Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label RODRIGO DUTERTE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RODRIGO DUTERTE. Papar semua catatan

2 Februari 2017

PENTADBIRAN DUTERTE SERBA GILA!


Kementerian pertahanan Filipina semalam meminta Presiden Rodrigo Duterte mengeluarkan satu arahan rasmi kepada tentera untuk menyertai operasi antidadah termasuk memberi kuasa kepada askar untuk menangkap anggota polis yang terbabit dengan jenayah.

Duterte dalam satu ucapan di hadapan jeneral tentera kelmarin berkata, dia mahu meminta bantuan pasukan itu dalam memerangi kegiatan dadah dan menangkap anggota polis yang korup.

Kementerian pertahanan dalam satu kenyataan semalam meminta Duterte menjadikan ucapannya itu satu arahan rasmi.

“Kementerian mahu satu arahan rasmi berkaitan permintaan ini sebagai asas perundangan yang perlu dipatuhi tentera.

“Arahan lisan presiden untuk menangkap anggota polis yang terbabit dengan jenayah juga perlu disertakan dengan arahan rasmi,” menurut kenyataan itu.

Ketua polis Filipina sebelum ini menggantung operasi narkotik dan membubarkan semua unit antidadah selepas terdapat anggotanya menggunakan serbuan itu untuk menculik sebelum membunuh ahli perniagaan Korea Selatan.

Duterte yang berang dengan kejadian berkenaan turut menyelar pasukan polis negara itu yang dianggapnya paling korup.

Kempen memerangi dadah yang diisytiharkan Duterte kini diketuai Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina. 
Share:

16 September 2016

SKUAD PEMBUNUH DAKWA PRESIDEN FILIPINA TERLAMPAU ZALIM


Rodrigo Duterte menembak mati seorang pegawai jabatan kehakiman dan mengarahkan pembunuhan musuhnya, kata seorang bekas anggota skuad pembunuh kepada Parlimen semalam sekali gus dakwaan mengejutkan terhadap Presiden Filipina itu.

Lelaki tersebut memberitahu sebuah inkuiri Senat bahawa dia dan sekumpulan anggota polis dan bekas pemberontak komunis membunuh kira-kira 1,000 orang dalam tempoh lebih 25 tahun atas arahan Duterte.

Seorang daripada mereka diberi makan kepada seekor buaya secara hidup-hidup. Ramai lagi dijerut, dibakar, dikerat dan ditanam di sebuah kuari milik seorang anggota polis yang merupakan anggota skuad pembunuh tersebut. Sebahagian yang lain dicampak ke laut untuk dimakan oleh ikan.

Bekas pembunuh upahan, Edgar Matobato (gambar kecil), 57, membuat dakwaan itu di hadapan Senat yang menyiasat tuduhan pembunuhan di luar undang-undang semasa kempen Duterte untuk membanteras jenayah.

Polis berkata, perang jenayah Duterte meragut 3,140 nyawa sepanjang 72 hari beliau memerintah Filipina.

Senator Leila de Lima yang ketika itu mengetuai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia memberitahu Senat bahawa Matobato menyerah diri kepada badan siasatan tersebut pada 2009 dan me­nyertai skim perlindungan saksi sehinggalah baru-baru ini.

Jurucakap Duterte, Martin Andanar berkata, semua dakwaan Matobato telah disiasat tanpa sebarang pendakwaan dikemukakan, manakala anak lelakinya, Paolo Duterte menganggap keterangan itu “hanya cakap-cakap orang gila”.

Matobato berkata, pada 1993 dia dan anggota skuad pembunuh itu sedang dalam misi apabila mereka menghampiri sebuah kenderaan yang menghalang sebatang jalan di Davao. Kenderaan itu milik seorang ejen Biro Siasatan Nasional di bawah Jabatan Kehakiman.

Konfrontasi tercetus antara mereka yang membawa kepada insiden berbalas tembakan. Ejen itu cedera dan kehabisan peluru. Menurut Motabato, Duterte yang ketika itu Datuk Bandar Davao kemudian tiba di lokasi kejadian.

“Duterte merupakan orang yang membunuhnya. Jamisola ( ejen tersebut) masih hidup semasa Duterte tiba. Beliau menembak Jamisola bertubi-tubi menggunakan mesingan Uzi,” katanya.

“Saya tidak membunuh sesiapa kecuali diarahkan oleh Charlie Mike,” tambahnya, merujuk kepada kod nama Duterte yang digunakan skuad pembunuh itu.

Keterangan Matobato mendedahkan dengan terperinci tentang dakwaan bahawa Duterte merupakan dalang di sebalik skuad pembunuh itu yang membunuh lebih 1,000 orang di Davao.

“Kerja kami ialah membunuh penjenayah, perogol, penjual dadah dan peragut. Inilah apa yang kami lakukan. Kami membunuh orang hampir setiap hari.

“Penduduk Davao disembelih seperti ayam,” jelas Matobato sambil menambah, skuad pembunuh itu membunuh suspek penjenayah dan musuh peribadi keluarga Duterte antara 1998 hingga 2013. – AFP

Share:

7 September 2016

OBAMA TAK JADI JUMPA PRESIDEN FILIPINA KERANA DIGELAR ANAK HARAM?


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyuarakan rasa kesal melabelkan Barack Obama sebagai “anak haram” yang menyebabkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu membatalkan hasrat untuk me­nemuinya.

AS dan Filipina dijadualkan mengadakan rundingan dua hala ketika Obama dan Duterte menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di ibu negara Laos, Vientiane semalam.

Duterte melancarkan perang ke atas dadah yang meragut nyawa kira-kira 2,400 suspek pengedar dan penagih dadah sejak beliau mengambil alih pemerintahan dua bulan lalu.

Sebelum menaiki pe­nerbangan ke Vientiane kelmarin, Duterte memberitahu, adalah kurang sopan jika Obama menegurnya tentang isu hak asasi manusia apabila mereka bertemu di sidang berkenaan.

Malah, Duterte memberitahu wartawan, beliau akan menyumpah Obama dalam forum itu selain turut menggunakan perkataan ‘putang ina’ yang bermaksud anak haram dalam bahasa tempatan sekiranya pemimpin AS itu berani mengkritiknya tentang isu tersebut.

Bahasa kesat yang dilontarkan itu menyebabkan Washington memba­talkan mesyuarat dua hala Obama dan Duterte yang dijadualkan sebelum ini.

Terdahulu, Manila menyuarakan kekesalan berhubung isu tersebut dalam satu kenyataan.

Presiden Duterte menjelaskan bahawa beliau melontarkan kata-kata kesat itu kerana tidak mahu Obama mengkritiknya berhubung perang dadah di Filipina, kata kerajaan Filipina dalam satu ke­nyataan.

“Beliau kesal kerana kenyataan yang dibuat kepada media itu menimbulkan banyak kontroversi,” tambah kenyataan sama.

White House dalam pada itu berkata, Obama tidak akan membuat teguran mengenai pencabulan hak asasi manusia di Fi­lipina, sekutu AS di Asia Tenggara semasa perjumpaan dengan Duterte.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada rundingan dua hala Manila -Washington itu akan dijadualkan semula.

“Obama sebaliknya akan mengadakan rundingan dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye semasa sidang kemuncak itu,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Ned Price.

Agenda utama pertemuan mereka adalah membincangkan mengenai tindakan Korea Utara melancarkan tiga ujian peluru berpandu kelmarin. – Reuters

Share:

7 Jun 2016

BAKAL PRESIDEN FILIPINA BERI LESEN `BUNUH` PADA RAKYATNYA?


Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggesa rakyat bersamanya menyertai tindakan keras anti jenayah dan menawarkan ganjaran lumayan kepada orang ramai yang membunuh pengedar dadah.

"Jika mereka berada di kawasan kejiranan anda, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami, polis atau melakukannya sendiri jika anda mempunyai senjata. Saya akan menyokong tindakan itu,” katanya.

Katanya, jika seorang pengedar dadah melawan ketika ditangkap atau enggan untuk dibawa ke balai polis dan mengancam orang ramai dengan senapang atau pisau, orang ramai boleh membunuhnya.

"Tembak dia dan saya akan memberikan anda pingat," ujarnya dipetik AFP.

Duterte menegaskan penagih dadah tidak dapat dipulihkan dan memberi amaran jika rakyat terlibat dalam dadah, akan dibunuh.

Durte mengulangi kempen anti jenayahnya sebagai 'perang berdarah' dan menawarkan ganjaran wang jika membunuh pengedar dadah.

"Saya akan bayar anda jika berjaya membunuh pengedar dadah dengan 5 juta peso (RM440,000), namun jika dia masih hidup saya hanya bayar 4.9 juta peso (RM430,000)," katanya.

Duterta yang akan mengambil alih jawatan presiden pada 30 Jun juga merupakan Datuk Bandar di Davao turut menawarkan ganjaran kecil bagi memerangi penjenayah yang terlibat dalam perdagangan dadah.

Duterte sebelum ini dikaitkan sebagai "skuad pembunuh" dilaporkan telah membunuh ramai orang di Davao dan telah berikrar untuk meluaskan kempen beliau apabila menjadi presiden.

Lain-lain telah mengikuti jejaknya adalah Datuk Bandar Cebu, Tomas Osmena yang mengakui membayar lebih daripada AS$3,000 (RM12,300)  kepada pegawai polis untuk membunuh pengedar dadah.

Duterte dan pegawai-pegawai lain sebelum ini telah menolak amaran dari kumpulan hak asasi manusia mengenai bahaya dasar tersebut.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI