Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Oktober 2017

APALAH NASIB KANAK-KANAK INI


Tidak pernah ke sekolah, tidak berpakaian, makan minum tidak terurus, tinggal dalam timbunan sampah, lebih malang ibu seorang penagih dadah.

Itu nasib lima beradik di Kampung Bawah Lembah, Pintu Geng di sini yang serba-serbi diabaikan.

Beginilah keadaa tempat mereka tinggal. Kotor dan busuk, seperti bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman manusia.

Astro Awani mendapat maklumat mengenai kes berkenaan meninjau kediaman yang disewa ibu berusia 34 tahun yang berasal dari Tawang, Bachok.

Alangkah terkejutnya kami apabila sampai di kediaman tersebut kami melihat keadaan rumah yang buruk dan daif di tambah dengan persekitaran kotor bersampah dengan ruangan rumah dua tingkat itu yang dipenuhi dengan sampah dan menjijikkan.

Tiada riak bersalah di wajah wanita yang juga ibu kepada enam orang anak itu.

Faridah Yaakob, 34 tahun mula menyingkap lebaran kisah hidupnya. Menurutnya, beliau sudah lama bercerai dengan suami dan anak sulungnya yang berusia 13 tahun kini dan dijaga bekas ibu mertuanya.

Ketika kami sampai, mereka hanya mengalas perut untuk “breakfast’ dengan hanya menjamah buah jambu.

Manakala anak kedua, berusia 11 tahun, ketiga berusia 9 tahun, keempat berusia 6 tahun dan bongsu berusia 9 bulan.

Anak Faridah yang boleh bersekolah tidak di hantar ke sekolah dengan alasan yang tidak didedahkan.

Anak-anak yang tinggal di rumah timbunan sampah dan daif itu sayu memandang kehadiran kami, bahkan ketika di tanya sama ada mereka makan atau belum, mereka menjawab belum menjamah makanan, hanya mengisi perut dengan jambu.

Dengan pakaian yang kotor dan comot dan berkaki ayam, keadaan daif kanak-kanak itu mengundang satu persoalan di benak kami: Apakah nasib anak-anak ini dibiarkan tanpa pernah ke sekolah, hidup dalam timbunan sampah dan makan minum tidak terurus?

Ibunya pula seolah-olah berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan anak-anak yang ingin membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

Menurut Faridah lagi, kesemua anaknya mempunyai surat beranak bahkan beliau mengakui bahawa beliau berasal dari Kelantan dan menyewa di rumah yang seperti rumah “hantu” itu sejak enam tahun lalu dengan sewa RM300 yang dibayar bekas suaminya.

Bercerita tentang bekas suaminya, Faridah berkata setiap hari bekas suaminya akan membawa makanan untuk anak-anaknya.

Kisah malang dan mengejutkan yang didedahkan ini hasil beberapa foto yang dihantar oleh pihak tertentu (yang tidak mahu identiti didedahkan) agar kisah lima beradik yang tidak terurus dan terjaga tanpa pendidikan mendapat perhatian syarikat.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI