Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 Mac 2017

PEMANDU JENGKAUT TERGILIS WARGA EMAS


Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan jengkaut menyebabkan mangsa terjatuh dan digilis kenderaan tersebut semalam.

Ketika kejadian jam 12.30 tengahari, pemandu jengkaut sedang melakukannya kerja pembersihan di tepi Sungai Mekuang, Kuala Jambu di sini.

Mangsa, Razali Mahamud, 63, dari kampung Siput, Meranti, Pasir Mas maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa dipercayai ingin memotong kenderaan berat itu tetapi  hilang kawalan lalu bergesel.

"Mangsa terjatuh lalu dilanggar jengkaut itu.

"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari kampung Teluk Jering menghala ke Kuala Jambu," katanya.

Zaharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, pemandu jengkaut berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI