Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HALAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HALAL. Papar semua catatan

31 Oktober 2015

AWAS !! PAU BERINTI BABI DARI NEGARA JIRAN


Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas 15 bungkusan kecil seberat dua kilogram (kg) mengandungi pulut mangga dan pau dipercayai berintikan daging babi yang cuba dibawa masuk dari negara jiran di pintu masuk Kompleks Kastam Kuarantin dan Imigresen (ICQ) Rantau Panjang, kelmarin.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, makanan itu dirampas daripada seorang peniaga asing yang masuk ke negeri ini mengikut laluan sah, kira-kira jam 7 pagi.

“Ia susulan operasi bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Rantau Panjang.

“Sebanyak 235 barang makanan diperiksa dan daripada itu terdapat tiga bungkusan plastik besar berisi 15 bungkusan kecil pulut mangga dan pau dipercayai berintikan daging babi,” katanya.
Share:

30 Oktober 2015

BERITA GEMBIRA BUAT VAPERS MALAYSIA


Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan pengguna dan penjual vape, hari ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini berkata, kerajaan sebelum ini mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Katanya, kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
Share:

27 Mei 2015

SECRET RECIPE PENGOTOR?


Punca sebenar penarikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Syarikat Secret Recipe adalah disebabkan faktor kebersihan dan bukannya penggunaan produk haram seperti yang disebarkan di laman sosial.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan tersebut disebabkan berlakunya pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan kebersihan yang serius.

“Penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terbabit dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Menurut Hakimah lagi,pihaknya sentiasa menitik beratkan soal kebersihan dalam proses pembuatan dan pemprosesan makanan di negara ini.

Meskipun Sijil Halal bagi syarikat Secret Recipe ditarik balik, jelas Hakimah, syarikat itu masih boleh memohon semula sijil tersebut.

“Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun penarikan tersebut tidak menghalang syarikat itu untuk memohon semula sijil sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal negara ini.

“Pihak Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya lagi.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI