Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN. Papar semua catatan

14 April 2017

NEGERI PERAK JADI TRANSIT PENGEDARAN DADAH PIL KUDA?


PERAK : Polis sedang menyiasat sama ada negeri Perak dijadikan laluan masuk atau transit bagi pil kuda untuk diedar ke tempat lain berikutan penemuan dadah jenis tersebut yang banyak di negeri itu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pada 2015 sebanyak 3,246 biji pil dirampas sebelum berkurang kepada 2,591 pil tahun lalu dan setakat ini, tahun ini sebanyak 180,000 biji dirampas. “Kenapa begitu banyak pil kuda ditemukan di Perak. 

Adakah permintaan untuk pil kuda bagi penagih sekitar Perak meningkat atau penagih telah berubah kepada dadah jenis lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Katanya rampasan dadah jenis pil kuda bernilai RM3.6 juta oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Muallim itu adalah yang terbesar di Perak sejak lima tahun lalu.

Share:

15 Februari 2017

DARI MANA BUDAK NI BELAJAR AMIK DADAH?


Seorang budak lelaki berusia 12 tahun antara empat individu ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di sekitar Pulau Pinang malam tadi.

Mereka ditahan di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini dalam Op Sarang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Difahamkan, kanak-kanak itu ditahan di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

Jurucakap AADK berkata, dalam operasi itu, seramai 10 orang diperiksa dan empat daripadanya positif dadah.

Menurutnya, turut dirampas ialah 53.5 gram syabu dan 3.65 gram heroin.

"Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
Share:

24 Ogos 2016

MAT GIAN NAIK HANTU KETIKA DI TAHAN AADK


AMPANG : “Tembaklah! Bunuhlah aku cepat! Aku nak mati, aku dah penat hidup macam ini,” jerit seorang penagih dadah sebelum menghantuk kepalanya ke dinding dan pintu rumah.

Lelaki berusia 59 tahun itu bertindak agresif sejurus ditahan dalam operasi anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di AU2, Taman Keramat di sini, jam 8 pagi semalam.

Lelaki itu yang turut melaungkan kalimah syahadah gagal mengawal emosi sebelum menghantuk kepalanya ke pintu rumah hingga menyebabkan pintu itu pecah.

Bagaimanapun, suspek yang cuba membunuh diri itu sempat dihalang empat anggota AADK yang bertindak memeluknya beramai-ramai.

Lelaki terbabit dipercayai bertindak gila selepas tindakannya merayu anggota penguat kuasa melepaskannya tidak berjaya.

Dalam serbuan itu, lelaki terbabit ditahan bersama seorang lagi rakannya berusia 58 tahun yang dikesan muncul di lokasi yang kerap dikunjungi kumpulan penagih dadah di kawasan itu.

Ketika ditahan, lelaki terbabit mengaku datang ke kawasan berkenaan untuk bertemu rakan penagih lain.

Dia yang ditenangkan pihak AADK mengaku bergelumang dadah sejak berusia 28 tahun akibat terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya pernah cuba berhenti menagih namun gagal walaupun pernah beberapa kali ditahan pihak berkuasa dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

“Saya sudah tidak mampu menahan kesakitan kalau tidak mengambil dadah. Badan saya tidak sihat seperti dulu dan hanya menunggu waktu untuk mati,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan persatuan penduduk yang bimbang dengan kehadiran penagih dadah di kawasan perumahan mereka.

Katanya, hasil daripada risikan, kumpulan penagih terbabit gemar berkumpul di kawasan semak di belakang loji kumbahan untuk melepaskan gian.

“Hasil siasatan, kami mendapati seorang lelaki bertindak sebagai pengedar dadah kecil-kecilan datang ke kawasan berkenaan hampir setiap hari untuk menjual dadah.

“Kami mengenalpasti identiti suspek dan operasi memburu lelaki itu giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI