
Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggesa rakyat bersamanya menyertai tindakan keras anti jenayah dan menawarkan ganjaran lumayan kepada orang ramai yang membunuh pengedar dadah.
"Jika mereka berada di kawasan kejiranan anda, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami, polis atau melakukannya sendiri jika anda mempunyai senjata. Saya akan menyokong tindakan itu,” katanya.
Katanya, jika seorang pengedar dadah melawan ketika ditangkap atau enggan untuk dibawa ke balai polis dan mengancam orang ramai dengan senapang atau pisau, orang ramai boleh membunuhnya.
"Tembak dia dan saya akan memberikan anda pingat," ujarnya dipetik AFP.
Duterte menegaskan penagih dadah tidak dapat dipulihkan dan memberi amaran jika rakyat terlibat dalam dadah, akan dibunuh.
Durte mengulangi kempen anti jenayahnya sebagai 'perang berdarah' dan menawarkan ganjaran wang jika membunuh pengedar dadah.
"Saya akan bayar anda jika berjaya membunuh pengedar dadah dengan 5 juta peso (RM440,000), namun jika dia masih hidup saya hanya bayar 4.9 juta peso (RM430,000)," katanya.
Duterta yang akan mengambil alih jawatan presiden pada 30 Jun juga merupakan Datuk Bandar di Davao turut menawarkan ganjaran kecil bagi memerangi penjenayah yang terlibat dalam perdagangan dadah.
Duterte sebelum ini dikaitkan sebagai "skuad pembunuh" dilaporkan telah membunuh ramai orang di Davao dan telah berikrar untuk meluaskan kempen beliau apabila menjadi presiden.
Lain-lain telah mengikuti jejaknya adalah Datuk Bandar Cebu, Tomas Osmena yang mengakui membayar lebih daripada AS$3,000 (RM12,300) kepada pegawai polis untuk membunuh pengedar dadah.
Duterte dan pegawai-pegawai lain sebelum ini telah menolak amaran dari kumpulan hak asasi manusia mengenai bahaya dasar tersebut.








0 comments:
Catat Ulasan