Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KEDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEDAH. Papar semua catatan

5 Oktober 2017

BAPA CUAI TINGGALKAN ANAK BERSENDIRIAN DALAM KERETA UNDANG PADAH


KEDAH : Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun nyaris dilarikan penjenayah, apabila bapa mangsa singgah di stesen minyak di Tanah Merah untuk ke tandas.

Bagaimana pun, kanak-kanak itu terselamat selepas ditinggalkan berdekatan lokasi kejadian, sebelum penjenayah melarikan kereta milik lelaki berusia 33 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada jam 7.45 pagi semalam, ketika bapa mangsa berhenti seketika di belakang stesen minyak itu dengan meninggalkan anaknya dalam kereta yang tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.

“Selepas kira-kira lima minit, lelaki itu keluar dari tandas dan mendapati kereta jenis Honda Civic miliknya dilarikan, ketika itu dia ternampak anaknya berada tidak jauh dari stesen minyak itu menangis, beberapa meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kehilangan sebuah komputer riba, wang tunai RM1,000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan dalam kereta, dengan jumlah kerugian bernilai kira-kira RM80,000.

“Hasil pemerhatian melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam berhenti untuk mengisi minyak, kemudian salah seorang suspek pergi ke tandas di belakang stesen itu,” katanya.

Mohd Ismail berkata, selepas suspek meninjau kawasan sekitar, suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu.

“Dua lagi rakan suspek dalam Proton Wira dilihat menyusul di belakang kereta yang dilarikan suspek, sebelum mereka meninggalkan kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati Proton Wira dinaiki tiga penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang.

“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dilakukan,” katanya.
Share:

10 April 2017

LELAKI GILA SEKS KENA BANTAI


KEDAH : Lelaki ditahan polis selepas merakam video bawah kain wanita menggunakan kamera yang disembunyikan di dalam kasutnya di Pasar Tani Giant, Jalan Langgar, di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun sedang membeli kuih di pasar itu terkejut apabila mendapati suspek, 39, tiba-tiba dipukul orang ramai berhampiran gerai menjual kuih itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, orang ramai yang menyedari perbuatan suspek menahan sebelum memukulnya.

Menurutnya, mereka turut memberitahu perbuatan suspek kepada mangsa apabila dia memasukkan kakinya di bawah kain wanita itu.

"Ketika kejadian itu mangsa tidak menyedari perbuatan suspek yang merakam video itu yang bersambung dengan telefon Iphone 6 Plus miliknya.

"Orang ramai kemudian menyerahkan suspek kepada pihak polis dan mangsa turut tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Setar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rozi berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan 509 kanun sama serta suspek direman sehingga 14 April ini.
Share:

25 November 2016

KAKAK PARAH, MAYAT ADIK DALAM PETI


Mayat budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis tiba di lokasi jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

 "Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

 "Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat," katanya di sini.

 Md Zukir berkata, pihaknya kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

 "Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu. 

"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.


GAMBAR ATAS : Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes dera di Flat Paya Nahu, di Sungai Petani ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 26 dan 34 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.


Share:

8 Oktober 2016

BAYI DEMAM TEMUI AJAL SELEPAS DI BERI SUNTIKAN KEDUA


KEDAH : “Selepas jururawat memberikan suntikan terakhir, saya perasan perubahan ketara kepada anak yang dipangku apabila bibirnya tiba-tiba menjadi biru dan badan terkulai.

“Dalam keadaan cemas itu, saya terus mendapatkan doktor sebelum diminta keluar dari wad kecemasan kerana mereka mahu memasukkan tiub pernafasan dalam mulut anak,” kata Mariyati Ismail, 37, ibu kepada Ahmad Akif Rayqal, bayi lelaki berusia 14 bulan yang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Rabu lalu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pada mulanya, dia dan suami, Zaidi Mahadzir, 42, membawa anaknya untuk rawatan di sebuah klinik kerana demam pada 4 Oktober lalu sebelum doktor mengeluarkan surat untuk merujuknya ke HSB berikutan klinik berkenaan tidak menerima kes kanak-kanak.

Menurutnya, ketika di HSB, anaknya diberikan bantuan oksigen dua kali hingga pernafasannya kembali pulih.

“Namun, kira-kira jam 9.30 malam, anak saya dimasukkan ke zon merah selepas doktor mengesan terdapat masalah pernafasan seperti berkahak.

“Anak saya kemudian diberikan ubat dua kali melalui tiub yang dipasang pada tangannya.

“Kira-kira jam 11.30 malam, seorang jururawat menyuntik ubat kepada anak, namun ketika itu dia masih aktif dan minum susu,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila anaknya tiba-tiba berada dalam keadaan kritikal selepas jururawat memberikan suntikan kedua sebelum bergegas mendapatkan doktor.

“Saya kemudian diarahkan keluar dari wad kecemasan dengan alasan kerana doktor mahu melakukan rawatan.

“Kira-kira sejam kemudian, doktor memanggil saya dan memberitahu anak akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU),” katanya.

Menurutnya, jam 10.45 pagi Rabu lalu, dia mendapat tahu anaknya meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pihaknya termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sedia maklum dengan kes itu dan masih melakukan siasatan lanjut.

“Jabatan Kesihatan negeri dan pihak pengurusan HSB sudah mengambil maklum berhubung kes berkenaan. Siasatan bagi mengenal pasti punca kematian bayi berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil hasil daripada siasatan itu nanti,” katanya.

AL-FATIHAH..
Share:

13 Julai 2016

AADK PANTAU PENJUALAN KEREPEK DAN REMPEYEK DAUN KETUM


Bagi meraih keuntungan, kini ada yang menjual snek daun ketum, sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara itu dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan digoreng hingga rangup untuk dimakan seperti snek," kata Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah, negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

"Kita khuatir produk baru ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji untuk mengetahui ada permintaan tinggi atau tidak," katanya.

Beliau menyarankan kerajaan segera meletakkan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan kesalahan. Jika memetik daun ketum baru kesalahan.

"Antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri, jadi pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang," jelasnya.

Mohammed Nazer berkata, ada 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya didenda.
Share:

16 Mei 2016

BERKECAI DI LANGGAR ETS


Seorang pemuda maut apabila digilis kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Kilometer 114.25, Kodiang-Anak Bukit berhampiran Kampung Megat Dewa, Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 4.34 petang itu, Mohd Afendy Yaziz, 20, dikatakan melompat pagar landasan kereta api untuk ke kedai runcit di seberang landasan itu.

"Keretapi ETS berhenti sekejap kemudian bergerak kerana mempunyai penumpang lain. (Ketika itu) mangsa dipercayai memanjat pagar untuk ke kedai di seberang landasan.

"Akibatnya dia digilis kereta api. Mayat mangsa berkecai hampir satu kilometer dan cebisan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan," katanya menerusi kenyataan hari ini. Kes itu diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Beliau berkata kereta api berkenaan adalah dalam perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral.

"Tren dari Padang Besar ke KL Sentral telah melanggar seorang penceroboh lelaki di laluan antara Kodiang Anak-Bukit pada 4.34 petang tadi.

"Kejadian menyebabkan tren tergendala 30 minit," katanya.


Share:

3 Mei 2016

PEMANCING TERKEJUT JUMPA BANGKAI GAJAH DI PINGGIR TASIK PEDU


TASIK PEDU : Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik Pedu pada Ahad lalu. Ia yang tidak diketahui jantinanya dipercayai mati lebih dua minggu sebelum ditemui sekumpulan pemancing, yang disyaki angkara pemburu haram.

Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan, Penternak dan Pelancongan Tasik Pedu, Amir Wahab berkata terdapat kesan mencurigakan pada haiwan tersebut.

"Gading gajah tersebut didapati dipotong oleh pemburu haram dengan menggunakan peralatan profesional," katanya dan menambah pemburu mungkin menggunakan jeti haram di Tasik Pedu untuk memburu gajah yang keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan air.

"Musim El-Nino menyebabkan haiwan liar seperti gajah akan keluar dari hutan untuk mendapatkan air dan ini memberi peluang kepada pemburu haram untuk melakukan kegiatan mereka tanpa diketahui umum," katanya.

Sementara itu Jabatan Perhilitan Kedah berkata mereka masih menyisat kes tersebut.
Share:

21 Januari 2016

KETAHUI MENGAPA 14 DARI 15 KETUA UMNO KEDAH MENENTANG MUKHRIZ?


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahatir beranggapan tindakan 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian Kedah tidak menyokongnya bukan kerana alasan empat perkara, tetapi akibat kelantangannya bersuara.

Katanya, ia mungkin disebabkan beliau pernah mencadangkan supaya kadar cukai barangan dan perkhdimatan (GST) dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus yang disifatkan membebankan rakyat.

“Saya lihat tekanan ke atas rakyat sudah sampai tahap yang teruk apabila  makanan semakin mahal, baju sekolah dan susu pun naik harga.

“Itu sebabnya saya terpaksa beranikan diri walaupun boleh dituduh ingkat atau tidak menyokong dasar kerajaan persekutuan,” katanya semasa ucapan pada program himpunan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya di Wisma Umno Bahagian Jerlun, di sini, hari ini.

Menurutnya, perkara itu hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan pucuk pimpinan atasan selain memberi penjelasan kepada rakyat sekiranya perkara itu tidak boleh dilaksanakan.

“Rupanya apabila saya keluar kenyataan macam ini, timbul rasa tidak puas hati. Menteri Besar ini tidak sehati sejiwa seperti yang diharapkan.

“Kemudian dikaitkan pula dengan anak bapa. Bapa dia macam itu, dia pun macam itu juga,” katanya.
Share:

24 Disember 2015

BUMBUNG RUMAH BERSIMBOL SALIB, KERAJAAN NEGERI ARAH PEMAJU UBAH SUAI SEGERA!!


Kerajaan negeri Kedah mahu pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius perkara itu dan berharap pihak berkenaan dapat memberi kerjasama sewajarnya.

“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memantau masalah itu dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, seorang pengguna laman sosial Facebook memuatnaik gambar rumah teres dua tingkat di Langkawi yang kelihatan seakan-akan simbol salib pada bahagian bumbung.

Berdasarkan pandangan kasar, simbol salib itu terbentuk pada dinding pembahagian antara rumah dengan lubang pengudaraan di tingkat atas.

Viral sejak 22 Disember itu turut mendapat kecaman ramai selain dikongsi lebih 2,322 pengguna Facebook lain.
Share:

29 Oktober 2015

SI IBU BUANG BAYI DALAM MESIN BASUH


JERAI 28 Okt. – Seorang pesawah terkejut apabila menjumpai bayi perempuan yang masih hidup di dalam mesin basuh di rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kecil di sini semalam.

Pesawah tersebut, Zainol Hamid, 71, berkata, sewaktu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu dia sedang berehat di dalam bilik sambil menonton televisyen.

Katanya, dia kemudian menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumahnya kerana ingin membuang air kecil.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara tangisan bayi berdekatan dengan saya. Saya sangka bunyi hantu.

“Tetapi bunyi tangisan tersebut semakin kuat datang dari arah mesin basuh berhampiran tandas dan saya sangat terkejut apabila ternampak seorang bayi yang masih bertali pusat di dalam mesin basuh tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Ulu Dulang di sini hari ini.

Menurutnya, dia mengesyaki bayi tersebut diletakkan di dalam mesin basuh oleh seseorang memandangkan pintu dapur di bahagian belakang rumahnya itu tidak berkunci.

“Hanya pintu depan rumah saya berkunci manakala pintu belakang saya kunci bila saya nak tidur,” ujarnya yang tinggal bersama anak lelaki, menantu serta empat cucunya di rumah itu.

Zainol berkata, dia kemudiannya memaklumkan kepada anak saudaranya, Roslan Ramli, 38, yang tinggal di depan rumahnya mengenai penemuan bayi tersebut.

“Anak saudara saya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan bayi ini dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kita sedang mengesan suspek dan meminta pihak hospital kerajaan mahupun klinik swasta untuk segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat ibu yang baru bersalin dalam keadaan mencurigakan datang mendapatkan rawatan,” katanya.

Muhamad Halim berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Share:

12 Mac 2015

CARI PETAI TAPI JUMPA BOM !!

Sebutir bom lama yang telah dijumpai oleh seorang pencari petai di Hutan Lipur Ulu Paip, Kulim baru-baru ini. Bom tersebut merupakan jenis 'Bomb 500 ILB MKll' yang digugurkan pesawat pengebom ke kedudukan kem komunis semasa Malayan Emergency di Hutan Sungai Karangan. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Seorang pencari petai mengalami detik-detik cemas apabila terjumpa dengan sebutir bom lama di Hutan Lipur Ulu Paip, Kulim ketika mencari petai di hutan itu baru-baru ini. 

Menurut laman Facebook Polis Kedah hari ini, polis menerima panggilan daripada pencari petai itu pada 2.55 petang, 22 Februari lepas memaklumkan tentang penemuan bom itu.   

Hasil daripada maklumat itu, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontingen Kedah telah digerakkan ke lokasi berkenaan, popular sebagai destinasi perkelahan. 

Hasil penelitian, mendapati bom tersebut adalah Bomb 500 ILB MKII yang dipercayai digugurkan dari pesawat pengebom ke kedudukan kem komunis semasa Darurat di Tanah Melayu di Hutan Sungai Karangan, Kulim, menurut Facebook Polis itu.   

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad yang dihubungi hari ini, mengesahkan penemuan bom itu dan berkata, ia telah diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Kedah minggu lepas. - Bernama 
Share:

4 Februari 2015

BAPA DAN RAKAN NUR SYUHADA DAKWA ARWAH DIGANGGU SEJAK DI BANGKU SEKOLAH LAGI..


Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, yang meninggal dunia akibat dikelar seorang kenalan lelaki dalam kejadian di Kilometer 228.2 Leburaya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, Taiping, kelmarin, sering diganggu suspek sejak zaman persekolahan.

Bapa mangsa, Johari Hashim, 55, mendakwa, anak keduanya daripada enam beradik itu mengenali suspek ketika belajar di sekolah menengah dan tinggal berhampiran rumah mereka.

Malah, ketika Nur Syuhada di tingkatan lima, pemuda itu pernah bertindak ganas dengan memecah pintu rumah untuk membawanya keluar.

“Masa itu, kami dapat tahu suspek seorang penagih dadah dan pernah ditahan polis, jadi saya larang arwah berkawan dengannya. Saya juga pernah buat laporan polis ketika dia bawa lari anak saya.

“Lepas itu, saya dapat tahu budak lelaki ini sudah pergi bekerja di Melaka, kami rasa lega dan harap dia tak ganggu arwah. Tapi dia (suspek) tetap kacau anak saya, dia telefon, kalau tak jawab dia hantar mesej marah-marah dan ugut Nur Syuhada.

“Saya sendiri pernah bagi amaran pada dia supaya jangan ganggu. Bila saya marah dia senyap saja. Tak sangka dia bertindak sampai jadi macam ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba, di sini, semalam.

Terdahulu, jenazah pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan kira-kira jam 11 pagi.

Johari berkata, isterinya, Nor Azlina Dawari, 44, menerima panggilan daripada seorang kawan Nur Syuhada mengatakan anaknya itu diugut dengan pisau oleh suspek supaya menaiki keretanya.

“Selepas itu, kami telefon ibu suspek minta dia pujuk anaknya hantar arwah pulang, tetapi ibu suspek kata anaknya tidak menjawab panggilan.

“Tak lama kemudian ayah suspek telefon saya, memaklumkan anak lelakinya itu telefon dan beritahu dia telah tikam Nur Syuhada,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, mangsa dikatakan diculik suspek di kampusnya sebelum ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar dan tikaman.

Difahamkan mereka sebelum itu dilihat pengguna jalan raya sedang bertengkar semasa dalam perjalanan menaiki sebuah kereta Proton Perdana menghala ke arah selatan.

Menceritakan kali terakhir bertemu ketika menghantar anaknya menaiki bas untuk pulang ke kampus baru-baru ini, Johari berkata, kelakuan Nur Syuhada agak pelik berbanding sebelum ini.

“Semasa dia nak naik bas, dia peluk dan cium saya kemudian dia ketawa, nampak dia pelik sikit. Tapi dia memang seorang yang ceria dalam keluarga.

“Kali terakhir saya bercakap dengan dia pula ialah sebelum dia bertolak ke Kelantan tiga minggu lalu untuk sertai misi bantuan banjir di sana. Dia telefon saya. Saya pesan jaga diri elok-elok dan jaga kesihatan.

“Dia turut menelefon isteri saya, bagi tahu suruh simpan duit sebab dia ada program untuk naik kapal pada cuti Tahun Baru Cina,” katanya.

Tambah Johari, pemergian Nur Syuhada dianggapnya sebagai mati syahid kerana anaknya itu cuba mempertahankan diri ketika diperlakukan sebegitu kejam.

“Selepas kejadian semalam (kelmarin), saya telefon Hospital Kuala Kangsar dan dimaklumkan doktor sedang berusaha untuk selamatkan anak saya.


Cucu pandai ambil hati

Sementara itu, nenek tiri mangsa, Rokiah Ismail, 57, berkata, pemergian Nur Syuhada amat dirasai kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama kira-kira sebulan lalu.

"Dia ikut saya ke Kuala Lumpur sebulan lalu. Kami jalan-jalan, pergi tengok wayang dan beli-belah. Saya pun seronok sangat dia pandai ambil hati,” katanya yang tinggal di Kelantan.

Tambah Rokiah, selepas pulang dari Kuala Lumpur, Nur Syuhada menyatakan hasrat untuk ke Kelantan dan tinggal di rumahnya bila cuti belajar nanti.

“Walaupun saya nenek tirinya tetapi kami sekeluarga amat rapat. Arwah seorang yang ceria dan selalu menghiburkan kami.

“Saya harap orang yang melakukan perbuatan zalim ke atas cucu saya dikenakan hukuman berat," katanya.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI