihak bomba bersama orang awam sekali gus berjaya menemui Nurul Adilah@Salaiwati jam 12.33 tengah hari. Mangsa terakhir dijumpai ialah Nurul Arifah jam 12.37 tengahari. Kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

"Sewaktu kejadian tiada pengunjung lain di lokasi tersebut, bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca apabila salah seorang mereka di bawa arus sebelum ahli keluarga yang lain cuba membantu.

"Memandangkan terdapat pusaran air di kawasan berkenaan, kita percaya kesemua mereka telah dibawa pusaran itu hingga kesemuanya lemas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Bilik Forensik Hulu Terengganu, di sini, hari ini.
AL-FATIHAH



Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI