Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label LORI TRELER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LORI TRELER. Papar semua catatan

31 Oktober 2017

RAMAI PENUMPANG CEDERA BAS EKSPRESS BERGESEL DENGAN LORI TANGKI DI JASIN


MELAKA : “Mujur saya ikut gerak hati tukar tempat duduk, kalau tak mungkin saya boleh cedera parah. Difahamkan, penumpang yang cedera ramai duduk di sebelah kiri,” kata penumpang bas ekspres Amir Arsyad, 22, yang terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain di Kilometer 178 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, semalam.

Kemalangan menyebabkan tangan kiri penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor itu membengkak dipercayai akibat terhentak, namun dia bersyukur kerana tidak cedera serius.

Menceritakan kejadian itu, Amir berkata, terdahulu dia menaiki bas berkenaan bersama penumpang lain di Batu Pahat pada jam 8 pagi sebelum bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

“Sepatutnya saya duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, tetapi sebelum bas bertolak tiba-tiba saya berasa mahu pindah ke kanan kerana melihat banyak tempat duduk kosong.

“Tidak lama kemudian saya terlena, namun terjaga selepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan bas bergegar, ketika itu kedengaran suara penumpang lain yang panik menjerit menyebabkan saya cemas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Jasin, semalam.

Katanya, semua penumpang kemudian menyelamatkan diri dengan keluar menerusi cermin depan bas yang pecah akibat bergesel dan berlanggar dengan lori tangki serta bas persiaran.

Dia turut memuji keprihatinan orang ramai membantu mengeluarkan penumpang wanita yang mengalami kesukaran untuk keluar dengan sendiri berikutan tersepit di tempat duduknya.

“Saya sebenarnya mahu ke Hospital Shah Alam, Selangor kerana ada temu janji dengan doktor dan mendapatkan rawatan susulan akibat terbabit kemalangan Ogos lalu, tapi hari ini (semalam) lain pula jadinya,” katanya.
Share:

2 April 2017

TRELER HEMPAP MPV ENAM SEKELUARGA MAUT SERTA MERTA


Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa keluar enam mayat daripada MPV yang dihempap treler di KM403 lebuh raya PLUS, dekat simpang Plaza Tol Tanjung Malim di sini, awal pagi ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie, berkata bomba menerima panggilan pada 7.41 pagi.

Katanya, satu jentera BBP Kuala Kubu Bharu di bantu BBP Tanjung Malim tiba di lokasi.

"Mayat pertama lelaki dikeluarkan, pada 8.25 pagi. Disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

"Mangsa seterusnya lelaki dikeluarkan sejam kemudian disusuli mangsa ketiga perempuan pada 9.34 pagi. Seminit kemudian dua lagi lelaki dikeluarkan.

"Mayat terakhir lelaki dikeluarkan pada 9.40 pagi," katanya.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat treler itu sebelum usaha membawa keluar mangsa tersepit dilakukan.

Beliau berkata, kemalangan mendapati treler terbabit datang dari arah selatan dan terbalik ke laluan bertentangan menyebabkan pelanggaran dengan MPV yang juga dari arah sama.
Share:

31 Disember 2016

JURUTOL WANITA TERSEPIT DALAM PONDOK TOL YANG DIREMPUH LORI TRELER


SUBANG : Jurutol wanita cedera di kaki kanan selepas treler yang lebih muatan tersangkut pada pondok tol di Plaza Tol Seafield.

Kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan pondok di laluan paling kiri susur keluar ke Subang Jaya itu senget dan terpaksa dialihkan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat pada 2.08 petang.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan terdapat seorang mangsa yang tersepit.

"Sebaik tiba kami dapati mangsa sudah dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan," katanya.

Difahamkan, badan treler yang membawa muatan besi buruk berkenaan tersangkut pada pondok tol ketika pemandunya mahu membayar tol.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI