Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label SARAWAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SARAWAK. Papar semua catatan

22 Mei 2017

POLIS BERPANGKAT INSPEKTOR TEMBAK TEMAN WANITA?


Polis Sarawak telah menahan pegawainya berpangkat Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Serian, petang semalam.

Pusuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang berkata suspek telah ditahan di sebuah pasar raya di Matang.

Suspek dipercayai menembak seorang wanita menggunakan pistol di sebuah rumah di Kampung Kakai Serian pukul 3.15 petang tadi.


Jelasnya berdasarkan maklumat awal, suspek masuk ke bilik mangsa yang dikenali sebagai Christie dan telah melepaskan satu das tembakan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis sedan berwarna putih.

Mangsa dipercayai teman wanita suspek kerana tiada rekod mereka berkahwin. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Share:

6 April 2017

PESTA KUTIP KEPAK AYAM JIJIK DAN KOTOR


Penduduk Kampung di Jalan Engkalat, Sibu mendapat rezeki melimpah ruah apabila Pihak Kastam Sibu telah merampas sebanyak 3 tan lori kontena sejak jumaat lepas 31.3.2017 atas sebab tiada permit import yang sah. 

Pihak Kastam telah membuang "Sayap Ayam" import yang datang dari luar negara tersebut di Jalan Engkalat dan ditanam dikawasan Bukit Aup Sibu.

Penduduk kampung sanggup menggalinya beberapa kaki di dalam tanah semula untuk mendapatkan kembali Sayap Ayam yang masih segar dan dibasuh seterusnya dijual.
Share:

23 Januari 2017

JANGAN BUNUH BUAYA!!


SARAWAK : Masyarakat yang tinggal di pesisir sungai di negeri ini masih percaya bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang nenek moyang yang tidak boleh dilanggar.

Ketua Jabatan Sains Akuatik di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Ruhana Hassan berkata, cadangan kerajaan untuk membenarkan perdagangan buaya adalah langkah bijak untuk mengawal populasinya, begitu juga usaha Sarawak Forestry Corporation (SFC) mewujudkan Zon Nyah Buaya.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik kedua-dua usaha itu, ia tidak selari dengan kepercayaan masyarakat tempatan terutama yang menetap di kawasan tebing sungai di negeri ini.

“Penduduk di kawasan pesisir sungai masih percaya bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang yang tidak boleh dilanggar.

“Apa saja pegangan agama, penduduk lazimnya apabila berkaitan buaya, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu membunuh reptilia itu kerana dikhuatiri nyawa mereka dalam bahaya ketika berada dalam sungai.
Share:

15 September 2016

BUDAK HILANG DIJUMPAI TAK CUKUP SIFAT DISYAKI DIBAHAM BUAYA


SARAWAK : Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui maut dalam keadaan menyayat hati apabila hanya bahagian bawah tubuhnya dijumpai dipercayai dibaham sang bedal berdekatan Pangkalan Feri Muara Tuang, di sini, semalam.

Hanya bahagian pinggang ke bawah mangsa, Silvester Kilat Lee, 19, ditemui kira-kira jam 10.30 pagi oleh orang awam yang memancing tidak jauh dari lokasi penemuan itu.

Difahamkan, bahagian atas tubuh mangsa hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Samarahan dan masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat yang ditemui itu disahkan adalah Silvester oleh bapanya yang membuat pengecaman berdasarkan seluar jeans yang dipakai pekerja kapal korek berkenaan pada hari kejadian.

Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang selepas meninggalkan kapal pengorek pasir yang berlabuh berhampiran Pengkalan Feri Muara Tuang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu untuk membeli sayur.
Share:

9 Mei 2016

PENDUDUK MENDAKWA TERLIHAT HELIKOPTER DI PANAH PETIR SEBELUM TERHEMPAS


Seorang penduduk di rumah panjang Kampung Seduku dekat sini mendakwa, dia ternampak sebuah daripada empat buah helikopter yang terbang melalui perkampunganya terkena panahan petir ketika hujan lebat pada 5 Mei lalu.

Mengimbau detik cemas pukul 4 petang itu, Mona Lipek, 40, berkata, ketika itu dia berehat di beranda rumahnya sebelum ternampak empat buah helikopter terbang menuju ke zon Sebuyau.

“Kampung ketika itu dilanda hujan lebat, ribut, petir dan guruh.

“Ketika duduk, saya mulanya ternampak empat buah helikopter yang terbang seperti berkonvoi.

“Sedang saya mendongak ke langit, secara tibatiba helikopter keempat terkena panahan petir menyebabkan pesawat tersebut menjadi tidak stabil,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Mona memberitahu, dia yang cemas dan takut me­nyaksikan kejadian tersebut terus masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui bagaimana keadaaan pesawat tersebut.

Seorang lagi penduduk di kampung sama, Gelang Kadir, 39, pula mendakwa, semasa sedang memasak pukul 4.30 petang, dia menjadi panik apabila rumah dan pokok-pokok di sekitarnya bergoyang.

“Saya yang melihat dari tingkap, nampak sebuah helikopter terbang amat rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas,” ujarnya.

Sejurus selepas itu, kata Gelang, dia terdengar bunyi seolaholah letupan namun tidak dapat memastikan sama ada letupan itu berpunca daripada helikopter atau disebabkan petir.

Seorang nelayan, Arif Johari, 40, dari Kampung Lingga pula memberitahu, kawannya yang sedang bertukang mendakwa ternampak sebuah helikopter terbang rendah menuju ke arah Sebuyau sebelum pesawat itu hilang dari pandangan.

Suut Ujang, 72, dari kampung sama pula menceritakan ketika kejadian, kampungnya hujan renyai-renyai dan sesekali kedengaran petir.

“Saya ada terdengar enjin helikopter yang sangat kuat sebelun ternampak pesawat itu terbang rendah menghala ke arah Sebuyau,” katanya.

Khamis lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 membawa lima penumpang dan seorang juruterbang yang dilaporkan hilang di Sebuyau dekat sini disahkan terhempas di Batang Lupar. Lima mangsa yang ditemui terbunuh ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, suami Noriah, Tuan Asmuni Abdullah.

Turut terkorban Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun.

Bagaimanapun, sehingga semalam, juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas belum ditemui.

Share:

6 Mei 2016

TERKINI!! OPS SAR TEMUI SATU MAYAT WANITA TERAPUNG


Jam 12 tengah hari tadi pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai satu mayat wanita yang masih belum di kenal pasti identitinya.

Mayat itu di jumpai berhampiran dengan serpihan pesawat di sekitar sungai tempat. Setakat ini mangsa-mangsa yang lain masih belum di jumpai.
Share:

TERKINI!! PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT MENJUMPAI SERPIHAN HELIKOPTER DAN SATU MAYAT


Imej serpihan yang di percayai pesawat terlibat di jumpai oleh Pasukan SAR 930 di Sebuyau. Pengesahan akan dibuat oleh DCA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Dalam pada itu, Najib berkata, kawasan penemuan bersebelahan Sungai Batang Lupar dan ini menyukarkan operasi namun segala aset yang ada akan digunapaki dalam operasi ini.

Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

TERKINI!!

Jam 12 tengah hari tadi pasukan penyelamat telah menjumpai satu mayat wanita yang masih belum di kenal pasti identitinya.

Mayat itu di jumpai 15 kilometer dari serpihan pesawat yang ditemui oleh pasukan SAR Malaysia.

Setakat ini mangsa-mangsa yang terlibat masih belum ditemui.
Share:

TERKINI!! HELIKOPTER DI NAIKI VVIP HILANG DALAM RADAR MASIH BELUM DIJUMPAI


Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang dari radar. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.     

"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.


Pasukan bertindak ditubuhkan
Pasukan bertindak diketuai PDRM dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk cari helikopter hilang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

JBPM Sarawak bersedia
Lakukan perincian lokasi. Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Norhisham Mohamad berkata, pihaknya telah meletakkan seluruh pasukan penyelamat dalam keadaan siap siaga penuh.

Pihaknya sedang melakukan perincian lokasi terakhir helikopter berkenaan dikesan di kawasan Sebuyau, sebelum menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Antara yang digerakkan termasuklah pasukan khas menyelamat STORM. SAR kesan pesawat dikerah. Usaha sedang dijalankan untuk mengesan helikopter yang hilang di Sarawak.

PENGESAHAN TERKINI!!


Polis mengesahkan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama lima yang lain termasuk juruterbang yang dilaporkan hilang petang tadi, masih belum dijumpai.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 8.20 malam tadi telah menggerakkan sepasukan anggota ke beberapa lokasi untuk menjalankan operasi pencarian.



Beliau turut menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa helikopter tersebut dijumpai di Sri Aman.



“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat dengan menggerakkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Sri Aman, Simunjan dan Betong.



“Selain itu, agensi lain iaitu masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut bergerak ke lokasi bagi memulakan pencarian seawal pukul 6 pagi ini.



“Seramai 13 Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bergerak ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian pagi nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini malam semalam.



Helikopter jenis ASO 350 bernombor pendaftaran RP-C6828 itu dilaporkan hilang dari radar pada pukul 4.32 petang selepas berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan dijadual tiba di sini kira-kira pukul 5 petang.

Share:

28 Januari 2016

KU SANGKAKAN KAYU, RUPA-RUPANYA BUAYA MELINTANG DI TENGAH JALAN


SARAWAK : Seekor buaya seberat 150 kilogram (kg) mengejutkan penduduk Rumah Panjang Mancha Tawang Hulu di sini, apabila ditemukan berkeliaran di te­ngah jalan raya di perkampungan itu semalam.

Buaya sepanjang kira-kira 4.5 meter itu dijumpai di perkampungan masyarakat Iban berkenaan pada pukul 9.15 malam.

Penemuan tersebut amat mengejutkan kerana sebelum ini penduduk dari rumah panjang berkenaan tidak pernah terserempak dengan reptilia ganas itu di atas jalan raya.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Halley, 40-an, berkata, dia hampir melanggar buaya tembaga itu ketika sedang menunggang motosikalnya menuju ke rumah panjang berkenaan.

“Pada mulanya, saya ternampak satu objek kaku di atas jalan raya seperti sebatang kayu besar yang menghalang jalan.

“Apabila dihampiri dan melihat betul-betul, saya terkejut mendapati objek itu rupa-rupanya seekor buaya dewasa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Halley memberitahu, dalam keadaan panik, dia masih sempat terfikir menghubungi rakannya untuk tindakan lanjut.

Katanya, sebaik sahaja rakannya tiba, mereka mengambil keputusan untuk menghalau reptilia itu ke Sungai Batang Lupar yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan di situ.

Menurutnya, mereka mengambil masa hampir sejam menghalau sang bedal itu menggunakan sebatang kayu sebelum dapat membawanya ke sungai.

“Kami amat bersyukur kerana buaya itu tidak bertindak agresif dan menyerang kami semasa cuba dihalau,” katanya.

UPDATE!

BUAYA TERBABIT BERJAYA DI TANGKAP!
Seekor buaya seberat 150 kilogram (kg) yang me­ngejutkan penduduk Rumah Panjang Mancha Tawang Hulu, Tanjung Bijat apabila ditemukan berke­liaran di tengah jalan raya kelmarin ditangkap setelah terperangkap dalam parit semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan, operasi menangkap sang bedal tersebut melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bersama empat pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC), tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dua anggota polis.

Kata beliau, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada penduduk kampung pada pukul 5.22 petang dengan mengambil masa kira-kira 35 minit ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk menjinakkan buaya tembaga dengan panjang kira-kira 4.5 meter yang terperangkap dalam sebatang parit berhampiran Sungai Batang Lupar itu.

“Pegawai SFC turut memberikan penerangan kepada petugas tentang cara-cara menangkap reptilia ganas itu dengan bertindak mengikat mulut dan mata buaya ber­kenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan seorang penduduk Rumah Panjang Mancha Tawang Hulu yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan seekor buaya yang merangkak di atas jalan raya di situ ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada pukul 9.15 malam.

Insiden itu mencetuskan suasana gempar apabila ramai penduduk rumah panjang di situ keluar untuk melihat reptilia itu.

Mereka mengambil masa kira-kira sejam menggunakan kayu untuk menghalau buaya itu ke Sungai Batang Lupar yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan raya.

Mengulas lanjut, Farhan Sufyan berkata, operasi ditamatkan pada pukul 7 petang dan dipercayai buaya ditangkap itu adalah reptilia sama yang ditemukan penduduk rumah panjang itu pada malam Selasa lalu.

Katanya, buaya berkenaan di­serahkan kepada pihak SFC untuk dihantar ke Sanctuari Hidupan Liar Semenggoh di Kuching.


Share:

7 Disember 2015

KASIHAN NURUL IZZAH DI HARAM SANA SINI..


SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang menghalang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 67 Akta Imigresen.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, akta tersebut tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak bagi tujuan aktiviti politik.

"Tindakan ini walau di bawah bidang kuasa negeri bertentangan dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota dewan rakyat.

"Ia merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri, (sekatan itu) bukan disasarkan terhadap ahli Parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63 terhadap Naib Presiden PKR itu ke Sarawak, hari ini.

Kehadiran Nurul Izzah bertujuan memberi solidariti terhadap pimpinan bersama pimpinan tempatan PKR menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga mendakwa, Akta Imigresen 1959/1963 hanya boleh menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah sahaja.

"Saya akan kembali ke Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil-wakil Dun," katanya lagi.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI