Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

24 Jun 2016

ANAK DAN ISTERI MAUT ANGKARA PEMANDU LORI TRELER


Jeritan cahaya mata tunggalnya, Hanna Humaira Mohd Hasnun, 1, sebelum maut dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak hari ini pastinya menjadi igauan Mohd. Hasnun Ramli buat selama-lamanya.

Apatah lagi nahas yang berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi itu turut mengorbankan isterinya, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28.

Menceritakan kejadian, Mohd. Hasnun, 29, dalam nada sebak memberitahu, dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Bangsar, Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah bapa saudara isterinya yang baru meninggal dunia sebelum kemalangan.

Ujarnya, setiba di lokasi kejadian, dia yang memandu kereta jenis Suzuki Swift dan berada di laluan kanan memperlahankan kereta kerana melihat beberapa kenderaan di hadapan bergerak perlahan ekoran terdapat lori terbalik.

“Tiba-tiba saya melihat treler yang berada dari arah belakang meluru laju kemudian merempuh dan menyebabkan kereta saya berpusing ke laluan tengah sebelum dirempuh sebuah lagi treler dari arah kiri.

“Rempuhan itu menyebabkan saya tersepit pada stereng dan dihempap cermin hadapan manakala isteri tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Mohd. Hasnun yang pasrah dengan kejadian tersebut berkata, dia sedar semasa rempuhan berlaku hanya sempat mendengar jeritan anak dan memeriksa nadi isteri sebelum dikeluarkan pasukan bomba dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, jenazah isteri dan anaknya akan dikebumikan di Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Dua mangsa yang cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu Datuk Hamzah Ahmad serta isterinya, Datin Zaharah Ali dihantar ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kemalangan berpunca daripada treler yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh lima buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Mohd. Hasnun.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila sebuah lagi treler dari laluan tengah tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.

“Akibat rempuhan tersebut mangsa tersepit antara kedua-dua treler. Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain tidak sempat mengelak hingga berlaku pelanggaran seterusnya,” katanya.

Tambah Supramaniam, pemandu treler ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TERKINI : Jenazah mangsa kemalangan dekat Tanjung Malim, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan anaknya, Hanna Humaira Mohd Nasrun, setahun lima bulan, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Darat, Sungai Dua kira-kira 12 tengah malam tadi.

Jenazah dua beranak itu tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Permatang Tok Jaya, pada jam 10.40 malam, diiringi suami mangsa, Mohd Nasrun Ramli, 29.

Suasana pilu sebaik jenazah dua beranak dibawa memasuki rumah untuk penghormatan terakhir saudara mara dan kenalan mangsa. Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek, Pekan Darat untuk disembahyangkan.

Sementara itu, Muhd Nasrun Ramli, suami kepada Allahyarham Nurul Syaziela yang ditemui selepas pengkebumian berkata, beliau redha dengan pemergian isteri dan anak tunggalnya.

Mencerita kembali detik kejadian Mohd Nasrun berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan beliau tidak menyangka perjalanannya untuk menziarahi bapa saudaranya yang meninggal dunia berakhir dengan tragedi.

"Saya langsung tidak sangka akan kehilangan isteri dan anak tunggal kami yang baru berusia setahun lima bulan itu dalam sekelip mata hari ini.

"Ekoran pelanggaran kuat itu, isteri dan anak saya tersepit...saya cuba  membantu mengeluarkan mereka tetapi tidak berjaya. Waktu itu darah dah penuh  di muka dan badan mereka, saya juga tersepit tetapi masih sedar," katanya.

Mohd Nasrun memberitahu, dia hanya mengalami kecederaan ringan dan luka di bahagian dahi serta tangan.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi Khamis,  kenderaan yang dipandunya dirempuh treler yang terbabas di kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mengakibatkan isteri dan anaknya maut. Kemalangan itu turut menyebabkan 16 kenderaan lain terbabas.

SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH..
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI