Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 September 2017

LAGI PUSAT TAHFIZ TERBAKAR!


Sebuah asrama Yayasan Assofa yang menempatkan murid tahfiz di kampung Nerasau, di sini, terbakar kira-kira 60 peratus dalam kejadian jam 1.50 pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan tiba di lokasi pada jam 2.05 pagi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, kebakaran berkenaan membabitkan asrama perempuan jenis kekal satu tingkat dengan keluasan 20x60 kaki.

"Semasa kejadian, terdapat 37 murid dan kesemuanya telah berjaya diselamatkan.  

"Bagaimanapun terdapat tiga pelajar yang mengalami sesak nafas susulan kebakaran ini.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 September lalu yang mengorbankan  21 orang pelajar dan dua orang guru.

Pihak bomba sedang menyiasat punca kebakaran dari pelbagai aspek dengan melihat kemungkinan api berpunca dari kipas angin atau peralatan elektrik yang ada di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, kebakaran berkenaan membabitkan asrama perempuan jenis kekal satu tingkat dengan keluasan 20x100 kaki yang dianggarkan terbakar sebanyak 80 peratus.

Menurutnya, pihaknya telah berjaya menyelamatkan satu blok surau dan dewan yang berada di bahagian belakang asrama berkenaan.

“Kejadian kebakaran ini disedari oleh seorang pelajar, Nur Athirah Izzati Shamsul Murfiz, 15, yang terjaga dari tidur dan melihat percikan api dari bahagian atas.

“Tindakan pantas pelajar tersebut mengejutkan rakan dan menyuruh rakan segera keluar dari asrama serta memaklumkan warden telah berjaya menyelamatkan nyawa rakan-rakan mereka.  Kita menerima panggilan kebakaran dari warden asrama ini,” katanya.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan pada jam 1.51 pagi, sepasukan 20 anggota melibatkan empat jentera dari dua balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan pertama tiba di lokasi 10 minit selepas menerima panggilan. Apabila bomba sampai, semua pelajar telah selamat keluar dan kita mendapati tiga orang pelajar yang mempunyai penyakit asma telah diserang sakit asma.  Pelajar berkenaan telah di hantar ke Hospital Tampin oleh staf di sini,” katanya.

Kesemua pelajar bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan.

“Ketika sampai juga api telah merebak separuh bangunan dan kita telah mengambil masa selama 15 minit bagi mengawal api daripada merebak.  Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya.

Norazam berkata, sebelum ini pusat pengajian berkenaan pernah diambil tindakan susulan gagal mematuhi aspek keselamatan kebakaran dan kes berkenaan telah pun dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun menurutnya, selepas dari itu, pihak pengurusan telah mengikut nasihat pasukan bomba dan mematuhi ciri-ciri keselamatan kebakaran yang ditetapkan.

“Bagi insiden ini kita akan siasat sama ada bangunan ini (asrama) didaftarkan sekali di bawah bangunan sekolah agama dan tahfiz di negeri ini.

“Kita kini sedang melakukan pemeriksaan ke seluruh pusat tahfiz di negeri ini. 40 premis berdaftar dengan pejabat agama telah disiasat dan 10 daripadanya tidak menepati tahap keselamatan yang kita tetapkan,” katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI