Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN BAS EKSPRES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN BAS EKSPRES. Papar semua catatan

31 Oktober 2017

RAMAI PENUMPANG CEDERA BAS EKSPRESS BERGESEL DENGAN LORI TANGKI DI JASIN


MELAKA : “Mujur saya ikut gerak hati tukar tempat duduk, kalau tak mungkin saya boleh cedera parah. Difahamkan, penumpang yang cedera ramai duduk di sebelah kiri,” kata penumpang bas ekspres Amir Arsyad, 22, yang terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain di Kilometer 178 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, semalam.

Kemalangan menyebabkan tangan kiri penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor itu membengkak dipercayai akibat terhentak, namun dia bersyukur kerana tidak cedera serius.

Menceritakan kejadian itu, Amir berkata, terdahulu dia menaiki bas berkenaan bersama penumpang lain di Batu Pahat pada jam 8 pagi sebelum bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

“Sepatutnya saya duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, tetapi sebelum bas bertolak tiba-tiba saya berasa mahu pindah ke kanan kerana melihat banyak tempat duduk kosong.

“Tidak lama kemudian saya terlena, namun terjaga selepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan bas bergegar, ketika itu kedengaran suara penumpang lain yang panik menjerit menyebabkan saya cemas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Jasin, semalam.

Katanya, semua penumpang kemudian menyelamatkan diri dengan keluar menerusi cermin depan bas yang pecah akibat bergesel dan berlanggar dengan lori tangki serta bas persiaran.

Dia turut memuji keprihatinan orang ramai membantu mengeluarkan penumpang wanita yang mengalami kesukaran untuk keluar dengan sendiri berikutan tersepit di tempat duduknya.

“Saya sebenarnya mahu ke Hospital Shah Alam, Selangor kerana ada temu janji dengan doktor dan mendapatkan rawatan susulan akibat terbabit kemalangan Ogos lalu, tapi hari ini (semalam) lain pula jadinya,” katanya.
Share:

28 Disember 2016

KELUARGA PEMANDU BAS YANG TERKORBAN MAHUKAN KEADILAN


Keluarga pemandu bas ekspres Zakeer Zubir, 32, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor Sabtu lepas sedia memberi kerjasama dalam siasatan kemalangan itu.

Bapa saudara kepada mangsa, Abdul Shukoor Rahim, 63, berkata keluarganya juga berharap laporan siasatan dapat dikeluarkan segera.

Beliau tidak menolak kemungkinan pihaknya mengambil tindakan undang-undang berhubung kemalangan itu.

Katanya, keluarga mereka telah melantik seorang peguam untuk membantu sekiranya terdapat sebarang ketidakadilan terhadap arwah.

Bercakap kepada pemberita di rumah keluarga Zakeer di sini pada Selasa, Abdul Shukoor berkata: "Kami ingin jawapan daripada pihak majikan mengapakah bas itu hanya dipandu arwah seorang pada ketika itu?.

"Sedangkan jarak perjalanan sangat jauh dari Pulau Pinang ke Johor dan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Bas yang dipandu Zakeer terlibat dalam kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengorbankan 14 nyawa.

Mereka termasuk anak bongsunya, Nur Natasha Zahara, berusia setahun.

Isteri Zakeer, Miyarseh Kemat (warga Indonesia) cedera parah dan dirawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Dalam laporan semalam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengumumkan mereka akan mengeluarkan laporan awal mengenai kemalangan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Dalam pada itu di Muar, laporan terbaru menyatakan Miyarseh akan dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang malam ini atas permintaan keluarga suaminya.

Adik bongsu kepada Zakeer, Zahirah Zubir, berkata keluarganya telah mengambil keputusan untuk memindahkan kakak iparnya ke hospital Pulau Pinang kerana mereka tidak mempunyai ahli keluarga di Muar untuk melihat keadaan Miyarseh.

"Lagipun, kedua anak arwah iaitu Nur Zafeerah, 2, dan Nur Cahaya Zulaikha, 4, masih tidak dapat memahami situasi yang menimpa ibu bapa mereka dan sering mencari-cari ayah dan ibunya terutama pada awal pagi," katanya kepada Bernama.

Zahirah berkata ibunya, Rashidah Abdul Rahim, 60, turut melahirkan hasrat untuk bertemu dengan menantunya.

"Mak sudah beberapa hari hilang selera makan dan rindu untuk bertemu dengan Kak Miya," katanya.

Menurut Zahirah, 21, dia dan abang sulungnya, Zameer, 35, tiba di HPSF pada petang ini dan telah menguruskan sebuah ambulans untuk membawa kakak ipar mereka balik ke Pulau Pinang malam ini.

"Insya Allah, sekiranya cuaca mengizinkan, kami akan bertolak malam ini juga membawa 'Kak Miya' (Miyarseh) ke Hospital Besar Pulau Pinang," katanya.

Zahirah berkata keadaan kakak iparnya semakin stabil.
Miyarseh patah kaki kiri, cedera di bahagian kelopak mata dengan kesan 13 jahitan serta luka dan lebam di bahagian belakang badan.

Mengulas mengenai bayaran kos perubatan Miyarseh di HPSF, Zahirah berkata syarikat bas telah berjanji akan menanggung segala perbelanjaan namun meminta pihak keluarga mendahulukan wang sendiri terlebih dahulu.

Zahirah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak HPSF kerana menyediakan pakar kaunseling bagi mengurangkan trauma kakak iparnya itu.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga berharap agar orang ramai menghentikan komen negatif terhadap arwah abangnya di laman sosial, katanya.

Zahirah berkata keluarganya masih bersedih dengan kehilangan abangnya. -- BERNAMA
Share:

24 Disember 2016

MANGSA NAHAS BAS WARGA MYANMAR CERITA DETIK CEMAS KETIKA KEJADIAN


PAGOH : Hajat seorang pemasang siling bangunan meraikan Krismas di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila terlibat dalam nahas bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi.

Ralza Uk, 25, berkata ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian belakang bas sedang tidur dan tidak menyedari insiden tersebut.

"Ketika bas terjunam di cerun, saya dapat rasakan bas melambung tetapi saya masih kekal di tempat duduk.

"Tiba-tiba sahaja, saya merasakan seluruh badan sangat sakit dan tidak mampu bergerak," kata warga Myanmar itu ketika ditemui pemberita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Beliau berkata apabila bas itu terhempas, dia merasakan seluruh anggota badannya seperti dihempap dan tidak boleh bergerak sehinggalah bantuan tiba tidak lama kemudian.

"Keadaan penumpang lain juga saya tidak pasti. Saya dikeluarkan anggota bomba sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam nada sebak sambil memegang mata dan mukanya yang lebam.

Ralza yang telah menetap selama lapan tahun di Malaysia berkata, dia ke Kuala Lumpur seorang diri kerana berhajat menyambut perayaan Krismas selain menghabiskan cutinya selama seminggu di sana.

Dia mengalami kecederaan di sebahagian muka dan mata kanan serta tangan kanan akibat hentakan bas dan dibenarkan pulang, tengah hari tadi.

"Keluarga dan rakan-rakan saya belum dimaklumkan lagi kerana telefon bimbit dan barang-barang yang dibawa bersama untuk ke Kuala Lumpur berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan saya perlu dapatkannya terlebih dahulu," katanya yang berasal dari Chien, Myanmmar.

Pada kejadian pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun setinggi 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh awal pagi tadi.

Selain 14 maut, seramai 16 lagi cedera termasuk enam warga Singapura dan dua warga Myanmar dalam kemalangan tersebut.

Share:

AYAT AKHIR ARWAH MASIH TERNGIANG NGIANG DI KEPALA


PAGOH : "Saya rasa nak pergi jauh" adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi tadi.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantarnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.


"WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan 'saya rasa nak pergi jauh' jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan," katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

"Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

"Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam," katanya.
Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI