Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PULAU PINANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PULAU PINANG. Papar semua catatan

5 November 2017

PULAU PINANG LUMPUH AKIBAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT TANPA HENTI


Kerajaan Negeri Pulau Pinang  terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu  pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi  FB Livenya dipetik berkata, ia berikutan keadaan hujan lebat dan angin ribut yang semakin memburuk di negeri itu.

Guan Eng yang turun melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan berkata, keadaan banjir di negeri tu semakin membimbangkan apabila air naik sehingga paras 10 hingga 12 kaki dan melepasi bumbung rumah.

Dalam nada sedih, Guan Eng meminta semua penduduk di negeri itu khususnya yang terjejas banjir agar terus bersabar sementara Kerajaan Negeri akan  berusaha  untuk menyampaikan bantuan secepat mungkin.

"Keadaan kini bertambah genting air masih naik, angin ribut masih  kuat, air sampai 10 kaki 12 kaki melepasi bumbung, di Pulau Pinang pusat  pemindahan tak ada bekalan elektrik. Pulau Pinang minta bantuan dariada Angkatan Tentera Malaysia, saya telah berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan saya minta  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Terima kasih terima panggilan saya pada hampir jam  3.30 pagi dan beliau berjanji  akan menghantar Angkatan Tentera Malaysia  untuk selamatkan Pulau Pinang," kata Guan Eng.

Hujan lebat diikuti angin kencang  sejak tengah hari Sabtu menyebabkan Pulau Pinang lumpuh apabila sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala banyak jalan terpaksa ditutup.

Keadaan turut diburukkan dengan kejadian puluhan pokok tumbang.

Tinjauan mendapati ratusan kenderaan terperangkap di dalam  banjir.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) yang dijangka berterusan hingga Ahad.
Share:

21 Februari 2017

WANITA MAUT 3 DAS TEMBAKAN KENA DI KEPALA, 7 DAS DI BADAN


PULAU PINANG : Seorang ahli perniagaan wanita maut ditembak oleh dua penunggang motosikal petang tadi di Jalan Lintang Pekaka 9, Gelugor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata mangsa yang sedang memandu bersendirian dari Sungai Dua menuju ke Bukit Gambir telah ditembak lebih 10 das.

Enam das daripada tembakan itu mengenai bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Share:

10 Januari 2017

SATU DUNIA SUDAH KENAL MAGIS FAIZ SUBRI! TAHNIAH FAIZ SUBRI!


Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).


Jaringan terbaik itu dilakukan ketika Faiz membantu pasukannya menetang pasukan Pahang dengan mencatat kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.

Anugerah Puskas FIFA tersebut disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.
View image on Twitter


Faiz menerusi catatan tweetnya berkata: “Memang di luar jangkaan saya untuk sampai ke tahap ini, bersama-sama dengan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa yang lain. Saya bersyukur dengan Anugerah Puskas FIFA yang diterima ini.”

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, pasukan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Rakan sekampung bangga kejayaan Faiz Subri

Rakan-rakan sekampung Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini berasa bangga dengan kejayaan Mohd Faiz yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.


Helmi Baharom, 25, berkata, kejayaan yang dikecapi Mohd Faiz juga kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak suatu masa dahulu.

"Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya di rumah keluarga Mohd Faiz selepas pengumuman kemenangan itu di Zurich, Switzerland, awal hari ini.

Beliau berkata selain itu, Mohd Faiz disifatkan sebagai seorang yang sangat menghormati rakan-rakannya walupun dia sebenarnya seorang pemalu.

Bagi Mohd Adha Salleh, 35 beliau percaya Mohd Faiz akan mengulangi kejayaan ini pada masa hadapan bagi anugerah yang lain di peringkat antarabangsa.

"Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya.

Mohd Faiz merupakan finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Share:

2 Disember 2016

TIGA MAUT DALAM KEJADIAN TEMBAK RAMBANG DI LEBUHRAYA PULAU PINANG


PULAU PINANG : Tiga individu maut dan dua cedera dalam satu kejadian menembak di lebuh raya di Pulau Pinang.

Dalam kejadian 7.15 petang tadi, mangsa dilaporkan ditembak dalam kereta di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu. Salah seorang maut dipercayai bergelar Datuk.

Sementara itu, dua tercedera termasuk seorang perempuan dan jurukamera sambilan RTM, Muhamad Amirul Amin yang sedang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.


Menurut rakan Muhamad Amirul, Muhammad Iskandar Osman yang merupakan seorang wartawan sambilan, mereka berhenti di lebuh raya tersebut selepas melihat seorang lelaki menghunus pistol ke arah seorang lelaki yang sedang terbaring di atas jalan raya. 

Muhamad Amirul berjalan ke arah salah seorang mangsa namun satu tembakan dilepaskan ke arahnya dan terkena bahagian dada beliau. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tembakan tersebut. 
Share:

22 Ogos 2016

KANTOI DI KLIA DAN DI REMAN DI PULAU PINANG


Penyanyi dan pengarah tempatan, Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Lelaki itu ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dia akan direman pagi esok," katanya di sini hari ini.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan.
Share:

4 Ogos 2016

NAMAWEE NAK KELENTONG LAGI..


Penyanyi dan pengarah filem, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee mendakwa klip video lagu 'Oh My God' yang menjadi viral baru-baru ini bukan dimuat naik olehnya.

Sebaliknya, klip video itu telah dicuri dan dimuat naik di media sosial oleh penggodam ketika ia masih dalam proses suntingan.

“Video yang kamu lihat bukan saya muat naik. Sebab kami masih belum habis sunting. Lagu ini bukan saya punya tapi ia milik sebuah syarikat filem Taiwan. Saya hanya penulis sahaja, ketika itu kami sedang berbincang dengan syarikat Taiwan itu untuk padam babak-babak yang sensitif dalam video muzik tersebut.

“Tapi sebelum tarikh kita nak muat naik (secara rasmi), ada penggodam yang mencuri video itu dan muat naik di YouTube dan Facebook. Ia bukan datang dari akaun Namewee. Kamu boleh semak. Kalau kamu kata saya yang bersalah, ini tak adil,” katanya melalui sebuah video bertajuk ‘Pengganas’ yang dimuat naik di akaun Youtube, hari ini.

Sebelum ini, beberapa NGO Islam Pulau Pinang membuat laporan polis berhubungan video tersebut yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan polis mengesahkan menunggu Namewee pulang ke tanah air untuk ditahan bagi siasatan lanjut.

Dalam rakaman video bertajuk ‘Oh My God’ itu, Namewee dan tiga pelakon lain dilihat menyanyi dan menari di beberapa rumah ibadat di sekitar Pulau Pinang termasuk masjid.

Dalam pada itu, Namewee turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak polis Pulau Pinang bagi siasatan lanjut kes tersebut.

“Saya juga harap kamu semua boleh hormat lagu saya ini yang mahu menghantar mesej memupuk keharmonian dalam agama yang berbeza. Malaysia negara yang berbilang kaum. Saya harap kita jangan gaduh-gaduh lagi.

“Tujuan saya tulis lagu ini ialah untuk menceritakan ketidakupayaan manusia dan kepentingan agama kerana agama tempat manusia bergantung. Lagu ini tidak ada bahasa kasar, lucah dan tidak menghina serta mempermainkan mana-mana agama,” katanya.

Jelasnya, keempat-empat pelakon di dalam video tersebut memakai pakaian daripada empat agama berbeza termasuk pendeta, sami, Nabi Isa (Jesus) dan orang Arab yang sedang bercuti di Pulau Pinang demi membawa mesej keamanan.

“Kamu jangan hanya nampak masjid saja dalam video itu. Tengok betul-betul. Kami juga ada pergi ke tokong Buddha, kuil India, tokong dan gereja. Walaupun kami tak ada surat kebenaran tapi kami telah bertanya orang yang berkuasa di sana sebelum penggambaran termasuk di masjid itu.

“Hari itu, kami 'shooting' sekejap sahaja, tak buat bising dan ikut peraturan masjid. Lagipun masjid itu tidak pernah kata kita tak boleh buat rakaman. Kami nampak ramai pelancong di sana yang rakam video dan tangkap gambar kerana masjid itu bukan masjid semata-mata. Ia juga destinasi pelancongan bersejarah. Jadi, kami rakam video macam pelancong lain juga,” jelasnya.

Penyanyi yang berasal dari Muar, Johor itu juga menafikan pelakon dalam video tersebut meminum arak dan bermain judi.

“Pelakon dalam MV dilihat main UNO dan poker (permainan kad) tapi mereka sebenarnya bukan berjudi kerana tiada duit. Hanya untuk hiburan saja. Air yang mereka minum bukan arak tapi sirap ais.

“Pistol yang mereka bawa itu pistol air kami beli tepi jalan. Semua benda kamu nampak dalam video itu lawak sahaja,” katanya.

Beliau turut menuding jari kepada pihak media memburukkan namanya dan sesetengah individu yang nakal mengedit serta memuat naik kembali videonya dengan sari kata yang salah hingga menyebabkan masyarakat salah faham terhadap dirinya.

“Kepada semua umat Islam dan kawan-kawan Melayu saya. Sudah bertahun orang salah faham dengan saya. Kalau selama ini anda rasa saya menghina agama Islam dan Malaysia, ia adalah kerana pihak media Malaysia selalu burukkan nama saya.

“Dulu video dan lagu saya tak ada sari kata. Jadi ada orang yang nakal suka buat sari kata yang salah dalam video saya dan muat naik sekali lagi. Sampai semua orang benci dan salah faham dengan saya.

“Lagu baru saya itu saya masukkan sari kata bahasa Melayu dan Inggeris yang profesional. Saya harap kamu boleh faham dan baca betul-betul ,” katanya.
Share:

13 Julai 2016

AADK PANTAU PENJUALAN KEREPEK DAN REMPEYEK DAUN KETUM


Bagi meraih keuntungan, kini ada yang menjual snek daun ketum, sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara itu dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan digoreng hingga rangup untuk dimakan seperti snek," kata Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah, negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

"Kita khuatir produk baru ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji untuk mengetahui ada permintaan tinggi atau tidak," katanya.

Beliau menyarankan kerajaan segera meletakkan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan kesalahan. Jika memetik daun ketum baru kesalahan.

"Antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri, jadi pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang," jelasnya.

Mohammed Nazer berkata, ada 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya didenda.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI