Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

30 Jun 2017

KECIL KECIL DAH PANDAI MENCURI


SHAH ALAM : Kecil-kecil lagi sudah berani melakukan jenayah. Itu tindakan sekumpulan remaja belasan tahun yang memecah masuk sebuah kios di kompleks perniagaan di Seksyen 9, di sini, Ahad lalu.

Kios yang menjual peralatan mainan elektronik itu kerugian lebih RM3,000 selepas satu unit permainan jenama Sony PS4 berharga RM2,957 serta beberapa peralatan permainan dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 9 pagi hari raya pertama itu, kebanyakan premis lain di kompleks berkenaan ditutup.

Menurutnya, pemilik kios hanya menyedari kejadian itu sebaik saja mahu membuka perniagaannya Selasa lalu.

“Kios itu terletak di bahagian IT (teknologi maklumat) di tingkat paling bawah,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh menunjukkan imej empat remaja berusia belasan tahun dipercayai terbabit dengan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan suspek,” katanya.

Dalam pada itu, gambar rakaman CCTV kejadian itu turut dimuat naik pengguna laman sosial Facebook (Fb) memaparkan gambar dua remaja lelaki termasuk seorang memakai baju Melayu berwarna hijau kebiruan yang dipercayai terbabit dengan kes itu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI