Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

18 Februari 2016

MEREKA TERINGIN SANGAT NAK TENGOK APA YANG ADA DI TERENGGANU


MERSING : "Dia tidak biasa memandu, selalunya kalau berjalan dia hanya naik motosikal dan kawasan yang paling jauh dia pergi pun hanya ke Kota Tinggi," kata Nor Akmah Junoh, ibu kepada Nik Shakir Zufayri Nik Arif yang maut dalam kemalangan kereta di Jalan Mersing-Kota Tinggi Rabu lepas.   

Nik Shakir Zufayri dan tiga rakannya maut dalam perjalanan untuk bercuti di Terengganu. Nor Akmah, 42, berkata Nik Shakir Zufayri amat teruja untuk bercuti di Terengganu memandangkan dia tidak pernah mengetahui keistimewaan negeri pantai timur.

Menurut wanita itu, anaknya pernah bertanyakan kepadanya mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu.

Saya orang Kelantan tetapi sudah tinggal di Johor sejak arwah (Nik Shak ir Zufayri) dilahirkan. Kawan-kawannya juga orang Johor dan tidak pernah pergi ataupun tahu mengenai pantai timur.

Jadi suatu hari, dia bertanya kepada saya, ada apa di sana (Terenggnu) dan dekat mana tempat yang lawa (menarik).

"Saya jawab, pergilah ke Kerteh atau bandar Kuala Terengganu, boleh tengok lampu kelip-kelip pada waktu malam," kata Nor Akmah ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, di sini, hari ini.

Nor Akmah berkata, tidak lama kemudian, Nik Shakir Zufayri berpakat dengan rakan-rakannya untuk bercuti di Terengganu dan mereka bertolak menaiki sebuah kereta, Rabu lepas.

Menurut ibu itu, Nik Shakir Zufayri tidak menunjukkan sebarang sikap pelik dan sempat bersalaman dengannya, bapanya, serta adik-adiknya sebelum berlepas.

"Anak saya tidak menghubungi keluarga kerana saya tahu dia yang memandu kenderaan sehinggalah pada pukul 12 tengah malam (Rabu), saya tergerak untuk menelefonnya tetapi panggilan itu tidak berjawab," katanya.          

Sementara itu, Intan @ Molek Mohd Yusoff, 50, pula berkata anaknya, Abu Izzani Abu Bakar, sempat berpesan akan menghubungi keluarga apabila tiba di Terengganu.

Intan berkata, Abu Izzani merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan sangat manja dengan keluarga.  

"Dia (Abu Izzani) sempat cakap 'adik pergi dulu', sebelum mencium pipi dan bersalam dengan makcik," katanya.

Terdahulu, Nik Shakir Zufayri dan Abu Izzani serta dua lagi rakan mereka iaitu Muhammad Asyraf Isa dan Luqman Jainie dilaporkan hilang pada Rabu lepas ketika kesemuanya berumur 21 tahun itu dalam perjalanan ke Terengganu.   

Difahamkan, mereka menaiki kereta jenis Honda Accord dan terbabas ke tepi jalan sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke anak sungai di laluan tersebut, kira-kira 11.30 malam.

Kemalangan berlaku di KM42 Jalan Mersing-Kota Tinggi. Kereta mereka ditemui di dalam anak sungai itu oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit, kira-kira 8.10 pagi tadi ketika hendak membersihkan kawasan ladang dan kesemua mayat kemudian ditemukan dalam kenderaan terbabit.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI