Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PELAKON. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELAKON. Papar semua catatan

27 September 2016

PELAKON DRAMA DAN ANAK DATUK TANAM GANJA SEGAR BUGAR


Seorang pelakon drama dan seorang anak 'Datuk' adalah antara tiga lelaki yang ditahan di sebuah banglo di Jalan Ampang Ulu di sini kerana disyaki terlibat dalam penanaman pokok ganja, mengguna dan menjual dadah itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, turut ditahan seorang lelaki warga Filipina yang bekerja di sebuah syarikat pengurusan teknologi maklumat di sini.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 dan 36 tahun, termasuk anak kepada pemilik banglo berkenaan yang turut memiliki sekolah persendirian antarabangsa, ditahan dalam serbuan pukul 12.40 tengah hari Sabtu lalu

"Pemeriksaan ke atas rumah itu turut menjumpai tiga pasu disyaki pokok ganja berketinggian 19 hingga 100 sentimeter, dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan berat lebih 400 gram dan satu tiub straw mengandungi benih disyaki benih ganja," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, turut dirampas adalah bahan dan peralatan menanam pokok ganja, empat pistol angin pelbagai jenis, dua senapang angin pelbagai jenis, tujuh pedang samurai dan 19 pisau pelbagai jenis, sehelai vest polis dan satu lampu beacon.

"Kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM25,000," katanya.

Mengulas lanjut, Amar Singh berkata, benih itu dipercayai diseludup dari United Kingdom dan aktiviti menanam ganja berkenaan dikatakan aktif sejak empat bulan lepas.

Katanya dadah berkenaan dipercayai digunakan untuk kegunaan sendiri selain dijual.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah, dan kesemua mereka ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 36(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama
Share:

10 Mei 2016

TYRESE GIBSON RAJIN MELAWAT MASJID?


Pelakon Filem Fast & Furious, Tyrese Gibson menggambarkan momen emosional saat pertama kali melawat sebuah masjid semasa trip ke Qatar minggu ini.

Memuat naik gambar serta video dia berpakaian tradisional Arab, pelakon itu berkata, dia berasa sangat dirahmati.

"Lawatan pertama buat julung kali ke masjid dan jantung saya berdegup kencang dan berasa sangat rendah diri sebaik berjalan masuk," tulisnya di laman sosial, Facebook.‎

Melalui status tersebut, Gibson berkata, dia diberi kursus pertama tentang bagaimana untuk mendirikan solat dengan betul.

"Insya-ALLAH visi saya akan diberkati di Timur Tengah," tulisnya.

Memetik Al Arabiya, sebelum ini, pelakon itu melawat Timur Tengah beberapa kali sebagai sebahagian penggambaran filem Fast & Furious 7 dan lawatan peribadi.

Bagaimanapun status agama pelakon itu tidak dapat dipastikan.

Pada Jun tahun lalu, pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Roman Pearce dalam filem The Fast and the Furious itu menafikan telah memeluk agama Islam.


Share:

5 September 2014

ADNAN SEMPIT MASUK WAD AMPANG PUTERI

AMPANG: Pelakon popular, "Shaheizy Sam" dimasukkan ke Pusat Perubatan Ampang Puteri sejak semalam kerana menghidap denggi.

Ibunya, Khaty Fauziah turut berkongsi gambar anak kesayangannya itu di laman Facebook.

Paling menyedihkan beliau dimasukkan ke hospital pada hari sambutan kelahirannya yang ke-32 jatuh semalam iaitu pada 4 September


Shaheizy, ketika dihubungi berkata: "Saya kena denggi."

Katanya, beliau mula demam sejak Rabu lagi.

"Keadaan sekarang masih sama dan demam masih berlarutan. Doktor sarankan tak boleh keluar hospital sekurang-kurangnya seminggu lagi," kata Shaheizy.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI