Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

7 Ogos 2017

LAGI KES ABAI DAN TINGGALKAN KANAK-KANAK


Polis akan menyiasat kes tiga beradik yang ditemui terkurung di sebuah bilik sewa di Larkin Perdana di sini.

Beberapa gambar tiga kanak-kanak, berusia setahun sehingga enam tahun didakwa ditinggalkan ibu bapa mereka di dalam sebuah bilik yang kotor dan berbau, sehingga tular di media sosial.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak itu masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki dikatakan hanya makan nasi dan kicap serta tidak mandi selama beberapa hari.

Menurut satu 'posting' di Facebook, bapa kanak-kanak terbabit sepatutnya menjaga anak-anaknya berikutan ibu mereka bekerja di Gelang Patah.

Insiden berkenaan mendapat perhatian selepas jiran-jiran terdengar bunyi dari sebuah bilik sewa.

Susulan penemuan tersebut, pasukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan polis tiba di tempat kejadian dan mengambil kanak-kanak tersebut untuk diberikan perlindungan.

Pegawai JKM Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, tindakan akan diambil di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 kerana mangsa yang masih kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak 2016.

"Kita masih belum menghubungi ibu bapa kanak-kanak itu untuk disoasal siasat tetapi kita akan membuat laporan berdasarkan 'posting' yang tular di Facebook," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Walaupun tiada laporan dibuat berhubung perkara itu, Wan Ahmad berkata, polis akan melakukan siasatan kerana ia membabitkan isu sensitif.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI